New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

20 Januari 2010

Dapat Hadiah Pun Nak Nangis.....


Assalamualaikum.....

Tajuk : Cinta Kau dan Aku

Pengarang : Siti Rosmizah

Penerbit : Buku Prima Sdn BhdISBN : 978-967-5234-28-6

Mukasurat : 684 Halaman


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius."Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.

"Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya.

Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!.

Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya.

Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.


Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~


Sedikit sebanyak sinopsis kisah novel Cinta Kau Dan Aku. Merata kedai buku juga saya cari, akhirnya penemuan novel ini berakhir di Popular, TESCO.

Untuk bacaan sayakah novel cinta ini? Hakikatnya saya suka juga membaca novel2, sekarang ni selalunya kepunyaan anak2 saya. Saya tumpang membaca.

Tetapi pencarian saya kebeberapa kedai buku adalah khas saya beli novel ini untuk hadiah harijadi Kak Teh. Saya dapat tahu Kak Teh mahukan novel ini melalui blognya. Kemudian beberapa kali juga saya terdengar dia merengek2 menyebut2 tentang novel ini.

Lalu saya search di internet berkaitan novel ini. Saya rasa agak sesuai untuk remaja sepertinya membaca novel seperti ini. Tak ada salahnya novel Cinta Kau Dan Aku ini untuk pembacaan seorang remaja seperti Kak Teh.

Semasa menghantar Kak Uda & Kak Cik di SMKDHAK ahad lepas, saya meninjau2 di sekitar Komplek Kailan bersama Kak Uda & Kak Cik juga Kakak tetapi tak jumpa buku ni.

Kemudian dalam perjalanan balik saya singgah di TESCO, niat nak beli bekalan sarapan untuk Kakak. Tetapi masuk ke TESCO baru saya teringat ada Popular disini. Punya lama meninjau2 hingga saya hampir putus asa setelah bertanyakan seorang remaja dirak novel melayu tu, tiba2 remaja itu menghulurkan saya novel yang saya cari, rupanya berada dihadapan saya.

Sampai rumah saya letakkan novel tersebut diatas meja buku bilik Kak Teh bersama sekeping nota ringkas. Saja saya tak balut buku tu. Sedang memantau Kakak menyiapkan kerja sekolahnya diruang tamu, saya terdengar Kak Teh menjerit dari dalam bilik & berlari keluar sambil menangis lantas terus memeluk saya dengan erat.

Sambil saya kata pada Kak Teh " apalah Kak Teh ni, dapat hadiah pun nak nangis". Sambil tu juga Kakak merungut2 kat saya kenapa Mama tak balut hadiah Kak Teh tu! Kak Teh kata dia terkejut tengok bawah nota saya tu ada buku yang memang dia idam2kan.

Tak lama lepas tu saya berbual dengan Angah. Angah tanya saya pasal buku tu. Rupanya kat Angah pun Kak Teh merengek nak buku tu. Saya katakan pada Angah semoga Kak Teh lebih rajin belajar, lebih dengar cakap lepas ni. Angah spontan kata, dapat novel rajin belajar apa!

Saya kata kat Angah, memanglah buku tu hanya sekadar novel, bukan buku belajar. Tetapi disebalik hadiah tu saya berharap Kak Teh akan faham apa maksud saya disebalik hadiah kecil tu....

Sebagai seorang Mama yang serba kekurangan... dimata suami & anak2 apatah lagi dimata masyarakat, saya mengharapkan dengan memenuhi hajat & permintaannya Kak Teh akan dapat menilai kasih sayang seorang ibu. Begitu juga buat semua anak2 saya yang lain.....


11 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Salam June..

(lama kakcik tak catat komen kat blog June kan? Kakcik tak lupa tau.. :) )

Bagi seorang ibu, yang sering didoakan adalah kesejahteran dan kejayaan anak2 'di sini dan juga di sana nanti'. Semoga anak2 mengerti, bahawa kejayaan yang kita harapkan, bukanlah untuk kita, tapi untuk masa depan mereka sendiri. :)

ain fathihah berkata...

haha mama tau tak, kt tata pun dia merengek nak hadiah novel ni jugak..

tapi last2 dia minta sneakers..tata pun taktau sneakers tu apa...ingatkan kasut sukan...

rupanya dia nak kasut mcm kasut kt gambar kulit depan novel ni..

hahaha..lawak lah kak teh ni..

tata memang ada niat nk bagi dia hadiah pun, tunggu balik cuti midsemester nanti la baru bagi....takkan nak pos plak...

Chik Na berkata...

insyaallah kak teh akan menilai segala perhatian mamanya ... Ju

MaMa MoDeN berkata...

Salam kak cik,
I'ALLAH june juga tak pernah lupa kak cik. smoga ukhwah kita terus terjalin..

semu ibu mengharapkan demikian untuk anak2nya...

Amin

MaMa MoDeN berkata...

salam ta,
tulah lawak, siap minta2 hadiah pulak tu. brutallah katakan, mesti berani berterus terang..

kawan2 diapun pakat bagi hadiah tau ta...

MaMa MoDeN berkata...

salam chik na,
mudah mudahan.. amin

Love Says it All~ berkata...

BRIDAL MAKEUP CLASS (2-DAYS CLASS)!!

WHEN: 23RD & 24th january 2010
WHERE: EYRA RIZAL MINI STUDIO, SHAH ALAM
HOW MUCH: RM500

**CLASS INCLUDING HAIR + SHAWL STYLING
**LUNCH, MAKEUP TOOLS & PRODUCTS WILL BE GIVEN
**GOODIE GIFT SUCH AS M.A.C EYESHADOWS/LIPSTICK WILL BE GIVEN(DIFFERENT GIFTS WILL BE GIVEN TO EACH AND EVERYONE OF U.)
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN.

LIMITED SEATS UP TO ONLY 10PAX!!
REGISTER LATEST BY 25th February 2010 @ 9PM

WWW.EYRARIZAL.COM
0162128740
FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH

ain fathihah berkata...

2la mg brutal. selamba ja minta hadiah. cett...

ninim berkata...

vote 4 mama ain...mama terbaik

MaMa MoDeN berkata...

salam ninim,
terima kasih. tapi selalunya pandangan setiap org berlainan. selamat utk ninim dlm apa jua bidang ok...

SweE† ‡㋡uR†eEИ berkata...

ma- terima kasih ya . sayang mama sangat2 !! muahx3,,


ta- kamu y tnya dkat kak teh kn nk hdiah apa, so, kak teh bagitau la. haha .