New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

29 April 2010

Perdamaian Suami Isteri Selepas Bersengketa...

Assalamualaikum.....

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula.

Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.

Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa.

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu.

Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkahpertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik.

Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.




27 April 2010

Tahniah Atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang....


Assalamualaikum.....

Hidupnya selama 23 tahun bergelumang dengan tugas mendidik. Mendidik, mengajar, mencurahkan ilmu kepada anak2 bangsa yang memerlukan ilmu pengetahuan. Dia mencurahkan bakti dimana saja ditempatkan tanpa mengira waktu. Tanpa pernah bersungut dengan segala penat lelah.

Tidak pernah Dia mengeluh dengan segala ilmu yg diberi. Senyuman sentiasa terukir dikala menghadapi kerenah anak2 didiknya serta para waris..

Akhirnnya setelah bergelumang dengan dunia pendidikan selama 23 tahun, insan yang amat saya sayangi ini dianugerahkan satu anugerah yang amat bermakna dalam hidupnya.

Hari ini tentulah hari yang indah bagi insan kesayangan saya ini. Walaupun bukan anugerah yang dikejar, tetapi dengan penganugerahan ini, bererti sebuah pengiktirafan dari pihak atasan buat dirinya....

Buat Abang yang amat Ayang sayangi, cintai, rindui... tahniah Ayang ucapkan diatas penganugerahan ini. Memang Abang layak mendapatnya. Teruskanlah usaha murnimu mendidikanak bangsa, kerana dengan menjadi seorang cikgu, ilmu yang Abang curahkan akan terus berkesinambungan...


Abang... Ayang & anak2 ucapkan sekalung tahniah atas kejayaan abang ini. Percayalah kami akan sentiasa berada dibelakang abang, menyokong setiap langkah atur abang dalam suka mahu pun duka, dalam susah mahupun senang.....

kami sayang abang dunia & akhirat....

25 April 2010

Tahniah... Penduduk Hulu Selangor Sudah Memilih

Assalamualaikum....
Tahniah kepada penduduk Hulu Selangor kerana telah membuat pilihan memilih wakil yang akan mewakili mereka.
Diharap kepada yang menang, jalankan tugas & tanggungjawab dengan adil & saksama. Kepada yang tewas harus muhasabah dimana silapnya.
KEPUTUSAN RASMI BN MENANG 1,725 UNDI

BN - 24,997

PKR - 23,272

Majoriti -1,725



24 April 2010

Marilah Mari, Pergi Mengundi....

Assalamualaikum.....

BN telah menamakan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan, 44, sebagai calon tempatannya bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor yang ia tewas kepada PKR pada pilihan raya umum 2008.

PKR pula menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, 59, anak kelahiran Kelantan sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Kawasan pilihan raya kecil Parlimen ini mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Parlimen Hulu Selangor terbahagi kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N05 Hulu Bernam, N06 Kuala Kubu Baru dan N07 Batang Kali.

Selamat mengundi, buatlah pilihan yang bijak....


20 April 2010

Peringatan Untuk Wanita : Muhasabah Buat Diriku...


Assalamualaikum.....



(DARI HADIS RASULULLAH S.A.W)


1.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

2.Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang ia kehendaki.

3.Saidatina Aishah berkata:
"Saya pernah bertanya Rasulullah S.A.W siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?". Jawab Rasulullah: "Suaminya". "Siapa pula lebih berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah: "Ibunya".

4.Apabila memanggil akan engkau oleh dua ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dulu.

5.Siapa yang dikurniakan Allah padanya wanita yang solehah (baik) maka sesungguhnya telah dikurniakan padanya sebahagian dari Agamanya: maka hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah yang separuh lagi.

6.Sebaik - baik wanita tinggal dirumah, tidak keluar, kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis.

7.Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah), kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah bersama - sama isteri - isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah): datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri - isterinya masuk ke dalam, bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?" . Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihat?".

Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersada: Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah:

1.Orang yang gemuk tapi kurus
2.Orang yang berpakaian tapi telanjang
3.Orang yang alim tapi jahil

Adapun orang yang gemuk tapi kurus itu ialah orang yang gemuk (sihat tubuhnya) tapi sedikit ibadahnya.

