New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

31 Ogos 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran Along

Assalamualaikum.....

Sempena merdeka ni saya ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat anak saudara saya Mohd Fairuz bin Susah. Sebenarnya ada cerita sikit tentang anak saudara saya yang seorang ini. Cerita yang bagi saya agak istimewa, walaupun bukan istimewa bagi orang lain tapi mungkin istimewa dalam hidup saya.

Mohd Fairuz (yang selepas ini saya gelarkan Along), adalah anak sulung Kak Long saya. Tahun ini Along berumur 30 tahun. Masih bujang, setelah putus tunang tahun lepas.

Kak Long saya & ayah Along berpisah ketika Along masih bayi. Kak Long saya masih dalam pantang ketika itu. Saya tak tahu sebab apa kerana saya baru berusia sekitar 4, 5 tahun ketika itu.

Tidak lama selepas itu mungkin semasa usia Along sekitar 2 tahun, Kak Long saya bertemu jodoh dengan suaminya sekarang. Seorang duda tanpa anak. Sejak itu Kak Long&Along hidup bersama keluarga baru. Tidak lama kemudian Kak Long mendapat anak dengan suami baru seorang demi seorang. Sehingga sekarang Kak Long punya 6 anak dengan suaminya sekarang. Mereka hidup bersama hingga sekarang bersama 6 anak baru & juga bersama Along.

Apa yang membuatkan saya merasakan Along, anak saudara saya ini agak istimewa adalah kerana sedari kecil saya turut sama menyaksikan, merasa sama penderitaan Along berbapakan seorang bapa tiri.

Sebagai adik, saya sering menginap dirumah Kak Long bila ada kelapangan atau ketika cuti sekolah. Sedari Along kecil, sejak berbapakan bapa tiri saya menyaksikan azab yang Along rasakan. Dulu bapa tiri Along yang juga abang ipar saya ini amat bengis dengan Along.

Pantang silap sikit teruk Along dibelasahnya. Jangan didengarnya anak2nya menangis, pasti Along disalahkan. Pukul bantainya bukan sedikit tetapi amat teruk. Saya selalu menyaksikan Along dihumban kedinding, dipukul jangan kiralah. Sepak terajang boleh dikatakan setiap hari mesti kena. Saya akan menangis setiap kali Along dipukul bapa tirinya, tetapi apalah daya saya ketika itu. Saya juga masih kecil. Kak Long pun tak berani mempertahankan anaknya, mungkin sedar Along cuma anak tiri pada suaminya.

Sepanjang usianya dari kecil hingga besar begitulah nasib Along. Malang bertimpa pada dirinya kerana Along tiada surat beranak. Mungkin kerana ibu bapanya berpisah ketika dia masih bayi, maka mereka tidak sempat membuat surat beranak untuknya hingga berlanjutan.

Kerana tiada surat beranak itu, Along tidak kesekolah. Bila dia sudah besar sikit sekitar 9 tahun lebih kurang, dia mengikut bapa tirinya kekebun. Sejak itu bermacam2 kerja yang Along lakukan membantu keluarga. Sehingga dia remaja rasanya dia masih dipukul oleh abang ipar saya cuma mungkin tidak seteruk masa dia kecil.

Dan sejak 10 tahun ini saya merasakan Along menjadi anak kesayangan & harapan keluarganya. Alonglah yang saya lihat bertungkus lumus membantu keluarga dari segi kewangan khususnya. Alonglah saya lihat yang lebih berguna berbanding anak2 Kak Long saya yang lain. Walaupun tidak pernah bersekolah, tidak mengenal huruf tetapi Along menjadi tunggak harapan keluarga.

Dan yang paling istimewa saya lihat abang ipar saya memang sayangkan Along. Dia tentu sudah menyesal dengan apa yang dia lakukan selama ini bila melihat betapa baiknya Along pada mak & abahnya walaupun hanya abah tiri. Berbanding dengan anak2nya yang lain khususnya anak lelaki kandungnya sendiri yang selalu membawa masalah dalam keluarga berbanding Along yang banyak membantu.

Kak Long saya sekarang mengidap kencing manis yang kritikal, saya mendapat tahu, setiap kali Kak Long saya masuk hospital, Alonglah yang membiaya perubatan maknya. Along akan segera mendapatkan pinjaman dari tempatnya bekerja & pinjaman itu akan dipotong melalui gajinya setiap bulan.

Kebetulan masa saya balik setahun lepas menziarahi keluarga, Kak Long diserang kencing manisnya hingga perlu dibawa kehospital untuk dirawat. Alonglah yang mendapatkan biaya rawatan. Along kata pada saya, kadang2 duit gajinya berbaki 5,6 ratus sahaja sebulan kerana banyak potong pinjaman.

Bila saya ungkit kisah2 masa dia kecil sambil air mata saya bergenang, Along kata... Abah dia memang tak berani kata apa kat dia sekarang. Along kata memang dialah yang membantu menyara keluarga mereka sekarang.

Bagi pelanggan astro yang pernah menonton cerita Musafir lakonan Nasir Bilal Khan & Danny x factor, Along pernah berlakon bersama mereka dalam telefilem tu sebagai drebar lori yang Danny tumpang semasa mereka bermusafir. Mereka berlakon disekitar kampung saya di Segamat & Tangkak, Johor.

Sempena merdeka ini, selama ini kami meraikan ulangtahun kelahiran Along setiap 31 ogos, tetapi semasa proses membuat MyKad Along beberapa tahun lepas kami mendapat rekod sebenar di Hospital Along dilahirkan bahawa kelahiran Along berlaku pada 30 ogos. Saya tak pasti keluarga Kak Long masih meneruskan sambutan ulangtahun Along pada 31 ogos atau 30 ogos.

Saya dah lama tak berhubung dengan Along, Kak Long & keluarganya. Saya pun tak pasti proses Along mendapatkan MyKad dah selesai atau belum. Saya harap dah selesai supaya senang Along nak berurusan dengan kerja, jika nak berkahwin & sebagainya.

Dikejauhan ini, saya doakan Along akan terus menjadi anak yang baik. Semoga segala penderitaannya semasa kecil akan dibalas dengan kebaikan. Semoga mak & abahnya akan benar2 menyayanginya sebagai seorang anak, bukan kerana ada maksud yang lain atau hanya mahu mempergunakan segala kebaikan Along.

Along juga perlu memikirkan masa depannya sendiri....

Along bersama Tata & Kakak semasa perkahwinan adik saya di Kelantan

Salam Merdeka

Assalamualaikum.....


