Assalamualaikum.....
18 september 2009 / 27 ramadhan 1430
Hari ini menjadi hari yang amat sibuk. Walaupun selama seminggu ni saya telah mula membuat operasi mengemas rumah, membasuh kain2 langsir satu persatu & juga membuang segala macam sampah2 yang berada dalam rumah yang selama ini sayang nak dibuang atau dikitar semula. Tapi selama seminggu ni, itulah kerja saya. Jangan sesiapa berani mencari barang2 mereka ketika ini, semuanya yang saya rasa tidak berguna lagi saya buang atau kitar semula. Beri pada apek paper lama.
Elok aje siap mengemas, Kak Uda sibuk ajak buat kuih raya. Dah bertahun juga saya tak buat kuih raya sendiri sebab tahun2 yang lepas setiap kali ramadhan menjelang, hingga diakhir2 ramadhan saya masih bergelut dengan kuih muih jualan bazar ramadhan. Kebetulan tahun ini saya rehat dari semua kelam kabut tu, maka bila Kak Uda beria2 ajak buat kuih raya saya pun jadi teruja.
Selepas terawih tadi kami mulakan operasi membuat kuih raya. Hari ini terhasil satu jenis aje, biskut mazola. Saya dah kata kat Kak Uda kita buat jangan banyak jenis, 2,3 jenis cukup tapi kita buat lebih.
Sambil2 Kak Uda memproses biskut mazola, saya menyediakan serunding ayam. Tak banyak pun buat hanya 2 ekor ayam tapi nak masaknya dari malam bawa ke pagi.
Angah sampai penang dari Terengganu 16 hb, malam ni Tata sampai dari Tanjong Malim.
##############################
19 september 2009 / 28 ramadhan 1430
Kak Wa ( Makjang), kakak ke 3 suami saya, anak & menantunya Hanim&Norimi juga dua anak kecil mereka akan beraya dengan keluarga kami tahun ni. Mereka sampai pukul 10 tadi. Kebetulan Hanim ada ni, Kak Uda belajar lagi buat Almond London & Cornflake Madu, juga Kek Coklat. Hanim memang pandai buat kuih. Saya pula dah lama tak buat kuih raya jadi dah kurang skill, dengan adanya Hanim ni dapatlah reply balik apa2 yang dah lupa.
Sebelum mereka sampai tadi, Saya & Baba juga Tata kekedai uruskan beberapa perkara untuk BBQ malam esok. Tak jemput saper2 pun hanya ahli keluarga & beberapa kenalan rapat. Saja, dah lama teringin nak buat BBQ di Kuarters ni, I'ALLAH malam esok. So, tadi p cari tempat bakar ler kat kedai di Ujung Pasir.
Lepas tu p Pasaraya GAMA, cari beberapa benda lagi untuk raya. Saya ingat nak p beli bekas kuih yang saya berkenan masa p shoping baju raya anak2 aritu, masa tu bajet tak ada. Hari ni cadang nak p beli lah, tapi frust sangat model yang saya berkenan tu dah habis stok. Ada yang lain, tapi tak apalah. Ok lah juga. Rumah orang lain rasanya dah lama pakai bekas kuih bertangkai ni, tapi saya baru nak merasa.
Balik dari kedai, kami semua mulakan dengan kerja masing2. Kak Uda dengan operasi kuih rayanya dibantu Kak Tih, Kak Cik & Kakak & dah tentulah dengan cikgu baru mereka Hanim, saya sibuk membuat persiapan berbuka sambil mengemas2 apa yang patut, Kak Wa ( Makjang) sibuk dengan ketupat daun palasnya, Baba dah tolong buka daun palas tadi. Tata dengan operasi rendang ayamnya. Yang bestnya Tata dah pandai balut ketupat daun palas. Benda yang saya belajar dengan entah berapa ramai guru selama 20 tahun ni, tak pernah berjaya walau sebiji, tapi dia dah dapat buat. Lepas ni tak adalah masalah lagi kalau nak makan ketupat daun palas bila raya.
