New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

04 Januari 2010

Selamat Bertugas di Tempat Baru, Suamiku....

Assalamualaikum.....


Bermula hari ini, Suami saya akan memulakan tugasnya sebagai pendidik di sekolah baru. Berhijrah dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong yang telah 10 tahun dicurahkan khidmat baktinya ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (c) Convent, Dato Keramat.


Pertukaran yang begitu mengejutkan. Secara tiba2. Berita yang diketahui menjelang seminggu sekolah dibuka semula setelah bercuti selama sebulan.


Cikgu yang bertahun minta bertukar tidak lulus2, tiba2 Cikgu yang tidak minta bertukar telah ditukarkan. Mengikut kata Suami pertukaran ini berlaku untuk setiap 10 tahun. Entah saya tidak faham, kerana ada guru yang berada di SKTT ada yang lebih lama khidmatnya disitu daripada suami saya. Malah seorang guru yang berpindah balik ke kampungnya di Sarawak baru2 ini telah berkhidmat selama 18 tahun di SKTT. Entahlah....


Secara peribadi saya tidak pasti, adakah Suami kecewa dengan pertukaran ini kerana seperti biasa, tiada apa yang dikatakan dari mulutnya. Tetapi secara peribadi sebagai isteri saya turut sama merasa kecewa diraut wajah & matanya ketika mengemas barang2 kepunyaannya di bilik guru tempohari. Ingin bertanya tetapi keadaan tidak mengizinkan ketika ini. Nanti soalan tidak mendapat jawapan, lain pula jadinya. Biarlah....


Memanglah dimana2 pun sebagai guru, khidmat bakti kepada anak didik tiada bezanya. Sebagai guru jujur, ikhlas & redho mendidik anak bangsa mesti diutamakan.


Cuma, mengapa ya... saya pula yang beria2!


Kerana saya merasakan SKTT begitu sinonim dengan suami saya. Apa2 saja program di sekolah saya merasakan suami tidak pernah tidak terlibat secara "aktif". Pulun yop pulun! Kata orang Perak.


Baik didepan tabir atau dibelakang tabir. Sikit2 Ustaz Baba, sikit2 Ustaz Baba! Ustaz Baba itu, Ustaz Baba ini! Bersama guru2 lain. Hingga tidak keterlaluan saya mengatakan pernah semasa hari anugerah beberapa tahun yang lepas, suami saya terlibat menjaga satu peperiksaan. Apa yang terjadi pada majlis anugerah itu? Sound sistem, pembesar suara yang digunakan tidak berfungsi dengan baik. Suara cikgu pengacara majlis menjadi sekejap ada sekejap tiada, sekejap kecil sekejap besar. Ini kerana selalunya hal2 PA system ni adalah bidang tugas suami saya.


Ketidakadaan suami saya di SKTT sudah saya rasakan ketika hari orentasi tahun 1 baru2 ini. Tiada pentas indah berhiasan PA system yang sempurna di dewan taklimat seperti tahun2 yang lepas. Mungkin hanya satu kebetulan!


Sebagai guru data & setiausaha peperiksaan di sekolah ini selama hampir 10 tahun ini saya membantu suami menyediakan kad nama untuk murid2 UPSR. Selain itu saya mengintai2 juga betapa kalutnya dia menyiapkan data2 murid & guru untuk di keyin. Pernah juga saya membantu jika diminta. Jika tidak saya pun takkan menawar diri. Sebab susah & rumit juga kerjanya.


Jika ada apa2 saja majlis atau program, saya merasakan seolah hanya suami saya sahaja yang bertugas disekolah itu berikutan terlalu sibuknya keadaan dia. Seperti semua perkara dia yang uruskan, walhal mungkin tidak begitu kerana di SKTT begitu ramai guru yang berdedikasi yang turut sama bertungkus lumus melaksanakan tugas masing2.


Cuma saya mengandaikan begitulah sinonimnya suami saya dengan SKTT. Begitu rapat bagai isi dengan kuku. Bagai ombak & pantai. Seperti tidak boleh dipisahkan. Saya merasakan dia sanggup berkorban apa saja demi SKTT.


Tamat sekolah 1.05 minit tetapi suami saya tidak pernah sampai kerumah sebelum jam 2 atau 3 petang walaupun jarak kesekolah dari rumah tak sampai 5 minit perjalanan dengan kenderaan. Sampai dirumah waktu itu pun kerana bermula jam 3 hingga 5 petang dia mengajar kelas KAFA pula. Kalau lewat dari jam 3 tidak sampai kerumah bermakna dia akan terus ke kelas KAFA dari SKTT. Bila berlaku begitu bermakna bila balik jam 5 atau 6 petang nanti tak sempat buka baju buka seluar, sampai je depan pintu, ayat yang keluar dari mulut " lapar yang, lapar... nasi... nasi, lapar ".


Mana taknya, sampai seharian tak makan hanya kerana terlalu sayangkan SKTT. Terlalu taksub untuk menghabiskan kerja2 sampingan yang ada walaupun waktu persekolahan dah tamat.


Sebab itulah saya katakan diawal tadi, SKTT begitu sinonim dengan suami saya. banyak lagi kalau nak diceritakan. Tapi cukuplah setakat ini.


Apapun, saya berharap suami akan dapat menyesuaikan diri di sekolah baru ini. Murid2 baru, rakan2 sekerja baru, persekitaran baru juga suasana baru.


Selamat bertugas....


6 ulasan:

zai berkata...

Salam MamaModen...

Marilah kita sama2 doakan yang terbaik buat ustaz baba..biar dimana saja dia ditugaskan tetapi khidmat ttp cemerlang..zai percaya disebalik pertukarannya pasti ada hikmah yg tersembunyi...kita doakan saja yg terbaik utk nya.

Shifu67 berkata...

selamat bertugas di tempat baru... 10 tahun memang patut la tukar tempat lain.. aku pun dah tukar sekolah baru (2007)setelah 12 di sekolah lama.

suka duka... pahit manis

abu muaz berkata...

Salam. Semoga tabah menghadapi ini semua.

MaMa MoDeN berkata...

Salam zai,
terlebih dahulu mama & ustaz baba minta maaf sebab tak dapat penuhi undangan walimah baru ni. Memang ada niat tak p, tapi ada hal yg tak dapat dielakkan. maklumlah nak buka sekolah ni kalut dgn psiapan anak2 nak masuk asrama.

yer, mama pun percaya I'ALLAH dah namanya ustaz baba, pasti akan bagi komitmen yg tak berbelah bahagi walau dimana pun ditugaskan. I'ALLAH sama2 kita doakan. thanks atas kprihatinan zai..

MaMa MoDeN berkata...

Salam cikgu shifu,
yer mungkin khidmat baktinya lebih diperlukan disek baru..

mmg byk kenangan pahit manis utk di kenang, bkn saja oleh suami tapi oleh saya sndiri..

MaMa MoDeN berkata...

salam abu muaz,
I'ALLAH setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya yg telah Allah aturkan yg tbaik utk kita.
syukran, salam buat isteri&anak2