New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Julai 2013

Selautan kasih, Segunung Sayang.... Tiada Ungkapan!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi hayat untuk terus bernukilan disini. MaMa MoDeN masih bernadi namun bagaikan menyepi... Apapun halaman ini tidak pernah saya tinggalkan sepi tak berpenghuni. Berbagai cerita yg boleh dikongsi namun kepetahan menulis bagaikan termati. Terima kasih pada yg masih sudi menanti untuk terus menatapi apa yg dihati. Doa & ingatan kalian kan terus bersemi dilubuk hati samada Blog MaMa MoDeN masih dilakari atau pun terbiar sepi.....

Sedar tak sedar putaran masa terlalu cepat berlalu. Siang berganti malam, sesaat bertukar minit jam & hari bersilih ganti bulan ketahun. Setiap dugaan, ujian, cabaran dalam hidup silih berganti bagaikan tiada henti. Ada suka, bertukar duka. Datang gembira bertukar sengsara. Namun segalanya harus saya lalui & hadapi dengan semangat membara dijiwa. Rebah atau tersungkur saya perlu gagahkan diri untuk terus bangun, bertatih, berjalan & terus berlari.....

Ketika saya nekad membuat keputusan drastik 2 tahun 4 bulan yang lalu untuk meleraikan segala ikatan antara saya & dia saya tahu ramai yang menyalahkan saya sepenuhnya. Saya dihentam dari berbagai sudut samaada dari orang2 yang dekat dengan saya atau yg hanya memandang dari kejauhan. Ramai juga yang meminta saya bersabar dengan apa yg berlaku asalkan ikatan itu jangan dileraikan!

Apapun mereka hanya memandang dari luar... dari kejauhan. Yang melalui & merasainya saya sendiri, dia juga anak2. Saya tak mau keadaan serabut dalam ikatan itu berterusan tanpa perubahan yg baik.

Apapun segalanya sudah berlalu. Kami sudah ada hidup masing2. 

Hari ini setelah 2 tahun 4 bulan berlalu saya bersyukur. Amat bersyukur. Apa yg amat saya takutkan ketika keputusan itu saya ambil hanyalah satu. Saya jauh dari anak2, khususnya dua yg kecil itu. Saya amat takut saya hilang kasih sayang & ingatan mereka pada saya. Itu yg amat saya takutkan terjadi walaupun saya bagaikan tak kisah berjauhan dari anak2 sedangkan masa saya 24jam selama 21 tahun 9 bulan hanya bersama mereka.

Alhamdulillah masa demi masa apa yg saya takutkan tidak berlaku! Ini yg saya rasa... Tidak langsung berlaku. Malah saya semakin merasakan ikatan kasih sayang saya bersama anak2 semakin kukuh walaupun kami jarang berjumpa. Dapat bersama setiap hujung minggu sekali seminggu itu sudah cukup baik sebenarnya bagi saya.

Anak2 masih berkongsi rasa mereka pada saya. Kami masih boleh berbual, berborak bersama hingga larut malam macam dulu setiap kali berjumpa. Saya masih boleh masakkan makanan kesukaaan mereka seperti dulu. Saya masih dapat mendakap mereka dengan penuh kasih sayang seperti dulu. Apa yg saya rasa mereka tidak pernah melupakan saya dari ingatan mereka.

Kadang2 saya tak mau menamatkan status solo saya kerana mereka. Saya selesa dengan keadaan ini kerana bila2 masa saja saya dapat bersama mereka tanpa kekangan. Saya amat takut bila satu saat mereka memerlukan saya ketika baba mereka tiada disisi mereka saya juga tiada kerana tanggungjawab baru saya pada jodoh saya. Saya tau, selepas perpisahan dgn hak jagaan anak2 dibawah bekas suami, mungkin saya hanya malukut ditepi gantang dalam mengambil bahagian dalam menentukan hala tuju anak2. Adanya saya tidak menambah, tiada juga tiada mengurangkan pun. 

Tapi saya mahu juga menjadi sesuatu buat mereka walau hanya dihujung kuku. Setiap saat saya menantikan peluang untuk bersama mereka walaupun hanya sebentar cuma. Tak kisahlah walaupun saya terpaksa menjadi bidan terjun disaat2 akhir. Dengan peluang yg ada saya akan cuba memberi yg terbaik mengikut kemampuan saya. Saya mahu mereka rasa ' Alhamdulillah masa baba tak ada ni, nasib baik mama ada!'.... cukuplah walau sekadar itu.

Orang boleh berkata apapun tentang saya terhadap mereka. Melepaskan mereka sepnuhnya bawah jagaan baba mereka adalah tindakan yg terbaik yg saya mampu lakukan dalam keadaan saya tak punya apa2. Walau apapun yg terjadi antara kami jauh disudut hati saya dia tetap ayah terbaik untuk anak2 saya sejak permata pertama kami lahir hinggalah sibongsu kami. Saya selalu berdoa, walau dia sentiasa ada kehidupan baru saya tak putus2 berdoa dia akan tetap jadi ayah terbaik buat anak2 saya sampai bila2.


18 Mei 2013

Sekali Lagi Diraikan.....Terima Kasih

Assalamualaikum...

Walaupun sendirian tanpa permata2 hati yang jauh dimata, namun buat pertama kalinya tahun ini ketika usiaku menginjak 38 tahun aku diraikan 3 kali dalam bulan yg sama. Sekali diraikan Hari Ibu oleh anak saudara & dua kali diraikan ulangtahun kelahiran oleh keluarga & rakan2 sekerja. Tiada kata yg mampu diucapkan. Dalam kesedihan & kerinduan, segalanya sedikit terubat dengan diraikan oleh insan2 terdekat . Syukur dengan apa yg ada....












