New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Jun 2009

Bapa Durjana....

Assalamualaikum...
Darah saya mendidih, hati saya kepanasan membaca artikel ini.

Saya ingin kongsikan pada sesiapa yang masih belum mengetahuinya.

Buat ibu2 awasilah anak2 perempuan anda, buat anak2 perempuan, hati2lah sentiasa dengan orang2 disekeliling anda.


klik disini : bapa durjana

Karnival Makan Durian Pantai Telok Bayu

Assalamualaikum....


Sekitar Karnival Makan Durian, Pantai Telok Bayu.

28 Jun 2009

Balik Dari Karnival, semua pakat2 pening, panas dek terlampau kemaruk pekena durian Balik Pulau.

Bukit Merah Laketown

Assalamualaikum.....

Sempena Gempak Santai Harian Metro, Saya sekeluarga telah bersantai hujung minggu di Bukit Merah Laketown. Dengan 8 tiket free yang ditebus melalui Harian Metro, saya sekeluarga telak bertolak jam 9 pagi dari rumah.

Kak Uda sahaja yang tak dapat ikut serta kerana ada pertandingan bahas.


Sekitar Kenangan di Bukit Merah Laketown



26 Jun 2009

Untuk Para Suami.....


Assalamualaikum.....


Jadilah Suami Idaman


Penghilang Dahaga


Assalamualaikum.....

Pelik Lagi Jelik.... Mau Ker?


Insafkah Kita?....


Assalamualaikum....


Sekadar renungan untuk keinsafan kita sesama insan...

klik sini

Durian oh! Durian


Assalamualaikum....


Tanda-Tanda Korang Obses Dengan Buah Durian
Korang memang pencinta durian sejati yang tidak syak lagi jika mempunyai ciri2 kedurianan seperti dibawah ini:-

  • Mencari bakal mak pak mertua yang ada kebun durian berekar-ekar.
  • Boleh kenal semua jenis2 durian dengan grednya sekali.
  • Buah durian belanda disukai secara tak rasmi hanya sebab namanya berpangkal durian.
  • Menyukai semua jenis makanan yang berasaskan durian.
  • Lagu :Durianku Dah Berbunga" nyanyian Os merupakan lagu favorite.
  • Mampu perabih berbiji2 durian sekali hadap.
  • Menjadikan pokok durian pokok wajib ditanam disekeliling rumah walaupun korang tinggal dirumah teres taman perumahan.
  • Masa musim durian barulah nampak batang hidung jumpa mak ayah di kampung.
  • Mempunyai band kugiran yang namanya durian-durian.
  • Takde sapa boleh tipu korang kalau nak bercerita pasal durian, semuanya korang tahu dari asal usul durian hinggalah anak pinak durian.

Hah, kalau korang memang ada ciri2 diatas memanglah korang pentaksub durian, so tunggu apa lagi jomlah p berkelah sambil makan durian pada 28 Jun 2009 ni hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari di Pantai Telok Bayu, Sungai Batu Telok Kumbar.


Kupon disediakan dalam 2 pakej. Pakej keluarga RM30 dan pakej individu RM10 sahaja.


Jomlah p, berbagai acara disediakan. Ada acara kanak2 & keluarga, ada peraduan dan lain2 lagi.


Korang boleh makan durian sepuas hati korang. Selain durian ada disediakan pulut & minuman percuma.


Bukan apa selain berkelah sambil makan durian kita juga boleh beramal.



ini kupon RM30, hah! tak boleh ambil.
yang ni kupon untuk saya sekeluarga
kalau korang nak masih sempat lagi hubungi agen ni
Encik Mohd Rodzi Hamid : 0134567928

Salam Takziah

Assalamualaikum.....


Salam Takziah buat Mantan Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salahudin Ayub sekeluarga kerana kehilangan Ayahanda tercinta malam tadi.


Jenazah Allahyarham telah dikebumikan pagi tadi.


Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah & ditempatkan dikalangan orang2 beriman.


Alfatihah.....



Raja Pop Michael Jackson Meninggal Dunia....

Assalamualaikum.....




Raja Pop Michael Jackson atau nama Islamnya Mikaeel telah meninggal dunia di Hospital Los Angelas.


Setelah melalui hidup selama puluhan tahun di dunia seni Michael meninggal ketika usianya baru mencecah 50 tahun.


Michael telah memeluk Islam pada hari Jumaat 21 November 2008 yang lalu. Michael yang dikenali dengan nama Jacko telah berganti nama menjadi Mikaeel.


Michael mengucapkan Dua Kalimah Syahadat di sebuah rumah karibnya di Los Angeles.


Menurut akhbar The Sun, Michael mengucapkan kesetiannya untuk menjadi seorang muslim dalam sebuah acara kecil yang dihadiri seorang imam.


