Assalamualaikum….
Puteri sulung saya dalam blog Rasa Sayang nya menceritakan pengalamannya sebagai anak seorang cikgu. Agak menarik catatan yang di tulisnya. Memang anak saya ni berbakat dalam penulisan walaupun dia orang sains.
Catatan yang ditulisnya bersempena dengan hari guru. Sekaligus mengangkat peranan mulia Babanya yang bertugas sebagai seorang cikgu sejak 21 tahun yang lalu.
Berikutan dengan catatannya, saya juga jadi teruja untuk memaparkan perasaan menjadi isteri seorang cikgu. Harap dia tak marah saya mengambil ideanya untuk catatan post saya pada kali ini. Mungkin matlamatnya sama, tapi yang pasti isinya dah tentu lain.
Saya berkenalan dengan suami saya melalui seorang kawan, Beliau kawan baik saya ketika itu. Anak seorang cikgu. Masa tu saya berada di darjah 6. Saya sering membuat study group di rumah kawan saya ni, belajar matematik dengan ayahnya.
Sesekali saya bertembung dengan suami yang tinggal bersama keluarga kawan saya ketika itu.. Kenakalan saya ketika itu membuatkan saya menyelidik siapa suami saya tu melalui kawan tadi. Perkara awal yang saya tahu dia seorang cikgu, cikgu sandaran di Sekolah Menengah di penempatan saya.
Ditakdirkan, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah tempat suami saya mengajar. Hari pertama saya sudah ditegur oleh suami saya. Teguran yang membuat saya tak suka pada cikgu tersebut. Sebagai seorang guru agama, beliau mahu saya bertudung ketika ke sekolah. Kononnya, nak melaram ke sekolah dengan rambut panjang mengurai saya terbantut dengan teguran tersebut. Esoknya saya ke sekolah dengan memakai tudung.
Hari demi hari saya melalui pembelajaran di sekolah yang sama dengan suami saya. Pada mulanya saya tak suka mengikuti pelajaran agama beliau. Mungkin saya sudah ada persepsi buruk pada beliau dihari pertama persekolahan.
Tetapi akhirnya saya jadi suka. Mungkin kerana cara pembelajarannya yang menarik. Bukan saya saja yang suka, tetapi kawan2 yang lain juga seronok mengikuti pelajaran beliau. Subjek beliau adalah subjek yang ditunggu2.
Beliau baik kepada murid2nya. Walaupun marah, tegas, tetapi kami tetap suka dengan pelajarannya. Dari benci saya menjadi suka…..
Itulah pandangan saya sebagai insan yang pernah menjadi anak muridnya. Sebagai seorang cikgu, dia memang cikgu yang baik. Saya percaya sampai sekarang dia masih cikgu yang terbaik.
Sekarang pandangan saya sebagai isterinya pula. Isteri seorang cikgu………
Saya AMAT BANGGA bertemu jodoh dengan seorang cikgu. Walaupun bukan seorang yang kaya raya, mudah dengan wang ringgit tetapi entah mengapa saya AMAT BANGGA bersuamikan seorang cikgu.
Kerana beliau pernah menjadi cikgu saya dahulu, sampai sekarang kadang2 saya masih dilayan seperti dia melayan anak2 muridnya. Dia banyak mendidik saya dalam pelbagai perkara. Dari urusan rumahtangga, sahsiah, peribadi, tutur cara,hal2 umum, tingkah laku dan sebagainya.
Saya masih ditegur seperti dia menegur anak muridnya. Sampai sekarang dalam setiap perbuatan saya akan diatur olehnya. Tidur saya, masa senggang saya, urusan rumahtangga saya, pembacaan saya malah menonton cerita di TV pun akan ditegurnya. Walaupun kadang2 saya rimas, rasa nak memberontak tapi hakikatnya saya kan isteri seorang cikgu….
Diawal alam pekerjaannya sebagai seorang cikgu yang terlatih, pada tahun 1992. Kami telah pun ada 2 anak. Sebagai cikgu baru, suami saya memang amat rajin ketika itu. Rajinnya masih ada sampai sekarang.
Pernah bila ada program apa2 di sekolah beliau mengajar, perginya ketika matahari belum terbit & baliknya ketika matahari telah pun terbenam. Beliau amat komitmen pada setiap tugas2nya.
Sebagai seorang cikgu beliau amat aktif. Ketika diawal alam kerjayanya dahulu, beliau aktif sebagai ahli pengakap. Selalu mengikuti perkhemahan2 yang memaksa beliau meninggalkan kami berhari2.
Sekarang pula beliau masih aktif, tetapi sebagai pegawai Sepak Ttakraw Negeri Pulau Pinang. Beliau akan buat apa sahaja demi Sepak Takraw. Sanggup mengharungi hujan panas, rebut petir. Sanggup melupakan sakit pening demi menjayakan Sepak Takraw bersama kawan2nya.
Sebagai seorang cikgu, suami saya memang amat baik dengan rakan2 sekerja. Melalui pandangan peribadi saya, beliau pentingkan hubungan baik dengan kawan2. Dia sanggup disusahkan oleh kawan2, tetapi tidak pula sanggup menyusahkan kawan2. Saya perhatikan, selalunya ramai kawan2 yang sering meminta bantuan tidak kira dalam keadaan apapun, tetapi suami saya ni cukup risau meminta bantuan kawan2 kalau tidak ia2. Dia kata takut menyusahkan kawan2.
