New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Mei 2009

Saya Tetap Orang Jawa Walau Tak Tahu Bercakap Jawa

Assalamualaikum.....

Sedang saya membelek2 blog2 resepi dialam maya, saya terjumpa gambar ni. Alahai!!! Terliur air liur saya. Nasib baik tak meleleh2.


Hidangan diatas namanya Nasi Ambang, makanan Orang Jawa. Ia dihidang ketika waktu kenduri, biasanya kenduri arwah. Selalunya bila nak dekat Ramadhan baru hidangan ni akan popular & selalu dapat. Kalau tidak hanya ada ketika Orang2 Jawa adakan kenduri barulah hidangan ni akan dihidangkan.

Hidangan ni disediakan dalam dulang @ talam besar. Dipenuhi dengan nasi & lauk pauk seperti ayam masak rendang @ ayam ungkep ataupun sekarang ada juga yang masak ayam masak merah. Sayur campur seperti tempe, suhun, tauhu kering @ sayur pucuk, tauhu, kacang panjang & bermacam lagi jenis sayuran yang diinginkan boleh digoreng sekali.

Kalau nak sedap hidangkan sekali dengan mee goreng kicap, ikan masin, serunding daging, kacang goreng atau apa sahaja yang disukai.

Hidangan ini akan disediakan dalam dulang besar yang dilapik daun pisang. Hidangan akan dibawa dihadapan tetamu untuk dibacakan doa. Tetapi istimewanya ianya akan dibungkus dalam daun pisang yang disediakan untuk dibawa balik oleh tetamu. Tetamu tidak akan makan dirumah kenduri sebaliknya akan dibawa balik & dimakan bersama keluarga dirumah. Tetamu hanya akan memakan kuih muih & minuman yang disediakan.

Dulu2 kalau Abah saya pergi kenduri rumah Orang Jawa, memang kami sekeluarga menunggu2 kepulangan Abah untuk menjamah Nasi Ambang ini bersama2. Kalau ramai orang dirumah, Abah akan ajak Adik2 Lelaki saya ikut sama, jadi dapat lebih sikit bungkusan nasi ambang tu.

Dirumah kenduri, hidangan akan dihidangkan kepada 3 @ 4 orang satu hidangan. Bila masa untuk balik, hidangan nasi ambang ini akan dibahagi2kan oleh seorang ketua dalam kumpulan tu....

Pernah semasa saya mengandungkan anak ke 6 saya, saya teringin sangat nak makan nasi ambang ni. Bila saya balik kampung, keluarga saya mengadakan kenduri dirumah. Tetapi saya tak mahu makan hidangan yang berada didapur tetapi saya mahu nasi dalam bungkusan yang dah didoa & dibungkus.

Kerana tiada siapapun ahli keluarga yang duduk bersama sewaktu hidangan dibahagi2kan, maka Abah saya berjumpa dengan seorang tetamu, meminta bungkusan yang tetamu itu ada untuk saya yang mengidam. Sebagai gantinya, tetamu itu Mak saya bungkuskan lauk pauk & nasi yang lain, yang rasanya lebih banyak dari nasi yang dibungkus diawal tadi.

Macam tak percaya saya habiskan seorang nasi ambang tu....... orang lain saya tak bagi kongsi makan.... ermmm buruknya perangai. Maklumlah mengidam!

Dan sekarang memang saya rindu betul nak makan nasi ambang ni. Dah bertahun juga saya tak menjamahnya. tadi dalam dok tengok2 gambar ni, kami sekeluarga bercadang2 nak buat nasi ambang untuk dimakan bersama semasa cuti sekolah ni. Kami ada 9 orang, bolehlah buat dua dulang nasi ambang.... yum..yum..yum

Saya tak biasa buat sendiri, tapi tak apalah cuba jer. Nak tunggu balik kampung entah bila.................


29 Mei 2009

Akhirnya.....

Assalamualaikum.....


Akhirnya setelah beberapa kali didesak, suami saya berjaya membuat blog peribadinya sendiri malam tadi.

Selama ini dia hanya melahirkan blog sekolah & membantu rakan2 membina blog mereka.

Takkan asyik memberi ceramah tentang pembikinan blog tapi diri sendiri tiada blog....

Akhirnya terhasillah ini...... ok tak? Sudi2kanlah menjengok2 yer.....


27 Mei 2009

Masa Susah Bersama... Masa Senang?


Assalamualaikum.....

Sejak Ahad lepas, isteri Ustaz Akil Hay telah memohon perceraian di mahkamah. Beliau memfailkan perceraian kerana tidak sanggup lagi mempertahankan rumahtangga lantaran sejak Febuari, Ustaz Akil tidak pulang kerumah.

Puan Maizawati, membuat kenyataan di Nasi Lemak Kopi O, media & juga Wanita Hari Ini bahawa apa yag berlaku sekarang diibaratkan sebagai bom jangka yang sudah sedia meletup.

Telah 2 tahun beliau bersabar dengan pelbagai gossip melanda diri suaminya & seorang penyanyi wanita yang agak popular. Namun sebagai isteri beliau tetap mempercayai suami yang dicintainya.

Walaupun beliau telah memberi persetujuan ketika suaminya meminta izin berkahwin dengan penyanyi tersebut, namun sehingga sekarang beliau tidak tahu suaminya sudah berkahwin atau tidak, lantaran suaminya menghilangkan diri. Beliau sendiri tidak tahu dimana suaminya sekarang.

Pelbagai komentar yang diberi berhubung perkara ini. Saya pada mulanya tidak mahu komen, ialah bukan hal saya.

Tetapi sebagai seorang wanita saya memahami perasaan Maizawati. Isteri manalah yang sanggup berhadapan dengan kenyataan suami mahu berkahwin lagi. Apalah yang kurang pada diri akan dipersoalkan. Memiliki wajah yang cantik, berperibadi mulia, nampak bersopan santun & telah memberi 6 orang zuriat pada suami, apalah lagi yang seorang suami mahukan?

Walaupun telah memberi persetujuan suaminya berpoligami, Maizawati mengagak pihak satu lagi tidak mahu menerimanya sebagai madu. Sebab itulah suami meninggalkannya tanpa berita.

Ialah sebagai lelaki, tentulah mahukan benda baharu. Walaupun isteri yang ada sekarang cukup sempurna, telah melalui hidup susah bersama suami bertahun lamanya tetapi cinta baru mengatasi segalanya.

Secara peribadi saya pernah beberapa kali bersua dengan Ustaz Akil. Semasa beliau belum sepopular sekarang, beliau selalu diundang ke beberapa ceramah PAS. Berceramah di pentas2 yang daif, agak ramai orang2 PAS yang meminati beliau ketika itu. Ceramahnya agak menarik.

Saya percaya ketika itu, hidup beliau tidak sesenang sekarang. Saya tak pasti pula isterinya bekerja atau tidak. Kalaulah isterinya bekerja, status janda yang akan dipegang bila mahkamah meluluskan permohonan cerainya nanti tentulah tidak berapa sukar nak dihadapi kerana beliau ada pendapatan tetap menyara diri & 6 orang anaknya.

Ustaz Akil sepatutnya bersyukur mempunyai isteri seperti Maizawati, yang sanggup hidup bersama beliau semasa susah dahulu. Dan sekarang kesenangan yang Allah kurniakan sepatutnya dikongsi bersama isteri & anak2 tetapi telah 3, 4 bulan isteri & anak2 ditinggalkan tanpa berita. Bagaimanakah dengan nafkah zahir batin isteri & anak2nya?