Orang yang berpakaian tapi telanjang ialah orang yang cukup pakaiannya, tetapi tidak taat agama (berpakaian tetapi tidak menutup aurat).

Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

8.Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau - bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya adalah ia berzina.

9.Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.

10.Dunia ialah perhiasan, sebaik - baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

11.2/3 dari ahli neraka adalah wanita:

1.Wanita digantung dengan rambutnya kerana menampakkan rambutnya pada lelaki yang diharamkan melihatnya (lelaki yang halal nikah).

2.Wanita yang dengan kaki tertambat pada teteknya terus ke ubun - ubunnya dengan ular dan kala memakan daging serta menghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadas yang besar serta meringankan sembahyang.

3.Wanita yang digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya.

4.Wanita yang digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah dengan tanpa izin suaminya.

5.Wanita digantung dengan lidahnya serta dituangkan dengan air panas ke dalam tekaknya kerana menyakitkan hati suami.

6.Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu domba dan berdusta.

7.Wanita berbadan anjing kerana suka melaga - lagakan manusia serta dengki mendengki.

12.Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah didapatkan yang kuat beragama, tentu akan menenangkan tanganmu.

13.Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat kahwin, cepat pula hamil dan ringan maharnya (mas kahwinnya).

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua burung - burung diudara ikan di air, malaikat dilangit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15.Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan terbuka pintu - pintu syurga. Masuklah ia dari mana - mana pintu yang disukainya dengan tanpa hisab.

16.Mana - mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut di murkai oleh Allah sehingga ia bermanis muka dengan tersenyum mesra kepada suaminya.

17.Kaab berkata: Pertanyaan yang akan ditanya pada wanita dihari kiamat ialah dari hal sembahyangnya dan hak - hak suaminya.

18.Ibnu Umar berkata:
"Telah datang seorang kepada Rasulullah lalu bertanya:"Apakah hak suami keatas isteri?" Jawab baginda, "Tuniakan hajatnya sekalipun engkau di atas belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya unutk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar rumah melainkan dengan izinnya: Jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali ke rumah".

19.Riwayat dari Hassan, bahawa nabi telah bersabda: "Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyang sehingga ia kembali dan ia menghulurkan tangannya kepada suaminya (minta maaf)."

20.Hendaklah isteri redha dengan suami yang telah dijodohkan Allah, samada miskin atau kaya.

21.Hendaklah suami redha dengan pemberian Allah akan isterinya samada cantik atau hodoh.

22.Sebaik - baik kamu ialah orang yang baik terhadap isteri dan anak - anaknya.

23.Mana - mana wanita yang sembahyang dengan tanpa mendoakan suaminya, maka ditolak akan sembahyangnya.

24.Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: "Mana - mana wanita yang berdiri diatas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hinggan muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tanganya dari bakaran api neraka".

25.Mana - mana wanita yang menunggu suaminya pulang, lalu dibersihkan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya atau disediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau munaffat hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap - tiap kalimah ucapannya, tiap langkahnya, tiap renungannya pada suaminya sebagaimana dimerdekakan seorang hamba. Pada harikiamat Allah kurniakan nuur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tidak seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi - nabi.

26.Dari Thabit Al Bannaniny berkata:Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, sangat baik berkhidmat pada suaminya, apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya dipegangnya pelita hingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya untuk dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yang buta telah celek. Allah telah kurnikan rahmat (kemulian) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

27.Dari Ibnu Masud bersabda Rasulullah:" Tiap - tiap wanita yang menolong sumainya dalam urusuan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) pada perempuan itu kerana memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau - bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadap suaminya.

28.Asma' binti Khairiyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya di hari pernikahan anaknya itu itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan berpidah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkua kenal dan berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah kepada suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjagi tiangnya. Jangan engkau bebani ia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalakanmu. Jangan engkau terlampau menjauhinya agar ia tidak melupakanmu. Kalau ia mendekatimu dekatilah ia, dan jika ia menjahuimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah suami itu benar - benar hidungnya, pendenggarannya, matanya dan lain - lain. Janganlah kiranya suamimu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu".

29.Hendaklah isteri berpuashati dengan suaminya yang ALLAH telah jodohkan samada yang kaya atau miskin.

30.Hendaklah isteri mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.

