New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Disember 2008

Salam Tahniah

Assalamualaikum....


Salam tahniah pada tata yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester 1 di UPSI baru2 ni. Dengan gred yg dia perolehi dia berjaya mendapat gred dekan katanya. Tahniah dari saya, baba & adik2nya.

Sememangnya sedari peringkat sekolah rendah lagi anak dara sulung saya ini tidak mendatangkan kerisauan pada saya dari segi dia menelaah pelajaran. Dia sendiri pandai mengatur waktu belajarnya lebih2 lagi bila menjelang peperiksaan penting. Cuma kadangkala dia suka buat kerja di akhir waktu ( last minit kata org putih ).


Masih saya ingat ketika beliau di darjah empat tak salah saya, kerana leka dengan cuti persekolahan dia tidak menyiapkan kerja sekolah kononnya sempat buat last minit akhirnya dah lewat tengah malam kerjanya masih tak siap. Menangis2 dia takut dimarah cikgu.

Dia juga begitu tekun menghadiri kelas tuisen untuk ujian PTS sewaktu didarjah 3. Ujian ini melayakkan pelajar yg berjaya melompat ke darjah lima tanpa perlu melalui darjah empat. Dengan kerja kuat & gigihnya dia berjaya dalam ujian tersebut dimana dia satu2nya pelajar di Sekolah Kebangsaan Telok Bahang yang berjaya dalam ujian PTS. Dia pelajar pertama dan terakhir kerana dua tahun selepas itu ujian tersebut telah dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran. Walaupun pada peringkat awal dia hampir2 tidak dapat mengikuti pelajaran di darjah lima tapi akhirnya dia dapat mengikutinya dengan dorongan guru2.

Sebagai ibu saya berpuas hati dengan pencapaiaannya setakat ini. Bermula dengan UPSR, PMR, SPM, Matrik & sekarang di peringkat awal pengajiannya di UPSI semoga dia akan terus sukses dalam pelajaran, kerjaya & masa depannya. Saya amat teringin memasukkan keputusan peperiksaannya di semua peringkat di blog saya ni tapi saya perlu dapat keizinannya dia dulu.


tata & rakan2nya



Salam tahniah juga saya ucapkan pada kak uda yg mendapat keputusan PMR nya hari ini. Dengan keputusan 3 A 3 B 2 C 1 D yg diperolehinya saya harap dia berpuas hati dengan hasil usaha dia selama tiga tahun ini. Saya, babanya serta kak tih menemani kak uda mengambil slip peperiksaannya di Maktab Mahmud Bandar Baharu pada 30hb yg lalu. Terima kasih kepada guru2 di Maktab Mahmud Bandar Baharu yg telah mendidik & mengajar anak saya dengan bersungguh2 sepanjang tiga tahun ini.



Sesungguhnya anak dara saya yg seorang ini sedari kecil amat mendengar kata. Jika dimarah atau ditegur tidak pernah melawan sebaliknya hanya diam sahaja atau paling tidak dia menangis....


Saya hanya berharap dia akan berjaya di masa hadapan walaupun perjalanan akedemiknya agak perlahan. Tapi saya percaya jika dia bersungguh2 menelaah pelajaran dgn konsisten dia pasti akan lebih berjaya nanti, I'ALLAH.


Sepanjang perjalanan tadi kak uda kata dia agak berdebar2, tapi saya tak rasa berdebar sangat seperti tiga tahun lalu sewaktu menemaninya mengambil slip UPSR di Sek Keb Tanjong Tokong. Kerana percubaan UPSR nya, kak uda gagal dalam subjek matematik saya hanya berharap dia mendapat sekurang2nya C utk subjek itu.


Tapi ALHAMDULILLAH, berkat tuisen yg diberikan oleh tata sebulan sebelum UPSR sebenar dijalankan & juga tunjuk ajar guru2 di sekolah dia berjaya memperolehi gred B dlm matematik. Saya masih ingat sewaktu memasuki pejabat pada pagi itu guru matematiknya Cikgu Khoo Lee Shee memeluknya dan mengucapkan tahniah pada kak uda, saya hampir menitiskan airmata kerana dengan pelukan tersebut saya percaya dia tidak gagal dalam UPSR tersebut. Dan seperti hari itu saya bersyukur dengan keputusan 2 A 3 B yg diperolehinya maka saya juga bersyukur dengan keputusan PMR nya pada hari ini.






kak uda & rakan2 sekolah di Maktab Mahmud Bandar Baharu




29 Disember 2008

Nasi Lemak vs Nasi Tomato

Assalamualaikum


Semalam dan hari ini hari yg sungguh sibuk dan amat sedikit memenatkan. Manakan tidak seorang kawan di Telok Bahang cg Zahir meminta masakkan Nasi Tomato kerana beliau akan berhijrah kembali ke kg halaman beliau di Langkawi. Kira beliau buat kenduri ler. Saya, suami & anak2 pun bergegas ke TESCO untuk membeli barang2 keperluan. So saya masakkan Nasi Tomato, Ayam Masak Merah & Sayur Kobis Goreng Hati Ayam...

kakak & gajahnya di TESCO

Kebetulan pula seorang sepupu, Mawardi sekeluarga dari Kedah membawa famili anak saudaranya bertandang ke Pesta Pulau Pinang. Kerana kemalaman dan amat merugikan jika mereka menginap di hotel suami saya yang amat baik hati mempelawa mereka bermalam di rumah kami.

Kerana semua anak2 saya ada di rumah waktu cuti ni maka saya tempatkan anak2 dara saya satu bilik, kaum wanita tetamu bertandang satu bilik & kaum lelaki semua di luar. Saya?? hehehehe still dalam bilik saya bersama putera & puteri bongsu saya.

Menu untuk tetamu saya pula pagi tadi saya sediakan Nasi Lemak Sambal Tumis bersama Ikan Bilis Goreng & Telur Rebus.

Mereka bercadang ke Rop Walk, Pantai & Taman Belia sebelum berlepas pulang ke Kedah. Maaflah kami tak dapat join kerana sebaik mereka bertolak keluar dari rumah kami bergegas ke Telok Bahang membantu cikgu Zahir berpindah.

Selamat Menyambut kelahiran cahayamata ketiga saya ucapkan pada Mawardi & isterinya Sakinah yg dijangka lahir pada penghujung Januari nanti.

27 Disember 2008

Salam...

Assalamualaikum.....


Selamat menyambut kelahiran cahayamata kedua buat adik saya Johan & Suryani. Kelahiran bayi lelaki kedua mereka pada 24 disember yang lalu melalui pembedahan kerana keadaan bayi yang songsang. Alhamdulillah keadaan baby & ibu sihat. Semoga mereka dapat melalui keadaan ini dengan tenang & sabar. I'ALLAH jika ada kelapangan waktu kami akan menziarahi kalian nanti.

Selamat bertunang juga saya ucapkan pada anak saudara saya bang cik ( anak kak long ). Majlis pertunangan mereka telah di adakan pada 25 disember yang lalu dgn gadis dari Parit Cermin Batu Bahat. Maaflah mak jun tak dapat hadir. I'ALLAH kami sekeluarga akan balik pada hari perkahwinan kalian nanti.