Pihak 1 lagi mahupun Ustaz Akil sendiri masih belum membalas kenyataan Maizawati. Cuma di Metro hari ini pihak 1 lagi hanya memberitahu " Kita jaga aib orang lain, Allah akan jaga aib kita, biarkan ". Amboi! senangnya meluah kata2. melepak ditepi pantai bersama suami orang, menonton wayang bersama suami orang tidakkah merasa satu keaiban?

Ada juga yang berkata, mengharapkan Maizawati tidak mendedahkan aib, buruk suami. Beliau diminta menjaga kredibiliti suami yang berstatus Ustaz. Baikkah seorang suami yang menduakan isteri dengan bersenang lenang dengan perempuan lain? Baikkah seorang suami yang meninggalkan isteri & anak2 tanpa berita berbulan lamanya?

Kalau Ustaz Akil membuat pengakuan telah berkahwin dengan pihak 1 lagi, mungkin bukan kesalahan beliau keluar berhibur dengan pihak 1 lagi kerana pihak 1 lagi itu isterinya. Tapi sidang media telah dibuat mereka tidak berkahwin.


Salahkah seorang isteri menuntut haknya dimahkamah. Sebagai isteri saya setuju dengan tindakan Maizawati. Buat apa menderita kalau beliau ada pilihan lain. Beliau pun tak kurang cantiknya. Masih muda lagi. Buat apa ditunggu, setia pada suami yang tak tahu menghargai...

Mungkin ada yang berkata tentu ada silapnya Maizawati hingga suaminya berpaling tadah. Yang tu saya tak mahu komen. Setiap kita tentulah melihat secara luaran. Masing2 ada rasa, fikiran. Setiap kita tahu menilai.

Lagipun Ustaz Akil juga manusia biasa. Bukan Malaikat. Bukan juga maksum dari segala dosa & salah silap.

Kalau betul Ustaz Akil cinta, sayangkan pihak 1 lagi pun tak ada salahnya. Tambahan lagi isterinya pun dah bersetuju. Kalau betul pihak 1 lagi yang tak mahu berkongsi kasih, beliau patutnya tahu membawa diri. Jangan bermain api dengan bercinta dengan suami orang.

Ingatlah bila kita mempermainkan perasaan orang tambahan lagi kaum sejenis kita, nescaya 1 hari nanti orang akan melakukan perkara yang sama pada kita. Janganlah kita membina bahagia atas derita orang lain.

Buat Maizawati, walaupun saya tidak mengenali beliau tapi saya harapkan beliau tabah menghadapi dugaan. Perceraian itu halal walaupun dibenci Allah. hadapilah masa depan bersama anak2 dengan penuh ketabahan. Suami boleh dicari ganti, tetapi anak tiada galang gantinya. Didiklah anak2 dengan baik & berjaya dunia akhirat. Jangan halang kasih sayang anak2 pada ayahnya. Mereka akan tahu sendiri buruk baiknya nanti.

sudah hilangkah segala kebaikan, pengorbanan selama bertahun sebagai suami isteri?

mengapa kebahagiaan ini sanggup dihancurkan?


kalau tidak mahu terbakar , janganlah berani bermain dengan api

janganlah membina bahagia atas derita orang lain





25 Mei 2009

Tengah Penat....

Assalamualaikum.....

Mama Moden tengah penat nak tulis blog sendiri. Tengah dok ghairah & galak nak update blog yang dibuat pagi tadi.


Tengah penat2 ni tengok sidia2 ni, alahai sejuknya pemandangan...........


24 Mei 2009

Alamak! Terhapus Pulak Daaaaaa.....

Assalamualaikum.....


Waaaaaaaa....... blog pertama yang saya buat sejak jam 2.30 hingga 7 pagi tadi terhapus.


YaAllah, ampunkanlah hambaMu ini sekiranya ada unsur2 riak, bangga dalam hati seketika tadi setelah berjaya menghasilkan sebuah blog untuk jemaah.


Sesungguhnya Demi Allah tiada sedikit pun niat nak berbangga, cuma merasa sedikit kepuasan dengan terhasilnya blog itu.


Alhamdulillah sudah ada juga sahabat yang telah ingin melawati blog yang saya hasilkan.


Tapi mama moden tak putus asa, kali ini terhasillah semula blog hasil kerja saya untuk kali kedua


Kepada sahabat2 yang tidak dapat melawati diawal tadi silalah lawat sekali lagi yer, jangan putus asa. Kali ni sekali klik pasti dapat...




Blog Pertama Berjaya Di Hasilkan

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, syukur padaMu YaAllah, akhirnya setelah semalaman berjaga akhirnya saya telah berjaya menghasilkan blog untuk PAS Cawangan Telok Bahang.

Hasil mesyuarat malam semalam, AJK setuju Pas Cawangan mewujudkan sebuah blog dan saya mengambil tanggungjawab itu sekadar membantu Pas Cawangan.

Kepada semua pembaca blog saya, sudi2kanlah lawati blog pertama yang saya hasilkan.

Bukanlah pandai sangat pun, saya sendiri masih merangkak2 belajar mengupdate blog sendiri. Cuma sekadar membantu para pejuang Islam setakat yang saya terdaya.

PAS CAWANGAN TELOK BAHANG

inilah rupa blog yang saya hasilkan sejak jam 2.30 pagi hingga berakhir jam 7 pagi tadi


22 Mei 2009

Selamat Bertugas MB Perak



Assalamualaikum....

Adakah dengan pengisytiharan Dato' Zambry Abd Kader sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan akan menamatkan segala kemelut politik yang melanda Negeri Perak Darul Ridwan?

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dengan segala kemelut yang melanda dapatkah rakyat Perak hidup terjamin dengan dipayungi oleh Kerajaan?

Adakah dalam keadaan politik yang tidak menentu kerajaan Dato' Zambry akan mendengar suara banyak pihak agar DUN di bubarkan. Biarlah rakyat Perak yang menentukan siapa Kerajaan pilihan mereka.

Walau apapun yang akan berlaku atau yang akan dilakukan adalah diharap semua pihak memikirkan nasib rakyat. Benar2 memikirkan nasib rakyat semata2, bukan hanya megah dengan pelbagai slogan kononnya membela rakyat tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya.

Salam Takziah

Assalamualaikum.....


ADUN Manek Urai Meninggal Dunia


Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan, Haji Ismail Yaacob, 60 telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Allahyarham meninggal kerana menderita sakit jantung yang telah dialaminya sejak 4 tahun lalu.
Beliau menghembuskan nafas terakhir disisi isteri serta anaknya.

Al-Fatihah...

Salam Takziah


Assalamualaikum....

Salam takziah dari saya sekeluarga buat Adik Ipar saya Suryani bt Ismail yang telah kehilangan Ayahanda tercinta pada 19 mei yang lalu.

Ayahanda Su meninggal kerana sakit tua di Kampung Air Dingin, Tumpat Kelantan.

Semoga Su & suaminya Johan serta anak2, juga keluarga di kampung tabah menghadapi dugaan ini. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali.

Sama2 kita berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 beriman.


Alfatihah.....



Allahyarham Ayah Su, Pokcik Ismail berbaju jalur dikanan sekali bergambar bersama mak & abah saya di hari perkahwinan Su & Johan

21 Mei 2009

Suamiku Seorang Cikgu…..


Assalamualaikum….

Puteri sulung saya dalam blog
Rasa Sayang nya menceritakan pengalamannya sebagai anak seorang cikgu. Agak menarik catatan yang di tulisnya. Memang anak saya ni berbakat dalam penulisan walaupun dia orang sains.

Catatan yang ditulisnya bersempena dengan hari guru. Sekaligus mengangkat peranan mulia Babanya yang bertugas sebagai seorang cikgu sejak 21 tahun yang lalu.

