New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Mac 2010

Duhai Wanita! Peliharalah Diri Kita...

Assalamualaikum.....
Azab Bagi Kaum Wanita... Muhasabah Untuk Diriku.....


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat..Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah SAW menangis.

Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.



"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Wahai wanita...muhasabahlah dirimu...di mana tempatmu?? Apa seksaanmu??

NAUZUBILLAH.....



Tahniah... Idolaku, Teruskan Perjuangan!


Assalamualaikum.....


Tahniah kepada dua orang idola saya yang tetap terus diberi kepercayaan menerajui Majlis Syura PAS.  Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Dato' Dr Harun Din kekal Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

Tuan Guru Presiden menjelaskan, ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan. Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini .

Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain. Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Shukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan. Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun.



29 Mac 2010

Singa Bunting Pun Takut Dengan Mama?...

Assalamualaikum...

Saya tergelak ketika membaca post terbaru anak sulung saya di blognya beberapa hari yang sudah. Saya, suami & Kak Teh gelak berdekah2 bila membaca catatan itu yang mengembalikan nostalgia lama. Memang nakal anak saya yang sorang ni..


Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah ayat2 nya yang menyatakan "Takutkan Mama. Hellooo, Mama saya masa saya kecik (masa dia muda), garang tau! Singa bunting pun takut kat Mama saya."


Bila difikir2kan semula memang dulu2 saya amat garang. Ialah umur muda lagi dah terpikul dengan amanah yang saya rasa amat besar. Tanggungjawab sebagai isteri & ibu muda saya rasa bukannya mudah.


Saya melahirkan anak selang setahun atau dua tahun saja. Anak sulung saya lahir 1990 hanya 10 bulan selepas perkahwinan kami..(bunting pelamin kata orang tua), anak kedua 1991, ketiga 1993, keempat 1996 & ketujuh 1997. Hanya anak ke enam & ketujuh saja lahir jauh sikit dari mereka berlima pada 2003&2006. Ketika kelahiran dua anak yang akhir ni saya rasa kurang terbeban sikit kerana anak2 yang lain sudah besar2 & boleh membantu...


Tetapi membesarkan 5 anak yang berderet2 kecil, satu demi satu memang mencabar. dengan usia yang masih muda... mujurlah suami banyak membantu. Tapi saya memang garang waktu membesarkan lima anak yang terdahulu. Masa mereka kecil terutamanya dari anak pertama hingga yang ketiga. Bukan setakat mulut yang bising, tangan saya juga cepat je. Mungkin saya masih tidak dapat mengawal rasa marah&tak sabar itu.


Baik dalam mengikuti pelajaran mereka, cara mereka bermain atau apa saja yang berkaitan dengan mereka. Mungkin masih bersemangat muda, saya mahu semuanya yang terbaik untuk mereka. Tetapi bila mereka semakin membesar, saya juga semakin tua... sikap sabar lebih, lebih menggunakan kaedah psikologi&diplomasi dalam mengajar&mendidik mereka.


Tetapi saya lihat kesannya pada mereka memang amat berbeza.. anak yang sulung hingga yang ketiga saya lihat lebih senang dididik&mendengar kata berbanding empat yang bawah ni. Kadang2 bila kakak2&abang mereka bercerita yang mama ni garang masa mereka kecil2 dahulu, adik2 yang bawah ni akan tercengang2. Macam tak percaya mama mereka ni garang dahulunya..


Seingat saya tiga anak saya yang awal masa sekolah rendah masih saya pukul lagi. Kadang2 hanger tu sampai patah saya kerjakan mereka kalau mereka buat salah. Kadang2 dengan bulu ayam atau rotan. Tapi masa tu rotan selalu hilang, bila jumpa semula tersembunyi disebalik almari. Sekarang ni selepas puluhan tahun, baru terdedah siapa yang menyorokkan rotan tu. Dahulu rotan sentiasa ada dalam rumah. Hilang atau rosak saya akan cepat2 beli yang baru.


Tetapi saya fikir balik, garang saya dahulu bertempat. Anak2 saya ni memang nakal masa kecil2 dahulu. Sebab sekarang ni baru pendedahan demi pendedahan yang mereka masing2 buat bila bercerita semula aktiviti2 yang mereka lakukan masa kecil dahulu yang mana masa tu bila ditanya semua tak mengaku buat. Sekarang nilah baru bercerita balik untuk dijadikan lawak santai ketika berborak2 sewaktu musim cuti. Bayangkanlah kalau saya tidak garang masa tu. Saya pula ambik pendekatan kalau siapapun tak mengaku kesalahan&kesilapan yang dibuat, semua sekali saya hukum.