 
Tanggal 31

Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh

Merdeka ! Merdeka !

Tetaplah Merdeka

Ia Pasti Menjadi Sejarah

Tanggal 31

Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh

Merdeka! Merdeka!

Tetaplah Merdeka

Ia Pasti Menjadi Sejarah 

Tanggal 31

Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh

Hari Yang Mulia

Hari Bahagia

Sambut Dengan Jiwa Yang Merdeka 

Mari Kita Seluruh Warga Negara

Ramai-Ramai Menyambut Hari Merdeka

Merdeka!

Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh

Hari Mulia Negaraku Merdeka 

 Mari Kita Seluruh Warga Negara

Ramai-Ramai Menyambut Hari Merdeka

Merdeka!

Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh

Hari Mulia Negaraku Merdeka 

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..

MERDEKA! 




30 Ogos 2009

Memberi&Menerima Nasihat, Terima Kasih Anakku...

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, saya dapat juga melakukan solat terawih secara berjemaah di masjid malam tadi. Sejak petang, entah kenapa badan rasa malas, tak larat. Nak masak pun malas, pukul 6 lebih baru masuk dapur. 

Tapi kerana suami&anak2 gagahkan juga masak seala kadar. Punya malas, tak larat, sampai lauk dah siap masak 7.15, rupa2nya nasi tak masak lagi. Bergegas arah anak2 masak.

Akhirnya kami berbuka dengan air&roti je dulu. Lepas solat maghrib baru kami makan nasi. 

Lepas makan, dah terniat malas nak ke masjid malam ni. Ingat nak cuti. Dah berangan2 nak tidur. Suami&anak2 je nak ke masjid. Kak Uda yang mulanya pun cakap tak larat nak p, tiba2 saya tengok bersiap punya lawa.

Tiba2 Kak Uda datang kat saya yang sedang baring di katil. Dia bertegas ajak saya p juga2. Bermacam2 kelebihan yang dia ceramah kat saya jika saya p terawih di masjid & bermacam2 tazkirah juga dia bagi jika saya tak p.

Dengan gaya&pujukan manjanya yang mengalahkan seorang ustazah, tiba2 saya bangun menuju ke bilik air ambil wudhu, masuk bilik salin baju. Tiba2 hilang rasa tak larat&malas yang menggunung sejak sedari petang. Bila siap semua dah keluar ke pintu. Selalunya saya yang siap paling awal, tapi harini saya yang siap paling akhir.

Akhirnya, Alhamdulillah saya dapat juga menghabiskan solat terawih saya pada malam ke 10 ni.

Terima kasih anakku, sejuk perut mama. Semoga bila mama sudah tiada di dunia ini nanti, doa dari kalianlah yang mama harapkan untuk menerangi kuburan mama dialam barzah.


ذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

 
Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan sedekah yang berkekalan(yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), , ilmu yang dimanfaatkan, anak-anak soleh&solehah yang berdoa kepadanya. - Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.



29 Ogos 2009

Komentar Saya Dijadikan Tajuk Entry

Assalamualaikum.....


Segalanya bermula disini.....

Insya-Allah YDP MAIPP Tetap YB Shabudin Yahya

ruang komentar

mama moden meluah komentar

dibalas penuh panjang lebar oleh mamak penang

dibalas juga oleh blogger

disahut semula oleh mama moden

disambung sahutan lagi dari mama moden

akhirnya.......Siapa Saya Pilih Untuk Sembahyangkan Jenazah Saya

Saya tidak layak untuk melabel seseorang. Saya masih jahil, banyak dosa2 yang saya dilakukan mungkin dengan sengaja apatah lagi tanpa disengajakan.

Saya juga tidak berniat mencari musuh, cuma sebagai manusia yang punya akal fikiran anugerah Allah takkan kita dungu, bebal sangat nak menilai mana yang lebih baik, mana yang lebih mengajak kearah kebaikan.

Sebagai rakyat Malaysia saya hendak atau tidak, menerima Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia samada rakyat itu ahli UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC atau apa saja.

Tetapi sebagai ahli PAS saya sudah tentu tidak akan menerima beliau menjadi pemimpin saya kerana Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak adalah Presiden UMNO dan yang pasti saya bukan ahli UMNO.

Syabas juga saya ucapkan diatas ketelusan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang sudi menyiarkan semua komentar2 saya & terima kasih juga kerana menjadikan komentar saya sebagai tajuk entri.

Sebagai penghargaan saya akan linkkan blog Pemuda UMNO Permatang Pauh untuk turut sama di jengah oleh peminat2 blog kerdil saya ini. ( cewah! mama moden dah mula perasan, adakah peminat?)

Kepada Allah sahaja saya mohon keampunan jika terdapat perilaku saya, kesilapan saya dalam penulisan blog saya ini. Allah merancang, manusia juga merancang tetapi sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kepada pengunjung2 blog saya dalam pelbagai fahaman politik juga saya mohon maaf jika ada salah silap atau ada catatan saya yang tak berkenan dihati.

28 Ogos 2009

Syukur... Aku Dilahirkan Sebagai Seorang Perempuan!

Assalamualaikum.....

Sewaktu menjelajah ke blog cina islam sebentar tadi saya tertarik dengan info tentang istimewanya seorang insan bernama perempuan. Sahabat2 saya boleh terus baca di ruangan ini atau kalau nak kunjungi ke blog cina islam pun boleh.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM 

p/s : Beruntung & bertuahnya kita menjadi perempuan dengan segala keistimewaan ini. Disebalik kadang2 merasa kekurangan, kurangnya nikmat menjadi perempuan, eloklah kita tatap keistimewaan2 yang telah Allah tiupkan dalam roh setiap insan bernama perempuan. Semoga dengan tatapan ini akan menyejukkan jiwa yang panas, akan menyedapkan hati yang tak pernah puas.



Salam Takziah buat Profesor Ismail Saleh

Assalamualaikum.....

Alfatihah buat Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah meninggal dunia semalam, 27 ogos 2009.

Allahyarham meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari China ke Singapura dan disahkan Hospital Besar Singapura pada jam 8.00 pagi semalam.

Allahyarham yang juga merupakan seorang pakar ekonomi merupakan senator pertama yang dilantik daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Sebelum ini, allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Ekoran berita kembalinya Allahyarham Profesor ini semalam, seluruh warga Malaysia di sebarkan dengan berita Ustaz Ismail Kamus yang juga seorang pendakwah & bekas ADUN Gombak Setia yang telah meninggal dunia.