Berikutan dengan catatannya, saya juga jadi teruja untuk memaparkan perasaan menjadi isteri seorang cikgu. Harap dia tak marah saya mengambil ideanya untuk catatan post saya pada kali ini. Mungkin matlamatnya sama, tapi yang pasti isinya dah tentu lain.

Saya berkenalan dengan suami saya melalui seorang kawan, Beliau kawan baik saya ketika itu. Anak seorang cikgu. Masa tu saya berada di darjah 6. Saya sering membuat study group di rumah kawan saya ni, belajar matematik dengan ayahnya.

Sesekali saya bertembung dengan suami yang tinggal bersama keluarga kawan saya ketika itu.. Kenakalan saya ketika itu membuatkan saya menyelidik siapa suami saya tu melalui kawan tadi. Perkara awal yang saya tahu dia seorang cikgu, cikgu sandaran di Sekolah Menengah di penempatan saya.

Ditakdirkan, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah tempat suami saya mengajar. Hari pertama saya sudah ditegur oleh suami saya. Teguran yang membuat saya tak suka pada cikgu tersebut. Sebagai seorang guru agama, beliau mahu saya bertudung ketika ke sekolah. Kononnya, nak melaram ke sekolah dengan rambut panjang mengurai saya terbantut dengan teguran tersebut. Esoknya saya ke sekolah dengan memakai tudung.

Hari demi hari saya melalui pembelajaran di sekolah yang sama dengan suami saya. Pada mulanya saya tak suka mengikuti pelajaran agama beliau. Mungkin saya sudah ada persepsi buruk pada beliau dihari pertama persekolahan.



Tetapi akhirnya saya jadi suka. Mungkin kerana cara pembelajarannya yang menarik. Bukan saya saja yang suka, tetapi kawan2 yang lain juga seronok mengikuti pelajaran beliau. Subjek beliau adalah subjek yang ditunggu2.

Beliau baik kepada murid2nya. Walaupun marah, tegas, tetapi kami tetap suka dengan pelajarannya. Dari benci saya menjadi suka…..

Itulah pandangan saya sebagai insan yang pernah menjadi anak muridnya. Sebagai seorang cikgu, dia memang cikgu yang baik. Saya percaya sampai sekarang dia masih cikgu yang terbaik.

Sekarang pandangan saya sebagai isterinya pula. Isteri seorang cikgu………

Saya AMAT BANGGA bertemu jodoh dengan seorang cikgu. Walaupun bukan seorang yang kaya raya, mudah dengan wang ringgit tetapi entah mengapa saya AMAT BANGGA bersuamikan seorang cikgu.

Kerana beliau pernah menjadi cikgu saya dahulu, sampai sekarang kadang2 saya masih dilayan seperti dia melayan anak2 muridnya. Dia banyak mendidik saya dalam pelbagai perkara. Dari urusan rumahtangga, sahsiah, peribadi, tutur cara,hal2 umum, tingkah laku dan sebagainya.

Saya masih ditegur seperti dia menegur anak muridnya. Sampai sekarang dalam setiap perbuatan saya akan diatur olehnya. Tidur saya, masa senggang saya, urusan rumahtangga saya, pembacaan saya malah menonton cerita di TV pun akan ditegurnya. Walaupun kadang2 saya rimas, rasa nak memberontak tapi hakikatnya saya kan isteri seorang cikgu….

Diawal alam pekerjaannya sebagai seorang cikgu yang terlatih, pada tahun 1992. Kami telah pun ada 2 anak. Sebagai cikgu baru, suami saya memang amat rajin ketika itu. Rajinnya masih ada sampai sekarang.

Pernah bila ada program apa2 di sekolah beliau mengajar, perginya ketika matahari belum terbit & baliknya ketika matahari telah pun terbenam. Beliau amat komitmen pada setiap tugas2nya.

Sebagai seorang cikgu beliau amat aktif. Ketika diawal alam kerjayanya dahulu, beliau aktif sebagai ahli pengakap. Selalu mengikuti perkhemahan2 yang memaksa beliau meninggalkan kami berhari2.

Sekarang pula beliau masih aktif, tetapi sebagai pegawai Sepak Ttakraw Negeri Pulau Pinang. Beliau akan buat apa sahaja demi Sepak Takraw. Sanggup mengharungi hujan panas, rebut petir. Sanggup melupakan sakit pening demi menjayakan Sepak Takraw bersama kawan2nya.

Sebagai seorang cikgu, suami saya memang amat baik dengan rakan2 sekerja. Melalui pandangan peribadi saya, beliau pentingkan hubungan baik dengan kawan2. Dia sanggup disusahkan oleh kawan2, tetapi tidak pula sanggup menyusahkan kawan2. Saya perhatikan, selalunya ramai kawan2 yang sering meminta bantuan tidak kira dalam keadaan apapun, tetapi suami saya ni cukup risau meminta bantuan kawan2 kalau tidak ia2. Dia kata takut menyusahkan kawan2.

Dalam memberi tunjuk ajar pula, dia memang cikgu terbaik. Saya perhatikan kalau dia memberi tunjuk ajar pada sesiapa, amboi! Memang amat lemah lembut & sabar walaupun nampak tegas. Tetapi kalau dengan saya….

Contohnya, saya belajar memandu kereta dengan suami saya. Dengan tak tahu apa2 pasal kereta itulah saya belajar memandu. Takutnya saya ketika itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sebab tu bila dah pandai sikit2, saya lebih suka belajar sendiri masa dia tak ada. Cara dia mengajar macam saya dah pakar tentang kereta.



Begitu juga semasa mengajar saya berkaitan computer, internet & sebagainya. Saya selalu menangis dalam hati, malah kadang2 terhambur juga airmata saya. Dia suka hanya sekadar memberitahu secara rambang sesuatu yang saya nak tahu, kemudian pandai2lah saya belajar sendiri. Tapi bila difikir2kan kerana garangnya itulah saya cepat pandai agaknya berbanding orang lain yang dia ajar dengan lemah lembut. Berkali2 diajar pun masih tak tahu2, atau mereka mengada2kan! Padahal tahap pengajian mereka lebih baik dari saya yang tak sekolah tinggi ni…

Sebagai isteri seorang cikgu, memanglah dimana2, bila2 masa sahaja orang akan kenal kita bila diperkenalkan isteri “Ustaz Roshidan @ Ustaz Baba”.



Kadang2, ada masanya rimas juga bila orang kenal kita hanya kerana dia. Tetapi kadang2 bagus juga, bila nampak macam orang hormat kita sikit.

Sampai kadang2 hal2 disekolah pun ada yang bertanya pada saya hanya kerana saya isteri seorang cikgu. Bila saya kata tak tahu, mereka akan kata “ bini cikgu, takkan tak tahu?” Apalah punya turrrr, bukannya semua perkara suami saya tahu dia akan ceritakan pada saya. Suami saya pula jenis bila ditanya baru akan cerita, tu pun belum tentu pertanyaan saya akan ada jawapannya.

Kadang2 juga cara kita diperhatikan bila tahu kita isterinya. Tambahan lagi oleh kawan2 sekerjanya. Mana yang memang kita dah kenal tak apalah. Tapi yang mana tak kenal lagi, bila diperkenalkan, kita ditenung semacam. Macam kita buat salah pulak atau macam kita salah pulak menjadi isterinya.

Saya pernah berhadapan dengan satu situasi, bila beberapa orang guru pelatih yang begitu ramah tamah bersembang dengan suami saya. Tak kisahlah tu, saya tahu rakan sekerja. Tapi saya menjadi panas satu badan bila seorang cikgu yang memang kenal saya, memperkenalkan saya pada guru2 pelatih tadi, sebagai isteri kepada orang yang mereka bersembang dengan ramah tamah tadi.

