
BELAJAR JADI ORANG!!!!
email : junemrh@yahoo.com.my
Sedikit sebanyak sinopsis kisah novel Cinta Kau Dan Aku. Merata kedai buku juga saya cari, akhirnya penemuan novel ini berakhir di Popular, TESCO.
YaAllah, Ampunilah dosa ibu bapaku & kedua ibu bapa mertuaku...
Assalamualaikum.....
Saya juga sedikit teruja menghantar Kakak ke tahun 1, mungkin kerana sudah lama saya tidak menghantar anak ke tahun 1.
Kak Cik, kakak pada kakak sudah pun akan ke tingkatan 1 tahun ini. Maknanya sudah 6 tahun saya tidak menghantar anak ke tahun 1
Kakak ceria menjalani ujian penentuan kelas, 1 Arif & 1 Bistari
Kelas Arif khusus untuk murid2 yang sudah boleh menguasai 3M sementara Kelas Bistari untuk murid yang masih belum mampu menguasai 3M
Pada awalnya tadi Kakak ditempatkan di kelas 1 Bistari, tetapi sebaik ujian selesai dia telah ditempatkan di 1 Arif
Tuan Guru Besar & Guru2 PK sedang menyampaikan taklimat kepada ibu bapa & waris murid2 tahun 1 & Prasekolah dipengerusikan Ustazah Noridayu
Assalamualaikum....
Oi Oi Ya Oi!
Gula Naik Harga Hoi!
Hadiah Tahun Baru 2010
Bersedialah Rakyat 1 Malaysia Dengan Segala Lagi Kenaikan Selepas Ini...
Assalamualaikum.....
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat , yang meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.
Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.
"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.
Nur Jazlan berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.
Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.
Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.
Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dari 1988 sehingga 1999.
Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.
P/S : Mama Moden pernah terserempak dengan Tok Mat di sebuah warung di stesen bas Segamat ketika kecil dulu. Masa tu Tok Mat selamba je sedang makan diwarung dengan ditemani 2,3 orang dimeja makan bersebelahan Mama. Tiada pun para pengawal yang mengiringinya. Susah nak jumpa dah pemimpin yang macam Allahyarham sekarang, kecuali bila nak Pilihanraya.
Semoga roh Allahyarham Tok Mat ditempatkan dikalangan orang2 beriman.
Alfatihah….
Assalamualaikum.....
Kita berada di ambang tahun baru 2010. Tahun 2009 telah ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah.
Saban tahun sambutan tahun baru menjadi satu agenda besar samada di peringkat negara ataupun masyarakat. Soalnya, apakah hukum menyambut tahun baru masihi?
HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI
Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.
Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat.
SAMBUTAN YANG POSITIF
Sebagaimana syarikat-syarikat dimestikan membuat penyata kewangan untuk setiap tahun kewangan masing-masing, penutup 2009 menjadi satu titik terbaik untuk kita muhasabah dan menganalisa pencapaian sebenar untuk sepanjang 2009.
Post-mortem diperlukan untuk mengetahui di mana kita berada dan ke mana tujuan kita seterusnya.
Saudara Amin Idris, dalam laman webnya Magnet Diri menyatakan beberapa langkah untuk membuat post-mortem seperti berikut;
a) Merujuk kembali kepada matlamat atau azam 2009
b) Merujuk perancangan untuk mencapai matlamat tersebut
c) Perancangan dilaksana
d) Perancangan tertangguh
e) Sebab tertangguh dan idea mengatasinya
Nah, setelah selesai membuat analisis, kita sudah bersedia untuk membuat matlamat 2010, beserta perancangannya.
Kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2010 nanti. Itu yang lebih penting berbanding berpusu-pusu menanti detik 2010 yang bercampur gaul dengan sambutan ala orang-orang barat.