Semoga Allah panjangkan umurku dalam keberkatan iman. AKu memang bukan insan sempurna namun aku bersyukur & cuba menghargai nikmat kehidupan yang diberi....


14 Mei 2013

Sambutan Berganda Riang Ria Bersama .....

Assalamualaikum....

Tiada kata2 yang dapat digambarkan... Syukur dengan apa yg ada.
Yang jauh dirindu, yg dekat dihargai....



 Sambutan Hari Ibu 12 mei 2013



Sambutan Hari Ibu Beramai2


Kami diraikan beramai2 sempena Hari Ibu


Sambutan Ulangtahun Kelahiran diraikan oleh kakak2, adik & anak2 saudara mengurangkan sedikit rasa sayu berjauhan dari permata2 hatiku....







Dimandikan dengan mandian bedak baby johnson






 Tak Terkata........


Terima kasih buat Acik, Atam, Adik Nanie, Adik Lia & Misa kerana menceriakan Sambutan Berganda ini...





31 Mac 2013

Berdiri Atas Kaki Sendiri....

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik akhirnya hari ini sudah genap 2 tahun saya menjalani hidup sebagai MaMa Tunggal. Rasa terlalu cepat masa berjalan. Kaki saya melangkah terus kehadapan tanpa saya menoleh semula kebelakang. Berbagai rasa yang saya alami sepanjang tempoh 2 tahun ini.

Sebelum 31 mac 2011 yang lalu sering terdetik dalam fikiranhati saya bahawa saya takkan dapat melalui hidup sendirian tanpa 'DIA' sebagai suami saya. Ketakutan sering melanda diri bagaimanakah akan saya lalui hidup ini sendirian dengan berbagai dugaan & cabaran sebagai seorang JaNDa... title yg glomour tapi amat ditakuti o0leh semua wanita apatah lagi jika bercerai hidup.

Akhirnya 31 mac 2011 terjadi jua. Sebaik melangkah keluar dari kamar keramat itu saya terus melangkah tanpa berpaling lagi kebelakang. Jauh sekali untuk melalui semula alam rumahtangga yang pernah saya kecapi selama 21 tahun 9 bulan itu bersama 'DIA'.... Cukuplah sekali itu saya diberi peluang oleh Allah mengecapi bahagia bersama dalam suka mahupun duka, dalam tawa mahupun tangis. Kami telah melakukan yang terbaik untuk rumahtangga kami sepanjang tempoh itu. Ketika badai melanda kami juga telah mencuba sehabis baik demi menyelamatkan apa yang telah kami bina, namun apakan daya jodoh kami terhenti setakat tarikh itu sahaja. Itu takdir yang telah Allah tetapkan buat kami.

Detik ini, hari ini 31 mac 2013 saya masih sendiri melalui hidup ini. Kadangkala dikunjungi anak2 ketika waktu cuti persekolahan. Anak2 yang sudah dewasa yang telah pandai melangkah selalu menziarahi saya ketika mereka berkelapangan. Seperti biasa juga jika ada peruntukan kewangan & masa saya akan ke Penang menziarahi mereka.

Dengan keterbatasan waktu bersama anak2 kami gunakan dengan penuh kualiti agar masa yang suntuk itu dapat kami gunakan sebaik mungkin. Sesekali berkumpul kami masak2 bersama, makan2 bersama, sembang2 seakan tak mahu berhenti. Setiap anak yang mahu bercerita mahukan saya memandang kearah mereka. :) hehehehe bayangkan lajunya pergerakan kepala saya memandang 7 wajah permata hati saya....

Dalam bergelak ketawa tiba2 kami semua terhenti lantas salah seorang akan kata " dah lama kita tak ketawa camni!"....

Saya tau dalam riak tawa permata2 hati kami mereka rindukan suasana dahulu. Namun apakan daya kami tak mampu lagi penuhi keinginan mereka seperti dahulu. Apa yang kami cuba lakukan bahagiakan mereka semasa mereka bersama setiap seorang dari kami. Ketika berada disana mereka tentulah lagi lengkap keadaannya sebagai sebuah keluarga berbanding ketika bersama saya yang masih sendiri namun selagi kudrat masih ada saya akan cuba membahagiakan mereka dengan apa daya saya dengan apa adanya.

Alhamdulillah dari mata kasar saya nampak permata2 hati saya sudah dapat menerima keadaan ini. Itulah yang amat saya harapkan. Tiada apa yang mampu saya katakan pada mereka hanya perkataan maaf jika saya tak sempurna untuk membahagiakan hari2 mereka....

Detik ini, kaki saya akan terus melangkah... setapak demi setapak. Kadang2 saya berlari, kadang2 saya bertatih malah ada ketika saya bertongkat untuk terus melangkah. Kadang2 ketika melangkah kaki saya tersadung lalu saya rebah. Tapi kerana semangat yang masih ada saya bangkit kembali demi sebuah kehidupan. 

Terima kasih buat 7 permata2 hati saya, kaum keluarga... mak, abah, kakak2, adik2, anak2 saudara jauh & dekat. Kenalan2 rapat ataupun jauh dialam maya atau dialam nyata yang banyak membantu saya dalam menempuhi tempoh 2 tahun ini... Hanya doa yang berpanjangan agar kalian semua dilimpahi rahmat Ilahi....




semoga mereka dalam pemeliharaan Allah