Selamat berbahagia juga saya ucapkan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara mara yang melangsungkan perkahwinan pd musim cuti persekolahan ni. semoga semua kebahagiaan menjadi milik kita.......

Disamping kebahagiaan yg dimiliki salam takziah juga saya ucapkan kepada sahabat saya di Telok Bahang, kak Suryati kerana kembalinya kerahmatullah suami tercinta pada 25 disember baru ni. Kemalangan di laut yg meragut nyawa suaminya allahyarham abg Jamil amat mengharukan hati saya dan keluarganya juga sahabat handai kenalan terdekat. Mana tidaknya perginya tanpa pesan, akhir hayatnya tidak dijangka. Seusia 48 thn allahyarham pergi meninggalkan isteri tercinta bersama empat anak yg masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Sebagai seorang nelayan dah tertulis rezekinya dilaut tapi rupa2nya ajalnya juga dilaut. Sewaktu tsunami melanda 26 disember 2004 allahyarham juga terlibat sebagai salah seorang mangsa yg dipukul ombak tsunami bersama botnya tapi umurnya panjang ketika itu, allahyarham berjaya menyelamatkan diri. Dan akhirnya sehari sebelum genap empat tahun tragedi tsunami beliau kembali kerahmatullah juga dilaut. Doa saya semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan org2 mukmin yg beriman... Al-Fatihah.....


25 Disember 2008

Happy Aniversary...

Assalamualaikum....




Happy Aniversary di ucap kan kepada anak saudara suami saya Hanim & suaminya Norimi ( walaupun saya merasakan mereka ni dah lebih dari anak saudara sendiri kerana sebilangan daripada mereka kami boleh berbincang, berkongsi masalah antara kami ). Mereka menyambut ulangtahun yg ke 3 pada hari ini. 25 disember 2005 yang lalu kami sekeluarga ( suami saya adalah paksu kepada hanim ) telah berkampung di Taman Arowana Hulu Yam, Selangor. Seronok & meriah betul majlis perkahwinan mereka. Sekarang setelah 3 tahun mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Wafa Hani Humairah dan mereka bakal menimang cahayamata ke dua sedikit masa lagi.






hanim & norimi di hari pernikahan mereka


Kenangan yg tidak dapat kami lupakan pada hari perkahwinan mereka yang begitu gemilang ialah ketika kami sibuk melayan tetamu setelah ketibaan rombongan pengantin lelaki semasa kakak jatuh kelongkang ketika pengantin sedang berada dimajlis makan beradab. Kerana terlalu asyik melihat pengantin yang begitu anggun dan sepadan, sama cantik dan sama padan tanpa disedari kakak yg ketika itu baru berusia dua tahun terjatuh dari kerusi yg didudukinya dan terus masuk kelongkang besar dihadapan rumah pengantin. Berikutan keadaan yg panik hampir2 pengantin lelaki turun dari pelamin untuk menyelamatkan kakak dari dalam longkang tersebut. Mujurlah tiada apa2 yang buruk berlaku, kakak pun hanya luka & benjol sedikit di kepala. Tapi kerana sibuk mengubat & memujuk kakak kami sekeluarga tertinggal bergambar kenangan dengan pengantin di pelamin dengan baju serba kuning sedondon..... hai kenangan... kenangan.





kakak bergambar bersama pengantin





























gambar2 kenangan kami sekeluarga bersama pengantin, mummy, daddy & adik lelaki pengantin perempuan



Doa saya yang berpanjangan semoga Hanim & suaminya Norimi serta anak2 mereka akan aman bahagia sejahtera sentiasa. Semoga mereka dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Maksu, Paksu & adik2 sayang kalian berdua....




24 Disember 2008

Rindunya.....




Assalamualaikum....


saya & suami bergambar bersama adik saya Johan di hari perkahwinan mereka di Kelantan


Salam buat semua walau di mana anda berada. Entah Kenapa malam ni saya terasa rindu pada mak & abah serta saudara di kampung nun jauh di selatan tanah air. Negeri Johor Darul Takzim yang mana telah mewujudkan kelahiran saya 33 tahun yang lalu. Rindu pada kampung Bukit Banjar di Daerah Tangkak tempat saya dilahirkan. Rindu pada kampung bertuah Jementah tempat saya dibesarkan.... Rindunya.....rindu yang datang secara tiba2 jauh dilubuk hati saya. Rindu yang datang tanpa dipaksa2. Entah bila saya dapat balik menjengok mak & abah. Hanya talian telefon dapat mengubat rasa rindu. Mak, abah tunggulah jika ada kelapangan waktu dan keadaan tidak menyesakkan anakmu akan balik menemui mak & abah.



di kiri kanan pengantin mak & abah kesayangan saya

Rindu pada abah Kassim bin Jan, rindu pada mak Rubiah bt Ngalim...... mak & abah saya selalu cakap saya anak yang paling mendengar kata. Dan lagi saya tidak pernah meninggi suara pada mereka, berbanding dengan adik beradik saya yang lain. Kalau ada yang saya tak puas hati apa2 saya akan mendiamkan diri dan paling tidak saya akan menangis..... Mak, abah rasanya itulah yang saya tetap lakukan sampai sekarang. Jika saya tak mampu berbuat apa2 lagi hanya tangisan ler yang mampu saya lakukan.






ini anak lelaki sulung kak long saya bersama tata & kakak


Rindu pada kak long Zaitun & suaminya abg Saari serta anak2nya along(Mohd Fairuz), angah (Susilawati & anak2nya), uda & suaminya serta anak2nya, andak (zeety shakila), bang cik (Mohd Saiful), bang tih ( Mohd Firdaus) dan si bongsu azura.




Rindu pada alang kamarudin & isterinya kak jah serta anak2nya. Alang saya ni cukup garang sewaktu saya anak dara dulu. Dia cukup jaga adik2 perempuannya. Pantang dia tengok kalau ada lelaki kacau kami walau pun setakat menegur di pasar malam alamatnya lebam ler orang tu dikerjakannya. Agaknya macamtu juga kah dia mendidik anak2 perempuannya??
















yang ini misa maisara
ditengah tu acik saya dikelilingi anak2 saudara


Rindu pada acik Jamilah & anak tunggalnya Misa Maisara. Acik saya ni antara saudara yang menentang perkahwinan saya dulu. Dia mahu saya meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi sebelum berkahwin. Tapi setelah 20 tahun berlalu dengan melihat kebahagiaan saya bersama suami & anak2 rasanya dia telah membuat keputusan bahawa saya telah mengambil langkah yang betul 20 tahun dulu. Setiap yang berlaku dalam hidup kita berkaitan ajal maut jodoh pertemuan ALLAH dah tentukan dengan hikmah & ganjarannya. Saya juga sentiasa doakan acik saya bahagia bersama anaknya





ini ateh saya & anaknya puteri nasreen, masa ni bai balik pakistan


Rindu pada ateh Hasnah & suaminya bai Syukri serta anak2nya Puteri Nasreen & Mohd Aniq Khan. Saya kata bai sebab abg ipar saya ni orang pakistan.... pakistan yang jual karpet tu. Percaya tak saya kata jodoh kita ALLAH yang tentukan. Ateh saya ni yg bengkeng masa zaman anak daranya boleh jadi sesabar2 wanita setelah berkahwin ngan bai tu.... Dia cool jer sekarang, tak ada marah2 tak bertempat lagi. Semoga mereka bahagia selamanya......