31.Mana - mana wanita yang berkata pada suaminya, "Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah malam hari.

32.Sebaik - baik wanita ialah wanita yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, apabila engkau memerintah ia taat dan apabila engkau tidak ada ia menjaga hartamu dan dirinya.

33.Apabila memanggil oleh suami akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolakknya, maka marahlah suaminya: akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.

34.Wanita yang keluar rumah dengan tanpa izin dari suaminya akan beradaa didalam kemurkaan Allah hingga ia kembali semual ke rumahnya atau diredhai oleh suaminya.

35.Wanita yang meminta ditalak oleh suaminya dengan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak haramlah baginya bau syurga.

36.Wanita yang mati didalam keadaan suaminya redha kepadanya:nescaya ia masuk syurga.

37.Bukanlah dari golongan kami orang yang diluaskan oleh Allah rezekinya tetapi disempitkan perbelanjaan untuk ahli rumahnya.

38.Tiap orang adalah pemimpin (dirinya sendiri). Maka lelaki adalah pemimpin bagi ahli - ahlinya dan wanita adalah pemimpin di rumah.

39.Wanita itu adalah pengurus suaminya dan bertangungjawab dari hal urusannya.

40.Tidak ada ketaatan bagi mahluk (suami) yang mendurkhadai Allah.
41.Wanita yang tinggal dirumah bersama - sama anak - anaknya akan tinggal bersama - sama aku didalam syurga.

42.Perkara yang menjadikan wanita itu durkhaka kepada suaminya:-

1.Menghalang suaminya dari bersuka - suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana - mana bahagian tubuhnya.

2.Keluar rumah dengan tanpa izin suaminya samada suaminya ada dirumah atau tidak.

3.Keluar rumah belajar ilmu yang bukan fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain (jika suaminya tidak mampu mengajar).

4.Enggan berpindah (berhijrah bersama - sama suami).

5.Mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ke rumah, ketika ia ingin masuk.

6.Bermasam muka apabila berhdapan dengan suami.

7.Minta talak.
8.Bercakap kasar atau lamabat menjawab pertanyaan.

9.Berpaling atau membelakanginya ketika bercakap.
10.Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau berbuataan.

11.Meninggalkan tempat tidur.

12.Membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai oleh suaminya.

43.seorang wanita mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Aku telah dipinang orang. Katakan padaku apakah hak - hak suami atas isteri? Jika terdaya aku lakukan maka aku akan kawin. Bersabda Rasulullah, "setengah darinya ialah jika mengalir darah atau nanah dari hidungnya lalu dijilat oleh isteri untuk membersihkannya, belumlah tertunai lagi hak suami atas isteri, dan jika patut atau boleh seseorang menyembah manusia maka akan aku perintahkan wanita - wanita sujud menyembah suami mereka". Mendengar itu wanita tadi lantas menjawab, "Demi Allah yang membangkitkan engkau sebagai nabi, aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini".

44.Saidatuna Aishah berkata jikalau wanita - wanita itu tahu akan hak - hak suaminya nescahya mereka akan sangup menyapu debu - debu di telapak kaki suaminya dengan muka mereka.
45.Suatu ketika dimadinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda bertanya apabila baginda dapati beberapa orang wanita di majlis itu. "Adakah kamu mengusung mayat?". "Tidak", jawab mereka. Sabda baginda "Baiklah, kamu sekelian tidak ziarah dan tiada pahala bagi kamu. Tetaplah kamu tinggal di rumah dan berkhidmat kepada suami supaya pahalanya sama dengan ibadah orang lelaki".

46.Seorang wanita menghadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya mewakilli kaum wanita ingin menyatakan masalah kami semua. Allah menjadikan kami semua lalu diperintahkan kami untuk taat dan berkhidmat kepada kaum lelaki, juga sebagai tempat memenuhi keinginan syahwat mereka, hingga kerana itu kami mesti tetap tinggal di rumah. Sedangkan bagi kaum lelaki ada perang fi sabilillah dan bersembahyang di masjid. Adakah peluang kami untuk memperolehi pahala yang sama seperti orang lelaki?". Sabda baginda, "Tidak pernah aku lihat dan dengar perkataan dan pertanyaan sebaik ini." Kemudian baginda menjawab "Beritahu oleh kamu kepada semua kaum wanita bahawa jika mereka tunaikan kewajipan kepada suami dan rumah tangga sebagaimana yang Allah perintahkan itu, nescahya sama kebajikannya dengan kaum lelaki".