Bayangkanlah, panjat dinding melintas dari satu bilik ke satu bilik, panjat atas almari, main telur katak dalam banjir selepas hujan, buat sampan kertas yang akhirnya jadi sampah, berselerak rumah jangan cakaplah, main api hingga terbakar payung sangkut baju saya yang penuh dengan kain baju, main & berpesta dalam bilik air sampai jatuh pecah singki hingga luka berjahit kaki dan macam2 lagi kenakalan zaman kanak2 mereka.


Sebab tu sekarang bila mereka berlima tu marah2 atau usik2 adik2 berdua yang kecil ni buaslah, lasaklah, tak reti dok diamlah.. saya akan kata samalah macam hangpa kecik2 dulu...


Bayangkanlah kalau sewaktu menghadapi kenakalan mereka ketika kecil dahulu saya tak garang sampai singa bunting pun takutkan saya... tentulah mereka tidak menjadi sebaik & sebijak sekarang. Tentulah mereka tidak menjadi anak2 kebanggaan saya...Tentulah saya tidak dapat berbangga bercerita kisah mereka, kejayaan mereka kepada kaum kerabat & rakan2.


Walau apapun mereka, walau siapapun mereka dahulu, sekarang atau akan datang... mereka tetap anak2 kebanggaan saya, anak2 yang terjadi hasil dari cinta saya & suami, anak2 yang saya kandungkan 9 bulan 10 hari, anak2 yang saya lahirkan dengan kudrat&nyawa, anak2 yang saya besarkan dengan peluh&keringat, anak2 yang saya sayangi hingga kehujung nyawa saya.....


Anak2ku... Nurul Ain Fathihah, Mohd Afnan Fathurrahman, Nurul Amirah Fatin, Nurul Adeebah Farzana, Nurul Atiqah Farhani, Nurul Adilah Farihah & Mohamad Adnin Firdaus... kalianlah buah hati pengarang jantung mama dan baba....



Tahniah Sayang.... Ada Hikmah Di Sebalik Kepercayaan Ini!


Assalamualaikum.....

Baru hari ni berkesempatan nak mencatat sesuatu di blog kesayangan saya ni. Ada yang kata Mama Moden dah lupakan blog sebab asyik bermuka buku...

Hehehehe... Mana mungkin saya lupakan blog kesayangan saya ni... Cuma dengan bermacam hal yang berlaku, saya sekadar mencatat sesuatu di ruang catatan, tapi tidak saya postkan... Sekadar meluahkan apa yang saya rasa, lalui & alami dan akhirnya saya biarkan ia tersimpan diruang draf. Mana boleh semua nak kongsi, tupun dah banyak yang saya kongsikan bersama peminat blog Mama Moden ni.. (perasan, ada ke peminat)!

Dikesempatan yang agak terlewat ini, saya nak rakamkan ucapan tahniah pada suami saya kerana telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa & guru2 SMKA(p) Al Mashoor kerana telah melantik beliau sebagai YDP PIBG sekolah tersebut, melalui mesyuarat yang telah diadakan pada 27 Mac 2010 yang baru lalu.

Kami hadir dengan saya sebagai AJK, tetapi berakhir dengan pertukaran kedudukan selepas berakhirnya mesyuarat. Walaupun masih ada yang melantik saya sebagai AJK untuk sessi ini saya menolak kerana tidak mahu ada kroni dalam pertubuhan itu. Cukuplah seorang waris saja mewakili. Beri peluang pada waris yang lain pula.

Semoga dengan perlantikan yang amat besar disebuah sekolah agama yang berprestij ini, beliau akan dapat menjalankan amanah & kepercayaan yang diberi dengan penuh komitmen. Tentu ada hikmah disebalik semua ini....



25 Mac 2010

Bila Sudah Cinta


Assalamualaikum.....


Orang kata bila sudah cinta, manusia sanggup buat apa sahaja. Yang baik atau buruk, yang salah atau betul, yang halal atau haram.


Namun bila cinta yang diiringi dengan kasih sayang yang suci, ikhlas pada diri masing2 pasti kita akan pastikan apa yang kita buat tidak bertentangan dengan naluri akal manusia, hukum hakam yang Allah tetapkan.


Kasih sayang, saling menyintai & bahagia yang bagaimanakah yang dicari manusia andainya ianya diselangi dengan norma2 luar batasan hukum akal.