ini atam saya & anak2nya bergambar bersama pengantin



Rindu pada atam Hamidah & anak2nya Rosham Azlan & Rosha Alia. Walaupun seorang ibu tunggal tapi atam mampu membesarkan anak2nya dengan baik. Rosham berjaya mendapat 4A 1 B dalam UPSR dua tahun yang lepas. Saya bagai tak percaya dengan kehidupan yang serba kekurangan, kurang perhatian dari mamanya yang bertungkus lumus bekerja anaknya mampu belajar dgn baik. ALhamdulillah.





dikiri kanan pengantin adik nanie & suaminya, masa ni depa belum ada anak



Rindu pada dik nanie & suaminya sahak serta anak2nya Abby & Hawa. Dik Nanie antara yang rapat dengan saya. Dia adik bawah saya. Banyak perkara yang kami kongsi bersama dalam suka mahupun duka. tapi satu peristiwa yang berlaku setahun yang lalu benar2 menguji kasih sayang kami. Syukurlah segalanya telah selesai. Kasih sayang kami bertaut kembali. Carik2 bulu ayam akhirnya bercantum semula...





ini adik saya johan di hari perkahwinan mereka


Rindu pada adik Johan & isterinya Suryani serta anaknya Syamir. Mereka ini bakal menimang cahayamata kedua dalam sedikit masa lagi. Hubungan mereka ini bagai langit & bumi. Adik ipar saya tu lulusan U tapi adik lelaki saya tu sekolah biasa je. Alhamdulillah dah jodoh mereka. Semoga mereka dapat melayari bahtera rumahtangga walau terdapat perbezaan apa pun. Lagipun adik lelaki saya tu baik & bertanggungjawab orangnya, dia pasti dapat laksana tanggujawab dengan baik.



Rindu juga pada adik Faizal & isterinya Farah serta anak2nya. Adik saya yang ni jarang saya dapat jumpa semenjak dia berkahwin. saya hanya berjumpa beliau kali terakhir ketika melawat anak sulungnya dan sekarang mereka dah ada lima anak. Hai sibuk betul dia dengan keluarganya hingga jarang balik ke kampung. Apapun semoga mereka juga bahagia selamanya.





gambar famili saya bersama pengantin di kelantan pd 20 ogos 2005 yg duduk tepi saya baju merah tulah kak long saya. Berdiri tepi abah saya tu kak jah isteri alang saya





Walaupun kerinduan saya pada mereka entah bila kan terubat saya beruntung kerana sekarang hidup saya amat bahagia dikelilingi suami & anak2 yang sayangkan saya. Tanpa mereka pasti hidup saya akan hilang serinya. Kehadiran mereka disisi saya mampu mengurangkan rasa rindu pada keluarga di selatan tanah air.



Tunggulah satu hari pastikan berjumpa.



Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Kirim2 lah berita
Semoga sihat sejahtera


waaaaaaa rindunya





P/S: kepada sesiapa yg gambarnya tak dapat di blogkan harap maaf. akan diikhtiarkan nanti bila gambar anda ada dalam simpanan komputer.






22 Disember 2008

Nasi Goreng Daging Perisa Taucu

Assalamualaikum.....

Terima kasih buat suami saya yang tersayang kerana menyediakan menu Nasi Goreng Daging Berperisa Taucu (tupun dah habis makan baru dia tanya pada saya dan anak2 "sedap tak nasi goreng berperisa taucu?"). Hehehehe sorilah bang, kerana terlalu lapar & sedapnya nasi goreng yang abang buat sampai tak perasan ada perasa taucu dalam nasi goreng tu!

Sambil2 makan kakak yang sememangnya kaki komputer & kaki internet walaupun baru berumur 5 thn, baca pun tak berapa pandai lagi hanya mengenal A to Z , (camna agaknya dia melayari tenet kemerata tempat dgn tak pun pandai membaca).... kakak membuka youtube yang mana terdapat lagu2 kanak2 semasa saya kecil dahulu....



inilah kakak, puteri bongsu dlm keluarga


Antaranya yang masih saya ingat :-


LAGU TIGA KUPANG
SAGU PENUH PADI
ENAM EKOR BURUNG
MASUK DALAM KUALI

BILA SUDAH MASAK
BURUNG NYANYI SAJA
TENTU SEDAP MAKAN
BERI PADA RAJA

RAJA DALAM RUMAH
BUAT KIRA-KIRA
SURI DALAM DAPUR
MAKAN ROTI GULA

DAYANG TEPI KOLAM
MAHU JEMUR TEPUNG
DATANG BURUNG HITAM
PATUK BATANG HIDUNG




puteri bongsu saya ni manja sikit

kakak buka lagi lagu lain.....


IKAN KEKEK MAK ILOI-ILOI
IKAN GELAMA MAK ILAI-ILAI
SUNGGUH CANTIK WAJAHNYA AMBOI
TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI



kakak buka lagi lagu lain......







ANAK ITIK TOKWI
MANDI DALAM KOLAM
UBAT APA TOKWI
UBAT LIMAU LELAM
SAKIT APA TOKWI
SAKIT SENDI TULANG
UBAT APA TOKWI
UBAT SENGAL TULANG
UBAT APA TOKWI
UBAT LIMAU LELAM



ermmmmm kakak buka lagi lagu lain.....



AIR PASANG PAGI SURUT PUKUL LIMA
NYONYA BANGUN PAGI SIRAM POKOK BUNGA
POKOK BUNGA MELUR TANAM TEPI BATAS
ITIK BERTELUR AYAM MENETAS

CIK BABA JATUH DALAM PARIT
CIK AMINAH KETAWA JERAT JERIT
NAIK KERETAPI PERGI KUALA LUMPUR
DAPAT ISTERI CANTIK TERSELIT BAWAH DAPUR


ada lagi lagunya......


BANGAU OH BANGAU
KENAPA ENGKAU KURUS
MACAMANA AKU TAK KURUS
IKAN TAK MAU TIMBUL

IKAN OH IKAN
KENAPA KAU TAK TIMBUL
MACAMANA AKU NAK TIMBUL
RUMPUT PANJANG SANGAT

RUMPUT OH RUMPUT
KENAPA KAU PANJANG SANGAT
MACAMANA AKU TAK PANJANG

KERBAU TAK MAKAN AKU


KERBAU OH KERBAU
KENAPA TAK MAKAN RUMPUT
MACAMANA AKU NAK MAKAN
PERUT AKU SAKIT

PERUT OH PERUT
KENAPA ENGKAU SAKIT
MACAMANA AKU TAK SAKIT
MAKAN NASI MENTAH

NASI OH NASI
KENAPA ENGKAU MENTAH
MACAMANA AKU TAK MENTAH
API TAK MAU HIDUP

API OH API
KENAPA TAK MAU HIDUP
MACAMANA AKU NAK HIDUP
KAYU API BASAH

KAYU OH KAYU
KENAPA ENGKAU BASAH
MACAMANA AKU TAK BASAH
HUJAN TIMPA AKU

HUJAN OH HUJAN
KENAPA TIMPA KAYU
MACAMANA AKU TAK TIMPA
KATAK PANGGIL AKU

KATAK OH KATAK
KENAPA PANGGIL HUJAN
MACAMANA AKU TAK PANGGIL
ULAR NAK MAKAN AKU


ULAR OH ULAR
KENAPA NAK MAKAN KATAK
MACAMANA AKU TAK MAKAN
MEMANG MAKANAN AKU...............


ada lagi beberapa lagu yang dia putarkan tapi terlalu banyak nak dipaparkan disini seperti can malican, enjit2 semut, anak ayam, kenek2lah udang, anak rusa nani dan lain-lain lagi. Seronok anak dara kecil saya tu menyanyi2, dia tambah terkejut bila saya juga bersama2 menyanyi bersama dia... dia tanya "eh, mama pun tau lagi ni?". Hai...... anakku tu memang lagu mama masa kecil2 dulu........