Mungkin berlaku salah faham kerana nama mereka berdua sama. Sesiapa yang menerima berita2 kematian melalui SMS ini harap berhati2 bila mahu menyebarkannya. Selidik dulu kesahihan berita tersebut. 

Selamat panjang umur diucapkan kepada Ustaz Ismaik Kamus, dan Alfatihah buat Profesor Ismail Saleh, semoga rohnya dicucuri rahmat.


26 Ogos 2009

Susah Sangat Ke? Tak Faham @ Tak Tahu?....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ini sudah 5 Ramadhan. Syukur,  kita masih dapat melaksanakannya dengan penuh kesabaran. Selain berpuasa menahan lapar & dahaga kita di hidangkan dengan pahala2 melaksanakan solat sunat terawih. Hanya 1 malam berterawih di Masjid Negeri, Pulau Pinang. Malam selebihnya saya serta suami & anak2 berpeluang mengerjakan solat sunat terawih ini di Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong.

Agak meriah suasana berterawih di Masjid Tuan Guru. Ramai juga jemaah muslimat yang hadir. Tiap2 waktu berbuka Masjid Tuan Guru menyediakan juadah berbuka. 

Apa yang saya rasa pelik, ketika solat samada solat isyak atau pun terawih adalah kedudukan saf jemaah. Tak kiralah samada dibahagian muslimin atau muslimat. Terlalu banyak ruang2 lompong yang tidak dipenuhkan. Masing2 selamba je solat dalam saf yang putus2. Bukan satu atau dua tetapi terlalu banyak. 

Bila dipanggil memenuhkan ruang yang kosong, adalah sorang dua yang mengisinya... yang lain buat selamba je. Masing2 tetap nak bertahan di saf asal daripada bergerak memenuhkan ruang kosong.

Saya bukan arif sangat tentang ini, tetapi setahu saya saf dalam solat mesti rapat. Jangan putus, kalau boleh bahu bertemu bahu atau tapak kaki bertemu rapat antara satu sama lain. Kalau mungkin nak selesa sikit semasa duduk tahiyat bolehlah dijarakkan sedikit tapi taklah sampai lompong yang boleh lagi diisi oleh 5,6 orang jemaah.

Ada yang agak dasyat bila sebilangan jemaah yang hanya melaksanakan 8 rakaat sahaja dan berlalu pergi meninggalkan saf, jemaah yang masih mahu meneruskan solat tidak juga mengambil ruang yang kosong, tetap maintain ditempat yang sama hingga kelihatan 1 saf dia sorang je berdiri.

Saya rasa macam nak bagitau kat AJK Masjid lah... Minta dia bagitau imam sentiasa ingatkan jemaah rapat & luruskan saf sebelum bermula saf.



begini seeloknya kedudukan ketika solat

walau cara kedudukan begini adalah salah, tetapi ok juga daripada lompong 5, 6 tempat


25 Ogos 2009

Salam Kemenangan

Assalamualaikum.....


Salam Kemenangan, Salam Tahniah buat Wakil Rakyat baru N 11 DUN Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man. Semoga dengan kepercayaan yang diberikan oleh penduduk Permatang Pasir akan menguatkan lagi gerak kerja Wakil Rakyat PAS ini dalam membantu penduduk, khususnya penduduk yang memerlukan bantuan.

Dengan memperolehi undi sebanyak 9618 Ustaz Saleh Man yang mewakili PAS berjaya mengekalkan kerusi yang pernah disandang oleh Allahyarham Dato' Hamdan Abdul Rahman dengan menewaskan calon BN Saudara Rohaizat Othman yang hanya memperolehi 5067 undi.

Kepada yang tewas, mungkin kemenangan belum ditakdirkan Allah untuk anda. Muhasabahlah diri kearah yang lebih baik.

Kepada yang menang juga semoga dapat meneruskan kerja dengan lebih baik, jangan alpa dengan kemenangan. Sesungguhnya mempertahan kemenangan lebih sukar dari meraih kemenangan.

Tahniah.... Kejayaan buat Islam

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!




24 Ogos 2009

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.....

Assalamualaikum.....

Sedang saya membelek2 blog2 di alam maya, saya terlihat satu blog yang mengisahkan sebuah isu menarik pada pandangan saya. Kisah perbualan seorang Ustaz & anak muridnya barangkali. Anak murid yang masih bujang, sedang mencari2 petua rumahtangga dengan menyoalkan gurunya, tidakkah bergaduh dengan isteri...

Kisah pergaduhan suami isteri..... Saya lebih suka gelarkan gaduh2 sayang dalam rumahtangga.

Selalu tergambar, terbayang diruang fikiran kita kehidupan seseorang yang bergelar Ustaz apatah lagi jika pasangannya seorang Ustazah, tidak akan ada pergaduhan dalam rumahtangga mereka. Benarkah???

Jika pasangan suami isteri itu pasangan Ustaz Ustazah rumahtangga mereka sentiasa harmoni, tiada langsung terbit perasaan marah sesama mereka selama berumahtangga. Benarkah???

Lantaran cinta mereka cinta yang suci murni dari awal pra perkahwinan tanpa anasir2 yang tidak baik hingga kealam perkahwinan,  adakah rumahtangga mereka tiada langsung diselangi dengan perselisihan faham. Benarkah???

Saya teringat lagu P.Ramlee dalam kisah 3 Abdul... 'Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi'.

Semasa menetap di Telok Bahang, ada seorang jiran yang sering memuji2 kehidupan rumahtangga saya bersama suami. Dia mengatakan kami suami isteri mithali, suami soleh & isteri solehah. Mungkin sebab dia selalu saya lihat bergaduh dengan suaminya.

Begitu juga sekarang ini. Di kediaman ini, dikelilingi rakan2 pendidik, kami juga sering kali di lebelkan sebegitu. Ada seorang rakan yang mengatakan kami masih kelihatan romantis walau sudah 20 tahun berumahtangga, walau anak2 sudah ramai & besar2. Ataupun ditafsirkan kami sudah tua...

Dengan gelaran sebegitu, sebenarnya saya amat takut. Berasa tidak selesa. Yalah, hakikatnya bukan begitu. Kami bukanlah pasangan sempurna. Amat tidak sempurna. 

Sepanjang 20 tahun perkahwinan ini, alahai! Bermacam pahit getir, ombak gelora, perang dingin, perang panas, perang sejuk, perang basah, perang berapi yang telah kami lalui.