Andainya cinta & kasih sayang yang dicari hanya disulami dengan perasaan nafsu yang ditunjangi bisikan syaitan yang bersumpah menggoda manusia hingga akhirnya. Apakah makna cinta yang disemai itu.


Dalam cinta tiada paksaan. Cinta tidak boleh dipaksa. Ianya sesuatu yang amat murni, suci & indah untuk dikenang & dihayati. Tanpa cinta yang telah dihilangkan hidup tidak membawa apa2 makna.


Andainya cinta yang dipupuk telah pergi bagai dibawa angin lalu,biarkan ia pergi. Andai cinta yang dipupuk itu benar2 ikhlas, ianya pasti akan hadir semula tanpa paksaan. Redho sahaja dengan apa yang ada. Dalam memupuk cinta, belajarlah menerima seadanya dengan apa yang ada...


Ketahuilah setiap manusia tidak sempurna......



23 Mac 2010

Salam Takziah....

Assalamualaikum.....


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Sulaiman Daud yang telah kembali ke Rahmatullah jam 8 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur.


Allahyarham meninggalkan empat anak. Manakala isteri Allahyarham meninggal dunia akibat barah paru-paru pada tahun 2005.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.




Alfatihah.....


20 Mac 2010

Allah Menguji Kita... Sayang!

Assalamualaikum.....

Sesungguhnya apabila kita mengaku hambaNya yang beriman, kita tidak akan lepas dari menghadapi ujiannya. Jika kita berjaya melaluinya pasti ketika itulah kita akan merasa hikmah&kemanisan disebalik semua yang terjadi.

Melalui segala rintangan suka duka pahit manis dalam alam rumahtangga, kadang2 satu masa kita akan diuji dengan pelbagai dugaan. Semakin kuat kasih sayang & cinta yang dipertahankan dengan penuh kebahagiaan maka semakin kuat dugaan & ujian yang Allah berikan pada kita, hambaNya yang lemah.

Ujian dariNya datang dalam pelbagai bentuk. Kita diuji dengan anak2, isteri atau suami. Kita diuji dengan kesenangan&kesusahan hidup. Kita diuji dengan rakan taulan&saudara mara. Kita diuji dengan diri kita sendiri malah kita juga diuji dengan orang ketiga yang hadir tanpa diundang dalam rumahtangga kita ketika kita sedikit alpa.....

Kehilangan kasih sayang&cinta seorang insan bernama suami benar2 menguji kekuatan hati kita. Ianya bagaikan mimpi ngeri yang berlaku dalam sekelip mata. Tanpa kita duga ianya akan terjadi, walaupun rias2... basa basinya sudah kelihatan sejak lama tapi kita menidakkan ia lantaran dihati kita masih utuh kasih sayang & kecintaan padanya. Mungkin tidak dipihak satu lagi.

Sebagai isteri kita selalu mengharapkan menjadi isterinya didunia&akhirat. Tiada akan ada suami lain dalam hidup kita selainnya. Jika ditakdirkan terpaksa berkongsi kasih pun biarlah kita masih sebagai isterinya, dunia&akhirat.

Namun langit tidak selalu cerah. Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Bila hati sudah berubah, cinta yang bertahun dipertahankan boleh punah sekelip mata. Diri terasa mati walau masih bernadi bila mendengar sendiri luahan hati suami bahawa cinta dihatinya sudah tiada lagi. Sudah tiada lagi rasa bahagia bersama. Yang ada hanya rasa derita lantaran sebuah kealpaan. Apa yang ada hanya kasih sayang lantaran sudah bertahun bersama menyulam kasih dalam suka duka sebagai suami isteri.

Hatinya telah dimiliki oleh seseorang yang bisa membahagiakannya. Hatinya sudah terisi dengan kasih sayang insan lain. Insan yang boleh memberi apa yang dimahukan, yang tidak dapat seorang isteri berikan sebelum ini. Sebagai seorang isteri, hanya pasrah yang boleh dilakukan. Menerimanya sebagai satu takdir&hukuman yang harus diterima kerana tidak berupaya menjadi isteri yang baik selama ini. Jalan yang terbaik yang ada, hanyalah mengundur diri. Memberi peluang&ruang untuk insan yang dicintai ini memulakan hidup baru dengan caranya sendiri. Terus menggunakan hak sebagai isteri untuk menakluki hatinya adalah tidak adil. Jika sudah tahu dirinya tidak bahagia bersama seperti kita merasa bahagia selama ini, buat apa dikekang lagi kemahuannya.