Riuh betul rumah saya. Akhirnya sampai pukul 4 pagi kami masih di dapur dengan biskut raya. Entah pukul berapa saya tertidur diruang dapur yang selama mendiami rumah ni tak pernah lagi tidur didapur. Hanya terjaga bila Kak Uda kejut masuk bilik. Dia kata dah siap semua kuih raya.
baba bersama norimi sedang menikmati tomyam kaki ayam untuk hari terakhir ramadhan
tolong buka daun, tolong balut sekali boleh ke?
dah lama saya idamkan bekas kuih bertangkai ni, tahun ni baru dapat
biskut almond london buatan kak uda dibantu hanim
##############################
20 september 2009 / 1 syawal 1430
Selepas subuh, saya sempat juga melapkan sebentar mata. Mengantuk sangat. Pukul 8 pagi Saya, Baba, Angah, Kak Tih, Kak Cik & Norimi bersiap ke Masjid Negeri. YaAllah! Punyalah ramai manusia. Dibahagian muslimat sampai ketangga penuh dengan jemaah.
Semua jemaah betul2 menjadi rapat & lurus safnya. Betul2 bahu bertemu bahu, kaki bertemu kaki. Ketika menanti jemaah sedikit reda untuk keluar saya sempat melihat para jemaah beratur bersalam dengan TYT, TKM1 & Speaker DUN Pulau Pinang.
Balik saja dari Masjid, anak2 dara saya dah siap mengemas & menyusun atur rumah. Kuih2 pun dah disusun dalam bekas kuih baru saya. Selepas bersarapan dengan ketupat rendang, kami bersalam2an, memohon ampun dan maaf diatas segala salah silap. Walaupun saya merasa agak sedih sedikit kerana teringatkan mak abah dikampung, tetapi agak seronok juga kerana rasa riuh sangat rumah dengan kehadiran keluarga Kak Wa
ayahbonda sudah tiada, tinggal kakak sebagai pengganti
tiba2 terasa syahdu, bang.. ampunkan salah silap ayang ya...
tata mendahului memohom sembah salam, ampun maaf pada baba & mama
giliran angah waris kuat baba & mama
giliran kak uda memohon maaf
kak tih bercucuran airmata
kak cik masih bergelak ketawa
tiba giliran kakak, tiba2 dia mendayu2 menangis & tangisannya berterusan sehingga semua ahli keluarga dia salam
hanim sekeluarga
Kami mengambil keputusan untuk beraya di Telok Bahang. Sebelum tu singgah di rumah kawan di Batu Feringghi. Balik dari Telok Bahang dah pukul 5. Kena buat persiapan untuk majlis BBQ malam ni. Walaupun simple, tapi saya mahu pastikan majlis malam ni sempurna sebagai menghormati tetamu.
Akhirnya terhasillah menu utama ayam, daging lembu, daging kambing, sosej yang dibakar. Sebagai sampingan roti jala & kari daging, kentang goreng, ketupat rendang, minuman koktel & markisa. Dan tak lupa juga kuih raya hasil buatan anak2 saya.
Terima kasih pada Kak Wa, Hanim & Norimi serta anak2, Naziyah sekeluarga yang turut sama memeriahkan majlis, Kak Siah & Abang Hasan serta anak menantu yang sudi hadir, Kawan2 Angah, Kak Tih & Kak Cik yang turut sama meriuhkan majlis kecil kami. Majlis BBQ berakhir pada jam 12 malam. Walaupun selepas itu Angah menyambung dengan beberapa orang kawan2nya, tapi saya dah tak larat nak tunggu.
##############################
21 september 2009 / 2 syawal 1430
Cadangnya pagi ni nak bawa Hanim sekeluarga ke pantai. Anak Hanim, Wafa teringin nak mandi laut. Itulah antara tujuan utama mereka beraya di Penang. Tetapi kerana punya leka bersembang malam tadi sampai pukul 2 pagi, akibatnya lepas solat subuh tadi semua orang sambung tidur balik. Jawabnya laut kemana, orang kemana.
Kami hanya kepantai pada jam 5 petang setelah mereka balik beraya di Jelutong. Saya & Kak Wa tak turut serta ke Jelutong kerana plan saya nak selesaikan kain baju kotor yang bertimbun sebab esok dah nak balik Kampung di Kedah. Tapi kami akan ikut serta ke pantai.
Punyalah seronok Wafa dapat mandi laut. Tapi saya tengok daddy dia yang paling xcited. Lepaslah juga kempunan Wafa nak mandi laut. Sempat juga tengok sunset...
Malam dah letih, kebetulan Baba dapat kupon diskaun murah US Pizza, kami pakai telefon je minta hantar Pizza. Maka malam tu kami semua pekena 3 keping besar Pizza. US Pizza, tapi tak sesedap Pizza Hut. Rasanya Pizza yang saya buat lagi sedap dari Pizza tu. Tapi sebab dah dapat kupon murah tu, tak kisahlah. Sesekali pesan makanan hantar kerumah, apasalahnya.