Salam Dari Mesir....

Assalamualaikum......


Baru balik dari membeli belah uniform sekolah kak uda, kak tih & kak cik. Saja jer lah balik ada masa lepas makan terus on tenet. Membelek-belek blog kesayangan saya ni.... apalagi saya nak update bagi cantik yer.... ermmm cantik ker?

On YM, eh..eh jumpa adik angkat saya Ayu yg sedang study di mesir. Rindu betul kat dia. Lama betul tak jumpa dia dialam cyber ni. Satu jer pesan dari akakmu yang serba kekurangan ni dik....
"sabarlah dalam menghadapi setiap dugaan&cabaran yg mendatang. Setiap aturan hidup kita dah ditetapkan oleh ALLAH. Setiap yg berlaku juga ada hikmahnya"


Doa yg berpanjangan dari akak ayu sukses selalu dalam study, kerjaya & alam yg ayu harapkan ok. hati2 dok di rantau orang. Jaga diri hiasi peribadi.

terima lah kiriman bunga dari akak ni sebagai tanda kasih sayang antara kita.....





21 Disember 2008

"Biar papa asal bergaya??".....


Assalamualaikum....


Sewaktu berchating dengan seorang sahabat beliau memberitahu masalah kewangan keluarga yang amat meruncing setiap bulan. ermmmm puas saya berdebat, berbincang dengannya, antaranya melahirkan perasaan hairan bin ajaib dengan masalahnya. Manakan tidak beliau suami isteri bekerja yang saya percaya gaji mereka mencecah empat angka setiap bulan. Anak ada dua orang yang masih kecil dan belumpun bersekolah.

Saya ceritakan padanya sewaktu saya&suami mula2 menjejakkan kaki kealam rumahtangga hampir 20thn yang lalu suami saya hanya seorang guru sandaran. tiga bulan selepas kami berkahwin ALHAMDULILLAH dia dapat tawaran ke maktab perguruan ( Maktab Perguruan Kinta Ipoh&Taman Cempaka Sari tetap dalam ingatan). Dengan elaun hanya RM300 tulah kami hidup dengan amat berjimat cermat. Kebetulan rezeki kami menimang cahayamata awal, saya menumpang hidup bersama keluarga mertua di uatara tanah air sepanjang tempoh kehamilan (perlu diingat hidup bersama mertua yg saya bukan menantu pilihan ketika itu). Banyak batas kesabaran yang perlu saya perjuangkan ketika itu. Jauh dari suami, menjaga ayahanda mertua yang uzur (terima kasih yg tak terhingga buat allahyarham ayahanda hj hassan kerana walaupun kami tak pernah dapat berbicara sejak berjumpa lantaran keuzuran ayahanda tapi ayahanda amat memahami perasaan anakanda ketika itu), berhadapan dengan bonda mertua yang belum boleh dapat menrima kehadiran saya ketika itu (walau akhirnya saya dapat merasakan akhirnya saya amat diterima oleh bonda mertua saya walaupun mungkin bukan menantu kesayangan tapi saya bersyukur diakhir hayatnya saya dapat menabur sedikit bakti. semoga bonda tenang disana), jauh dari mak abah &keluarga yang jauh di selatan tanah air. (saya andaikan cinta kami ibarat cinta kutub utara kutub selatan). Tapi itulah hakikat yang harus saya lalui ketika itu. Tabah, sabar, tenang dgn dugaan yg datang demi kasih sayang pada suami yang sedang bertungkus lumus belajar.

Setelah kehadiran puteri sulung kami barulah saya dapat hidup bersama suami, sedangkan pengajiannya di maktab belumpun tamat. Saya berterima kasih padanya kerana sudi membawa kami hidup bersamanya ketika itu. Kerana bagi saya biarlah susah macamanapun asalkan bersama suami.


Pertama kali menjejakkan kaki kebandar Ipoh kami hanya mampu menyewa sebuah bilik berharga RM60 sahaja. Jasa seorang anggota tentera yg kami panggil abg khairi & isterinya kak yah takkan kami lupakan sampai bila2. Hampir tiga bulan kami menumpang dirumah mereka barulah kami mampu menyewa sebuah rumah berharga RM120 (asalnya RM150 tapi tuan rumah tu seorang india sudi menurunkan harga). Sebenarnya kebaikan tidak mengenal batas kaum&agama.
Kami juga pernah dibantu seorang jiran beragama hindu yg kaki botol bila kami keputusan duit diakhir bulan utk membeli susu buat puteri sulung. Kebetulan dia pun tak ada duit tapi dia sanggup ke koperasi tentera tempatnya bekerja dan berhutang membeli setin susu tepung buat puteri saya.


Saya ceritakan lagi padanya kehidupan kami ketika itu amatlah susah dan kami amat mengamalkan sikap berjimat cermat. Dengan elaun sebanyak itulah kami hidup selama 2 tahun di maktab. Setiap bulan kami akan pastikan bahan2 asas utk keluarga mencukupi utk sebulan, antaranya yg wajib disediakan sebaik terima elaun ialah susu anak, beras, kicap & stok telur. TELUR.... itulah menu wajib kami selama suami di maktab. Kari telur, masak lemak telur, telur masak kicap, telur masak sambal dan yg pastinya jika dah tak ada bahan2 utk diproses cukuplah sekadar telur goreng mata kerbau itupun kena had sebiji seorang setiap kali makan.
Sampai kadang2 bila dah tak ada apa langsung nak dimakan saya keluar mengutip daun2 kayu dikeliling rumah & taman untuk dibuat lauk. Sebab dah lali dengan lauk telur agak lama juga saya jadi muak dengan lauk itu selepas suami keluar maktab. Jika ada duit lebih dan teringin nak makan ayam saya hanya membeli tulang ayam yang isinya telah diambil utk dibaut dibuat sate utk dijadikan lauk......