Andai luahan hati memiliki cinta baru tetapi diri ini tetap dicintai seperti dulu pasti tiada jalan perpisahan yang diambil. Tetapi lantaran tiada lagi cinta dihatinya, biarlah kaki melangkah pergi. Memang ini bukan keputusan mudah. Tetapi keputusan mencari jalan perpisahan dengan cara baik adalah satu langkah yang amat bijak. Perjanjian untuk terus menjadi sahabat yang baik demi anak2, menghabiskan sisa2 hari yang ada bersama dengan lebih baik, saling mengingati kisah2&kenangan2 manis satu masa dulu benar2 membuatkan diri merasa akan kehilangan.

Namun setelah hampir keputusan yang diambil akan dilaksanakan, bagai ada satu keajaiban berlaku. Inilah yang dikatakan berkat memohon doa&petunjuk dari Allah. Kekuatan doa padaNya adalah senjata mustajab untuk segala perkara. Ketika hati telah redho melepaskannya kepada orang lain, sudah sedia rasa kehilangannya dari pelukan&kasih sayang, Allah membukakan pintu hati&matanya bahawa mutiara yang selama ini dicari berada didepan mata.

Ketika hati sudah sedia kehilangan dirinya, tiba2 tanpa diduga insan bernama suami itu datang berlutut memegang sekuntum bunga meminta maaf sambil mengucapkan rasa cinta yang selama ini telah dikatakan hilang. Memohon dirinya jangan ditinggalkan lantaran tidak mahu kehilangan sebutir mutiara. Mutiarakah aku? Mutiarakah aku ketika aku telah dikatakan tidak mampu memberi bahagia pada dirinya. Mutiarakah aku ketika aku dikatakan hanya membawa derita pada dirinya......

Tetapi benarlah, hati seorang wanita akan lemah kerana airmata lelaki bernama suami. Dia kudakap dengan kami sama2 berlinangan airmata. Airmata yang bercucuran mungkin kerana sedih atau gembira. Katanya dia tidak mahu kehilangan mutiara yang dia sendiri gilap hanya kerana seseorang yang tidak patuh pada perintah Allah. Sesungguhnya kecintaannya pada Allah mengatasi kasih sayang & cintanya pada sidia yang hanya baru beberapa detik dikenali. Rasa cintanya pada anak2 juga mengatasi rasa cintanya selama ini apabila hak anak2 mula dipertikai walau masih belum ada hak, nyatalah dia lebih memilih anak2.

Mana mungkin jika diri ini selama ini dididik & diasuh hingga menjadi begini oleh dia insan bernama suami sebaik, dia akan memilih orang yang tidak bersolat sebagai suri hatinya. Orang yang akan menjaga makan minumnya&anak2. Memang aku dahulu juga jahil. Suami inilah yang memberi didikan pada ku seusia aku 14 tahun. Tetapi dalam usianya sekarang, ini masa untuk dia berehat dari memulakan semuanya dari awal. Mendidik orang baru yang seusianya bukan mudah lagi untuk dibentuk. 

Aku? Bersediakah menerimanya kembali lebih2 lagi dengan segala pendedahan dari kedua2 pihak! Selagi aku bernama aku, selagi aku bernama isteri.... selagi aku belum dilafazkan dengan lafaz keramat yang dibenarkan tetapi dibenci Allah itu... aku tetap isterinya, isterinya dunia akhirat. Menerima & memaafkan dirinya seadanya adalah perkara yang aku lakukan sejak dahulu. Melihat airmatanya tumpah sambil teresak2, tidak akan aku lukai hatinya dengan berkata tidak. Melihat pula wajah ceria anak2 lantaran mama & baba mereka akan tetap bersama mereka, aku akan maafkan dia... walau apapun yang telah dilakukannya.

Jika kesekejapan cuma ini, dia tersesat dijalan yang terang, menjadi tanggungjawabku untuk membawa dia kembali kepada dirinya yang sebenar. Jika dahulu dia membantu aku keluar dari kejahilan, kini menjadi tanggungjawabku membantu dia memulihkan kesilapan yang dilakukan. Kami sama2 akan mengubati hati masing2 dari kealpaan kami.

Hakikatnya kasih sayang & cinta kami masih utuh. Cuma kami lalai dari memberi baja & menyiraminya setiap hari. Kami biarkan cinta suci kami tumbuh dengan sendiri. Kami hanya mebiarkan matahari yang panas terik sahaja menyinari hingga menjadi terlalu panas dan akhirnya layu hingga hampir2 mati.