Tiba2 ramah tamah mereka, senyum tawa mereka bertukar pelik pada saya. Hilang segala ramah tamah tadi. Saya dipandang semacam oleh mereka. Begitukah sifat seorang cikgu? Entahlah….

Sebab itu saya tak berapa suka menjadi AJK di sekolah suami saya bertugas sekarang, tapi setiap kali juga saya dipilih. Kalau boleh saya tak mahu libatkan sangat apa2 dengan suami saya ditempat yang sama.


Pernah ketika saya menunggu anak2 saya, yang bersekolah sekali dengan suami saya menghadiri aktiviti kokorikulum di sekolah, Guru Besar bertanya sinis pada saya " tunggu suami ke tunggu anak?'. Walhal saya bukan datang sekali dengan suami pun, saya datang sendiri dengan anak2 saya.


Sampai sekarang kalau ada apa2 program di sekolah yang saya sebagai AJK PIBG & suami pula bertugas di situ, saya akan seboleh2nya mengelak dari berada berdekatan dengan suami saya. Biarlah saya buat macam tak kenal dengan dia. Bukan apa saya takut dikatakan menumpang populariti suami.

Kadang2 masalah juga bila berhadapan dengan orang yang tidak begitu kenal dengan kita. Menjadi masalah pula bila mereka beria2 mahu kenal kita. Puaslah kita beria2 mengenalkan diri itu ini, begitu begini. Akhirnya bila mereka tahu kita isteri seorang cikgu yang mereka kenal, mereka kata “ hah… habaqlah isteri Ustaz Baba @ isteri Ustaz”. Tension betul.

Tapi sekarang saya semakin faham, tugas2 seorang cikgu. Walaupun tak best bila dia perlu meninggalkan saya & anak kerana menghadiri kursus & sebagainya. Saya suka dia sentiasa dirumah bersama saya & anak2. Tapi hakikatnya, kerana tugas dia perlu pergi. Kadang2 bagus juga bila sesekali terpisah sekejap ni, baru ada perasaan rindu, saling menghargai bila berjauhan.

Sampai satu tahap, kerana bangganya saya menjadi isteri seorang cikgu, pernah suami saya ditawarkan bertugas di unit sukan Pejabat Pelajaran Daerah. Maknanya dia perlu menjadi pegawai, bukan lagi seorang cikgu. Yang kerjanya 9 to 5. Saya amat khuatir ketika itu, kerana ramai dikalangan kakak2nya, rakan2nya seperti menyetujui tawaran itu. Saling mengucapkan tahniah.

Jika mereka menyokong & dia bersetuju saya tak boleh kata apakan!

Bila pendapat saya diminta berhubung tawaran itu, saya hanya mampu berkata
“ Ayang dulu kahwin dengan cikgu, bukan pegawai yang kerja pejabat”

Sampai hari ini, sudah 2 kali rasanya suami saya menerima tawaran yang begitu. Setiap kali dia seperti beria2 nak terima. Tapi entah kenapa sampai sekarang dia masih menjadi seorang cikgu.

Cikgu yang AMAT SAYA SAYANG & BANGGAKAN!

Sememangnya saya BANGGA menjadi isteri seorang cikgu, walau dalam apa keadaan sekalipun…………


20 Mei 2009

Yang Tersurat..... Yang Tersirat

Assalamualaikum.....


Saya masih nak bercakap tentang hari ulangtahun kelahiran saya.


Sejak dari dulu kalau bercakap tentang 13 mei, tarikh kelahiran saya, orang akan berkata tentang peristiwa 13 mei 1969. Rusuhan yang berlaku di Malaysia. Tapi saya belum lahir ketika itu, hanya tarikh hari lahir saya sahaja yang sama, tahunnya lain.

Saya suka sekadar berkongsi rahsia yang tersirat disebalik bulan kelahiran saya. Bukan untuk dipercayai 100% tapi sebahagiannya ada kebenarannya.

Mengikut kajian, orang yang lahir pada bulan mei mempunyai ciri2 seperti ini :


KERAS HATI & TEGAS: Memang saya mempunyai ciri2 seperti ini. Tambahan lagi jika hati saya dah disakiti, terusik. Bila saya dah ambil keputusan, walaupun nampak mudah tetapi saya akan tegas dengan keputusan saya. Namun kadang2 demi menjaga hati orang lain saya akan mengalah juga. ermmm mengalah bukan bererti kalah kan!

KUAT SEMANGAT & BERMOTIVASI TINGGI : Secara dasarnya saya diakui oleh rakan2 mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sebarang kerja yang menjadi minat saya. Sesuatu yang telah saya lakukan saya akan teruskan walau menghadapi apa saja cabaran & dugaan. Tiada istilah buat kerja separuh jalan bagi saya kecuali jika telah ditakdirkan.


PEMIKIRAN YANG TAJAM : Pada sesuatu perkara kadangkala saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun pada awalnya saya akan dituduh dengan bermacam2 seperti syak wasangka & sebagainya tapi akhirnya setelah diselidiki apa yang saya was2 kan menjadi kenyataan.


MUDAH MARAH APABILA TIDAK DIKAWAL : Yang ini memang kena sangat dengan saya. Saya akan mudah marah walaupun akhirnya saya tahu marah saya tu tak bersesuaian dengan pokok perkara & penyebab. Tapi hakikatnya marah macamana pun saya, tapi saya selalu mengalah dalam segala hal. Hati saya mudah sejuk sebenarnya jika kena pada gayanya.


PANDAI MENARIK HATI & PERHATIAN ORANG LAIN : Berdasarkan pengalaman saya terlibat dengan aktiviti satu ketika dahulu seperti dalam politik, saya pernah mengikuti Kursus PraSekolah di USM, dan apa saja bidang yang saya lalui bersama orang ramai, ramai juga yang meminati & memberi tumpuan pada setiap gerak kerja saya. Setiap percakapan saya, di perhati dengan penuh minat.


PERASAAN YANG AMAT MENDALAM : Ya, hati saya mudah tersentuh.....


CANTIK DARI SEGI FIZIKAL & MENTAL : Cantik mengikut persepsi masing2. Kadang2 cantik dimata kita tak cantik dimata orang begitu juga sebaliknya.


TIDAK PERLU DIMOTIVASIKAN : Yang ni saya tak setuju. Saya sentiasa perlukan bimbingan, pesanan & nasihat setiap masa.


TETAP PENDIRIAN, TETAPI MUDAH DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN :Ya, saya setuju sangat. Kan saya selalu kata, megalah bukan bererti kalah.


MUDAH DIPUJUK : Kadang2 mudah, kadang2 susah juga. Bergantung pada cara pujukan. Setakat ni suami saya jer yang tahan dengan rajuk saya. Hanya dia yang tahu macammana nak pujuk saya. Terima kasih bang.....


BERSIKAP SISTEMATIK (OTAK KIRI): Yang ni saya tak tahu nak komen.


SUKA BERANGAN : Betul sesangat. Kadang2 berangan saya sampai dibawa ke tidur. Saya boleh tak dapat melelapkan mata semalaman jika ada sesuatu yang sedang saya angan2kan.


KUAT DAYA FIRASAT, MEMAHAMI APA YANG TERLINTAS DIHATI ORANG LAIN TANPA DIBERITAHU : Kadang2 memang saya tahu & mahu ambil tahu. Kadang2 saya tahu & tak mahu ambil tahu.


BAHAGIAN TELINGA & LEHER MUDAH DISERANG PENYAKIT: Biasalah lengoh2.


DAYA KHAYALAN YANG TINGGI : Khayalan sama dengan berangan tak?