47.Hadith dari Baihaqi dan Ibnu Huban:
Tiga golongan manusia yang tidak diterima sembahyangnya oleh Allah:
1.Hamba yang lari dari tuannya.

2.Wanita yang bermasam muka dengan suaminya atau wanita yang dimarahi suaminya hingga diredhainya.

3.Orang mabuk hingga ia sedar.

48.Imam Ghazali Rohimatahullahutaal a berkata: Wajib bagi wanita mengikut perintah suaminya selagi ia tidak mengajak kepada maksiat.

49.Ulamak berkata wajib bagi wanita:

1.Mengekalkan malu pada suami.

2.Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

3.Mengikut kata dan suruhan.

4.Dengar dan diam ketika suami berkata - kata.

5.Berdiri menyambut kedatangannya.

6.Berdiri menghantar pemergiannya.

7.Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

8.Memakai bau - bauan unutknya.

9.Membersihkan bau mulut untuknya.

10.Berhias ketika hadirnya, tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

11.Tidak berbuat khianat apabila suami tiada.

12.Memuliakan keluarga suami.

13.Memandang pemberian suami yang sedikit sebagai besar dan banyak.

14.Ketahuilah syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung kepada redha atau tidak suami padanya.

50.Seorang badwi berkata kepada Rasulullah s.a.w. "Tidak akan aku percaya kepada engkau sebelum ditujukkan padaku satu mukjizat." Rasulullah bertanya: "apa yang kau kehendaki?". Badwi itu menjawab: "Suruh pohon kurma yang kering itu mengadap engkau". Maka Rasulullah bersabda, "pergilah engkau beritahu pada pohon itu, katakan bahawa Muhammad memanggilnya" . Arab badwi itupun melakukan apa yang diperintahkan. setelah diberitahu pohon korma itu kelihatan bergerak - gerak ke kanan dan ke kiri hingga tercabut akar - akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah lalu memberi sala, Rasulullah menjawab salamnya. Melihatkan peristiwa itu Arab badwi itu terus mengucap dua kalimah syahadah. "Cukuplah Rasulullah" katanya. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu balik ke tempatnya. Arab badwi itu berkata lagi, "wahai Rasulullah aku telah meminta dari mu sesuatu yang pernah diminta oleh orang lain, pun engkau tunaikan, kerana itu izinkan aku sujud padamu setiap kali sujud semabahyang dibelakangmu" . Jawab Rasulullah:" Tidak seharusnya seorang manusia sujud kepada manusia dan jika harus, maka akan aku perintahkan semua wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak - hak suami mereka".

51.Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.

52.Apabila seorang wanita itu mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatitkan baginya pahala baginya pahala orang - orang yang berjihad pada jalan Allah.

53.Apabila seseorang wanita itu melahirkan anaknya keluarlah ia dari dosa - dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

54.Sabda Rasulullah, "Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai - sungai syurga serta diringankan Allah baginya sakratulmaut dan akan didapatinya akan kuburnya menajdi sebuah taman dari taman - taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi Titian Siratul Mustaqim".

55.Hadith riwayat Abu Dawud: "Perintakanlah anak - anakmu sekelian yang telah berumur 7 tahun unutk mengerjakan solat. Apabila telah berumur 10 tahun mereka belum mengerjakan solat ajarlah (dipukul tetapi jangan sampai melukai) dan pisahkanlah dari tempat tidurnya".

56.Hadith riwayat dari Anas: "Barangsiapa membawa hadiah (bahan makanan) dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanyaseperti bersedekah, dan hendaklah diberikan lebih dahulu kepada anak perempuan sebelum anak lelaki".

57.Pesanan Luqman kepada anaknya: "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu sabda mereka:"

1.Apabila engkau solat kepada Allah maka jagalah baik - baik fikiranmu.

2.Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka jagalah matamu (pandangan).

3.Apabila engkau ditengah - tengah majlis maka jagalah lidahmu (perkataanmu) .

4.Apabila engkau berada didalam jamuan makan, maka jaga - jagalah perangaimu.