Dan kini bila cintanya itu dikembalikan semula, akan kami pertahankan hingga kehujung nyawa. Kami sulami cinta yang kami mula bajai&sirami itu dengan segala kenangan pahit manis selama puluhan tahun ini. Rasa cinta dihati kami membuak2 hingga hati sentiasa menjadi rindu bila berjauhan. Ada rasa getar bila berdekatan.

Semoga ujian&dugaan yang amat hebat yang Allah berikan pada kami kali ini akan ada hikmah disebaliknya. Pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. Jika kami berjaya hadapinya, kami mohon agar Allah kuatkan sungguh2 hati kami. Teruskan rasa bahagia ini hingga kehujung nyawa......

 

18 Mac 2010

Bila Cinta Telah Pergi.....

Assalamualaikum.....

Nilai Cinta Mu

Pernah Dulu Ku Fikirkan
Tanpa Cinta Tak Mengapa
Bila Kau Pergi Ku Rasakan
Sunyinya Dihati
Baru Kini Kutahu
Nilai Cintamu

Ku Renungi Gambar Mu
Ku Baca Surat Surat Mu
Namun Pedihnya Ku Terasa
Tanpa Kau Bersama
Ku Harap Dikau Pun
Begitu Jua

Kini Aku Mengerti
Hanya Engkau Pelita Hati
Semua Yang Kau Korbankan
Hanyalah Untukku
Akan Tetap Ku Kenang
Kasih Mu Terhadap Diri Ku
Janji Untuk Bersama
Sehidup Dan Semati

Andainya Kau Kembali
Kan Ku Curahkan Rasa Hati
Akan Aku Buktikan
Cinta Ku Yang Suci
Berikan Ku Harapan
Untuk Bersama Mu Semula
Akan Aku Buktikan
Nilai Cintaku...




15 Mac 2010

Semoga Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya.....

Assalamualaikum.....




Kadangkala Allah Hilangkan Sekejap Matahari

Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh & Kilat

Puas Kita Menangis Mencari Dimana Matahari???

Rupanya Allah Menghadiahkan Untuk Kita Pelangi...........


12 Mac 2010

Akhirnya.....


Assalamualaikum.....


Masih ingat pada cerita kawan saya Kak Siti? Akhirnya tiada jalan yang harus diambil oleh Kak Siti kecuali berpisah dengan suami yang amat dicintainya & anak2 tersayang. Walau berat keputusan yang mahu diambil tetapi itulah yang terbaik bagi dirinya.

Bila mendengar luahan suami yang suaminya sudah hilang rasa cinta pada Kak Siti selama bertahun, suaminya meluahkan rasa tidak bahagia selama lebih 20 tahun berumahtangga melayari bahtera perkahwinan, Kak Siti merasa bersalah.

Merasa bersalah kerana tidak mampu menjadi isteri yang baik, yang solehah seperti mana yang suaminya mahukan. Walaupun Kak Siti merasakan dia sudah melakukan semampu, terbaik yang Kak Siti mampu lakukan.

Kak Siti mengalah berundur diri demi kebahagian yang suaminya mahukan. Kak Siti memberi peluang kepada insan lain untuk membahagiakan suaminya mengikut seperti apa yang suami Kak Siti mahukan yang tidak mampu Kak Siti berikan selama puluhan tahun ini.

Jika suami Kak Siti memberitahu telah menemui cinta baru tapi masih menyintai Kak Siti seperti dahulu tanpa berkurangan walau sedikit pasti Kak Siti tidak akan memilih jalan berpisah. Kak Siti tidak keberatan berkongsi kasih sayang. Kak Siti rela dimadukan.

Tetapi bagi Kak Siti tanpa cinta&kasih sayang, hidup bersama suami tidak bermakna. Kak Siti tidak mahu hidup hanya berpandu & berasaskan sekadar satu tanggungjawab suami isteri atau hanya kasihankan anak2.

Kak Siti tidak mahu terus menambah dosa kerana takut jika diteruskan perkahwinan mereka Kak Siti akan merasa tidak ikhlas melayan suaminya lahir & batin.

Menurut Kak Siti mereka suami isteri sudah berbincang secara baik hati ke hati. Tidak akan ada permusuhan antara mereka. Mereka akan terus menjadi sahabat yang baik demi anak2 mereka.

Sekali lagi, sabarlah Kak Siti....


11 Mac 2010

Facebook Pulak!


Assalamualaikum.....