PANDAI BERDEBAT : Bolehlah sikit2, saya pernah membahaskan usul di Muktamar Muslimat, Muktamar PAS Pusat & pernah berceramah pada Pilihanraya. Debat ke tu?


FIZIKAL YANG BAIK : Oklah setakat ni, sakit2 sendi, urat tu biasalah. Dah 7 kali melahirkan, urat pun dah putus 7 kali orang kata. Badan tembam orang kata, harap sihat selalu.


KELEMAHAN SISTEM PERNAFASAN : Biasalah orang tembam, memang kadang2 mengah sikit, nak2 kalau lakukan aktiviti lasak sikit. Tapi setakat nak jungle traking, panjat bukit ok lagi.


SUKA SASTERA, SENI MUZIK & MELANCONG : Saya memang suka sastera. Suka baca buku2 cinta. Muzik pula ikut keperluan. Melancong? Siapa yang tak suka melancong....


TIDAK BERAPA SUKA DUDUK DIRUMAH: Masa saya aktif dalam jemaah dulu, saya harap sangat bila cuti, tak ada program hujung minggu, saya nak melepak dirumah bersama suami & anak2. Tapi bila tak aktif, hujung2 minggu saya nak lah jalan2. Boringlah juga kan dok dirumah jer.... Tapi tak kisah sangat pun dok kat rumah. Rumahkan syurga kita.


TIDAK BOLEH DUDUK DIAM: Bergantung pada keadaan. Kalau ada kerja yang nak dilakukan, memanglah macam lipas kudung. Tapi kalau dah tak ada kerja, takkan tak reti nak dok diam!


TIDAK PUNYA RAMAI ANAK : hahahaha... yang ni amat tidak betul. Anak saya ada 7 orang setakat ni. Saya bercadang nak stop dari melahirkan. Tapi kalau Allah masih nak bagi rezeki, saya terima. Ada seorang makcik meramalkan saya akan ada 10 orang anak.....


RAJIN & BERSEMANGAT TINGGI : Bergantung pada situasi.


AGAK BOROS : Memang kot. Tapi boros saya selama ni semuanya untuk keluarga. Apa saja yang saya usahakan, hasilnya semua saya curahkan untuk keluarga. Baik bab makan minum, pakai & sebagainya. Tak ada pun saya habiskan dengan dengan memenuhkan emas, intan berlian, baju baru dibadan saya.


Ramalan ini kadang2 hanya kebetulan. Walaupun ada yang betul, ada juga yang tidak betul sama sekali.

18 Mei 2009

Cikgu Oh! Cikgu.....



Assalamualaikum.....


Sempena Hari Guru baru ini, saya berkesempatan menghantar mesej2 ucapan Selamat Hari Guru kepada beberapa orang Cikgu2 yang terpilih. Bukan apa, save bajet kredit... sesak sikit lani.....so saya pilih2 sahaja.


Ada yang membalas dengan ucapan terima kasih, ada juga yang membalas semula dengan ucapan Selamat Hari Guru, walaupun saya bukan seorang cikgu....


Apa yang ingin saya kongsikan adalah balasan mesej dari seorang cikgu....


" Byk dpt BUNGA? * Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PENDRIVE? * Tanda itu GURU DATA. Dpt PEMADAM? * Tanda guru sentiasa membetulkan yg dusta. Dpt MESEJ? * Tanda guru sentiasa di ingatan! Dapat BANTAL? *Tanda guru sentiasa TIDO! *Selamat Hari Guru*"


Dalam kita sentiasa memuliakan tugas seorang guru, adalah diharapkan mesej ini tidak diperpanjangkan sebagai ucapan pada semua guru2.


Harap juga tiadalah lagi guru2 di zaman ini berperangai seperti Cikgu Saari dalam filem P.Ramlee, Masam Masam Manis.


Harap juga semua cikgu2 di Malaysia ini menjalankan tugas dengan penuh komitmen, bertanggungjawab, penuh dedikasi pada amanah yang diberi.


Menjadi contoh yang baik kepada anak2 murid dengan berperibadi mulia, walaupun anda juga adalah manusia biasa, sekurang2nya jagalah nama baik sebagai seorang cikgu yang akan menjadi contoh tauladan kepada anak2 didik.


Elakkan pertelingkahan sesama cikgu, elakkan juga tabiat mengadu domba sesama sendiri. Jangan diibaratkan guru kencing berdiri, nanti murid2 akan kencing berlari.


Walau siapapun anda dimata masyarakat, hakikatnya perlu dipelihara tugas murni seorang insan bernama Cikgu.


Terima kasih kepada semua Cikgu2 yang mengajar, mendidik saya. Terima kasih juga kepada semua Cikgu2 yang mengajar & mendidik anak2 saya.


Jasa Mu Cikgu akan sentiasa di kenang.....



16 Mei 2009

Sambutan Hari Ulangtahun Yang Penuh Kejutan...



Assalamualaikum....


Walaupun hari ulangtahun saya dah berlalu 13 mei yang lalu, tapi suami & anak2 saya masih sudi meraikan hari ulangtahun saya dengan jamuan di KFC.


Sambutan yang penuh kejutan, sebab selalunya bagi kami sekeluarga bila tiba hari2 istimewa cukup sekadar ucapan tahniah sekadar saling ingat mengingati antara satu sama lain.


Kalau ada sambutan dengan majlis makan2 pun sekadar kebetulan. Selalunya bila semua ahli keluarga berkumpul.


Malam tadi memang kejutan buat saya, sebab semuanya suami & anak2 yang uruskan. Dari rancangan untuk ke KFC, tempahan kek, hadiah & "tetamu".


Apapun saya betul2 rasa terharu, terima kasih yang tidak terhingga buat suami tersayang lagi saya cintai Mohd Roshidan Hassan. Terima kasih kerana membuat ayang begitu merasa dihargai. Ayang berharap kasih sayang kita sentiasa bertaut, kembang mekar walau usia telah dimamah waktu. Melayari bahtera perkahwinan selama hampir 20 tahun ini adalah hari2 yang penuh bererti buat ayang. Ayang sayang abang selamanya.....


Buat anak2 yang amat mama sayangi, Nurul Ain Fathihah, Mohd Afnan Fathurrahman, Nurul Amirah Fatin, Nurul Adeebah Farzana, Nurul Atiqah Farhani, Nurul Adilah Farihah& Mohd Adnin Firdaus, kalianlah buah hati pengarang jantung mama. Tanpa kalian hidup mama tak bermakna. Terima kasih kerana menjadi anak2 mama yang paling baik selama ini. Mama bahagia melahirkan kalian di dunia ini. Semoga kalian terus menjadi anak yang soleh & solehah, berjaya di dunia & akhirat.


Buat tetamu istimewa kami pada majlis ini, mama ucapkan jutaan terima kasih. Mama betul2 tak menyangka kehadiranmu pada malam yang bermakna ini. Walaupun ukhwah sesama kita belum rasmi ikatannya, tapi mama dah terasa sayang pada mu. I'ALLAH jika panjang umur, kehadiranmu dalam keluarga kami, amat dialu2kan.



kek ulangtahun kelahiran saya perisa kopi yang ditempah oleh suami & anak2 saya

doa dipohon semoga majlis diberkati Yang Maha Esa

kasih sayang mu menjadikan diriku begitu berharga

sambil saya memotongkan kek, anak2 bersemangat menyanyikan lagu ulangtahun buat saya

heheheh, rasa macam hari perkahwinan pula, suap2 kek


inilah jambangan bunga indah yang saya terima pada 13 mei yang lalu

abang menyerahkan semula jambangan bunga yang dikirim pada 13 mei yang lalu

hadiah dari suami & anak, sebuku buku " Kisah Cinta Sejati Khadijah "

suasana yang begitu membahagiakan saya

kami sekeluarga bergambar bersama, lengkap 9 orang
aik! tiba2 gambar yang ni terlebih pula sorang.
Puas saya kira banyak kali.
hah... nilah tetamu VVIP, terima kasih yer fadhil,
sudi datang dr jauh rai birthday mama

nak balik pun sempat lagi berposing di kaki tangga KFC ni



Selamat Hari Guru, Suamiku Sayang

Assalamualaikum.....