Setelah mendengarkan pengalaman rohani dari rakan karibnya, seorang produser dan penulis lagu Michael merasa tersentuh.


“Mereka mulai membicarakan mengenai kepercayaan yang dianutnya (Islam), dan mengatakan bagaimana kehidupan mereka menjadi baik setelah menganut agama barunya itu. Setelah itu Michael merasa tersentuh dengan idea masuk Islam.


Mikaeel dalam khazanah Islam adalah nama dari salah seorang Malaikat. Beliau yang telah berganti nama sempat menolak ketika disodorkan nama Mustafa.


Semoga rohnya dicucuri rahmat & segala taubatnya diterima.


Alfatihah....



25 Jun 2009

Hari Jualan Koperasi SMKA (p) ALMASHOOR

Assalamualaikum.....













Alhamdulillah, akhirnya PIBG SMKA(p) AL Mashoor dapat juga melibatkan diri di hari Jualan Koperasi Sekolah yang diadakan pada 24 Jun 2009 bermula 8 pagi hingga 3 petang kelmarin.


Walaupun pada awalnya seperti tidak dapat turut serta lantaran program diadakan dihari bekerja, tetapi dengan semangat setiakawan AJK PIBG akhirnya menu bidan terjun, " ice blended " dapat juga dihasilkan.


Oleh kerana saya antara AJK PIBG yang merupakan seorang surirumah, saya dipertanggungjawabkan hampir 70% untuk penyediaan jualan.


Alhamdulillah, walaupun begitu dengan sokongan padu dari AJK yang lain khususnya YDP sendiri, walau persiapan hanya dalam masa 2 hari kami mampu mengendalikannya.


Terima kasih pada YDP, Encik Saari Din dan AJK yang turut serta berjualan di gerai ice blended PIBG pada hari tersebut.


Tahniah diucapkan kepada NYDP Encik Fazli, Encik Zaini, Kak Saadiah. Juga pada Setiausaha Ustazah Noorhayati dan penolongnya Ustazah Zulaika yang bertungkus lumus menyediakan jualan pada hari tersebut walaupun masing2 termasuk saya tiada langsung pengalaman menyediakan menu itu khasnya untuk jualan.


Terima kasih juga pada anak2 saya yang menjadi tukang rasa hasil xperimen, khususnya Tata & Angah yang membantu saya menyediakan persiapan bermula dari membeli bahan2, xperimen & juga poster iklan.


Gerai ice blended PIBG mula diserbu pelajar sebaik sahaja dibuka. Keadaan agak kelam kabut diperingkat awal operasi dimulakan. Tetapi keadaan menjadi semakin terkawal dan berjalan lancar sebaik sahaja semua petugas2 telah dapat membiasakan diri.

Terdapat 10 gerai jualan pada hari tersebut termasuk gerai PIBG. Seronok melihat bakat anak2 pelajar yang menjadi peniaga segera pada hari itu. Masing2 dengan gelagat & keletah untuk melariskan hasil jualan gerai masing2. Saya pun tak sempat meninjau apa yang mereka jual. Tak menang tangan menyediakan ice blended.....

Tahniah pada seluruh warga kerja AJK PIBG SMKA(p) Al Mashoor, warga sekolah khususnya Puan Pengetua Ustazah Solehah & guru2 juga anak2 pelajar kerana berjaya menjalankan program dengan jayanya.....



Suasana Sekitar Hari Jualan Koperasi SMKA(p) Al Mashoor 24 Jun 2009





24 Jun 2009

Selamat Menyambut Bulan Rejab

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB Pada 24 jun 2009 (Hari Rabu). 

 
Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........

Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."





22 Jun 2009

Sempena Memperingati 7 Tahun Pemergian Al Marhum Ustaz Fadhil Noor

Assalamualaikum.....


23 Jun 2002 hingga 23 Jun 2009, genaplah 7 tahun Mantan Presiden PAS Ustaz Fadhil Noor meninggalkan para pendokong & penyokong PAS.

Kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah ditangisi kawan & lawan.


klip video kisah Mujahid Ulung

Kisah Mujahid Ulung klik sini & klik sini

klip video ucapan akhir Almarhum di Muktamar PAS, Kelantan tahun 2002

Kronologi Kemangkatan Allahyarham

  • 10.30 malam- Berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.

  • 1.30 pagi - Keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

  • 7.00 pagi - Berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

  • 10.30 pagi - Berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

  • 11.30 pagi - Jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.

  • 12.30 petang - Jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

  • 12.45 petang - Jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.

  • 1.45 petang - Rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

  • 2.30 petang - Jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

  • 2.55 petang - Jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

  • 3.15 petang - Maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

  • 4.40 petang - Memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

  • 6.00 petang - Jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

  • 7.00 petang - Dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

  • 7.45 malam - Selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

  • 8.30 malam - Maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

  • 9.15 malam - Jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

  • 9.30 malam - Jenazah selamat dikebumikan.