Dalam memberi tunjuk ajar pula, dia memang cikgu terbaik. Saya perhatikan kalau dia memberi tunjuk ajar pada sesiapa, amboi! Memang amat lemah lembut & sabar walaupun nampak tegas. Tetapi kalau dengan saya….
Contohnya, saya belajar memandu kereta dengan suami saya. Dengan tak tahu apa2 pasal kereta itulah saya belajar memandu. Takutnya saya ketika itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sebab tu bila dah pandai sikit2, saya lebih suka belajar sendiri masa dia tak ada. Cara dia mengajar macam saya dah pakar tentang kereta.
Sebagai isteri seorang cikgu, memanglah dimana2, bila2 masa sahaja orang akan kenal kita bila diperkenalkan isteri “Ustaz Roshidan @ Ustaz Baba”.
Kadang2, ada masanya rimas juga bila orang kenal kita hanya kerana dia. Tetapi kadang2 bagus juga, bila nampak macam orang hormat kita sikit.
Sampai kadang2 hal2 disekolah pun ada yang bertanya pada saya hanya kerana saya isteri seorang cikgu. Bila saya kata tak tahu, mereka akan kata “ bini cikgu, takkan tak tahu?” Apalah punya turrrr, bukannya semua perkara suami saya tahu dia akan ceritakan pada saya. Suami saya pula jenis bila ditanya baru akan cerita, tu pun belum tentu pertanyaan saya akan ada jawapannya.
Kadang2 juga cara kita diperhatikan bila tahu kita isterinya. Tambahan lagi oleh kawan2 sekerjanya. Mana yang memang kita dah kenal tak apalah. Tapi yang mana tak kenal lagi, bila diperkenalkan, kita ditenung semacam. Macam kita buat salah pulak atau macam kita salah pulak menjadi isterinya.
Saya pernah berhadapan dengan satu situasi, bila beberapa orang guru pelatih yang begitu ramah tamah bersembang dengan suami saya. Tak kisahlah tu, saya tahu rakan sekerja. Tapi saya menjadi panas satu badan bila seorang cikgu yang memang kenal saya, memperkenalkan saya pada guru2 pelatih tadi, sebagai isteri kepada orang yang mereka bersembang dengan ramah tamah tadi.
Tiba2 ramah tamah mereka, senyum tawa mereka bertukar pelik pada saya. Hilang segala ramah tamah tadi. Saya dipandang semacam oleh mereka. Begitukah sifat seorang cikgu? Entahlah….
Sebab itu saya tak berapa suka menjadi AJK di sekolah suami saya bertugas sekarang, tapi setiap kali juga saya dipilih. Kalau boleh saya tak mahu libatkan sangat apa2 dengan suami saya ditempat yang sama.
Pernah ketika saya menunggu anak2 saya, yang bersekolah sekali dengan suami saya menghadiri aktiviti kokorikulum di sekolah, Guru Besar bertanya sinis pada saya " tunggu suami ke tunggu anak?'. Walhal saya bukan datang sekali dengan suami pun, saya datang sendiri dengan anak2 saya.
Sampai sekarang kalau ada apa2 program di sekolah yang saya sebagai AJK PIBG & suami pula bertugas di situ, saya akan seboleh2nya mengelak dari berada berdekatan dengan suami saya. Biarlah saya buat macam tak kenal dengan dia. Bukan apa saya takut dikatakan menumpang populariti suami.
Kadang2 masalah juga bila berhadapan dengan orang yang tidak begitu kenal dengan kita. Menjadi masalah pula bila mereka beria2 mahu kenal kita. Puaslah kita beria2 mengenalkan diri itu ini, begitu begini. Akhirnya bila mereka tahu kita isteri seorang cikgu yang mereka kenal, mereka kata “ hah… habaqlah isteri Ustaz Baba @ isteri Ustaz”. Tension betul.
Tapi sekarang saya semakin faham, tugas2 seorang cikgu. Walaupun tak best bila dia perlu meninggalkan saya & anak kerana menghadiri kursus & sebagainya. Saya suka dia sentiasa dirumah bersama saya & anak2. Tapi hakikatnya, kerana tugas dia perlu pergi. Kadang2 bagus juga bila sesekali terpisah sekejap ni, baru ada perasaan rindu, saling menghargai bila berjauhan.
Sampai satu tahap, kerana bangganya saya menjadi isteri seorang cikgu, pernah suami saya ditawarkan bertugas di unit sukan Pejabat Pelajaran Daerah. Maknanya dia perlu menjadi pegawai, bukan lagi seorang cikgu. Yang kerjanya 9 to 5. Saya amat khuatir ketika itu, kerana ramai dikalangan kakak2nya, rakan2nya seperti menyetujui tawaran itu. Saling mengucapkan tahniah.
Jika mereka menyokong & dia bersetuju saya tak boleh kata apakan!
Bila pendapat saya diminta berhubung tawaran itu, saya hanya mampu berkata “ Ayang dulu kahwin dengan cikgu, bukan pegawai yang kerja pejabat”
Sampai hari ini, sudah 2 kali rasanya suami saya menerima tawaran yang begitu. Setiap kali dia seperti beria2 nak terima. Tapi entah kenapa sampai sekarang dia masih menjadi seorang cikgu.
Cikgu yang AMAT SAYA SAYANG & BANGGAKAN!
Sememangnya saya BANGGA menjadi isteri seorang cikgu, walau dalam apa keadaan sekalipun…………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan