New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

21 November 2009

Sudah 6 Tahun.....

Assalamualaikum.....

Hari ni anak ke 6 saya, Nurul Adilah Farihah sudah berusia 6 tahun. Seakan masih terasa baru semalam saya melahirkan dia. Dalam kekalutan membuat kuih raya, kalut p Hospital Bersalin Pulau Pinang ikut jalan jauh sedangkan saya sudah merasakan saat melahirkan hampir tiba ketika itu.

Kerana jarak yang agak jauh antara kakak & kak cik, 6 tahun, saya mengalami alahan yang teruk. Alahan yang sama saya alami seperti mengandungkan anak sulung dulu. Makan apa semuanya muntah balik. Pening, sakit kepala & sebagainya. Mana lagi menghadapi ujian yang amat berat.... Syukurlah saya mampu hadapinya hingga disaat2 melahirkan.

Kelahirannya amat mudah. Paling mudah antara semua anak2 saya yang lain. Sakitnya cuma seketika. Sehari sebelum bersalin saya masih gagah memandu kereta dari Tanjong Tokong ke Telok Bahang mengambil keputusan UPSR Angah. Masih bergelut buat kuih raya, masih mampu berpuasa hingga kehari terakhir saya melahirkan.

Saya merasakan semuanya berkat khasiat buah kurma yang saya amalkan sepanjang mengandungkan kakak yang jatuh pada bulan Ramadhan. Syukur padamu YaAllah.

Dan hari ni, dia bertanyakan kek harijadi. Saya berjanji pada kakak nak raikan ulangtahun kakak di Pizza Hut. Tunggu tata balik, boleh p rai sekali. 

Semoga kakak terus menjadi anak yang baik, berguna pada agama, bangsa & negara. menjadi anak solehah. Amin...

2 ulasan:

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam, walaupun lewat saya tetap nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada Nurul, moga ia solehah.

MaMa MoDeN berkata...

Salam Untie,
terima kasih. belum terlewat lagi rasanya ucapan untie, hari ni bday dia.

dia seronok org ucapkan happy bday kat dia. tadi tata dia di UPSI siap ajak kawan2 nyanyi ramai2 dlm hp kat dia, sukanya dia bcerita dengan seronok..

I'ALLAH nanti semua dah bkumpul kat umah kami raikan bday dia..