New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

09 November 2009

Kakak Pun Nak Blog.....

Assalamualaikum.....



Dah lebih seminggu Kakak menghasilkan blognya, baru hari ni saya berkesempatan nak tolong promote. Dah 3, 4 bulan ni, sejak dia mula pandai membaca & menulis sikit2 dia sibuk suruh saya buat blog untuk dia. Kakak nak boh gambarlah, Kakak nak cerita itulah, inilah dalam blog.


Bila saya membelek2 blog saya diapun akan merengek2 minta dibuat blog. Dah sibuk nak boh templet yang macamana. Tapi saya kata nantilah bila kakak dah betul2 pandai baru mama buatkan. Saya janji kat dia darjah satu nanti.


Tapi entah camna, satu petang tu tiba2 bila dia sibuk bercerita kak cik bawa motor jatuh langgar tiang, dia kata masukkan dalam blog mama kak cik jatuh motor. Tiba2 baba dia ajak dia buat blog.


Baba buatkan tapak je, akhirnya mamalah juga yang kena ajar dia camna nak buat catatan & masukkan gambar. Sambil tu pandai pula dia kata blog yang baba buat tu tak cantik, dia nak warna pink.


Lepas tu nak jam pula. Sebab dia masih merangkak2 tengok jam jarum bernombor, saya carikan jam digital untuk dia. YaAllah, sabar jelah nak tunggu dia tulis satu demi satu ayat. Dahlah tu hari pertama buat blog tu, semua perkara dia nak masukkan sampai kepenatan & akhirnya dia mengalah penat terus tidur.


Sampai harini, dia tak ghairah lagi nak post apa2 kat blog dia. Dia suka buka tengok je. Asyik dok kata cantiklah blog kakak, bestlah kakak ada blog...


Hermm tak apalah buat sementara ni, sementara dia belum cekap menulis & membaca biarlah dia masukkan gambar je. Nanti bila dia dah pandai, suka hati dialah nak memblog. Sekurangnya dia tak merengek lagi...




inilah blog kakak manja

2 ulasan:

maiyah berkata...

bebudak mmg camtu kan.. zaman tenet ni tapi bagus gak supaya mrk dpt belajar, mcm anak sy ayu.. tak plak sibuk ngan tenet.. blum lagi kot :)

abu muaz berkata...

Selamat berblog untuk kakak manja.Bagitau dia tulis tiap-tiap hari nanti akan jadi penulis hebat.