  • 10.00 malam - Upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

  • 10.30 malam - Rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.

  • 11.00 malam - Rakyat keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada yang melalui itu.

21 Jun 2009

Sempena Hari Bapa.....

Assalamualaikum.....


Tertunaikah Tanggungjawab?....

Berbanggakah anda menyambut Hari Bapa?




Apabila menatap akhbar, sedarlah kita hari ini 21 Jun adalah Hari Bapa. Disiarkan beberapa kisah anak dan bapa. Ada sebuah rencana, disertakan gambar seorang bapa dipeluk dua anak gadisnya sekali gus. Kedua-duanya tidak bertudung, berpakaian santai.

Ada rencana pula memberitahu apa hadiah yang boleh diberi kepada si bapa, umpamanya meraikannya dengan majlis makan tengah hari dan menghadiahkannya gajet seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera. Malah ada pihak kreatif mengkomersialkan Hari Bapa menawarkan sandwic dan pelbagai juadah lain di restoran mereka.

Sebuah rencana bermula dengan ayat, 'Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya'. Membaca ungkapan ini, melayanglah ingatan penulis akan tazkirah sebelum Jumaat dan khutbah di masjid ketika solat Jumaat hari ini (19 Jun). Kedua-dua majlis ini memperkatakan perkara yang sama - Hari Bapa - dengan penceramah menekankan akan tanggungjawab bapa kepada anak manakala khatib membawa persoalan solat.

Kata penceramah, anak adalah harta (aset) paling bernilai bagi seorang bapa. Ada sebuah hadis menyebut apabila mati seseorang anak Adam (manusia) maka ada tiga perkara yang masih boleh memberi manfaat kepadanya.


Pertama adalah sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat dan ketiga anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Penceramah berhujah, adakah anak yang kita kasihi sekarang ini, akan mendatangkan manfaat kepada kita apabila kita berada di alam kubur (barzakh) dan alam seterusnya?

Muhasabah (koreksi)lah diri, apakah benar kita sudah menyediakan anak-anak untuk memikul amanah yang berat itu? Sebagai permulaan, eloklah ditanya soalan ini.

Apakah nanti apabila aku mati, anak-anak itu dapat menguruskan jenazahku iaitu memandi, mengkafan, menyembahyang dan menguburkan diriku? Atau adakah mereka akan duduk jauh-jauh, bersembang-sembang di bawah rimbunan pokok di halaman rumah dan menyerahkan semua urusan menyempurnakan aku kepada tok bilal, pak imam dan sebagainya?

Anak yang dapat menolong kita adalah anak-anak yang soleh. Namun semasa hidup ini adakah kita sudah menyediakan anak-anak kita untuk menjadi orang soleh dan solehah?

Tataplah muka surat akhbar yang mengkisahkan si anak dan bapa; jarang benar ditemui si bapa yang meluahkan kebimbangannya akan perangai si anak; hampir semuanya nampak ceria saja, antara lain menunjukkan si bapa bangga bergambar di sisi si anak yang tidak menutup aurat dengan sempurna, atau si anak menjadi seorang artis berjaya.

Adalah biasa untuk kita temui sebuah keluarga, si bapa berkopiah haji, si ibu bertudung litup tetapi si anak daranya selama saja berjeans ketat dan berbaju pendek. Terlalu biasa melihat remaja bertudung, tetapi mendedahkan lengan dan bentuk badannya dengan pakaian terlalu ketat. Adakah pak haji dan mak aji ini fikir dia saja nak masuk syurga; anak-anak lantak kau oranglah.

Ini antara penampilan luaran, yang dapat disaksikan umum, tetapi bagaimana bab lain seperti penyempurnaan Rukun Islam seperti bab sembahyang? Perkara inilah ditekankan oleh khatib dalam khutbah Jumaatnya.

Sebagai bapa yang diraikan sempena Hari Bapa, apakah sudah dibereskan tugas bapa yang wajib memastikan seluruh ahli keluarganya menunaikan solat? Usahlah ketawa tersengih-sengih bergambar dengan si anak, berbangga sudah membesarkan mereka menjadi penyanyi, pelakon, pramugari, guru, jurutera dan profesion hebat-hebat lain, tetapi persoalan menyempurnakan Rukun Islam seperti solat tidak beres?

Perlu disedari betapa banyak orang sekarang sudah meninggalkan solat lima waktu. Secara automatik anak yang tidak solat terkeluar daripada senarai anak soleh. Jadi apakah yang kita boleh harapkan daripada mereka? Adakah kita bangga jika mereka menitipkan wang RM100 atau RM200 sebulan kepada kita sebagai mengenang jasa kita sebagai seorang ayah sedangkan mereka tidak sembahyang?