Kadangkala perselisihan faham terjadi angkara diri masing2, orang luar atau persekitaran. Kadangkala kami sama2 panas & kadangkala juga ada antara kami yang sorang sejuk sorang panas. Kadangkala kami sama2 mahu menang dalam setiap perselisihan, kadangkala kami sama2 mahu mengalah.. ( hehehe yang ini jarang2 berlaku ).

Setiap kali berlaku perselisihan faham, pasti ada rajuk merajuk. Marah, buat muka, tak puas hati, boikot antara satu sama lain. Bagi saya marah antara kami takkan bertahan lama. Selalunya kerana anak2. Segalanya akan pulih bila ada hal yang membabitkan anak2.

Bagi pihak saya, selalunya bila tiada perselisihan faham antara kami, sayalah yang banyak cakap. Ada saja yang nak saya borakkan, tanyakan pada pasangan. Dari hal yang remeh temeh hinggalah hal2 negara. Tapi bila ada perselisihan yang berlaku saya akan jadi sebaliknya. Masa ni suami akan tahu saya sedang mengangkat bendera perang.

Tapi baru2 ni saya tahu rupanya bila itu berlaku, suara saya yang kecoh, banyak cakap atau istilah popularnya berleter amat dirindui sidia rupanya. Rupanya walau dah 20 tahun masih banyak yang perlu kami selami. Saya bayangkan selama ini leteran saya dibenci, rupanya bila saya jadi begitu pendiam, suara saya akan dirindui.

Memang saya susah nak berahsia dengan suami. Apa2 yang berlaku mesti saya nak cerita. So, bila saya diam, membisu seribu bahasa maka mesti ada yang tak kena.

Begitu juga bila suami pula marah, saya akan diam. Biar dia dengan marahnya. Mujurlah suami saya bukan pemarah sangat orangnya. Marahnya pun cepat sejuk. 

Selama ini memang diakui, saya yang cepat naik angin. Mujurlah dapat suami yang penyabar... kalau tidak mungkin takkan selama ini saya bergelar isteri. Memang Allah dah aturkan jodoh kita yang terbaik.

So, apa nak buat bila perselisihan berlaku? Fikirkan kebaikan pasangan. Fikirkan apa kebaikan yang dia buat untuk kita selain keburukan, kesilapan yang dilakukan. Fikirkan segala kenangan manis, kenangan indah yang pernah dilalui bersama. Fikirkan betapa susahnya nak bina rumahtangga yang dipertahankan dengan keringat & airmata selama ini. Fikirkan segala susah senang yang dilalui bersama selama ini. Fikirkan.... Fikirkan.... I'ALLAH segala yang panas akan sejuk, segala yang membuak marah akan membuak sayang semula.

Jika ada anak2, fikirkan nasib anak2 jika kita ambil jalan mudah dengan merobohkan rumahtangga yang dibina. Saya akui, saya takkan mampu mendidik anak2 saya jika bukan bersama suami saya sekarang. Tanpa suami sebaik dia, anak2 saya takkan mampu menjadi seperti apa yang saya banggakan sekarang. Tanpa suami sehebat dia saya takkan mampu buktikan pada masyarakat yang mencemuh saya diawal perkahwinan saya dulu bahawa dengan status isteri muda, ibu muda saya takkan mampu mendidik anak2 hingga ke menara gading. Tanpa suami penyayang seperti dia, saya takkan mampu menutup mulut sumbang yang mengatakan anak2 saya takkan berjaya dalam pelajaran kerana akan berkahwin awal seperti saya juga. Tanpa suami semurni dia, saya & anak2 takkan dapat didikan yang sempurna, I'ALLAH dunia akhirat seperti sekarang.

Bagi saya, perkahwinan bukan barang ujikaji. Bukan boleh dicuba2. Rasa suka, rasa cinta kahwin. Setahun dua tak sesuai, bila ada pergaduhan ambil jalan mudah bercerai. Memang cerai jalan terbaik, pilihan terakhir yang mungkin ada. Gaduhlah sehebat manapun, lawanlah selagi terdaya, pertahankanlah ego masing2 selagi boleh tapi dalam pada itu cubalah pertahankan rumahtangga yang dibina.

Takkan tiada langsung perasaan sayang selama bertahun berkahwin, tidur sebantal&sekatil! Takkan insan yang selama ini kita dakap, berkongsi segala kasih sayang tiba2 menjadi insan yang paling kita benci dialam ini. Menjadi insan yang tak mahu lagi kita lihat. Menjadi insan yang mahu kita lenyapkan dari muka bumi ini kalau boleh.

Ingatlah semula bait2 lagu P. Ramlee tadi...

Sedangkan lidah lagi tergigit

Apa pula suami isteri

Sedangkan lidah lagi tergigit

Apa pula suami isteri

Buang yang keruh Ambil yang jernih

Baru teguh peribadi

Buang yang keruh Ambil yang jernih

Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar

Suami isteri harus bersabar

Apa guna kita bertengkar

Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun & damai

Hidup seperti dalam mahligai

Maaf kanda wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih

Baru teguh peribadi

Buang yang keruh ambil yang jernih

Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat

Rumahtangga mendapat berkat

Suami isteri mesti berpakat

Rumahtangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham

Kalau ingin aman tenteram

Mohon ampun wahai kanda

 

22 Ogos 2009

Fadhilat Ramadhan

Assalamualaikum.....
Bulan Ramadhan atau dalam bahasa percakapan biasa disebut "Bulan Puasa" menjelang lagi. Bulan ini bukanlah asing bagi umat Islam dan mereka yang cintakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini sememangnya menunggu-nunggu akan ketibaannya.

Di dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa, sejajar dengan firman Allah S.W.T di dalam Al Quran Surah Al-Baqarah, ayat 183-184 seperti berikut:
 


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: 
 
 "Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain."

  
 "Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah."

  
 "Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."

  
 "Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."

  
 "Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."

  
 "Ramadhan bulan yang diwajibkan Allah puasa-Nya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam; maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaan ketika dilahirkan daripada perut ibu."

  
 "Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadhan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadhan) tidak akan kecewa."

  
Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan kesabaran kerana orang-orang yang berpuasa bukan sahaja dituntut meninggalkan makan dan minum tetapi juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk menjauhi hubungan kelamin sesama suami isteri pada siang hari. Kerana itu, sifat-sifat sabar sahaja yang menjamin kesempurnaan orang-orang Islam menunaikan puasa sebulan Ramadhan.