Segala bakti yang engkau curahkan


Mengajar mendidik anak bangsa

Segala jasa yang engkau taburkan

Menjadi kenangan tak akan di lupakan.



Engkau laksana pelita di malam gelita

Memancarkan sinar sepenuh rela

Jiwamu tabah hatimu cekal

Kasihmu suci semangatmu berkobar

Yang tak pernah mengenal erti putus asa

Yang tak pernah meminta puji dan puja.



Jasamu tak akan luput dalam ingatan

Sepanjang hayat mekar di sudut hati


Tiap patah katamu mengisi erti

Tiap madahmu mengandungi hikmat

Pembentuk peribadi penegak kebenaran

Pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.



Hanya kata-kata ini yang dapat di lafazkan

Terkumpul dari seribu hati menjadi satu

Menadah tangan dengan doa restu

Kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan

Kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia

Pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.



Jujur dan ikhlas engkau berbakti

Di kota dan desa atau di hujung negeri

Cekal dan tabah menempuh dugaan

Hidupmu bagalkan pelita di tengah malam

Membakar diri menerangi yang kelam

Jasamu akan di kenang sepanjang zaman.





15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.....




Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia




Guru oh Guru

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakill seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Usman Awang1979

13 Mei 2009

Kejutan 13 Mei 2009

Assalamualaikum.....



Saya menerima sejambak bunga sebentar tadi


Satu kejutan selama 34 tahun lahirnya saya di dunia ini


Terima kasih buat suami tercinta & anak2 tersayang


Tiada apa yang lebih bermakna sebenarnya, daripada bersama kalian dalam susah mahupun senang


Jambangan bunga yang amat cantik


Untuk pembaca blog mama moden jambangan bunga tu akan di post di ruangan ini nanti.


Terima kasih abang, tiada apa yang ayang perlukan


Hanya bersama abang serta anak2 di dunia & akhirat



Selamat Ulangtahun Kelahiran....



Assalamualaikum.....


13 mei 1975, 34 tahun yang lalu seorang bayi telah dilahirkan di sebuah kampong di daerah Tangkak, Johor. Kampung Bukit Banjar, kampong tercinta tempat lahirnya bayi tersebut. Dilahirkan oleh seorang ibu yang hanya membantu suaminya berkebun sayur. Dalam keadaan yang agak susah itulah bayi tersebut dibesarkan bersama adik beradik yang lain. Kehidupan yang serba kekurangan di sebuah desa terpencil. Bayi ini membesar menjadi kanak2 hanya dengan kehidupan yang ala kadar. Pernah menikmati hidangan ubi rebus, pisang rebus jika keputusan beras. Pernah juga menjamah nasi berlaukkan sambal kering & daun2 kayu.

Ketika usia menginjak 5 tahun, keluarga kanak2 ini berhijrah ke perkampongan felcra. Felcra Kebun Baru, Jementah menjadi tempat bermastautin baru sebagai mengubah cara hidup kearah yang lebih baik. Bukan memiliki hak milik tetapi hanya menumpang di tanah orang. Mak abah kanak2 ini mengambil upah mengerjakan kebun getah milik pemilik kebun.

Di perkampongan felcra inilah kanak2 tersebut memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Ledang, yang jaraknya agak jauh dari rumah. Sebelum ke sekolah kanak2 ini akan membantu mak abahnya menorah getah dahulu. Seawal jam 4 pagi sudah ke kebun membantu mak abah bersama saudara yang lain.

Seawal jam 6 pagi sudah harus ke sekolah kerana abah perlu menguruskan keperluan yang lain. Jika tidak kesekolah seawal itu bermakna tidak kesekolah lah maknanya. Setiap kali sampai kesekolah awal, kanak2 ini akan tidur dikaki tangga rumah yang berdekatan dengan sekolah. Pernah juga sehingga hari siang masih ketiduran di kaki lima atau dipagar sekolah.

Namun kerana ingin kesekolah semua itu harus dilalui. Begitupun kadang2 dalam seminggu hanya 3 hari sahaja dapat kesekolah. Disekolah sering dimarahi cikgu2 kerana tak tahu satu apapun yang dibelajar.

Kehidupan berubah lagi bila menginjak ke umur 9 tahun keluarga ini sekali lagi berpindah ke pekan Jementah. Pekan yang satu ketika dulu jika dapat sebulan sekali mengikut mak abah berbelanja, rasanya macam nak ke Kuala Lumpur. Pakai baju raya, kasut baru & berdandan cantik.

Di tempat baru inilah baru kanak2 tadi dapat meneruskan pelajaran dengan baik. Dalam masa beberapa waktu sahaja sudah dapat menguasai pelajaran dengan baik. Dilantik sebagai penolong ketua darjah ketika darjah 3. Dilantik sebagai pengawas ketika darjah 4 hingga darjah 6. Walaupun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km kesekolah tetapi tetap bersemangat ke sekolah. Tiada lagi istilah ponteng sekolah.

Bestnya pula menjadi salah seorang murid kesayangan cikgu2. Masih diingatan Ustaz Mohd Sabilan, Cikgu Woo, Cikgu Mustapha, Cikgu Husin, Allahyarham Cikgu Mohd Amin, Allahyarham Cikgu Haji Abu Hasan yang suka meriba saya semasa saya didarjah 3. Murid ini juga aktif disekolah dalam sukan seperti bola jaring. Aktif dalam kumpulan muzik sebagai pemain rekoder yang aktif memasuki pertandingan & persembahan di seluruh daerah Segamat.

Memulakan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Jementah. Disinilah bermulanya kehidupannya sekarang. Dari perkenalan sebagai abang & adik, akhirnya pasangan ini menjadi suami isteri ketika usianya hanya baru menginjak ke 14 tahun. Walaupun perkenalannya dengan guru tersebut tanpa dibayangi perasaan cinta sepasang kekasih, tetapi kerana niat buruk saudara sendiri telah membuatkan pasangan ini terpaksa mengakhiri hubungan itu dengan sebuah perkahwinan.

Hakikatnya impian pelajar tadi ingin belajar setinggi mungkin. Guru2 juga tidak membenarkan beliau berhenti sekolah kerana berpotensi sebagai pelajar yang baik. Tetapi kerana sayang & ingin menyelamatkan guru yang juga abang angkatnya, pelajar tadi telah mengorbankan masa depannya demi orang yang tersayang. Pengorbanan yang entah dikenang ataupun tidak…..

Perkahwinan yang gilang gemilang telah diadakan pada 3&4/6/1989. Manakan tidak perkahwinan bersejarah antara guru & murid. Dengar cerita, yang tidak diundang pun hadir, walau tidak makan tapi hanya untuk melihat majlis persandingan pasangan tersebut. Indahnya kenangan itu untuk dikenang. Sejurus sahaja majlis ijab qabul diadakan, pasangan ini telah bertekad untuk melayari bahtera perkahwinan sehingga keakhir hayat. Akan menempuh walau apa saja cabaran yang mendatang. Sememangnya pun memang penuh cabaran & dugaan yang dihadapi sejak dahulu hingga sekarang.