5.Ingatlah akan mati (bersedia untuk menghadapi kematian).

6.Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.

7.Lupakanlah segala kesalahan orang lain kepadamu.

Dari perkara yang tersebut diatas, tidaklah bermakna wanita menjadi hamba suaminya atau seperti khadamnya semata - mata, lelaki (suami) pula ada peranannya sebagai qauwam, iaitu ketua, hakim, pengajar adab dan sebagainya.Untuk memainkan peranan ini sudah tentulah kaum lelaki wajib taat kepada Allah dan menjungjung tinggi syariat Allah agar ia menjadi orang yang adil serta tidak zalim, mengenal dan menyempurnakan hak - hak ke atas isterinya


19 April 2010

Manisnya Madu...


Assalamualaikum.....


Barangkali hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.

Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?

Melihat sisi yang pelbagai terutama menyelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.

Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya.

Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.

Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.

Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.

# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.

# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah. Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik. Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.

# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya? Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.

# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.

# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri. Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.

# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.

# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.

# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.

# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.

Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:

1. Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.

2. Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.

3. Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.

4. Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.

5. Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?

Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.


Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah

15 April 2010

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.....


KUALA PILAH - Selepas hampir lima tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 60, selamat melangsungkan perkahwinan dengan bekas setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid, 39, dalam satu majlis ringkas di sini petang semalam.

Upacara pernikahan yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taman Fatimah, Gentam di sini pada pukul 3.30 petang semalam dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu.

Kedua-dua mempelai diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd. Khalid Sulaiman, 65, sambil disaksikan keluarga terdekat serta sahabat handai.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Azalina Othman Said.

Dengan sekali lafaz, Mohd. Isa yang kelihatan ceria dengan baju Melayu dan samping berwarna oren sah menjadi suami kepada Bibi Sharliza yang ayu mengenakan baju kurung dan tudung juga berwarna oren.

Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal tunduk mengalirkan air mata sebaik majlis akad nikah selesai.

Kedua-dua pasangan tersebut tidak membuat sebarang barangan hantaran selain merahsiakan jumlah wang hantaran.

SYARAT-SYARAT POLIGAMI DALAM ISLAM

Assalamualaikum.....

Bahawa beberapa ulama, setelah meninjau ayat-ayat tentang poligami, mereka telah menetapkan bahawa menurut asalnya, Islam sebenarnya ialah monogami. Terdapat ayat yang mengandungi ugutan serta peringatan agar tidak disalah gunakan poligami itu di tempat-tempat yang tidak wajar.

Ini semua bertujuan supaya tidak terjadinya kezaliman. Tetapi, poligami diperbolehkan dengan syarat ia dilakukan pada masa-masa terdesak untuk mengatasi perkara yang tidak dapat diatasi dengan jalan lain. Atau dengan kata lain bahawa poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan bahawa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.

Jadi, sebagaimana talaq, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan kerana hendak mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya berpoligami berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat. Ini bererti ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat Islam, demi untuk menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai kaum Muslimin.

Oleh yang demikian, apabila seorang lelaki akan berpoligami, hendaklah dia memenuhi syarat-syarat sebagai berikut;

1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.

Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.

2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.

Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya;

Bahawa Ummu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i)

Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik. Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik ini di dalam Islam.

3. Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)

Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah. Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.

Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.

Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.

Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;

"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;

Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."

Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."

"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."

Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.

Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."

4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.

5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;

"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.

Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;

i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.

ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.

iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.

iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.

v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.

13 April 2010

Cinta Sejati Langit dan Laut

Assalamualaikum....


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.



10 April 2010

Adikku... Sudah Takdir Kita!

Assalamualaikum.....

Ketika melalui saat yang penuh cabaran & dugaan ini, saya teringat pada adik perempuan saya yang seorang ni. Kami agak rapat sejak kecil hingga sekarang. Banyak perkara yang boleh kami kongsikan bersama. Banyak masalah yang kami berjaya atasi secara bekerjasama baik masalah keluarga atau sebagainya.

Sudah ditakdirkan kami berkongsi juga takdir dari Allah untuk perkara yang sama. Berkongsi sesuatu yang amat kami sayangi. Sesuatu yang paling berharga. Takdirnya dia menumpang kasih orang, saya pula akan ditakdirkan memberi peluang orang lain sama2 menumpang kasih sayang.