Inilah kerunsingan yang perlu kita fikirkan sempena Hari Bapa ini. Runsing akan masa depan anak-anak aku ini, bolehkah mereka menjadi anak soleh yang akan mendoakan aku apabila aku masuk dalam kubur nanti. Bukanlah pada Hari Bapa ini kita kita disibukkan oleh runsing aku nak dapat hadiah apa, aku nak dibawa ke restoran mana atau aku akan dikelilingi anak-anak dara aku sedangkan mereka gemar mendedahkan aurat mereka dan tak sembahyang pun!

Bertanyalah secara jujur, berjayakah atau sudah berusaha keraskah kita mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh? Tentunya, kita akan berasa malu, kita gagal menjadi seorang bapa yang baik, yang mengikuti perintah Allah SWT sepenuhnya. Kepada-Nya kita mohon keampunan, bertaubat bersungguh-sungguh kerana gagal menjadi bapa yang baik sebagai dikehendaki-Nya.

Selain seorang bapa, kita sebenarnya adalah juga seorang anak. Adakah kita seorang anak yang termasuk dalam golongan soleh yang dapat menolong orang tua kita di alam ini atau di alam sana?

Akuilah kita gagal menjadi seorang anak yang baik dan juga seorang bapa yang baik. Kepada-Nya kita mengadu, Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, datuk moyang dan zuriat-zuriat kami dan sekalian Muslimin dan Musliman kerana kegagalan kami ....

sumber : harakah

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum.....

Selamat Hari Bapa Khas buat Abah Saya, Kassim bin Jan


Selamat Hari Bapa Istimewa buat Suami Saya, Mohd Roshidan bin Hassan

Selamat Hari Bapa juga buat Adik2 Lelaki Saya


Selamat Hari Bapa buat Ipar2 Lelaki Saya


Selamat Hari Bapa buat Biras2 Lelaki Saya


Selamat Hari Bapa Sahabat2 Lelaki Saya


Selamat Hari Bapa juga buat semua Insan Lelaki bergelar Bapa, Baba, Ayah, Daddy, Abuya, Walid, Papa, Abi & apa saja gelaran.


Walau Ibu harus dihormati 3 kali lebih dari Bapa, Namun kasih sayang, pengorbanan anda sebagai seorang bapa amat dihargai.


Jadilah bapa yang baik, bertanggungjawab pada anak2 walau siapapun anda....


Selamat Hari Bapa......


20 Jun 2009

Selamat Ulangtahun....


Assalamualaikum.....


Selamat ulangtahun ke 31 buat adik saya Nanie pada hari ini 20 Jun 2009. Doa berpanjangan dari saya semoga beliau sihat selalu disamping suami & anak2.


Dalam keluarga saya, Adik Nanie antara yang belajar hingga tamat persekolahan.


Setelah agak lama mendirikan rumahtangga bersama suaminya Sahak, mereka tidak dikurniakan anak.


Bermacam ikhtiar yg dibuat, akhirnya pada 2008 barulah mereka dikurniakan seorang anak perempuan setelah memelihara seorang anak angkat perempuan sebelum itu.

Tapi Alhamdulillah, walaupun telah mempunyai anak sendiri, kasih sayang pada anak sulung tetap diberi samarata.


Semoga dengan "takdir" hidup Adik Nanie yang telah dipilihnya, beliau akan terus tabah melalui liku2 kehidupan.


Selamat Ulangtahun, semoga panjang umur, murah rezeki.....


Dari Kakakmu dikejauhan.....


Adik Nanie & suami ketika majlis kahwin adik di Kelantan

anak2 Adik Nanie, Abby & Hawa

lagi cerita Adik Nanie : Rindunya...

Dedikasi Buat Adikku...


Kopi oh! Kopi... Untuk Bacaan Suami Isteri SAHAJA!


Assalamualaikum.....

Kopi Merangsang Daya Seks....


Kajian terbaru Achieves of General Medicine di Amerika Syarikat membuktikan kopi mampu merangsang daya seks.




Penggemar kopi akan mendapat tenaga berganda di samping terangsang kearah itu selepas minum minuman itu, menurut kajian itu lagi.


Mungkin atas alasan itulah, banyak pasangan di Arab Saudi yang sanggup bercerai berai kerana kopi. Negara itu juga pada satu ketika dulu membenarkan para isteri meminta cerai jika suami tidak membenarkan mereka minum kopi.



Walaupun ada kajian yang mengatakan kopi turut menyebabkan barah & pengecutan, penemuan terbaru ini tentunya merupakan khabar gembira buat penggemarnya.


Malahan di Amerika pada tahun 1977, kopi menjadi barangan paling berharga sehingga mendorong pihak berwajib mengenakan hukuman berat kepada penyeludup bahan itu.



Peliknya penyeludup marijuana dikenakan 15 tahun penjara sedangkan penyeludup kopi hukuman yang dikenakan lebih tinggi.