Tengah serabut2 ni sempat pulak Kak Uda daftarkan Facebook minggu lepas. Tak tahu apapun. Susahnya, banyak yang Mama Moden tak faham.

Rasa macam tak cantik jer ruang Facebook tu. Entah apa2. Tapi tak apalah, dapat juga tengok kawan2 punya. Kalau tak ada sendiri punya tak dapat masuk pulak ruang kawan2.



BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR

AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN

MAMA MODEN BARU BELAJAR

KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN...


10 Mac 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Kembali Ke Rahmatullah


Assalamualaikum


 DUBAI 10 Mac – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung.

Berita kematian Tantawi itu dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini, dengan memetik wartawannya di Saudi.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham & seluruh umat Islam atas kehilangan besar buat dunia Islam ini.

Alfatihah.....


IZIN BUKAN BERERTI REDHA


Assalamualaikum....

*

*

*

*

*

BUKAN BERERTI

*

*

*

*

*


YA ALLAH
HANYA PADAMU KU BERSERAH
PERMUDAHKANLAH SEGALA YANG PAYAH
HILANGKANLAH APA YANG RESAH
KEMBALIKANLAH APA YANG SEMAKIN HILANG
LEMBUTKANLAH HATI YANG SEMAKIN WALANG
SEJUKKANLAH NALURI YANG SEMAKIN PUDAR
TUNJUKKANLAH APA YANG BAIK & BURUK

YA ALLAH
JIKA UNTUNG BATU TENGGELAM
JIKA UNTUNG SABUT TIMBUL
TIADA TEMPAT TIADA TUJUAN
HANYA PADAMU KU BERMOHON
BURUK & BAIK
BETUL ATAU SALAH
KUTERIMA APA ADANYA.....

YA ALLAH
SETIAP JANJI SURATAN MU
SELALUNYA BENAR
SETIAP APA YANG KAU TETAPKAN
SELALUNYA YANG TERBAIK
SETIAP APA YANG KAU TAKDIRKAN
SELALUNYA TEPAT
SETIAP APA YANG KAU SERAHKAN
KU TERIMA
JIKA SEANDAINYA ITU YANG TERBAIK




07 Mac 2010

Keindahan Bersama Mu Bersama Anak2 Kasih SMKA(p) AlMashoor

Assalamualaikum.....

TARIKH : 26 & 27 HB FEB 2010

TEMPAT : KOMPLEK TABUNG HAJI, BAYAN LEPAS

PESERTA : 170 ORG
IBUBAPA : 90 ORG

PENGENDALI : KELAB REMAJA JIM, PULAU PINANG

FASILITATOR : 17 ORG

Pada 26&27 febuari 2010 yang lepas saya berkesempatan menjadi petugas bersama seorang waris ibu & dua orang guru yang membantu pengendali program Keindahan Bersama Mu (KBM) di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas.

Program KBM yang diadakan selama 2 hari 1 malam itu adalah anjuran PIBG SMKA(p) AlMashoor dengan kerjasama pihak sekolah.

Alhamdulillah projek yang saya sendiri bentangkan melalui Biro Sahsiah sejak tahun lepas lagi akhirnya berjaya dilaksanakan pada awal tahun ini. Kejayaan program ini diadakan adalah antaranya adanya sokongan padu, komitmen yang kuat dari YDP sendiri. Tahniah & terima kasih yang tidak terhingga kepada En Saari bin Din.

Tahniah & terima kasih juga kepada Puan Pengetua, Ustazah Solehah Awang & semua guru2 yang bersama menjayakan program PIBG ini.

Terlebih2 lagi tahniah kepada anak2 SMKA(p) ALMashoor yang digelarkan adik2 kasih dalam KBM ini. Tahniah kerana begitu menghayati setiap slot & modul yang dibentangkan kepada kalian. Tahniah kerana berusaha untuk memperbaiki diri kalian walaupun dalam masa yang amat singkat. Semoga kalian akan menjaga sahsiah diri kalian dengan lebih baik diluar sana. Semoga kalian akan menjadi anak solehah, anak harapan ibu bapa & guru2.

Tahniah juga kepada pihak pengendali iaitu Kelab Remaja JIM (KRJ) yang begitu berjaya membuat setiap peserta & juga kami yang berada disekeliling kalian turut sama menghayati & menginsafi setiap slot & modul yang kalian bawa. Kami juga turut sama bersama peserta merasai rasa sedih, rasa takut, rasa bersalah, rasa kurangnya amal dalam diri, rasa takutnya mati..... I'ALLAH kita akan berjumpa lagi dimasa2 akan datang.