Saya ceritakan lagi padanya sehabis maktab kehidupan kami agak senang sikit walaupun taklah sesenang mana tapi kami bersyukur kerana lebih senang sikit berbanding dimaktab dulu. Dengan gaji permulaan RM440 ketika itu kami memulakan kehidupan di bandar pulau pinang dengan anak dah dua orang ketika itu. Sewa rumah saja dah RM220. Suami hanya pakai motor jer waktu tu. Walaupun dah bergelar pekerja bukan lagi pelajar kami masih meneruskan amalan berjimat cermat sehingggalah sekarang dah tujuh anak. Seorang di IPT, tiga diperingkat menengah, seorang disekolah rendah, seorang di pra persekolahan, seorang masih kecil (dah tentu kena ada bajet susu&pampers, sekarang senang sikit jimat pampers, sikecil ni dah pandai p toilet utk buang air). Untuk mambantu suami berjimat saya pernah gunting plastik sampah yang hitam tu utk dijadikan plastik lapik lampin anak lelaki saya yg no dua tu...hai kenangan..kenangan.


Walau sekarang suami dah bergaji empat angka hakikatnya kewangan kami masih sama. Kami masih mengamalkan sikap berjimat cermat. Cuma agak senanglah dengan memiliki sebuah van dan sebiji kereta biasa jer, sesekali keluar makan2 dikedai, sesekali pergi bercuti, berBBQ di tepi pantai, sesekali menginap di hotel, berganti pakai saban tahun, boleh makan makanan yang sedap2, merasa masak siakap stim, terubuk bakar, tomyam campur, nasi daging, mi kuah, lontong aneka rasa, nasi ayam 3 rasa dan sebagainya.


saya, abang & nin sedang makan di Summit Hotel



kakak, kak cik ( kak tih dok ambik gambar ) turut serta masa di Summit Hotel ni



Sahabat saya terkedu dgn menghantar pic muka orang garu kepala tu pada saya bila sehabis saya bercerita. Dia kata "betul ker hangpa hidup macam tu??" Saya kata "betullah takkan saya nak tipu pulak". Saya katakan pada dia manalah tau cerita saya boleh dijadikan panduan....


Nak tau apa dia kata? dia kata " tentu tak boleh...." saya tanya "kenapa?" dia pulak bercerita.......


Sebaik bertunang, tunang dia kata selepas kahwin dia nak rumah yang diduduk samada sewa atau rumah sendiri perlu lengkap dengan perabot seperti sofa, set bilik tidur, kerusi meja makan, peti ais, mesin basuh, alatan dapor yg lengkap dan sebagainya. Kerana itu dia membeli sebuah rumah semi d sebelum berkahwin dengan bayaran bulanan hampir RM500 sebulan. Dia lengkapkan rumah tersebut dengan barang2 seperti tunang dia mahukan. Dah tentulah barang hutang di court mamoth dengan keseluruhan bayaran hampir RM1000 sebulan. Selepas kahwin masuk ler rumah baru dengan serba lengkap... saya kata "bagusler, beruntungkan isteri awak". Dia diam jer bila saya kata macamtu....


Dia bercerita lagi..... selepas kawin isteri dia minta dibelikan sebuah kereta utk kemudahan kesana kemari.... dia belikan dgn bayaran bulanan RM500 sebulan. Saya tanya "saper bayar" dia kata "akulah bayar"


Dia bercerita lagi selama perkahwinan mereka walaupun isterinya bekerja semua perbelanjaan rumah atau peribadi isterinya dia yang keluarkan. Saya kata memanglah tu tugas suami. Pernah dia keputusan duit minta isterinya tolong isterinya kata tu tanggungjawab suami.


Sahabat saya tu kata setiap bulan lepas gaji lawatan ke kedai emas dah jadi satu kewajiban bagi mereka. Isterinya shoping baju di butik. Rawatan spa setiap bulan. Setiap hari makan di restoran sebab isterinya masak ikut mood atau bila ada orang bertandang kerumah. Kesaloon seminggu 2x. heheheh nasib awaklah kawan nak isteri cantik memanglah kena berkorban.


Sebab tu kami buat kesimpulan masalah kewangan mereka takkan selesai walau gaji makin banyak. Sebab belanja keluarga mereka terlalu banyak berbanding dengan keluarga saya macam langit dengan bumi. Saya pula buatlah apa saja kerja sampingan membantu suami tapi tak pernah pun dapat kumpul duit di bank atau bawah bantal. Nak beli barang kemas jauh sekali. Semua pendapatan yang saya dapat saya gunakan untuk membantu suami, belanja anak2 jika suami keputusan kewangan. Bagi saya hidup berumahtangga perlu tolong menolong, susah sama susah, senang sama senang. Kami pernah susah satu ketika dulu sekarang bila senang sikit semoga kami dapat juga menikmatinya bersama.


Akhir chating kami dia kata "beruntung suami&anak2 awak, ada isteri&ibu seperti awak sanggup berkorban untuk keluarga". Saya kata pada dia " saya bina keluarga ni dengan keringat&airmata, bukan senang saya nak pertahankan rumahtangga saya dan saya memang akan buat apa sahaja demi kebahagiaan kami walau saya menjadi lilin membakar diri".



Selamat Pengantin Baru






Assalamualaikum....

Selamat Pengantin Baru kepada kakak ust Khairul, dari Sek Keb Tanjong Tokong yang melangsungkan perkahwinan pada 20 disember 2008 semalam. Semoga rumahtangga yang dibina aman bahagia kekal sejahtera sehingga ke akhir hayat. Khabarnya pengantin perempuan pernah belajar di Mesir, beliau juga sahabat kepada sepupu suami saya yang bernama Nurul Huda (anak cik jah dr Kedah). Dah lama tak jumpa kak Nurul&cik tapi jumpa di rumah kenduri semalam.


Cik Jah antara insan yang banyak memberi sokongan pada saya sewaktu mula2 berkahwin dengan suami dulu. Al-maklumlah di awal perkahwinan saya bukan menantu&ipar pilihan maka banyak halangan, cabaran&dugaan yang saya hadapi dalam berhadapan dengan kerenah mertua. Cik Jah antara saudara yang banyak menyabarkan saya dalam segala hal...terima kasih cik...


Apapun saya bersyukur berkat kesabaran saya yang penuh dengan keringat&airmata akhirnya saya merasa diterima dengan seadanya oleh keluarga mertua&ipar duai. Ayahanda&bonda mertua tercinta akhir hayatnya di tangan saya. Maknanya saya turut menabur sedikit bakti menjaga mereka di akhir hayat mereka, walaupun ada beberapa pihak yang mempertikaikan sedikit khidmat bakti yang saya sumbangkan. Saya tak mengharapkan pujian orang dalam berbakti pada mereka dahulu, yang penting dengan sedikit sumbangan saya pada mereka akan memberi contoh teladan yang baik pada anak2 saya. I'ALLAH....