Walau apapun beliau bersyukur dengan jodoh ini. Walaupun terlalu awal dan bukan dalam perancangan tapi baginya ia sebagai satu takdir & rahmat. Beliau bersyukur dengan pertemuan ini yang telah merubah kehidupannya dari jahil kearah yang lebih baik. Insan yang bernama suami telah menjadikan dia insan baru. Dari ambil remeh mengerjakan solat, kini ia berubah kerah yang lebih baik. Dari tidak menutup aurat, akhirnya iru menjadi perkara wajib. Syukur akhirnya dengan bantuan suami, beliau telah menjadi insan baru.

Hanya setelah 10 bulan majlis perkahwinan diadakan, pasangan ini telah dikurniakan cahayamata pemgikat kasih. Tanggal 3 april 1990 cahayamata pertama dilahirkan. Kelahiran yang serba kekurangan lantaran suaminya sedang melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan. Sepanjang mengandung beliau telah menetap bersama keluarga mertua yang memang tidak menyukainya sejak dari mula perkahwinan.

Dengan umur yang masih muda, tidak disukai mertua, jauh dari suami, jauh dari keluarga, tiada pengalaman mengurus rumahtangga, beliau telah juga menjaga ayah mertuanya yang sakit lumpuh. Membasuh berak kencing ayah mertua, menyuapkan makanan telah menjadi rutinnya. Belum lagi mengadap ibu mertua yang ada saja mencari kesalahannya. Semua itu dihadapi dengan penuh tanggungjawab. Hanya airmata saja menjadi teman.

Syukurlah setelah kelahiran cahayamata pertama, akhirnya pasangan ini dapat hidup bersama bila suaminya membawa beliau & anak sulungnya merantau ke Ipoh. Di Negeri inilah menyaksikan jerih payah kehidupan. Hanya makan nasi berlaukkan telur & kicap setiap hari. Jika teringin nak makan ayam, beliau hanya membeli tulang ayam. Pernah anak kecil keputusan susu, dan seorang jiran membantu membeli susu ditempatnya bekerja. Pernah anak kecilnya sakit, dan beliau nekad membawa keklinik dan berhutang pula di klinik tersebut sehingga ada wang untuk membayarnya. Apapun beliau tidak kisah kerana kehidupan susah memang sudah dilalui sedari kecil lagi.

Semasa di Ipoh beliau telah mengandungkan anak ke 2. Kelahiran anak ke 2 pada 12 disember 1991 ini serentak dengan mulanya suami bekerja. Berhijrah ke Negeri Pulau Pinang dengan 2 anak. Menyewa sebuah rumah kampong dengan harga RM220 dengan gaji hanya RM440. Hanya memiliki sebuah motor untuk kegunaan, keluarga ini juga hidup dengan ala kadar. Biarlah susah senang asalkan bersama.

Pada 25 oktober 1993, pasangan ini dikurniakan seorang lagi cahayamata. Ketika usia anak ini sekitar 1 tahun lebih, beliau telah cuba bekerja disebuah kilang dengan niat membantu suaminya. Tetapi kejadian anak kecilnya didera pengasuh membantutkan niatnya untuk terus bekerja. Tidak sanggup rasanya melepaskan anak ketangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Pada 16 januari 1996 pasangan ini dikurniakan seorang lagi cahayamata. Dengan jumlah anak yang bertambah memang menyukarkan pergerakan. Masa tu kereta pun tak ada lagi. Nak balik kampong kenalah beratur menunggu bas. Dengan anak2, beg lagi. Syukurlah dengan ihsan saudara, pasangan ini dapat membeli sebuah kereta terpakai untuk kegunaan setelah kelahiran anak ke 4 ini.

Pada ketika ini juga suami beliau telah ditawarkan melanjutkan pelajaran keperingkat diploma selama setahun di Bangi, Selangor. Pada awalnya beliau & anak2 telah ditinggalkan di kampong suami. Mujurlah ketika ini beliau & anak2 telah diterima dengan baik oleh keluarga mertua. Tapi tidak lama, beberapa bulan selepas suami pergi, beliau & anak2 telah dibawa bersama ke Bangi.

Ketika disinilah berlaku perkara yang amat menakutkan. Pasangan ini hampir2 berpisah kerana tekanan saudara mara & orang sekeliling. Mujurlah hadirnya seorang sahabat ketika keputusan telah diambil untuk mereka berpisah dengan baik demi keluarga suaminya. Kawan tersebut telah memberi nasihat, mengingatkan kembali susah senang hidup bersama selama ini. Terima kasih pada Ustaz Halim Hasan, jasamu tetap di kenang untuk selamanya. Semoga dirimu berbahgia bersama keluarga.

Dengan berbekalkan nasihat kawan tadi, pasangan ini terus membawa diri ke Telok Bahang setelah tamat pengajian di Bangi. Ketika disinilah, beliau melahirkan anak ke 5 pada 29 november 1997. Alhamdulillah setelah membawa diri beberapa ketika, hubungan kekeluargaan bercantum semula.

Pada 2003 ketika mengandungkan anak ke 6, pasangan ini telah berpindah ke Tanjong Tokong kerana ditawarkan kuarters perguruan. Rumah yang agak selesa untuk diduduki bagi sebuah keluarga besar. Pada 21 november 2003 anak ke 6 pasangan ini telah dilahirkan dirumah baru. Ketika anak ke 6 ini, beliau telah mengambil upah menjaga sehingga 12 orang anak2 jiran demi membantu ekonomi keluarga. Beliau sanggup bergelut dengan anak2 jiran demi membantu suaminya. Tapi kerana sebab2 tidak dapat dielakkan beliau berhenti menjaga kanak2 yang ramai tu.

Dirumah baru ini juga lahirnya anak ke 7 pada 28 september 2006. Ketika ini juga beliau bergelut mengambil upah membuat kuih muih. Meletakkan dikedai2 & di tempah oleh hotel. Pernah berjaga hingga semalaman jika ada tempahan yang banyak. Pernah tidur 2 jam sahaja di bulan Ramadhan kerana membuat kuih2 jualan. Pernah juga dipukul ribut, berhadapan dengan kilat guruh ketika berniaga dijalanan. Semua itu dilakukan demi membantu ekonomi keluarga.

Dan kini setelah beberapa bulan tiada bantuan kewangan yang dilakukan. Beliau hanya menjadi surirumah sepenuh masa.

Sehingga kini, dengan 7 cahayamata anugerah Allah. Dengan segala kepayahan, susah payah, keringat & airmata dalam membina keluarga, beliau mengharapkan sebuah kehidupan yang aman damai menghadapi hari2 tua bersama anak cucu & menantu. Beliau tidak pernah menyesal mengharungi kehidupan selama 34 tahun ini. Samada sebagai seorang anak atau sebagai seorang isteri & ibu.

Malah beliau sentiasa bersyukur dengan apa saja yang dilalui selama 34 tahun ini. Menerima apa saja seadanya. Tidak akan ada keluh kesah, rungutan & ketidak puasan hati. Inilah jalan yang telah dipilih & telah ditakdirkan Allah untuk dilalui.

YaAllah, berikanlah insan kerdil ini ketenangan & kedamaian hidup. Jika umurnya dipanjangkan, penuhilah nikmat kehidupannya. Jika kematian adalah yang terbaik untuknya matikanlah ia dengan jiwa yang damai.


Selamat Ulangtahun Kelahiran……

12 Mei 2009

Anak Zaman IT


Assalamualaikum....


Anak bongsu saya, Mohd Adnin Firdaus akan berusia genap 3 tahun pada 28 september nanti.

Bukan saya nak bangga atau mengatakan anak saya pandai kerana tentu ramai lagi diluar sana yang lebih pandai dari anak bongsu saya ni.