Saya melihat kebahagiaan mereka walaupun secara luaran. Hakikatnya hanya mereka yang mengetahui. Apapun saya berharap akan memulaikan hakikat takdir ini dengan lebih baik.

Saya akan selalu berhubung dengan adik saya ini untuk mengambil sedikit petua sebagai penyejuk hati...

Syabas adikku, kakakmu ini bangga denganmu kerana sentiasa tahu membawa diri sebagai orang yang hadir kemudian. Ketahuilah mengalah bukan bererti kita kalah tetapi berjuang untuk sentiasa menang, kalaupun bukan menang didunia I'ALLAH diakhirat kelak...



Dik Nanie, akak bangga dengan ketabahanmu. Semoga akak juga akan kuat & tabah walaupun situasi kita berbeza....

06 April 2010

Catatan Tanpa Tajuk.....

Assalamualaikum....
Mengapa Ada Dia Diantara Kita
Kalau Saja Diriku Di Suatu Simpang Jalan
Mungkin ku Masih Dapat Memilih
Tapi Kita Telah Luluh Dalam Satu Lingkaran
Mungkinkah Kita Lalu Menepi


Mengapa Oh Mengapa
Ada Dia Diantara Kita
Apakah Daya Ini
Kuharus Menghadapi
Tiada Mungkin Kutinggal Berlari

Seandainya Dulu Kau Yang Hadir
Mungkin Semua Takkan Jadi Begini
Tapi Haruskah aku Sesali
Semuanya Telah Berbunga Di Hati

Airmatanya Yang Berderai
Putih Bening Sebening Kaca
Kutahu Itulah Dalamnya Duka Dihatimu
Lihatlah Duka Dimataku
Betapapun aku Tak Rela
Suci Tiada Dosa Buahnya Cinta Kita

05 April 2010

Jenis-jenis Gemok.....

Assalamualaikum.....


Jenis-jenis kegemukan

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan menyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

GEMUK AIR :
Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.


Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

GEMUK ANGIN :

Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.

Mudah mendapat sakit kepala.

GEMUK DAGING :

Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Badan berasa berat dan pejal.

Mudah penat apabila melakukan tugas harian.

Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


04 April 2010

Payung Emas Buat Isteri Yang Dimadu??....


Assalamualaikum.....

Poligami itu indah, tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar mampu menghayati keindahannya.

Memang murni harapan dinyatakan. Tetapi secara realitinya, berapa ramai sangat lelaki yang sanggup melaksanakannya.
Hari ini, kebanyakan lelaki yang berpoligami memilih gadis muda khususnya yang masih bergetah sebagai isteri kedua, bukannya ibu tunggal yang sudah mempunyai anak berderet ataupun gadis lanjut usia. Jika adapun, mungkin seorang dua daripada ratusan, atau mungkin ribuan lelaki.

Bagi masyarakat, apabila wanita atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita meluahkan rasa kebimbangan terhadap isu poligami, pasti dianggap menentang hukum agama sehingga ada yang mempertikaikan tahap keimanan pihak terbabit.

Hakikatnya, tiada siapa yang mempertikaikan hukum yang termaktub dalam al-Quran itu. Poligami adalah harus hukumnya dan kita juga bersetuju jika seseorang lelaki itu berkemampuan dari segi zahir dan batin, mampu berlaku adil kepada semua isterinya, mengapa hendak dibantah.

Tetapi, apa yang kita bimbangkan jika poligami itu diiringi dengan ketidakadilan daripada pihak suami, dan seterusnya menzalimi wanita. Wanita setabah mana sekalipun akan bangkit menyuarakan hak apabila diri dianiaya.

Ada lelaki apabila sudah mendapat hajat di hati, isteri tua lazimnya ditinggalkan sendirian menguruskan anak yang ramai. Entah makan, entahkan tidak. Malah, dalam beberapa kes, ada wanita yang langsung tidak menerima khabar berita si suami apabila sudah memperoleh ‘orang’ baru.

Ketika itu, ada suami yang sudah lupa tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak sehingga tidak balik ke rumah berbulan-bulan lamanya hanya kerana terlalu asyik dengan cinta barunya. Setiap masa diluangkan bersama si gadis yang mencuri hati, tetapi kepada si isteri sentiasa tiada masa untuk menjenguk, alasan diberikan kesibukan kerja.

