New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

29 November 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran.... ke 14


Assalamualaikum.....

Dedikasi Buatmu Sayang...

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Hadirmu sayang penuh berliku,
Menghadapi cabaran & juga dugaan...

Pisang emas diatas papan,
Masak sebiji diatas peti,
Kukandungmu penuh harapan,
Semoga ada sinar yang menanti...

Anak ayam berlari-lari,
Anak itik meniti titi,
Kutempuh hari demi hari,
Demimu sayang yg sebati dalam diri...

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Kulahirkan dirimu penuh kesyahduan,
Rintih hatiku hanya pada Yang Satu...

Sayangku...
Kau membesar penuh kemanjaan
Lama membongsu tidak beradik
Kemanjaanmu masih terserlah hingga sekarang
Namun semoga segala yang berlaku membuat dirimu matang

Sayangku...
Terima kasih menjadi peneman
Dalam suka mahupun duka
Jaga dirimu hiasi peribadimu
Semoga dirimu Allah lindungi...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Nurul Atiqah Farhani...



pic masa kecik, ada juga pic jari tak masuk mulut yer...



sekarang.... jadi peneman dihujung minggu setiap 2 minggu... thanks


27 November 2011

Salam Maal Hijrah....1433 Hijrah

Assalamualaikum...



1 Muharam detik permulaan

Perkiraan tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi & umat Islam

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah



Atas keyakinan & iman yang teguh

Kaum Muhajirin & Ansar bersatu

Rela berkorban harta & nyawa

Demi menegakkan Islam tercinta



Hijrah itu pengorbanan

Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu persaudaraan

Hijrah membentuk perpaduan



Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah

Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman

Untuk sepanjang zaman

Untuk sepanjang zaman......












21 November 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 8...




Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni secara kebetulan dapat meraikan ulangtahun kelahiran kakak. Peluang ke Penang untuk mengambil mereka ke Sg Petani saya gunakan untuk meraikan ulangtahun Kakak bersama sekali dengan ulangtahun Kak Uda bulan 10, Adik Adnin bulan 9 & Kak Cik minggu depan. Hanya ulangtahun kakak yg betul2 kena pada hari ini. Kalau tahun2 sebelumnya majlis2 santai seperti ini akan diraikan sekali dengan ulangtahun Angah. Sekarang ini apa adanya sajalah, semoga ruang yang sedikit itu dapat saya gunakan dengan penuh kualiti, I'ALlah.

Sambutan secara ala kadar, sebiji kek comel semurah yang mungkin & Kak Uda belanja makan di paparich... kebetulan pulak dah nak jadi rezeki, boss Kak Uda belanja bajet kami makan tengahari tu.

Selesai acara makan2, yang memang menjadi minat kami sekeluarga dulu kami semua memulakan agenda seterusnya. Saya, Kak Uda, Kak Teh, Kak Cik, Kakak & Adik bergerak ke Prangin Mall. Mereka ajak tengok wayang. Yang paling seronok tentulah Kakak & Adik. Mereka mana pernah masuk panggung wayang. Adik terpegun tengok layar wayang yang besar tu. ruginya Kak Uda ambik tiket untuk dia, dia boleh pulak syer kerusi dengan saya. Dia tak mau duduk dikerusinya. Lebih 2 minggu kami tak jumpa, saya tahu dia rindukan saya. Tiada sedikit pun peluang bersama saya dia gunakan untuk berjauhan dari saya. Saya masuk toilet pun dia akan tunggu tepi pintu. Maafkan mama sayang....

Habis tayangan, saya hantar Kak Uda & Kak Teh balik KIP. Saya, Kak Cik, Kakak & Adik meneruskan perjalanan ke SP. Saya pasti tahu rumah akan riuh sepanjang mereka ada dirumah bersama saya nanti...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kakak, semoga membesar jadi anak yang solehah.



pic ulangtahun kelahiran kakak ke 6, sambut di PizzaHut....


17 November 2011

10 Perkara Berkaitan Wanita Yang Perlu Difahami Lelaki......



Assalamualaikum.....

Kita seelalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.
Namun ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.

SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

CEREWET
Bukan bermaksud mengada2 tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas gagang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.






14 November 2011

Temuduga.....

Assalamualaikum.....


Melakukan perkara yang tak biasa kita lakukan akan membuatkan kita melalui pelbagai rasa. Macam2 perasaan yang akan bercampur baur dalam hati & perasaan apabila mahu menghadapinya. Mungkin bagi orang lain apa yang kita rasa adalah mudah & perkara biasa, tetapi lain orang lain rasanya.



Pada 18 okbober 2011 yang lalu, saya telah memberanikan diri memohon bantuan untuk status baru saya. MaMa tunggal! Dalam pelbagai rasa saya gagahkan kaki ke Pejabat JKM Daerah Kuala Muda. Melalui prosedur yang amat mudah saya diberikan temujanji untuk temuduga bantuan pada hari ini 14 november 2011.



Walaupun temujanji pada jam 11 pagi tapi seawal jam 10 saya sudah berada disana. Selepas mendapatkan surat sokongan dari majikan saya, saya terus ke Pejabat JKM. Wah! Ramainya rakyat yang memohon bantuan dari JKM! Penuh ruang pendaftaran dengan insan2 yang berbagai keadaan mengharapkan ihsan Kerajaan.



Ada golongan warga emas, OKU, kanak2 yang hadir bersama waris & tak kecuali "Janda2 Hangat" seperti saya. Hehehehe...



Selama ni kalau berurusan dengan sektor2 kerajaan, saya hanya banyak berurusan dengan Hospital Kerajaan. mendapatkan rawatan untuk diri sendiri, anak2 atau keluarga. Selalunya surat jaminan dari majikan suami akan mengiringi urusan kami, jadi saya tidak menghadapi banyak masalah dengan kakitangan bertugas. Walaupun berhadapan juga dengan pesakit lain yang menghadapi masalah layanan baik dari kakitangan bertugas.



Berbalik pada keadaan yang ramai di JKM sepanjang saya disana, secara jujur saya katakan kakitangan bertugas disana patut diberikan 5 bintang atas layanan & sifat baik, sabar mereka melayan para pemohon. Tidak satu pun ayat2 kurang manis yang saya dengar dari seluruh kakitangan beertugas.



Semua pemohon dilayan dengan baik & wajar. Walaupun ada pemohon2 yang seakan tidak faham degan kesibukan petugas. Semuanya mahu cepat & dilayan dahulu. Bagi saya, apabila kita mahukan sesuatu kita haruslah sabar menunggu.



Alhamdulillah, selepas meneliti semua dokumen yang saya sediakan lengkap saya dipanggil masuk ke bilik temuduga. Terima kasih pada "bekas suami" yang membantu saya menyediakan salinan surat beranak & kad pengenalan anak2. Berbagai soalan juga yang ditanya oleh penemuduga. Dari kisah saya dulu2 bersama keluarga hinggalah alam rumahtangga hinggalah punca & sebab saya menyandang status baru. Saya juga diberikan banyak nasihat2 menjalani hidup sebagai MaMa tunggal & juga rujukan untuk meminta apa2 bantuan dari Biro Guaman.



Terima kasih pada semua kakitangan JKM, semoga pemohonan bantuan saya diluluskan untuk kelangsungan hidup saya sebagai MaMa tunggal....