Terima kasih juga pihak Tabung Haji yang banyak memberi sumbangan kepada PIBG bagi melicinkan perjalanan program ini. Menginap di bilik hotel Tabung Haji yang amat selesa & juga menjalankan aktiviti dalam dewan yang begitu indah adalah diharapkan dapat memberi semangat baru kepada peserta yang hampir kesemuanya adalah pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting tahun ini. Semoga dengan persekitaran yang berbeza dari sekolah mereka akan lebih semangat untuk study.

Sekalung tahniah juga kepada semua para dermawan & penyumbang, serta AJK PIBG yang telah bersama menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian akan tetap dikenang & Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.


Sessi pendaftaran yang diuruskan keseluruhannya oleh KRJ
Sempat bersarapan dahulu sebelum majlis perasmian bermula
Ucapan aluan oleh YDP PIBG, En Saari bin Din
Ucapan aluan oleh Puan Pengetua, Ustazah Solehah bt Awang seterusnya menyerahkan 170 peserta kepada KRJ untuk ditarbiyyahkan selama 2 hari 1 malam
Fasilatator2 yang begitu mesra melayan kerenah anak2 didik AlMashoor
Sebahagian guru2 yang turut hadir secara bergilir2 memantau anak2 didik mereka bersama AJK PIBG
Sessi pengenalan kumpulan seramai 14 kumpulan telah ditubuhkan dengan dianggotai sekitar 10 hingga 12 peserta setiap kumpulan
Selain aktiviti2 pentarbiyyahan yang dilakukan secara enjoy, solat berjemaah juga amat dititik beratkan kepada peserta
Antara slot yang amat berkesan kepada para peserta dalam menghargai insan bernama sahabat

Rakan sebaya yang menjadi sahabat akrab para remaja perlu dimanafaatkan kearah kebaikan
Antara yang menyentuh perasaan ketika ini, selain saling bermaafan sesama sahabat ada diantara mereka tidak segan silu saling mendapatkan antara satu sama lain & berpelukan meminta maaf sesama mereka
Airmata yang mengalir deras antara guru & pelajar ini pasti akan terpahat bahawa yang tua sayangi yang muda, yang muda harus sentiasa hormati yang tua
Pengumuman yang amat mendebarkan para peserta, penuh tragis. Ingatkan betul ada peserta yang melakukan kesalahan & akan dihukum... rupanya pihak pengendali membuat kejutan meraikan adik2 kasih yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan febuari.
Selamat Ulangtahun

Aktiviti riadah tidak dilupakan

Antara slot yang amat menghibakan, penuh keinsafan dikalangan ibu bapa yang hadir diakhir program. Pertemuan pelajar & ibu bapa yang saling bermaafan adalah kemuncak berakhirnya program selama 2 hari 1 malam ini...

06 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG SKTT... Alhamdulillah Terlepas Sudah Satu Tanggungjawab!


Assalamualaikum


Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat agung PIBG SKTT yang melepaskan saya dari satu tanggungjawab yang telah dipikul selama 6 tahun. Saya telah diamanahkan sejak tahun 2004 hinggalah berakhirnya sessi 2009 pagi tadi.

Alhamdulillah dengan mendapat YDP, NYDP, AJK dikalangan ibu bapa & guru yang semuanya orang baru, adalah diharapkan PIBG SKTT akan lebih mantap membantu pihak sekolah kearah kecemerlangan anak2 didik SKTT.

Agenda mesyuarat agung pagi tadi telah dimulakan dengan satu ceramah menarik berkaitan perkembangan kanak2 yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Sazmani yang juga isteri kepada Tuan Guru Besar SKTT.

Majlis mesyuarat agung telah dirasmikan oleh Pengerusi Qaryah Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong Tuan Haji Rashid. Saya tertarik dengan intipati perasmi yang antaranya menyebut tentang semangat. Beliau mengatakan semangat yang berkobar2 dari ibu bapa, waris haruslah seimbang dengan penggunaannya. Semangat yang baik harus digunakan membantu pihak sekolah menjalankan tugas mendidik. Ibu bapa tidak harus sewenang2nya menyerang guru sesuka hati jika berlaku rasa tidak puas hati pada pihak sekolah.

Semasa agenda pemilihan AJK baru tahun 2010, ada juga yang mencadangkan nama saya sebagai AJK. Tetapi kerana suami saya telah dipilih lebih awal, saya merasakan ini peluang saya untuk berehat dari tanggungjawab yang telah saya galas begitu lama. Saya saja AJK lama yang masih dalam saf kepimpinan, sedangkan orang lain silih berganti.