 Yang Tersirat Di Sebalik Ramadhan dan Puasa

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis, puasa Ramadhan mempunyai banyak kelebihan, hikmat atau fadhilat. Antaranya ialah:
 
Pintu Neraka Ditutup: Apabila seseorang itu benar-benar berpuasa, zahir dan batin serta puasanya itu menyekat dirinya daripada melakukan maksiat dan kejahatan.

  
Pintu Syurga Dibuka: Peluang yang besar bagi seseorang melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan kebajikan diberi ganjaran yang banyak.

  
Syaitan Dikurung: Apabila seseorang berpuasa, syaitan dan iblis tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.

  
Malam Lailatulqadar: Salah satu kelebihan yang Allah berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah.

  
Sementara itu dalam kegembiraan menyambut Ramadhan, fahamilah sejelas-jelasnya akan hakikat dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah tetapi dapat menunaikan puasa dengan sempurna. Antaranya ialah:
  

Menjadikan seseorang muslim itu lebih bertaqwa kepada Allah berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 seperti di atas dan melalui ayat 13, Surah al-Hujarat yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-orang yang bertaqwa."

  
Melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Kehidupan manusia memang sentiasa dirundung cabaran dan ujian-ujian Allah. Menegaskan mengenai cabaran di dunia, Allah s.w.t menegaskan di dalam ayat 155, Surah al-Baqarah:

  
Maksudnya,
"Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

 
 
 Melahirkan muslim yang amanah yang merupakan sifat yang tinggi nilainya. Puasa melatih manusia dengan sifat-sifat amanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal atau tidak sempurna. Jika begitu, sia-sia sahaja seseorang itu berpuasa dan tiada faedahnya menahan lapar dan dahaga.

  
 Melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang-orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan, diharapkan seseorang Muslim itu tidak keberatan untuk memberi bantuan, sedekah atau sumbangan kepada golongan yang tidak berada. Amal jariah sememangnya dituntut di dalam Islam.

  
 Sebagai senjata menahan manusia daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Tiada ertinya seseorang itu berpuasa tetapi pada masa yang sama melakukan perkara-perkara keji dan mungkar walaupun hanya melalui kata-kata. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan: "Puasa itu sebagai perisai dan apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor, jangan menjerit-jerit serta jangan berlaku bodoh..."
  
Kesimpulannya, terdapat pelbagai falsafah yang tersirat di sebalik bulan Ramadhan yang hadirnya sekali setahun. Justeru itu, hayatilah pesanan Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadisnya yang bermaksud:

"Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga."
 

SUMBER: Laman web Masjid Sungai Pinang, Klang Selangor Darul Ehsan di alamat http://sgpinang.masjid.net.my

 

NOTA: Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredaan Allah dengan melaksanakan perintahNya serta menjauhi segala laranganNya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

 
 

"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"



21 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadhan.....

Assalamualaikum.....


Salam Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia khasnya & seluruh umat Islam sedunia khususnya.

Ampun & maaf dipinta buat Suami tercinta, kedua ayahanda bonda yang dirindui serta anak2 tersayang.

Salam maaf juga buat Abang2, Kakak2, Adik2 seibu sebapa.

Salam maaf juga buat Kakak2 & Abang2 Ipar serta Biras2.

Salam maaf buat anak2 saudara disebelah saya & suami.

Salam maaf buat rakan & taulan.

Salam maaf buat semua saudara seIslam.

Sesungguhnya kita tak layak masuk syurgaNya...

Namun kita juga tak mampu menanggung siksa nerakaNya...

Marilah sama2 kita berusaha meningkatkan amalan.

Semoga segala amal kita diterima olehNya....

Oleh Allah Rabbul Izzati....

Amin.....



Selamat Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum.....


Masih belum terlewat rasanya saya mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 4 buat Adik saya Johan & isterinya Suryani pada 20 ogos 2009, semalam. Semoga rumahtangga mereka akan sentiasa dihiasi dengan kebahagiaan disamping 2 cahayamata lelaki.

 

20 Ogos 2009

Bakat Anakku.....

Assalamualaikum.....

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... cewah... yer2 aja.

Semalam 19 ogos, anak ke 6 saya Nurul A'dilah Farihah yang kami sekeluarga gelarkan Kakak, telah menyertai Karnival Pra Sekolah Daerah Timur Laut. Karnival diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Westland.

Kakak bersama 9 kawannya yang lain telah menyertai acara tarian. Sudah sebulan Kakak asyik bercakap tentang latihan tariannya di Sekolah. Nama jurulatihnya Cikgu Mija asyik bermain dibibir setiap hari. Sikit2 Cikgu Mija, sikit2 Cikgu Mija. Cikgu Mija itu, Cikgu Mija ini....

Cikgu bagi Kakak bawa balik cd & loceng untuk berlatih menari dirumah. Agak cuak juga hati saya, boleh ke Kakak ni menari. 

Wah! Hasilnya... hari ini saya saksikan persembahan hebat anak2 dari Pra Sekolah Tanjong Tokong. Terdapat keserasian yang amat menyerlah mereka menari jika dibandingkan dengan peserta2 lain. Kecantikan pakaian mereka juga lebih menyerlah.

Jika dilihat secara rambang memang mereka inilah yang akan menjadi juara. Reaksi penonton juga amat berbeza ketika menyaksikan persembahan mereka. Bukan kerana mereka dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong yang saya menjadi AJK PIBG disitu atau kerana anak saya masuk pertandingan itu, maka saya kata mereka hebat berbanding sekolah lain tetapi jika dilihat secara rambang memang itulah hakikatnya.  Tapi sayangnya mereka hanya mampu meraih tempat ke 3. Apa nak buat keputusan juri muktamad.

Tapi dari apa yang didengar kekalahan mereka hanyalah kerana kesilapan teknikal. Sepatutnya tarian mereka diwajibkan diiringi minus one sahaja, tidak boleh berlagu. Mungkin jurulatih tidak diberi taklimat dengan betul garis panduan & syarat2 pertandingan.

Kerana kesilapan itulah para peserta Pra Sekolah Tanjong Tokong hanya meraih tempat ke 3. Apapun tahniah kepada guru Pra Sekolah Cikgu Halimi & juga setinggi2 tahniah pada jurulatih mereka Cikgu Mija. I'ALLAH kita cuba lagi tahun hadapan untuk mendapat tempat yang lebih baik.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Apa kena mengena? Mestilah ada, masa saya sekolah dahulu saya aktif seni2 ni. Masa saya berada di Tingkatan 1, saya & 5 orang kawan saya telah menubuhkan satu kumpulan tarian zapin. Punya pulun kami berlatih untuk buat persembahan di sebuah sekolah, akhirnya disaat2 akhir "Ustaz" tak benarkan kami masuk acara tu kerana terlibat dengan pertubuhan kristian. Bila tengok Kakak dok pulun berlatih & menyaksikan persembahan mereka semalam, saya tersenyum sendiri mengingat nostalgia lama.