19 Jun 2009

Kopi oh! Kopi.....

Assalamualaikum.....


Kopi Buat Payudara Kecut....



Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita. Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.



Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.


Hampir 300 wanitatelah mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.


Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.


Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum. Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.


Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada. Kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.


Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman.


"Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.


Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.


Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.


Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.


Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.


Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada.


16 Jun 2009

Satu Kemajuan & Kejayaan....



Assalamualaikum.....

Satu perkembangan yang semakin positif buat buah hati pengarang jantung, sikecil saya ini sewaktu aktiviti menggunting rambutnya seminggu yang lalu.

Tiada lagi aksi riba meriba....
Tiada lagi aksi menangis....
Yang ada aksi2 gembira & ceria seperti gambar2 dibawah
Tahniah Mohamad Adnin Firdaus


tersenyum menunggu giliran


tiada masalah lagi untuk duduk di kerusi ini


tiada lagi tangisan untuk aktiviti gunting rambut


tersenyum ceria bersama situkang gunting


pandai anak mama.... muah!!


macam nilah anak mama, baru seorang hero..


sikecil ni maintain jer no problem
masalahnya yang dibelakang tu, guntingnya sorang
pengiringnya sampai 8 orang...
ayoyo, kata ane situkang gunting


Alhamdulillah sampai kesudah sikecil saya ni ceria je..


akhirnya
sikit2 lama2 jadi bukit
belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Alfatihah.....

Assalamualaikum.....

Semoga Allah merahmati ruh Almarhum Ustaz Dr. Fathi Yakan , seorang Ulama' mujahid yang terbilang di zaman ini Menghabiskan usia di medan perjuangan .

Pidato dan karyanya sangat membina dan mendidik ummah Al Marhum adalah ulama' bertaraf dunia yang mempunyai saham perjuangan yang cukup besar dan luas .


Kini Almarhum telah kembali ke Rahmatullah . Sedih dan pilu menyelubungi anak murid beliau di seluruh dunia . Kembalinya ke rahmatullah , satu kehilangan besar buat perjuangan ini .

Mungkin yahudi dan Israel sedang berpesta dengan kewafatan seorang ulama' yang gigih berjuang menentang Yahudi dan Israel alaihilaknatullah .

Alfatihah.....


13 Jun 2009

Selamat Pengantin Baru



Assalamualaikum.....

Belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat saudara angkat saya dari Telok Bahang, Justina & suaminya.

Justina telah melangsungkan perkahwinannya pada 31 Mei 2009 yang lalu di Dewan MPPP Telok Bahang.

Semasa menetap di Telok Bahang kami sekeluarga agak rapat dengan Justina sekeluarga, lebih2 lagi pada adiknya Jusnita. Jusnita juga telah mendirikan rumahtangga kira2 setahun yang lalu. Saya doakan Jusnita cepat2 timang anak.

Selamat Pengantin Baru buat Justina & suami, Cik Ju doakan Tina aman bahgia, sejahtera selalu hingga akhir hayat.


Salam Takziah


Assalamualaikum.....

Pelakon terkenal Shukery Hashim (55) telah meninggal dunia di Hospital UKM Cheras jam 1 tengahari pada 10 Jun 2009 yang lalu akibat penyakit kanser pankreas.

Salam takziah kepada isteri Allahyarham Puan Fatimah Mohd Desa, semoga dia boleh bersabar dan tenang menghadapi ujian ini. Allah sayangkannya lalu mengambilnya di saat ini.

Allah selalu mengingatkan umatnya bahawa setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati. Jadi beruntunglah mereka yang sudah bersedia ke arah itu. Taubat daripada dosa itulah antara persiapan yang harus diberi keutamaan dalam hidup.

Saya pernah terserempak dengan Allahyarham sekitar tahun 1996 di Bangi ketika kami sekeluarga menikmati satey kajang Haji Samuri disitu.

Tapi malu nak dapatkan Allahyarham untuk ambil autograf, hanya saling pandang memandang jer...

Nampaknya industri lakonan kehilangan seorang lagi pelakon yang berbakat.


Semoga rohnya di cucuri rahmat...


Alfatihah..........


12 Jun 2009

Dedikasi Buat Kakakku.....

Assalamualaikum.....

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 38 buat Atam saya Hamidah Kassim, pada hari ini 12 Jun 2009. Dengan ingatan tulus ikhlas dari saya semoga atam akan sihat sejahtera selalu bersama anak2nya.


Walaupun hidup sebagai ibu tunggal, namun atam tabah melalui liku2 perjalanan hidupnya bersama anak2. Atam cekal mengharungi susah payah kehidupan demi meneruskan perjuangan kehidupan demi anak2nya.


Seingat saya, sedari kecil atam banyak membantu mak & abah menyara keluarga. Bermacam kerja yang dilakukan sebaik menamatkan persekolahan peringkat rendahnya. Atam tidak menyambung pelajaran ke peringkat menengah ketika itu dengan alasan tidak berminat.


