Assalamualaikum.....
Sedang saya membelek2 blog2 resepi dialam maya, saya terjumpa gambar ni. Alahai!!! Terliur air liur saya. Nasib baik tak meleleh2.
Hidangan diatas namanya Nasi Ambang, makanan Orang Jawa. Ia dihidang ketika waktu kenduri, biasanya kenduri arwah. Selalunya bila nak dekat Ramadhan baru hidangan ni akan popular & selalu dapat. Kalau tidak hanya ada ketika Orang2 Jawa adakan kenduri barulah hidangan ni akan dihidangkan.
Hidangan ni disediakan dalam dulang @ talam besar. Dipenuhi dengan nasi & lauk pauk seperti ayam masak rendang @ ayam ungkep ataupun sekarang ada juga yang masak ayam masak merah. Sayur campur seperti tempe, suhun, tauhu kering @ sayur pucuk, tauhu, kacang panjang & bermacam lagi jenis sayuran yang diinginkan boleh digoreng sekali.
Kalau nak sedap hidangkan sekali dengan mee goreng kicap, ikan masin, serunding daging, kacang goreng atau apa sahaja yang disukai.
Hidangan ini akan disediakan dalam dulang besar yang dilapik daun pisang. Hidangan akan dibawa dihadapan tetamu untuk dibacakan doa. Tetapi istimewanya ianya akan dibungkus dalam daun pisang yang disediakan untuk dibawa balik oleh tetamu. Tetamu tidak akan makan dirumah kenduri sebaliknya akan dibawa balik & dimakan bersama keluarga dirumah. Tetamu hanya akan memakan kuih muih & minuman yang disediakan.
Dulu2 kalau Abah saya pergi kenduri rumah Orang Jawa, memang kami sekeluarga menunggu2 kepulangan Abah untuk menjamah Nasi Ambang ini bersama2. Kalau ramai orang dirumah, Abah akan ajak Adik2 Lelaki saya ikut sama, jadi dapat lebih sikit bungkusan nasi ambang tu.
Dirumah kenduri, hidangan akan dihidangkan kepada 3 @ 4 orang satu hidangan. Bila masa untuk balik, hidangan nasi ambang ini akan dibahagi2kan oleh seorang ketua dalam kumpulan tu....
Pernah semasa saya mengandungkan anak ke 6 saya, saya teringin sangat nak makan nasi ambang ni. Bila saya balik kampung, keluarga saya mengadakan kenduri dirumah. Tetapi saya tak mahu makan hidangan yang berada didapur tetapi saya mahu nasi dalam bungkusan yang dah didoa & dibungkus.
Kerana tiada siapapun ahli keluarga yang duduk bersama sewaktu hidangan dibahagi2kan, maka Abah saya berjumpa dengan seorang tetamu, meminta bungkusan yang tetamu itu ada untuk saya yang mengidam. Sebagai gantinya, tetamu itu Mak saya bungkuskan lauk pauk & nasi yang lain, yang rasanya lebih banyak dari nasi yang dibungkus diawal tadi.
Macam tak percaya saya habiskan seorang nasi ambang tu....... orang lain saya tak bagi kongsi makan.... ermmm buruknya perangai. Maklumlah mengidam!
Dan sekarang memang saya rindu betul nak makan nasi ambang ni. Dah bertahun juga saya tak menjamahnya. tadi dalam dok tengok2 gambar ni, kami sekeluarga bercadang2 nak buat nasi ambang untuk dimakan bersama semasa cuti sekolah ni. Kami ada 9 orang, bolehlah buat dua dulang nasi ambang.... yum..yum..yum
Saya tak biasa buat sendiri, tapi tak apalah cuba jer. Nak tunggu balik kampung entah bila.................
1 ulasan:
salam ziarah... sama lah kita ya, jawa yg tak jawa...
Catat Ulasan