Tapi sebagai seorang mama padanya yang tidak berpelajaran tinggi, saya amat bangga padanya.

Dalam usianya yang sebegitu muda, dia telah dapat menguasai penggunaan komputer & laptop.

Puas saya berfikir, macammana dalam keadaan dia yang masih belum tahu membaca, malah baru kenal huruf setakat A B C sahaja, tetapi dia boleh buka apa saja kegunaan di komputer. Malah laptop babanya pun sekarang ni, pantang terletak diatas meja, akan dibukanya sendiri.

Bila saya berebut nak tengok cerita di TV, dia akan on komputer dan buka Tom & Jerry, Upin & Ipin, Spongebob kegemarannya dan segala macam cerita lagi. AF pun dia tahu buka, melalui You Tube agaknya. Saya pun tak berapa pandai nak cari benda2 ni sebenarnya.

Malah dia pandai pula sambil main games, dia akan buka lagu. Lagu yang paling dia minat lagu Aku Stacy. Dia akan main games sambil kepalanya terangguk2 mengikut irama lagu Stacy tu.

Segala macam games samada yang sedia ada di komputer ni atau dia akan cari sendiri di internet, dia akan main. Bila diperhatikan, rupanya dia akan melihat dengan penuh kyusuk sesiapa saja yang menggunakan komputer. Ssekarang pun bila ada kakak2 atau abangnya buka sesuatu yang baru, yang dia masih belum tahu, dia hanya akan memerhati. Kalau games baru misalnya, dia akan tengok cara2 permainannya. Lepas tu bila giliran dia, dengan senang je dia akan cuba pula.
Kalau dia tengah guna komputer, jangan haraplah orang lain akan dapat guna dengan senang. Kenalah pandai2 pujuk dia kalau nak guna. Kalau nasib baik dapatlah. Kakak pun kena mengalah dengan dia lani. Tapi kadang2 saya guna juga kuasa veto, saya ambil secara paksa. Mana boleh jadi asyik dia jer ngadap komputer ni.

Sekejap tadi, sewaktu saya membelek2 gambar2 keluarga dalam komputer ni saya terjumpa gambar2 dia masa kecil sedang menggunakan laptop baba. Saya tak perasan pun bila gambar ni diambil. Tentu masa tu, dia sedang mengacau baba ler tu. owh! rupanya dia dah minat dengan komputer sejak baby lagi.....


Mohd Adnin Firdaus : Dulu & Sekarang








Assalamualaikum....


Setelah beberapa hari menggunakan tagline baru,


mama moden rindu pada tagline yang dulu.


Mama moden ambil keputusan nak guna semula tagline lama.


Tak kisahlah orang nak kata apapun kan!


Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.


Ni blog mama moden,


sesiapa yang tak berkenan silalah ke blog lain yang lebih menarik.....





MaMa MoDeN : DuNia DaH MaJu, ZaMaN DaH BeRuBaH


11 Mei 2009

Tahniah MB Nizar.... Takbir! Takbir! Takbir!

Assalamualaikum....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.




Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak. Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, PAS dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.


Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN. Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak. Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu. Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.


Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.


Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.


Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian. Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut. Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.


Mengulas kemenangannya, Menteri Besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut. Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu. Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan Menteri Besar.


Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih Menteri Besar yang sah atas tiga alasan berikut:
  1. Tidak terdapat pembubaran DUN Perak
  2. Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak

  3. Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong."

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.


Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang. Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.


Tahniah kepada MB Nizar Jamaludin dan Kerajaan Perak. Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berpesan :


YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.


Kata Tok Guru :" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.


Jauh Dimata Dekat Dihati.....



Assalamualaikum....


Pada 9 mei yang lepas saya telah menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Negeri pulau Pinang kali ke 20. Tahun ni adalah tahun pemilihan. Ada pertandingan pada jawatan ketua antara Kak Nurul Huda Yusof Rawa & Ustazah Rahmah Md Isa. Kemenangan berpihak pada Ustazah Rahmah. Tahniah diucapkan pada Ustazah. Sekalung tahniah juga harus diucapkan pada Kak Nurul Huda kerana telah memimpin Dewan Muslimat dengan cemerlang selama ini. Tahniah juga pada Kak Maziah & Kak Fadhilah yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan & Naib ketua serta 10 orang AJK yang berjaya dalam pemilihan.


Kali terakhir saya menghadiri Muktamar adalah pada tahun 2006. Sejak dari itu saya tidak dapat menghadiri mana2 mesyuarat atau muktamar di semua peringkat.


Tetapi pada 9 mei yang lepas hati saya tergerak untuk menghadiri muktamar yang diadakan di Dewan JKKK Sg Acheh Nibong Tebal. Muktamar dirasmikan oleh Dr Halimah Ali, Exco Dewan Muslimat Pusat yang juga ADUN Selat Kelang.


Ketika sampai majlis perasmian sedang berlangsung. Saya sempat juga mendengar ucapan YB Dr Halimah.


Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah perasaan saya ketika bertemu sahabat2 jemaah yang telah hampir 3 tahun saya tinggalkan. telah hampir 3 tahun saya tidak bersama mereka dalam mesyuarat atau program2.


Bersalam, bertanya kabar & berada dalam pelukan sahabat2 yang amat saya rindukan amat berlainan sekali. Rasa sebak mengiringi sepanjang saya berada di Dewan tersebut. Bila ditanya, disapa oleh sahabat2, kemana saya menghilang selama ini amat sukar untuk saya jawab.


Melihat pancaran rindu pada mata sahabat2 ketika itu melahirkan satu perasaan yang amat mengharukan dalam hati saya. Berada dalam dakapan Kak Nurul Huda, Kak Maziah, Kak Fadilah, Mak Tih Mariah, Norihan, Farhiyah, Mazlina, Rafidah, Azah & ramai lagi ketika itu membuat dada saya sebak.


Dan kemuncak kesayuan saya, akhirnya terhambur juga airmata ketika berada dalam dakapan Ustazah Rahmah. Entah mengapa ketika berada dalam dakapan Ustazah Rahmah saya tak dapat lagi menahan airmata. Saya teresak2 menangis ketika berada dalam dakapan Ustazah Rahmah. Tambahan lagi bila Ustazah meminta saya kembali ke Dewan Muslimat mencurah bakti. Dibawah kepimpinan Ustazah lah saya dilantik menjadi AJK Dewan Muslimat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2000. Terima kasih diatas kepercayaan Ustazah.


Maaflah Ustazah & sahabat2 yang saya sayangi. Saya tak mungkin kembali bersama kalian walaupun hati saya meronta2 rindukan kalian & jemaah. Saya ingin sangat menangani program seperti dulu2. Saya ingin sangat ke muktamar & memberi ucapan.


Saya di bawa terlibat dalam jemaah kerana seseorang, dan kerana seseorang itu jugalah saya hentikan gerak kerja saya dalam jemaah. Walaupun ketika itu saya ikhlas berjuang kerana ALLAH tetapi kerana seseorang itulah penggerak & penamatnya perjuangan saya. Walau apapun saya tetap menyokong dari kejauhan.


Alangkah indahnya ketika berada dalam kecelaruan ini, ada mereka2 ini yang akan membuat jiwa saya damai. Alangkah indahnya ketika berada dalam kecelaruan ini saya berada dalam dakapan Ustazah Rahmah seperti dahulu mengadu perasaan. Alangkah indahnya jika ketika ini dapat mendengar tazkirah & nasihat dari Ustazah Rahmah & sahabat2 yang lain.


Walau apapun saya percaya, saya masih ada DIA diatas sana yang akan mendengar luahan & keluhan saya.....