Sebaik berhenti sekolah atam terus melakukan bermacam kerja membantu keluarga. Jika saya berhenti sekolah kerana berumahtangga tetapi atam berhenti sekolah kerana membantu keluarga.


Semoga pengorbanan atam pada keluarga mendapat balasan baik dari Allah.


Selamat Ulangtahun.......

Semoga panjang umur, murah rezeki & bahagia selalu bersama anak2 tersayang.



Atam bersama anak2 dimajlis kahwin adik saya di Kelantan

11 Jun 2009

Hargai Semasa Ada.....

Assalamualaikum.....

Suami Saya Seorang Jurutera.....

Saya baru je baca satu cerpen yang saya kira best dan ada pengajaran..sape2 nak baca dipersilakan sebab saya dah postkan kat sini..

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya".

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami".

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.

Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.


Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


"HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA.... "KERANA... HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN RELA BERKORBAN APA JUA UNTUK DIRI KITA.....SEMOGA BERBAHAGIA..."


Buat semua pasangan yang mendirikan masjid time cuti sekolah ni, selamat pengantin baru, semoga bahagia ke akhir hayat,,amin....


P/S: Terharukan catatan ini! Sama2lah kita saling menghargai....





hanya insan ini yg bertahkta dihati saya selamanya, dunia akhirat.
dialah racun, dialah penawar....
dialah suka, dialah juga duka....
ayang sayang abang selamanya....


Sudah Setengah Tahun.....

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, hari ini genap 6 bulan blog kerdil saya ini berada dipersada blogging. Blog mama moden hanya blog kerdil, tidak punya apa2 untuk dibanggakan jika hendak disamakan dengan pemblogging yang lain.


Tetapi walau apapun, saya amat bangga dengan blog mama moden ini. Ini hasil kerja saya dalam dunia IT. Dengan mendapat serba sedikit bimbingan dari insan tersayang disekeliling saya, akhirnya saya berbangga dengan terhasilnya blog mama moden ini.


Walaupun saya akui, semakin banyak saya belajar rupanya semakin banyak yang saya tidak tahu tentang apa yang saya belajar. Saya makin nak belajar, nak belajar & nak belajar lagi.......


Selain meluahkan suka duka kehidupan saya dimasa lalu, kini & akan datang, saya dapat juga menambah kenalan di alam maya. Saya dapat mengetahui & berkongsi kisah suka duka sahabat2 lain. Walau tidak bersua muka, tetapi dengan penulisan kita dapat berkongsi masalah masing2. Saya cuma berharap ukhwah yang terjalin sesama sahabat akan terjalin dengan penuh keihklasan.


Selama 2 hari ini juga saya dapat berkenalan dengan blogger cik limaumanis. Saya menghantar 2 anak dara saya keprogram dibawah beliau. Young Muslim Intelectual talah diadakan di Dewan Muzakarah, Masjid Al-Malek, USM selama 2 hari, 10&11hb.
Kecil molek jer orangnya. Tapi sentiasa tersenyum manis. Semoga ukhwah yang terjalin akan berterusan.

Mengenang Ustaz Fadhil Noor

Assalamualaikum.....

Muktamar Tahunan PAS Ke-55 yang baru berlangsung ketika kita mengingati tujuh tahun pemergian bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadzil Muhamad Noor, pemimpin besar gerakan Islam abad ini di rantau ini.



Kita mengingatinya bukan semata-mata kerana peribadi besarnya, tetapi kerana usahanya menjadi besar. Almarhum meninggalkan kita pada ketika kita sangat memerlukan lagi kepimpinannya. Almarhum telah mengajarkan kepada kita akan erti berada di dalam jamaah Islam dengan segala cirinya, menyediakan peribadi pejuang yang berilmu, sabar, tekun, memiliki akhak yang baik, daya kepimpinan yang dinamik, terbuka dan berimej kontemporeri.


Secara kebetulan Muktamar yang baru berlalu berlansungnya pemilihan pucuk pimpinan peringkat tinggi baik peringkat Pusat, Ulama’, Pemuda dan Muslimat.


Justru itu, langkah wajarnya dalam Muktamar ini kita merenung kembali kepimpinan cemerlang Almarhum Ustaz Fadzil untuk diteladani.

Beliau berkelulusan Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti terkenal yang melahirkan demikian ramai Ulama' di seluruh dunia. Bagaimanapun Almarhum Ustaz Fadzil bukan sekedar muncul sebagai Ulama', tetapi juga sebagai ahli politik Islam kontemporeri.
Inilah istimewanya beliau. Justru itu sekembalinya ke tanah air, Almarhum telah diamanahkan memimpin PAS bersama teman-temannya berdasarkan keupayaannya sebagai Ulama' dan kemampuannya sebagai pemimpin. Selama berada dalam kancah politik, Almarhum segera belajar dan memahami dunia politik dengan segala keunikannya. Almarhum telah mengharmonikan agama dengan politik, mengenengahkan politik berprinsip, menyuntik izzah atau harga diri kepada gerakan Islam atau parti Islam hingga menjadi terpandang dan dihormati oleh semua pihak.