Wajarkah pada masa yang sepatutnya dihabiskan dengan melihat buku sekolah anak atau bermain dengan mereka, si suami sibuk menyulam cinta? Itu baru sedang bercinta, belum lagi berkahwin. Bayangkan bagaimana keadaannya apabila sudah berkahwin, mungkin lupa jalan balik ke rumah isteri tua.

Dalam hubungan ini, suami perlu berlaku adil bukan saja dari segi zahir, bahkan juga emosi. Ada yang mampu menyediakan keperluan harian seperti harta, pakaian, makan dan minum, tetapi perasaan isteri tidak dijaga, malah anak yang sepatutnya menjadi perhatian utama diabaikan.

Keadilan bukan saja membabitkan isteri pertama, sebaliknya isteri kedua dan berikutnya. Jika selama ini kita sering mendengar kisah penganiayaan terhadap isteri pertama, isteri-isteri lain juga apa kurangnya. Ada lelaki yang berpoligami, tetapi apabila tembelang sudah pecah, isteri tua melarang si suami balik menjenguk isteri keduanya sehingga menzalimi hak isteri berkenaan.

Justeru, beberapa tahun lalu Persatuan Isteri Kedua ditubuhkan bagi memastikan hak isteri dalam poligami khususnya isteri kedua dan berikutnya, terjamin.

Betul, bukan semua lelaki yang gagal melunaskan tanggungjawabnya apabila berpoligami, tetapi jika dilihat kepada laporan yang diterima oleh jabatan agama, itulah senario yang berlaku. Hakikatnya, agak sukar untuk berlaku adil jika nawaitu asal seseorang untuk berpoligami tidak betul.

Islam membenarkan poligami, tetapi tidak bermakna ia boleh diamalkan sewenang-wenangnya kerana ada garis panduan yang perlu diikuti bagi mengelakkan kezaliman kepada pihak wanita.

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam menggariskan jika seseorang lelaki itu gagal mengikuti syarat ditetapkan apabila berpoligami, maka haram hukumnya.

Justeru, tepuk dada tanya selera. Bagi lelaki, poligami itu indah, tetapi lebih indah jika diserikan dengan pemahaman yang tinggi, manakala bagi wanita pula siapa yang tidak hendak mengejar ‘payung emas’, namun dalam pencarian itu peritnya hanya kita yang tahu.

Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang telah dirancangNya buat kita yang bernama hambaNya...

bolehkah "madu" itu menjadi manis seperti madu lebah ini?...


03 April 2010

UNTUK RENUNGAN...

ASSALAMUALAIKUM...


HARAP JANGAN BIARKAN NAFSU MENGUASAI DIRI & AKAL FIKIRAN...


JANGAN SAMPAI MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...


YANG HARAM TETAP HARAM WALAU APAPUN ALASAN...


SENTIASA TERIMA DIRI PASANGAN YANG KITA SAYANGI, KASIHI & CINTAI SEPENUH HATI DENGAN SEADANYA... MEMBERI & MENERIMA...




KLIK SINI....

Selamat Ulangtahun Sayang....

Assalamualaikum.....

Segala puji bagi Allah, yang awal tanpa yang awal sebelum-Nya, yang akhir tanpa yang akhir sesudah-Nya. Mahasuci AsmaNya, Maha tampak AnugerahNya.

Ya Allah. Sampaikan selawat&salam kepada Rasulullah S.A.W dan keluarganya. Selawat yang awalnya tidak terbatas, yang batasnya tidak berhujung, dan akhirnya tidak berhingga.

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku ini, panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. Jadikan anakku, orang yang baik dan taqwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin


Selamat ulang tahun anakku, Nurul Ain Fathihah

02 April 2010

Perginya Seorang Pelawak....Alfatihah

Assalamualaikum..

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 12.30 malam tadi di Hospital Selayang.

Allahyarham yang meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah diserang demam denggi berdarah hingga menyebabkan beberapa sistem organnya gagal berfungsi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ehsan, Kepong selepas solat jumaat hari ini.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 beriman & dicucuri rahmat Allah.


Alfatihah...