Saya menolak pencalonan tadi memandangkan sudah ada suami saya di dalam kepimpinan. Cukuplah seorang waris sahaja yang terlibat sebagai AJK. Saya mengatakan tadi, jangan ada kroni dalam pemilihan jawatan.

Lagipun saya mahu lari dari bayang2 suami. Jika sebelum ini beliau bertugas sebagai guru di SKTT, manakala saya sebagai AJK begitu lama. Setiap kali hadir ke sekolah untuk apa2 sahaja aktiviti saya merasakan pandangan warga SKTT kepada saya ialah saya sebagai isteri seorang guru di SKTT, bukan sebagai AJK PIBG.

Mungkin suami saya pun dah naik malu selama ini kerana sering dikaitkan dengan saya dikalangan rakan2 sekerjanya. Waktu ke mesyuarat tadi pun saya pergi berasingan. Walaupun selama ini saya cuba berusaha mengelak berdekatan dengannya jika hadir ke program disekolah.

Saya ingat tahun ni jika saya terlantik lagi, saya akan menjadi diri saya kerana suami sudah berpindah sekolah. Tetapi syukurlah saya diberi peluang berehat dengan perlantikan suami pula sebagai AJK.

Tahniah juga kepada satu2nya rakan AJK saya yang masih berkhidmat dalam AJK PIBG SKTT 2010 malah saya telah mencalonkan beliau sebagai YDP iaitu YM Raja Jaafar. Dengan komitmennya dalam mesyuarat & pelbagai aktiviti di sekolah, memang layaklah beliau menyandang jawatan YDP. Walaupun beliau tidak berapa pandai bercakap & bergaya, sekurang2nya beliau rajin buat kerja.

Tahniah juga kepada semua AJK guru & ibu bapa yang telah terlantik bagi tahun 2010 ini. Semoga PIBG SKTT akan lebih cemerlang & terus memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah, kepada Tuan Guru Besar.


Selamat Bertugas

Saf kepimpinan baru PIBG SKTT 2010


04 Mac 2010

T - Shirt MILO & Kasut Bertali Dam....


Assalamualaikum.....

" Kak Teh, kalau nak ikut Mama jangan pakai baju MILO tu! Kat umah baju MILO, p TESCO baju MILO, p Padang Kota baju MILO, p buang sampah baju MILO! Macam takdak baju lain. Blous banyak, cantik2 tu pakailah bila nak p jalan. Ni asyik baju MILO tu! Mama sorokkan nanti baju tu! "


Tapi bila nak keluar rumah tetap saya dengar ayat ni " Mama baju MILO Kak Teh tu mana? " atau saya akan dengar aduan dari Kakak " Mama... Kak Teh kan pakai baju MILO lagi!"...


Apalah yang bestnya baju MILO ni bagi anak dara saya yang sorang ni. Free je, Baba bawa balik dari pertandingan takraw rasanya. Saya pun ada satu, saiz besar lah sikit. Memang sedap pakai t shirt MILO ni. Kainnya lembut. Tapi kalau nak pakai pun pada2 lah kan. Ni macam budak2 yang suka pakai baju spiderman atau superman tu. Pantang kering je mesti nak pakai. Memanglah baju tu dia pakai dengan sarung tangan panjang tu. Tapi saya rimas tengok. Saya bebel camna pun dia tetap pakai juga. Memang saya sorokkan nanti baju MILO tu....




Lagi satu saya pening kepala dengan budak ni. Kerana Tata dah janji nak bagi hadiah kasut sempena birthday dia, maka Tata tunaikanlah sebelum balik UPSI baru ni. Sekali pandang memang saya tak berkenan dah kasut ni. Tapi Tata kata Kak Teh memang nak kasut fesyen camni. Tata, Kak Uda suka kasut ni. Baba pun kata cantik. Sekali pandang memang nampak buruk kasut ni walaupun harganya boleh tahan juga.


Dahlah camtu, takperlah. Tata yang nak hadiahkan. Bila balik adaker patut diandamnya camni tali kasut ni. Andam bentuk dam tu takperlah juga, tapi yang saya tambah pening kepala tu diandamnya sebelah lain, sebelah lain. Bab ni Angah pun sokong. Hai! anak2...


seluar yang Kak Teh pakai ni hadiah dari Angah, beli di Terengganu