Almarhum Ustaz Fadzil bercita-cita menerapkan nilai agama di dalam politik, sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin Masyumi, Almarhum Muhd Natsir di Indonersia, walaupun berada di tengah ranjau dan simpang siur politik moden.

Oleh itu, untuk melengkapkan dirinya ke arah itu, Almarhum tidak sekadar menekuni Al-Quran dan Hadis serta kitab agama, tetapi juga membaca pelbagai buku sejarah politik, kehidupan pemimpin politik pelbagai negara, berinteraksi dengan pelbagai pemimpin politik dalam dan luar negara dan mendedahkan dirinya kepada suasana kontemporeri.

Akhirnya, Almarhum muncul sebagai pemimpin terkemuka, di segani kawan dan lawan, berfikiran luas dan terbuka. Almarhum tidak takut menerokai jalan sukar penuh cabaran, namun cukup sedar dan peka dengan risiko yang diambil. Inilah yang mungkin dimaksudkan dalam ilmu kepimpinan sebagai ’Transformational Leadership’ – Kepimpinan Perubahan - yang lazimnya berbeza dengan ’Kepimpinan Populist’ (Populist Leadership) yang selalunya menantikan peluang, namun takut meneroka gelanggang dan laluan sukar, bahkan menunggu saja sokongan pengikut dan rakyat.


Sebaliknya, kepimpinan berteraskan prinsip dan visi yang jelas sepertinya, sentiasa berani melakukan ’ijtihad’ dan experiment, peka dengan risiko serta terus mendidik ahli, pengikut dan rakyat. Ini yang telah dilakukan oleh Almarhum Ustaz Fadzil semasa memimpin PAS.


Baginya ciri-ciri kepimpinan masa kini, walaupun asasnya sama iaitu memegang amanah dan tanggungjawab, tetapi pendekatannya sama sekali tidak sama dengan kepimpinan masa lalu kerana situasi berbeza, tingkat pendidikan masyarakat berbeza dan persepsi masyarakat juga berbeza.Kepimpinan yang diperlukan masa kini, bagi Almarhum, ialah mereka yang mampu memahami dan memenuhi expectation rakyat, khususnya generasi baru.


Kepimpinan yang gagal memenuhi expectation seperti ini, betapapun terkenal dan popular, namun ia gagal dalam memenuhi pengertian dan ciri-ciri kepimpinan masa kini. Oleh itu, dengan menekuni pemikiran Almarhum Ustaz Fadzil ini, saya yakin di sini tidak berbangkit soal kepimpinan ulama atau kepmpinan profesional dan veteran.

Yang menjadi perkiraan ialah individu yang berada di pentas kepimpinan itu sendiri mesti memiliki ciri-ciri tersebut. Oleh itu walau apapun hujah, pemimpin yang dipilih itu perlulah memenuhi expectation rakyat.

Almarhum Ustaz Fadzil sangat prihatin dengan persoalan ini, justeru itu semasa hayatnya Almarhum sentiasa berusaha memenuhi ciri-ciri kepimpinan ini. Dalam suasana yang pantas berubah, Almarhum mengingatkan supaya kepimpinan ulama perlu membuktikan keupayaan mendepani masalah terkini umat dan negara, terutama yang menyentuh persoalan hukum. Menurutnya, kepimpinan ulama perlu menginstitusikan budaya ilmu di kalangan ahli sehingga masalah qadhaya umat dan negara mampu digarap dan didepani bersandarkan ilmu dan penekunan pendidikan.


Almarhum Ustaz Fadzil mengingatkan, ulama tidak perlu terlalu syadid (keras) tetapi sempit dalam perkara yang tidak menuntut sikap yang sedemikian, khasnya dalam suasana negara yang bermasyarakat majmuk dan dalam perhubungan praktik antara amalan dan agama.

Almarhum mahukan PAS terus menduduki pentas perdana dalam politik nasional, seperti yang telah dilonjakkan parti ini di tengah-tengah persada politik tanah air. Tentu banyak risikonya, banyak rintangan dan hambatan, namun begitulah yang mampu kita baca pemikirannya.

Sesungguhnya konsep ’constructive engagement’ kepimpinan baru parti ini adalah kesinambungan kepemimpinan dan fikrah yang telah disemai dan disuburkan oleh Al-Marhum Dato Fadzil Noor semasa hayatnya. Beliau adalah ulama yang memililki ciri-ciri kepimpinan profesional, suatu contoh terbaik yang sewajarnya diteladani oleh para ahli baik ia dari kalangan ulama mahupun profesional dan veteran.

