Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dah lama hati teringin nak derma darah tapi selalu tak ada peluang. Pernah masa aktif dalam Muslimat dulu bila ada program yang ada perkhidmatan derma darah ada je hal yang buat saya tak berpeluang menderma darah.
Pertama kali masa tu saya mengandung kemudian beria2 dah nak derma darah rupa2nya perempuan yang sedang haid tak boleh derma darah. Kemudia keadaan berlalu macam tu je.
Tapi pada 14 hb June yang lepas, saya bersama Kak Uda menziarahi rakannya yang kemalangan motosikal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Keadaannya amat teruk. Berlaku kerosakan di pundi kencing, tulang pinggul, tulang rusuk yang mencucuk kedada. Keadaannya amat memilukan. Semasa kami melawatnya dia masih di ICU...
Keadaannya itu memerlukan darah yang banyak untuk membantunya melalui proses pemulihan. Kaum keluarga, rakan2 yang bertandang cuba membantu dengan menderma darah untuknya. Ataupun membantu menambah semula tabung darah Hospital. Kebetulan pesakit berdarah O, darah yang tidak boleh menerima darah lain tetapi orang berdarah O boleh masuk dalam semua jenis darah. Sungguh istimewa orang berdarah O, termasuk saya yang berdarah O.
Peluang yang ada saya gunakan untuk menderma darah pada hari itu. Dengan diiringi insan tersayang, Kak Uda, Amo & rakan2nya kami berdedai menuju Pusat Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah. Penuh kawasan tu dengan pengiring2 saya.
Setelah melalui sedikit ujian darah, menjawab beberapa soalan terbuka & sulit dari penemuduga & doktor bertugas, memeriksa tekanan darah saya...Alhamdulillah cita2 saya nak menderma darah terlaksana. Rasa teruja sangat waktu tu. Bagi orang lain mungkin menderma darah satu perkara enteng, tapi entah kenapa saya rasa teruja untuk menderma darah. Malah saya juga adalah salah seorang penderma organ bila saya sudah mati nanti. Pada anak2 sudah saya maklumkan, jika terjadi apa2 pada saya, benarkan doktor mengambil organ saya untuk diguna pada insan yang memerlukan.
Pengalaman 7 kali melahirkan yang lebih menyakitkan dari ini telah saya rasai. Suntikan jarum ditangan untuk darah saya dialirkan kedalam kantung darah tu tidak langsung menyakitkan. Seronok bila tengok darah saya keluar mencurah2 bagaikan air terjun niagara memasuki kantung beg darah.
Oleh kerana ini pertama kali darah saya diambil, maka hanya 300ml sahaja darah saya diambil. Rasa macam nak bagitau misi tu ambiklah lagi darah saya sebanyak yang boleh. Sebab rasa sekejap sangat baring atas katil tu.
I'Allah dengan adanya kad menderma darah tu, saya akan selalu cuba untuk menderma darah selepas ini. Tapi kata2 misi bahawa saya akan dihubungi apabila ada masalah pada darah saya tu amat menakutkan saya. Kadang2 pelik juga kenapa perlu risau, I'ALlah darah saya suci & bersih. Cuma mungkin bimbang kalau2 melalui darah yang diambil dapat dikesan saya ada sakit kronik ke! MasyaAllah minta dijauhkan....
Kepada Adik Syuhada, semoga dia akan sembuh seperti sediakala untuk meneruskan hidupnya yang masih panjang. Usianya masih terlalu muda.