ALHAMDULILLAH walaupun ayahanda bonda mertua telah pergi menghadap ilahi tapi kasih sayang saya&keluarga bersama ipar duai tetap terjalin mesra. Terima kasih buat ipar duai yang akhirnya menerima saya disisi mereka dalam suka mahupun duka. Saya percaya kesabaran banyak hikmah&nikmatnya. Terima kasih kak tih, abg hashim&anak2 yusro&suami wan&huda. Kak cik, allahyarham abg bakar&anak2 fairuz, fariza&suami ramli serta anak2nya, faridah&suami asri serta anak2nya, fadilah&suami, fadli&isteri serta anak, sikembar farhana&fazlina. Kak wa, abg dahlan&anak2 hanim&suami norimy serta anaknya wafa, hariz&isteri aemy serta anaknya aira. Kak siah, abg hasan&anak2 nasir&isteri siti zainab serta 2 anak mereka, hidayah, nazri. Kak salmah, abg man&anak2 allahyarham firdaus, syukri, afifah, awatif, alia. Abg dee, kak fauziah&anak2 fathee&isteri serta anak, fikri, fahmi, fathul, siti. Kak midah, abg azmi&anak2 amir, ali, amni, arif, amjad. Semoga kasih sayang kita sekeluarga berpanjangan selagi hayat dikandung badan.


ermmm dah jauh rupanya saya mengenang kisah silam saya yang penuh suka&duka. Dari sebuah perkahwinan meleret2 pula kenangan dimasa silam. Tak apalah sesekali mengimbas kenangan lalu pasti akan jadi iktibar dimasa depan....kan!


Sempat juga saya, tata, kakak&nin berposing bergambar didepan rumah pengantin (yang dibelakang baju hijau tu kak cik, mulut dia tengah penuh dengan coklat rumah kenduri hehehe). Tapi tak dapat ambil gambar dengan pengantin sebab pengantin tengah sibuk menyambut pengantin lelaki. (tengok pengantin berarak ishh..ishh..ishh terkenang semasa dulu.....). Tak apalah zaman saya dah berlalu hampir 20 thn yang lalu. Walau suami saya masih ada peluang sebab ada 3 kuota lagi tapi jangan sesekali dia mencuba.... abang, kita tunggu anak2 kita jer naik pelamin nanti ok! masa tu boleh ler kita tumpang tahkta depa sat bersanding sekali lagi.. Last warning yang pertama ni, jangan sesekali cuba2 berangan ayang tak rela!

19 Disember 2008

Nasi Ayam Tiga Rasa

Assalamualaikum....

Dah dua hari saya tidak mencatatkan lakaran di blog kesayangan saya ni... (kesayangan selepas suami&anak2 saya ler, depa tu tetap yg utama menjadi kesayangan saya). Sebab tu lah kerana sayangnya saya pada mereka arini saya sediakan hidangan speciel untuk mereka Nasi Ayam 3 Rasa heheheh. Tapi hari ni memasak dengan dibantu pakar pemakanan&kesihatan maka makanan yang dimasak terasa tawar sikit tapi tak apalah demi kesihatan! Pakar Pemakanan juga bagitau Nasi Ayam ni favorite food "seseorang", tak apa nooo nanti mai rumah mama masak Nasi Ayam 3 Rasa ni speciel punya for u....




ALHAMDULILLAH sejak saya buka laman blog ni banyak saya terima salam tahniah dari rakan taulan. Antaranya seorang mantan ustaz anak saya di SMKA(p) Al-Mashoor dan juga di Maktab Mahmud Bandar Baharu (MMBB). Terharu juga bila baca penghargaan beliau di laman blog pewariskecemerlangan. Terima kasih ustaz. Saya budak baru belajar, masih merangkak2 (jenuh juga kena tegur dengan anakanda yang jauh lebih kehadapan dalam dunia blog ni). Tapi saya jenis suka sesuatu yang baru...makin tak tau makin saya nak belajar. Maklumlah saya ni tak sekolah tinggi so dengan belajar tak formal dan belajar melalui pengalaman ni lah ilmu yang saya dapat. Sikit2 lama2 jadi bukit, I'ALLAH.




ermmmm nak tau tak sebenarnya sambil2 saya lihat2 blog ni saya juga sedang mengajar&membantu suami saya mengupdate blog sekolah beliau... yahooooo pertama kali saya ajar dia sesuatu yang baru tambahan lagi tentang dunia tenet. Nampaknya saya melangkaui dia buat pertama kalinya.... ermm mungkit kot!


Rahsia Bantal

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal :- Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal :- Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal :- Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki :- Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal :- Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal :- Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

17 Disember 2008

Klinik Ibu dan Anak


Assalamualaikum...

baru balik bawa kakak&nin ke klinik ibu&anak. ALHAMDULILLAH berat timbangan mereka berdua tu naik. misi bagi mereka makan ubat cacing untuk mencegah kecacingan. seperti biasa ler mereka tu kaki ubat, pantang nampak ubat mesti nak makan so tak ada masalah bila misi bagi terus di klinik. masa nak timbang jer nin nangis sebab masa p dua bulan lepas dia demam masa nak timbang dia nangis so tadi masa nak timbang dia kata tak mau nanti nangis rupanya nangis betu budak tu. kalau tidak dialah paling suka dok atas timbangan tu sampai tak mau turun. kakak pun tak ada masalah....



16 Disember 2008

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih&Penyayang

Buat semua insan bergelar lelaki yang bernama suami.... muhasabahlah diri dengan cerita di bawah sekadar renungan bersama....




Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi.....
Masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci. Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.. "awak sakit ke?".. tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abang mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abang yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....

"NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI......."

Bukan senang nak cari seorang suami yang begitu memahami&menghargai tugas2 murni seorang wanita bergelar isteri dirumah. Kebanyakannya hanya tau meminta&memerintah, sedangkan tugas2 seorang isteri, ibu dirumah tak pernah selesai. Kerja yang dilakukan tanpa sebarang gaji atau imbuhan. Cuti pun tak ada. Padahal dalam satu masa sesorang itu melakukan pelbagai bidang kerja. Dialah akauntan, dialah chef, dialah tukang cuci, dialah baby sitter, dialah cikgu, dialah pakar motivasi, dialah pengawal keselamatan. dialah segalanya.... bayangkan jika seorang suami adalah berstatus majikan ermmmm berapa agaknya sebulan gaji yg nak dibayar pada seorang isteri???? Fikir2kanlah. Hakikat yang sebenarnya lahir dari hati yang tulus ikhlas dari seorang isteri yang bergelar ibu..." kami tak perlukan gaji atau bonus tapi cukuplah sekadar dengan sebuah penghargaan, pengertian, kefahaman&rasa simpati dari kalian bahawa kami hanyalah seorang manusia biasa yang punya hati&perasaan".
ermmm teremosi ler pulak....tapi ni kan blog saya tempat saya mencurah perasaan tak kisah ler kan saya nak tulis apapun! Dengan merenung2 cerita diatas saya amat bersyukur memiliki suami&anak2 yang memahami perasaan saya sebagai isteri&ibu. Walaupun kadang2 adoiiiii penatnya melayan kerenah lapan tubuh, jiwa badan yang pelbagai citarasa tapi hakikatnya mereka tulah kebahagiaan saya. Tanpa mereka hidup saya tak bermakna apa2. Tanpa merekaa siapalah saya walau bergelar apa pun... terima kasih sayang, kalianlah buah hati pengarang jantungku. muuuaaahhh!

Kempunan....

Assalamualaikum....

Balik dari pesta solat isyak ingat nak tidur sebab cadang2 esoknya nak ikut suami ke pertandingan akhir takraw tapi..... jeng...jeng....jeng

Tiba2 tata&kak uda dengan muka selamba ajak bersembang2.... sembang.... sembang....bla...bla...bla sampai pukul 4.30 pagi. Ayoyo anak2ku.....