Tahniah & syabas anakku.....

kakak berdiri kiri sekali dalam keadaan kurang ceria kerana diserang demam jam 4 pagi hari pertandingan tu, mujurlah setelah makan ubat dia ok untuk ke sekolah.

cikgu mija asyik membetulkan makeup kakak, tupun saya dah pesan dari rumah bagi cikgu makeup. Entah dari mana, Kakak kata perempuan yang makeup2 ni perempuan tak elok. Saya lihat kakak asyik lap lipstik yang cikgu boh kat bibir dia.....

sian cikgu mija, asyik dok 'touch up' anak dara saya sorang ni sebelum & selepas pertandingan

kakak berdiri ditengah bergambar bersama rakan2 selepas meraih tempat ke 3

bergambar kenangan bersama cikgu mija yang bertungkus lumus melatih & menyolek 10 kanak2 ini. Saya yang membantu menyiapkan mereka pagi tu pun rasa macam tak boleh nak handle bab2 menata rias mereka ni. Tapi cikgu mija maintain relax je. Tahniah cikgu, jasa & budimu akan tetap dikenang.


18 Ogos 2009

Takziah Keluarga Mendiang Uncle Param

Assalamualaikum....

Saya baru melihat2 blog2 sahabat2 di alam blogger. Sibuk sehari dua ni melayan keluarga sepupu suami saya yang menginap di Mekah. Sejak 2 minggu ni mereka kembali bercuti ke Malaysia. 

Setelah beberapa hari berada di KL & Kedah serta melancong ke beberapa negeri di Malaysia ni, mereka sekeluarga datang melawat Pulau Pinang. Saya & suami sekadar membantu mereka mencari tempat penginapan & ikut serta mereka melawat Pulau Pinang. Kehidupan mereka memang mewah. Selamba jer membayar sewa penginapan hotel yang berharga RM630 untuk 1 malam. Membeli belah di pasar malam Batu Feringghi yang harganya 2 x ganda dari harga ditempat lain. Mengajak kami sekeluarga makan di Pizza Hut dengan bayaran keseluruhan RM210. Mereka berada di Pulau Pinang selama 3 hari sebelum bertolak ke KL semula untuk kembali ke Mekah pada 1 ramadhan nanti.

Sebenarnya catatan saya kali ini bukan berkenaan hal diatas. Tetapi baru sekejap tadi saya bertandang ke blog Linda Onn. Sedih juga membaca berita kematian Uncle Param. Sewaktu kecil memang saya & juga rakan2 seangkatan saya membesar dengan lawak2 Uncle Param.

Uncle Param meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat serangan sakit jantung jam 11pagi pada 14 ogos 2009 yang lalu.

Tapi entah kenapa baru hari ni saya tahu.... ermmm punya sibuk, tak tengok tv... tak menjelajah internet. Nipun setelah tengok2 berita PRK Pengkalan Pasir, baru tengok berita lain.

Takziah buat keluarga Mendiang Uncle Param....

baca lagi

17 Ogos 2009

Akhirnya..... Hipokritkah atau Hanya Jauhari Mengenal Manikam!

Assalamualaikum....

Akhirnya apa yang tersirat disebalik yang tersurat sudahpun terlerai. Tidak perlu mengambil masa lama untuk mengakhiri zaman duda. 31 hari bergelar duda cukup untuk bermula semula dengan status seorang suami. Jika insan yang hidup bersama selama 13 tahun dahulu dinikahi hanya seorang wanita bergelar janda, rasanya kali ini  membuat pilihan yang tepat menyunting seorang dara untuk dijadikan suri.

Bertuahnya seorang insan bergelar lelaki, tidak perlu menunggu tempoh edah. 

Semoga langkah membina kebahagiaan diatas penderitaan insan2 lain akan diberkati oleh Allah.

Semoga membina masjid dengan meruntuhkan masjid yang terbina akan dipayungi cahaya2 kebahagian.

Semoga ikatan suci ijab & qabul yang dibina, yang sebelum ini dinafikan wujudnya rasa cinta antara mereka akan dihiasi dengan kasih sayang dunia akhirat.

Semoga hubungan yang kononnya hanya rakan sekerja dan akhirnya telah menjadi suami isteri akan dilalui sehidup semati.

Janganlah hendaknya ada lagi gading yang akan menjadi tanduk pula selepas ini.

semoga janji yang dilafaz kali ini tidak lagi dimungkiri

manisnya senyuman yang sebelum ini bermati2an menafikan bercinta dengan suami orang!

baca lagi

Selamat Mengundi Warga Permatang Pasir....

Assalamualaikum.....


Dikanan Ustaz Saleh Man calon PAS

mewakili Pakatan Rakyat

Dikiri Saudara Rohaizat Othman calon UMNO

mewakili Barisan Nasional

Pilihan raya kecil kerusi Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir - Menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara musuh tradisi - BN dan PAS.

Hanya calon mewakili dua parti itu yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi.

Status calon kedua-dua parti itu diumumkan satu setengah jam kemudian. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Saudara Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Salleh Man.  

 Borang penamaan calon BN diterima pukul 9.03 pagi manakala calon PAS berbuat demikian tiga minit kemudian.

Pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding mengubah 'fikiran' pada minit-minit terakhir. Beliau pernah bertanding di Bukit Gantang & Penanti. 

Selamat mengundi dengan penuh bijaksana buat pengundi2 Permatang Pasir. Walaupun selama proses kempen selama seminggu ini merupakan mendapat durian runtuh buat penduduk namun gunalah kebijaksanaan dengan penuh kualiti.



 

15 Ogos 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran.....

Assalamualaikum.....

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 69 tahun buat mak saya Rubiah bt Ngalim. Ulangtahun kelahirannya pada hari ini tanpa dapat saya raikan bersama lantaran kejauhan di halang waktu & keadaan.

Walaupun tidak mungkin catatan saya ini dapat dibaca oleh mak saya, namun ingin juga saya titipkan sebuah puisi buat mak saya di kejauhan sana.