Oleh itu dalam suasana semasa atau selepas Muktamar yang meriah dan berwarna warni itu mari kita mengenang dan mengamati kepimpinan teladan yang diserlahkan oleh Almarhum. Pergerakan, kepimpinan dan hala tuju PAS sedang diperhatikan sungguh-sungguh oleh banyak pihak - dari kalangan kawan dan lawan, dari kalangan Islam dan bukan Islam serta mereka yang mencuba menaruh harapan kepada PAS untuk memimpin negara ini keluar dari kemelut politik, ekonomi, moral, pendidikan dan sebagainya.

Oleh itu waspadalah, kerana setiap perwatakan ahli, kata-kata dan hujah yang disampaikan serta keterampilan masing-masing sebenarnya seperti sebuah equarium yang sangat jernih airnya, di mana segala ikan yang bergerak, caranya berinteraksi dan sebagainya sedang disaksikan oleh ramai orang.

Saya sendiri secara peribadi amat mengkagumi Almarhum, walaupun diperingkat awal suami mengkempen saya menjadi ahli PAS sekitar tahun 95-97 lebih kurang, saya seperti memperolok2kan kepimpinan Almarhum.

Tetapi akhirnya setelah saya dibukakan hati untuk terlibat secara langsung dalam PAS, YaAllah... terlalu banyak kebaikan, kemuliaan yang saya lihat dalam diri ALmarhum. Beberapa kali bertembung dengan Almarhum semasa Muktamar ataupun program walaupun tidak berbual secara langsung tetapi saya akui Almarhum pemimpin PAS yang tiada galang gantinya.

Masih saya ingat pertemuan terakhir Almarhum bersama ahli2 PAS di Muktamar semasa tahun kembalinya Almarhum ke Rahmatullah di Putik, Kelantan.

Almarhum sudah sakit waktu itu, tetapi sepanjang Almarhum berjalan kepentas utama, Almarhum mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepentas utama. Ini berlaku kerana sepanjang saya mengikuti Muktamar, saya perhatikan Almarhum akan bersalaman dengan sebilangan perwakilan dari belakang dewan hingga kepentas utama.

Apabila sampai kemeja perwakilan muslimat, beliau juga akan berhenti bertanya khabar. Hati, mata kita akan melihat beliau sesejuk mata memandang.

Dalam ucapan penggulunggan Almarhum ketika muktamar akhirnya ketika itu, Almarhum bercakap secara tidak formal. Dan seolah Almarhum tidak mahu berhenti bercakap walaupun sudah banyak kali mengucapkan kalam terakhir, hingga Almarhum berkata sememangnya kita amat sayang untuk meninggalkan orang2 yang kita sayang diakhir muktamar ini. Rupanya Almarhum bukan sahaja meninggalkan muktamar terakhirnya di Putik itu, tetapi Almarhum telah meninggalkan seluruh ahli2 PAS seluruh Malaysia yang masih memerlukan pimpinannya.

Masih saya ingat, sewaktu menerima berita kembalinya ke Rahmatullah tanpa saya sedari airmata saya bercucuran tanpa dipinta. Ada satu perasaan bersalah saya pada Almarhum yang terbuku dihati ketika itu.

Saya bersyukur dapat menziarahi jenazahnya ketika itu. Walaupun lautan manusia yang berada dipersekitaran daerah pengkebumian Almarhum, berduyun2 manusia berjalan kaki berkilometer meninggalkan kenderaan yang tersangkut tapi Alhamdulillah kereta kami dapat bergerak terus keperkarangan madrasah.

Kini sudah 7 tahun Almarhum meninggalkan perjuangannya didunia, sudah pastilah dengan segala kebaikannya, mudah2an Allah menempatkan Almarhum dikalangan para solihin.....

Alfatihah......


06 Jun 2009

Tahniah Saf Kepimpinan PAS Pusat Sessi 2009/2011



Alhamdulillah, akhirnya terlerai juga siapa yang akan membantu Dato' Presiden dalam memperkasa parti untuk sepenggal akan datang.

Dengan kemenangan Ustaz Nasarudin Md Isa mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, tidak bermakna Dato' Husam Musa & Abang Mat Sabu tidak layak. Tentu ada hikmahnya, Allah belum mentakdirkan dua pimpinan ini untuk jawatan tersebut.

Kemenangan Dato' Mahfus Omar, Salehudin Ayub & Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man melengkapkan gandingan mantap saf kepimpinan untuk sepenggal akan datang.

Tahniah pada Presiden, Timbalan Presiden, Naib2 Presiden & juga AJK yang telah dipilih perwakilan. Harap dapat menjalankan amanah yang telah diberi oleh ALlah. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Rakyat bawahan memerhati contoh tauladan pimpinan.

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!