Macam2 yang disembang, diborakkan, di ngobrolkan, dichatingkan, dibualkan dengan mereka. dari perkara dulu...kini....dan akan datang.

bermacam2 nostalgia yang kami (baba, mama, tata, kak uda, kak tih.....angah cuma join sekejap dah pukul 4 pagi) bualkan sepanjang malam. ermmm kak cik tak join pun...... kakak dan nin dah tido.

Akhirnya selepas solat subuh saya tertidur sedar2 dah pukul 11 pagi dan suami saya dah p dengan meninggalkan saya... waaaaaaaaaaaaaaaaa kempunan ler nak tengok takraw.... waaaaaaaaaaaaa

Pesta Pulau Pinang

Assalamualaikum....


Dalam hujan renyai semalam sebelum pukul 7 kami sefamily bertolak ke destitasi (Pesta Pulau Pinang) tapi sebelum apa2 kami singgah ke Masjid Negeri Pulau Pinang menunaikan solat maghrib. Saja keluar awal sebab kami ke pesta bersama kumpulan sepak takraw suami saya. Selesai solat kami ke Sek Men Teknik Tunku Abdul Rahman Putra untuk menaiki bas bersama mereka. Suka benar kakak dan nin dapat naik bas. Mereka jarang dapat naik bas seperti kakak2&abangnya semasa kecil dulu. Mereka berdua tu lahir jer ke dunia dah ada kereta untuk kemudahan bergerak kemana2.



Tapi sebaik sahaja naik bas ketua kontinjen cikgu Syed Roslan bercadang rombongan menukar destinasi ke tempat lain samada Queensbay atau Bukit Jambul (alamak! apa ada kat sana tu!).... semua tu gara2 hujan... setelah dibuat undian (yg turut angkat tangan bukan saja 27 org petugas2 takraw tu) tapi juga saya dan 5 anak dara saya dan sikecil nin ni... kami turut berlumba2 angkat tangan bagi mencukupkan korum, ternyata suara majoriti mahukan kami semua ke pesta.




Sampai dipesta..... amboi ramainya ahli rombongan. suami saya beli tiket dan kami masuk ke pesta dengan membawa arah masing2 sehingga pukul 10.30. Tak ada apa yg nak dicari pun dipesta ni hanya ronda2..... cuma 2org anak dara saya tata dan kak uda window shoping sakan dengan membeli 2 helai baju...cantik juga. Yang pasti anak2 saya tu dah besar rupanya boleh membeli pakaian tanpa saya perlu ada lagi disisi mereka.
Kak Tih tak beli apa2pun dia tu dah dua hari tak lalu makan, tak mau itu tak mau ini.. agaknya dok memikirkan perpindahannya ke Asrama Sek Men Telok Bahang sedikit masa lagi. Kak cik dan kakak dapat seutas gelang yang diukir dengan nama masing. Kakak tentu seronok akhirnya dapat juga dia seutas gelang selepas beberapa hari merajuk dengan angahnya yang mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur-Melaka selepas tamat exam SPM aritu.... angah beli gelang berukir nama hanya untuk tata&kak uda dengan membuat andaian beli untuk yang besar dulu 3 adik perempuan yang kecil ni angah ingatkan tak apa beli lain kali nanti.
Kak tih&kak cik memang tak kisah pun tapi kakak apalagi merengek2
menangis mengadu pada saya angah tak sayang dia. Nampak riak serba salah angahnya sewaktu dia menangis & merajuk..... sabarlah ngah apalah seorang adik yang baru berusia lima tahun tu faham. Akhirnya malam tadi dia dah puas hati dapat gelang tu yang hanya berharga RM8. Nampak betul seribu kepuasan di wajah anak comel anak sekecil itu.



tepat pukul 11 malam kami bertolak balik ke Sek Men Teknik , ambil van dan balik dengan seribu kepenatan... sebenarnya penat melayan si kecil adnin... aduhai anak!


15 Disember 2008

KEM MOTIVASI "KEINDAHAN BERSAMA MU"


ASSALAMUALAIKUM....


para peserta kem keindahan bersama mu di hari program


SALAM TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA URUSETIA&PIHAK PENGANJUR KEM MOTIVASI "KEINDAHAN BERSAMA MU" KHUSUSNYA JKKK TELOK BAHANG&TITI TERAS. ANJURAN BERSAMA DENGAN JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)&KELAB REMAJA JIM (KRJ) TELAH DIADAKAN DI SEK MEN TELOK BAHANG PADA 13&14/12/2008. KEM YANG DIADAKAN SELAMA DUA HARI 1 MALAM TURUT DIHADIRI OLEH DUA ORANG ANAKANDA PUTRI SAYA. WALAUPUN KEM TERSEBUT DIADAKAN SECARA PERCUMA MASIH RAMAI WARIS YANG TIDAK BERMINAT MENGHANTAR ANAK2, BIASALAH KEM KEAGAMAAN SEPERTI INI... MEREKA TAK TAU BETAPA SUSAHNYA PENGANJUR NAK CARI SUMBER KEWANGAN DEMI KEPENTINGAN ANAK2.


KAMI SEBAGAI WARIS TELAH DIUNDANG DI AKHIR PROGRAM TERSEBUT. SEWAKTU KAMI DIPERTEMUKAN DENGAN ANAK2 MASING2 DENGAN PENUH RASA KEINSAFAN SAMADA DI PIHAK WARIS MAHUPUN ANAK2. MUNGKIN SLOT PENGISIAN SELAMA DUA HARI TERSEBUT TELAH SEDIKIT SEBANYAK MENIMBULKAN RASA KEINSAFAN DI HATI ANAK2 YG MENGIKUTI KEM TERSEBUT. MANAKALA DIPIHAK WARIS PULA PERJUMPAAN SELAMA 2JAM (10.00pg hingga 12tghari) TELAH DIBENTANGKAN DENGAN TAYANGAN2 YANG PENUH KEINSAFAN. SEBAGAI IBU BAPA KITA JUGA KADANG2 TAK LEPAS DARI MEMBUAT KESILAPAN PADA ANAK2.


berbaris di kanan baju biru kak uda & 3 dari kiri baju biru kak tih


MAKA PADA PERTEMUAN TERSEBUT ANAK2 DIMINTA MEMOHON AMPUN PADA IBU BAPA MASING2 BEGITU JUGA IBU BAPA DIMINTA MEMAAFKAN KESILAPAN ANAK2...