Semoga mak akan panjang umur, dimurah rezeki, dilimpahi hidayah, dihiasi kesihatan yang baik dalam melalui kehidupan yang mendatang.

Ampun & maafkan segala kesalahan anakmu ini...

Terdetik di hati ingin bersua
Menatap wajah nan semakin tua
Yang kian layu dimamah usia

Di balik kedut wajah itu
Tertanam 1001 kisah hidup
Gembira..sedih..suka dan pilu

 Ranjau dunia tabah diharungi 
Anak dididik serta disayangi
Kasih disemai setulus hati

Setinggi penghargaan buatmu  
Mengasuh diriku tak pernah jemu
Mencurah kepadaku selautan ilmu
Mengenalkan daku jerih payah hidup berliku

Di akhir tari pena aku memohon
Mudahan engkau dirahmati Tuhan
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran
Kesedihanmu yang pernah ku lakukan
Kemarahanmu yang pernah aku undang

Aku sedar.....
Hanya dengan redhamu
Akanku kecapi anugerah Tuhan. 

mak & abah saya semasa majlis kahwin adik lelaki saya



Tahniah! Calon Bertanding.....

Assalamualaikum.....

Tahniah diucapkan kepada calon2 yang terpilih bagi mewakili parti masing2 dalam PRK N11 DUN Permatang Pasir. Semoga PRK yang akan diadakan pada 25 ogos 2009 akan memberi lebih manafaat kepada penduduk2 Permatang Pasir.

Walaupun dijangka akan ada pertandingan 3 penjuru, yang mana kemungkinan calon bebas yang pernah bertanding di Bukit Gantang & Penanti, Saudara Kamarul Ramizu akan turut bertanding. Sama2 kita tunggu penaman calon pada 17 ogos nanti.


Calon PAS : N 11 DUN Permatang Pasir

BIODATA MOHD SALLEH MAN

Asal : Permatang Sungai Dua, Kepala Batas
Kelulusan : Ijazah Muda Syariah, UM
  
Pengalaman Kerja :

1) Berkhidmat sebagai Pegawai Masjid
  2) Penceramah Bebas
  3) Pengarah Syarikat Enterprise
  4) Pengurus Sekolah Swasta
  
Jawatan Dalam Parti :

1) Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor
  2) Mantan Yang Dipertua Kawasan Tasek Gelugor
  3) Mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
  4) Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang
  5) Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Ustaz Mohd Saleh Man dilahirkan di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Seberang Perai pada 16hb, Februari 1954. Kini beliau mempunyai seorang isteri, Puan Siti Fatimah Othman dan hasil perkongsian hidup mereka berdua beliau dianugerahkan lima orang cahaya mata.

Berpendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas kemudian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Selepas belajar di situ, beliau beralih arah ke Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena pada tahun 1970-78 untuk mendalami ilmu agama.

Kemudian ke Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam dan seterusnya ke Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Syariah. Selepas itu menyambung pelajaran ke Akademi Islam Univesiti Malaya (UM) dalam jurusan yang sama sehingga memperolehi ijazah.

Dalam karier politik pula beliau bermula sebagai Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Dua setelah kembali dari belajar pada tahun 1986 dan seterusnya menjawat jawatan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor.

Selang beberapa penggal beliau diberikan kepercayaan pula menerajui PAS Tasek Gelugor sebagai Yang DiPertua (YDP).

Beliau juga pernah diberikan amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan seterusnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya pada awal 1990 an.

Ustaz Saleh Man juga merupakan tokoh yang rapat dengan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman maka tidak hairan beliau sanggup jatuh bangun bersama PAS walaupun kalah dalam setiap pilihan raya umum yang bermula pada 1986 (Dun Sungai Dua), 1990 (Sungai Dua), 1996 (Parlimen Tasek Gelugor/Dun Permatang Berangan), 2004 (Pinang Tunggal) 2008 (Sungai Dua).


Calon BN : N 11 DUN Permatang Pasir

 
BIODATA ROHAIZAT BIN HJ OTHMAN PJK

Pekerjaan: Penasihat Undang-undang 

Email: rohaizatandco@yahoo.com 

Pendidikan:
Universiti Islam Antarabangsa : Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Kelas Dua Atas (LLB)
Sijil Pelajaran Malaysia : Sek Men Keb Agama Almashoor (L) Pulau Pinang

Jawatan Politik: 
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mengkuang Titi 1996- sekarang
Pemangku Ketua UMNO Cawangan Mengkuang Titi 2005-sekarang
AJK UMNO Bahagian Ptg Pauh 2002-2008
Setiausaha UMNO Bahagian Ptg Pauh 2009
AJK Pemuda UMNO Bahagian Ptg Pauh 1998-2002 

Penglibatan Dalam Badan Bukan Kerajaan:
Setiausaha Kelab Sukan Komuniti DUN Penanti 2006-sekarang
Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat Penggal 2004-2009
Pengerusi Koperasi GDW Mengkuang Berhad 2004-sekarang
EXCO Persatuan Homestay Malaysia 2003-sekarang
Setiausaha JKKKP Mengkuang 2003-sekarang 

Nama Isteri: Khairul Niza Bt Abd Razak (38)
Pekerjaan : Pensyarah Universiti Sains Malaysia
Nama Anak: Aiman Hidayat Bin Rohaizat (9)

Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 11 Permatang Pasir Isnin ini, bersama dengan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman untuk menentang calon PAS.

Sebagai anak muda yang sememangnya kurang berpengalaman dalam bidang politik, beliau dengan rasa rendah diri menanamkan keyakinan bahawa aspirasi rakyat tempatan membawa beliau untuk menjadi wakil dan seterusnya, jika beroleh kemenangan membawa perubahan kepada penduduk tempatan.

Namun demikian, beliau tidak memandang mudah calon PAS yang telah diumumkan malam tadi iaitu Salleh Man, 52, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ekoran pengalamannya menjadi calon sebanyak enam kali biarpun tidak pernah menang.

“Sebagai calon BN, saya dengan rasa rendah hati menghormati calon lawan namun berkat sokongan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan dan para pemimpin dalam BN sendiri saya yakin akan memperoleh kemenangan,” kata pemimpin muda yang berkelulusan Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Dalam masa yang sama, keyakinan beliau untuk memenangi kawasan pilihan raya kali ini juga turut bertambah apabila mendapat sokongan yang padu dari semua peringkat pemimpin sama ada dalam BN dan UMNO juga.

