New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

16 Mei 2009

Sambutan Hari Ulangtahun Yang Penuh Kejutan...



Assalamualaikum....


Walaupun hari ulangtahun saya dah berlalu 13 mei yang lalu, tapi suami & anak2 saya masih sudi meraikan hari ulangtahun saya dengan jamuan di KFC.


Sambutan yang penuh kejutan, sebab selalunya bagi kami sekeluarga bila tiba hari2 istimewa cukup sekadar ucapan tahniah sekadar saling ingat mengingati antara satu sama lain.


Kalau ada sambutan dengan majlis makan2 pun sekadar kebetulan. Selalunya bila semua ahli keluarga berkumpul.


Malam tadi memang kejutan buat saya, sebab semuanya suami & anak2 yang uruskan. Dari rancangan untuk ke KFC, tempahan kek, hadiah & "tetamu".


Apapun saya betul2 rasa terharu, terima kasih yang tidak terhingga buat suami tersayang lagi saya cintai Mohd Roshidan Hassan. Terima kasih kerana membuat ayang begitu merasa dihargai. Ayang berharap kasih sayang kita sentiasa bertaut, kembang mekar walau usia telah dimamah waktu. Melayari bahtera perkahwinan selama hampir 20 tahun ini adalah hari2 yang penuh bererti buat ayang. Ayang sayang abang selamanya.....


Buat anak2 yang amat mama sayangi, Nurul Ain Fathihah, Mohd Afnan Fathurrahman, Nurul Amirah Fatin, Nurul Adeebah Farzana, Nurul Atiqah Farhani, Nurul Adilah Farihah& Mohd Adnin Firdaus, kalianlah buah hati pengarang jantung mama. Tanpa kalian hidup mama tak bermakna. Terima kasih kerana menjadi anak2 mama yang paling baik selama ini. Mama bahagia melahirkan kalian di dunia ini. Semoga kalian terus menjadi anak yang soleh & solehah, berjaya di dunia & akhirat.


Buat tetamu istimewa kami pada majlis ini, mama ucapkan jutaan terima kasih. Mama betul2 tak menyangka kehadiranmu pada malam yang bermakna ini. Walaupun ukhwah sesama kita belum rasmi ikatannya, tapi mama dah terasa sayang pada mu. I'ALLAH jika panjang umur, kehadiranmu dalam keluarga kami, amat dialu2kan.



kek ulangtahun kelahiran saya perisa kopi yang ditempah oleh suami & anak2 saya

doa dipohon semoga majlis diberkati Yang Maha Esa

kasih sayang mu menjadikan diriku begitu berharga

sambil saya memotongkan kek, anak2 bersemangat menyanyikan lagu ulangtahun buat saya

heheheh, rasa macam hari perkahwinan pula, suap2 kek


inilah jambangan bunga indah yang saya terima pada 13 mei yang lalu

abang menyerahkan semula jambangan bunga yang dikirim pada 13 mei yang lalu

hadiah dari suami & anak, sebuku buku " Kisah Cinta Sejati Khadijah "

suasana yang begitu membahagiakan saya

kami sekeluarga bergambar bersama, lengkap 9 orang
aik! tiba2 gambar yang ni terlebih pula sorang.
Puas saya kira banyak kali.
hah... nilah tetamu VVIP, terima kasih yer fadhil,
sudi datang dr jauh rai birthday mama

nak balik pun sempat lagi berposing di kaki tangga KFC ni



7 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Salam mama moden
gembira saya tengok betapa akrabnya keluarga ini. Saya mengalir air mata terkenangkan suatu masa dahulu saya dan keluarga saya juga begini. Bila hari ibu atau ayah kami sekeluarga akan menyambutnya makan ikan bakar.memang masa tak boleh diputar kemabali hanya ingatan yang merindui saat itu. Hargailah ia semasa ada. Semoga Allah merapatkan silaturrahim berkekalan. Amin. Tumpang seronok lihat keluarga bahagia. Teruskan amalan ini

ctkini berkata...

wah!...bahagianya.bonda pun nak ucapkan selamat hari ulangtahun sekali lagi le.bonda pun rasa happy tengok you all.

MaMa MoDeN berkata...

salam,
terima kasih buat sahabat yg medoakan kebahgiaan kluarga saya.
smoga doa kalian dimakbulkan Allah.
semoga kita semua juga bahgia bsama keluarga masing. mmg kita perlu hargai & sntiasa bsyukur dgn apa yg ada skrang. tp harus pula sntiasa bringat kerana langit tidak slalu cerah, hidup ibarat roda.

limaumaniss berkata...

aduh bahagianya....:) tumpang heppy.. :)

hrusli61 berkata...

Selamat dan diberkati keseluruhan keluraga mama moden.

Saya pernah beri hadiah berupa satu frame gambar besar MAsjid Nabawi di Madinah. Frame itu kemudian digantung di ruang tamu rumah. Mahal juga RM100++.

Miss Bieb berkata...

hepi birthday,mama...
sori lambat wish...
hehehe...bz dengan hal2 debat..
semoga bahagia bersama keluarga tercinta!

MaMa MoDeN berkata...

salam srikandi kasih.
terima kasih atas ucapan selamat.

ucapan selamat masih diterima spnjang hayat.

selamat utk geng2 debat.
semoga sukses juga to study.

p/s: tak balik kg ker cuti2 ni?
klu tak balik silalah kepenang....