FUH!! MEMANG MENYAYAT HATI... DEWAN TERSEBUT BERGAUNG DENGAN TANGISAN ANAK2&WARIS MASING2. HATI SAYA JUGA TERSENTUH (SEBENARNYA TELAH TERSENTUH SEMENJAK MEREKA BERBARIS MEMASUKI & BERATUR DIHADAPAN DEWAN) SEWAKTU DUA PUTRI SAYA MENERKAM KEARAH SAYA SAMBIL MERAUNG, MENDAKAP SAYA MEMOHON AMPUN. ERMMM SEPERTI BIASA SAYA SEBAGAI IBU MEREKA SEMENJAK MEREKA BERDUA LAHIR 15&12 TAHUN YANG LALU TIDAK PERNAH MENYIMPAN DENDAM ATAU MARAH YANG BERPANJANGAN PADA ANAK2. BUKAN SAJA PADA MEREKA BERDUA TETAPI JUGA PADA LIMA ANAK2 SAYA YANG LAIN. SAYA SENTIASA BERDOA MINTA DIBUANG PERASAAN MARAH YANG BERPANJANGAN PADA ANAK2 ATAU RASA KECIL HATI PADA MEREKA. YANG SAYA MAHUKAN HANYA KEJAYAAN MEREKA DUNIA AKHIRAT.


ibu & anak2 saling bermaafan dan bertangisan antara satu sama lain


HARAPAN SAYA PADA PROGRAM "KEINDAHAN BERSAMA MU" INI AKAN DITERUSKAN PADA SESI2 YANG LAIN SECARA KONSISTEN. SEMOGA ANAK2 YANG MENGHADIRI PROGRAM TERSEBUT TERMASUK DUA PUTRI SAYA INI AKAN MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN BERGUNA PADA PROGRAM INI.

SEKALUNG TAHNIAH YANG AMAT SANGAT PADA PIHAK PENGANJUR KHUSUSNYA PADA SAUDARA MD TUAH ISMAIL YANG MENGETUAI PROGRAM TERSEBUT. BELIAU ADALAH PENGERUSI JKKK TITI TERAS YG JUGA YDP JIM DAERAH BARAT DAYA. BELIAU JUGA SAHABAT SAYA SEWAKTU DALAM PIMPINAN JEMAAH BALIK PULAU SATU WAKTU DULU.....SAYA DAH AGAK KETERLIBATAN BELIAU DALAM PROGRAM TERSEBUT SEWAKTU SAHABAT KAMI S/USAHA JKKK TELOK BAHANG SAUDARA MOHD ISA ALI MENAWARKAN PUTRI KAMI MENGIKUTI KEM TERSEBUT. TERIMA KASIH JUGA PADA SAUDARA MOHD ISA ALI DIATAS TAWARAN TERSEBUT.



saya tak lepas peluang memberi ucapan tahniah pada pihak penganjur



SEKIAN
SALAM

Sek Men Telok Bahang


Assalamualaikum...


kak tih akan memulakan alam baru di asrama

Pagi tadi ke Sek Men Telok Bahang untuk pendaftaran ke Form 1 Nurul Adeebah (kak tih). Alhamdulillah kak tih dapat ke Kelas Aliran Agama maknanya dok asrama ler.. kurang lagi seorang anak2 saya yang dok di rumah. tak apa biar dia cari pengalaman berdikari. Dah beli juga sebahagiaan barang2 sekolah&asrama dia. Jenuh juga untuk menyediakan belanja sekolah anak2 di zaman sekarang ni tapi demi kejayaan anak2 saya dan suami akan pastikan kelengkapan persekolahan anak2 cukup untuk pembelajaran yang sempurna lagipun suami saya ni amat baik&bertanggungjawab kalau membabitkan hal sekolah anak2. apatah lagi kalau berkaitan dengan buku2, yuran&sebagainya. Dia sanggup perabis demi untuk anak2. kalau tak ada juga dia akan usaha cari kalau tak ada juga dia akan bagitau anak2 minta tangguh ke waktu lain. sebab tu kalau betul2 tak ada duit yang mencukupi dia tak akan bawa anak2 masuk kedai buku atau PC Fair.


Tapi bermula tahun depan Mohd Afnan (angah) akan ada dirumah. Dia dah habis SPM sementara nak dapat tawaran kemana2 dia ada di rumah sambil2 kerja di Pizza Hut. Baru semalam dia mula kerja. dapatlah bantu2 untuk manambah perbelanjaan dia ke IPT mana2 nanti. anak lelaki tak sama dengan anak perempuan, tata dulu lebih berminat dok rumah semasa menunggu result SPM. angah pula dia nak cari kerja...alhamdulillah dapat lepas dia pun jadi ler. tapi saya dok mengusik dia "tak sabar nak tunggu angah belanja duit gaji pertama".

Cuma tinggal nak beli baju2 sekolah jer lagi untuk Nurul Amirah(kak uda), kak tih, Nurul Atiqah(kak cik). cadang nak beli yg dah siap jer senang. untuk Nurul Adilah (kakak) yang akan ke Pra Sekolah tahun depan akan di urus semasa hari orentasi nanti.


ermmm malam ni suami saya ajak kami sefamily join group pembantu2 urusetia Takraw ke Pesta Pulau Pinang. Masuk malam ni baru 2x kami ke Pesta Pulau Pinang walaupun dah 17tahun menetap di Bumi Pulau Pinang ni. Tak ada apa yang menarik sangat pun di Pesta tu (tak rugi pun kalau tak p) tapi bagi anak2 mungkin seronok menaiki permainan2 yg disediakan. Sambil melihat2 barangan jualan yang dipamerkan seronok kalau p berduit lebih tapi dengan kegawatan ekonomi ni lebih baik berjimat cermat beli apa yang perlu jer..... niat p malam ni dah bagitau anak2 kita p ronda2 jer (sebab p kali pertama tahun lepas depa enjoy sakan main macam2 permainan) melayang juga ler hampir RM150.00 dengan bermain permainan2 yg disediakan. tapi tahun ni rezeki kurang sikit so kena berjimat cermat.... tapi anak2 kami jenis yang memahami... I'ALLAH pesta tu ada tetiap tahun.


oklah jumpa dilain catatan.

salam


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih&Penyayang


Tidak ada manusia yang tidak hendak hidup sempurna, Ingin kaya, ingin rumah besar, ada kereta, ada harta, Memperolehi pakaian yang cantik, pakaian mewah, perabot rumah yang mahal, Dapat pangkat yang besar, gaji yang lumayan, alat-alat hidup yang canggih,


Ini adalah benda-benda atau perkara yang lahir, Yang bersifat maknawi dan rohani tidak kurang pula diperlukan oleh manusia. Inginkan ilmu yang banyak, pengalaman yang luas, jiwa yang bahagia, Tapi Tuhan tidak akan memberi manusia, serba lengkap dan sempurna, Begitulah yang terjadi di dalam kehidupan manusia.


Manusia perlu ingat, di dalam memburu kehidupan yang sempurna jangan sampai kehilangan Tuhan, Di dalam apa keadaan pun Tuhan mesti dipertahankan. Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya, Tidak ada erti mendapat segala-galanya kalau kehilangan Tuhan, Biarlah segala-galanya itu di dalam kekurangan tapi jangan kehilangan Tuhan, Tuhan adalah hidup mati kita Yang lain adalah untuk sementara sahaja, Rugi besarlah manusia kerana inginkan kesempurnaan dan kemewahan hidup tertinggal Tuhan,


Apabila kehilangan Tuhan,manusia tidak akan hidup bahagia, Kerana Tuhan itu adalah sumber kebahagiaan, Kehilangan Tuhan, kehilangan sumber kebahagiaan, Ini terbukti orang yang tidak mempedulikan Tuhan walaupun serba ada tetapi tidak tenang dan tidak bahagia.