“Sesungguhnya saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh semua pemimpin-pemimpin dalam Bahagian dan Presiden sendiri yang turut merestui pencalonan saya,” katanya.

Kepada semua calon2, tahniah diucapkan. Selamat bertanding dengan penuh bijaksana.



13 Ogos 2009

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, sebentar tadi telah diadakan majlis bacaan yassin & solat hajat untuk murid2 yang akan menduduki UPSR 8,9 & 10 september 2009 yang akan datang.

Saya turut serta memenuhi ruang Masjid Terapung, Tanjung Bungah yang serba indah ini. Majlis dimulakan dengan solat maghrib, membaca yassin & solat hajat memohon murid2 yang akan menduduki peperiksaan nanti akan berada dalam keadaan tenang.

Selain memenuhi jemputan sebagai AJK PIBG, saya juga ingin meraikan anak ke 5 saya, Kak Cik yang akan turut sama menduduki peperiksaan penting diakhir persekolahannya di sekolah rendah ini.

Ramai tetamu yang hadir. Selain murid2 & ibubapa dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong, terdapat lagi 2,3 sekolah sekitar sini yang bergabung. Anjuran bersama Pergerakan Wanita UMNO Bukit Bendera.

Saya kurang pasti, mengapa tahun ini diadakan bersama dengan Pergerakan ini. Selalunya pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan di sekolah atau di Masjid Tuan  Guru yang berhampiran sekolah.

Apapun tahniah pada pihak yang berjaya melaksanakannya. Selain solat hajat untuk UPSR, telah diadakan juga solat hajat untuk memohon keselamatan dari wabak H1N1 yang amat garang menyerang warga Malaysia mutakhir ini. Semasa saya menulis catatan ini seramai 51 orang telah maut akibat virus pembunuh ini....

Semoga doa kami beramai2 tadi akan dimakbulkan Allah....

Selamat berjaya untuk Kak Cik & kawan2nya yang akan menduduki UPSR 25 hari dari sekarang....

Mama akan sentiasa mendoakan kalian. Usaha penting, yang selebihnya kita tawakal saja pada Yang Maha Kuasa...

Pada guru2 yang telah mencurah ilmu kepada anak2 didik kalian, ucapan terima kasih kami ibu bapa ucapkan. Mohon halalkan segala penat lelah kalian dalam mencurah ilmu. Mohon ampunkan segala salah silap yang telah anak didik kalian lakukan dengan disedari atau tanpa disedari...

Masjid Terapung, Tanjung Bungah

Pergi Tak Kembali Lagi.... Salam Takziah

Assalamualaikum.....

Semoga Roh vokalis kumpulan nasyid kontemporari Rabbani yang telah disahkan kembali ke pangkuan Allah S.W.T lebih kurang jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di hospital Pantai Bangsar , dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan digolongkan dalam golongan hamba2Nya yang soleh .

Allahyarham Al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim adalah  seorang penyanyi nasyid yang sangat istimewa dan memiliki suara emas .

Allahyarham juga sangat konsisten membawa Islam melalui pendekatan Nasyid kontemporari bermula dengan kumpulan Nada Murni dan kini Rabbani . Semoga usahanya diterima Allah S.W.T sebagai amal yang soleh . Allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberi ucapan dalam sidang media program syahadah di angkasapuri RTM kira - kira jam 10.30 pagi tadi.

Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang Selangor .

Salam takziah diucapkan kepada seluruh  keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan permergian beliau adalah satu ketentuan Allah S.W.T yang menyayangi hambaNya Agar bersabar di atas ujian getir ini dan pastinya seluruh umat Islam sangat merasai kehilangan beliau . Sekali lagi semoga Allah S.W.T merestuinya dan menempatkannya di Jannatul Firdaus .

Al Fatihah ....

baca luahan isteri Allahyarham  klik sini 





10 Ogos 2009

Jom Ke Permatang Pasir!

Assalamualaikum.....

Marilah Mari... Pergi Mengundi...

Tunaikan Kewajipan... Pada Negara...

Selamat Mengundi kepada seluruh warga N11 Permatang Pasir.

Seluruh warga penduduk Permatang Pasir akan membuat pilihan wakil rakyat baru berikutan kembalinya kerahmatullah Allahyarham YB Dato' Hamdan Abd Rahman 31 Julai 2009 yang lalu.

SPR mengumumkan penamaan calon pada 17 ogos manakala hari pengundian pada 25 ogos.

Bercakap tentang PRK N11 Permatang Pasir ini, saya teringat semasa saya masih aktif bersama sahabat2 muslimat 3, 4 tahun lepas. Saya bersembang2 dengan beberapa AJK muslimat, antaranya Kak Suraya. Ketika itu kami selesai membincangkan PRK Pengkalan Pasir.

Ketika itu sememangnya YB sedang sakit2. Kak Suraya mengatakan janganlah berlaku pilihanraya kecil di negeri kita ni, kerana banyak perkara yang harus kita lakukan, sediakan kerana ianya melibatkan seluruh malaysia.

Seluruh petugas2 seluruh Malaysia akan berkampung di Pulau Pinang. Sebagai tuan rumah kita harus menyediakan sekurang2nya tempat tinggal, makan & minum buat petugas2. Sebagai tuan rumah kita harus melayan tetamu yang bertungkus lumus membantu gerak kerja pilihanraya dengan sebaik mungkin.

Entah Kak Suraya masih ingat atau tidak perbualan kami waktu itu. Sekarang takdir Allah mengatasi segalanya. YB pergi juga kerana Allah sayangkan Allahyarham.

Dengan pemergian Allahyarham, akan berlakulah PRK pada 25 ogos ini. Jika sebelum ini memang telah berlaku PRK di Permatang Pauh & Penanti tapi tidak sama dengan PRK Permatang Pasir ini.

Kerana kali ini PAS yang akan meletakkan calon. PAS yang akan menjadi tuan rumah utama. PAS yang akan menentukan perang gerak saraf pilihanraya. PAS yang akan mengepalai semua perkara dengan dibantu parti2 PR yang lain.

Kepada Kak Suraya & teman2 yang lain, selamat menempuh PRK dengan jayanya. Walaupun apa yang kita bual bicarakan hanya berlaku sekarang, saya mendoakan sahabat2 sukses dalam menghadapi pilihanraya ini.

Semoga melaluinya ketika Ramadhan yang mulia akan melancarkan gerak kerja dengan penuh semangat perjuangan...

Buat pengundi2 N11 Permatang Pasir, buatlah pilihan yang bijak.

Selamat Mengundi.....