Malam ni kami tidur agak lewat juga. Biasalah bila dah berkumpul2 macamni, semua kisah2 lama keluar. Gossip2 sikit, kenang nostalgia lama sikit. Kak Wa anak beranak pulak memang sporting habis. Memang masuk kepala dengan kami. Masa semua orang tak suka saya dulu, Kak Wa sekeluargalah satu2nya famili suami yang menerima saya. Dia yang datang pinang saya & satu2nya famili suami yang hadir kemajlis perkahwinan saya & suami di Johor.
##############################
22 september 2009 / 3 syawal 1430
Walaupun awal pagi bersiap untuk balik kampung, tapi sebab ramai pukul 11 juga baru kami dapat bertolak dari rumah. Kami konvoi sebiji van & sebiji kereta. Destinasi kami ke Kulim, rumah Kak Siah (Mak Tih ), Kakak ke 4 suami saya. Sebelum tu Angah ajak beraya rumah kawannya Alif di Bukit Mertajam. Alif ni juga kawan Kak Uda masa mereka menuntut di Maktab Mahmud Bandar Baharu dulu.
Pukul 3 baru kami sampai rumah Kak Siah di Taman Angsana, Kulim. Kak Siah menyediakan Nasi Ayam & Dalca. Rehat2 sekejap rumah Kak Siah, kami memulakan destinasi satu lagi rumah. Disini kami dijamu dengan laksa. Semoga pertemuan pertama kali dengan keluarga ini akan menerbitkan ukhwah yang berpanjangan. Saya merasakan ada keserasian dengan keluarga ini. Semoga Allah memakbulkan apa yang dirancang. Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Amin.
Perjalanan diteruskan ke Gunung Keriang, rumah Kak Cik ( Mak Ngah ), kakak ke 2 suami saya yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya pada hari khamis nanti. Kami sampai sekitar jam 10 malam. Kami akan berkampung di sini selama 2 hari ini. Cadangnya esoknya nak beraya di Tokai ( Kampung suami ) & juga rumah saudara mara yang lain. Tetapi kerana kenduri dirumah kak Cik ni diadakan secara gotong royong, pakatan sesama orang kampung maka plan kami tergendala. Tak tergamak nak beraya ketika orang sibuk berewang.
##############################
23 september 2009 / 4 syawal 1430
Akhirnya sampai malam kami terperuk dirumah sambil merebus telur, memasang bunga telur, membungkus kuih muih, sesekali saya menjengok2 orang2 pakatan mengupas bawang serai dan bagai lagi, membasuh ayam dan segalanya. Sebenarnya tak perlu sibuk2 pun buat semua tu, sebab orang2 pakatan di kampung ni dah ramai sangat. Tapi sebab ada 'sorang dua' yang menjadi pengarah tak bertauliah yang akan mengarah itu ini, yang akan jadi tak senang bila ada orang yang tak buat kerja maka kita kena menyibukkan diri. Punya nak sibukkan diri sampai pukul 3 pagi saya menggoreng tanpa minyak, seguni kacang tanah untuk buat sambal kacang makan dengan nasi himpit. Adakah patut!
Ingatkan nak tidur bila dah selesai, rupanya dalam pada dok lepak2 nak tidur tiba2 naik 2 orang anak saudara suami saya ikut serta saya sekeluarga, Makjang mereka berborak sampai pukul 6 pagi. Bermacam cerita yang diluahkan mereka pada kami. Rupanya air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Semoga dua orang anak saudara tadi akan tabah melalui liku2 hidup sebagai seorang anak.
##############################
24 september 2009 / 5 syawal 1430
Proses memasak bermula seawal pagi lagi. Kak Cik ni tukang masak bila ada kenduri kendara di kampung tu. Jadi bila kenduri dirumahnya pun dialah yang kena masak. Hanya nasi & dalca saya tengok orang lelaki masak, yang lain Kak Cik nilah yang masak. Masa ni saya tak mahu sibuk2 sangat dah. Saya cuma membantu mengemas2 rumah & juga menyediakan hidangan untuk rombongan pengantin. Mengemas rumah yang anak2 saya gelarkan istana bukan kerja mudah. Berpeluh juga dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Nampak macam mudah, rupanya rumit & renyah juga. Sampai pukul 12 lebih saya belum salin uniform yang disediakan oleh tuan rumah. Saya masih belum berganti pakaian, saya masih bergelut menyempurnakan hidangan pengantin bersama hanim, baba, norimi & pengarah tak bertauliah Kak Midah (Makcik) kakak ke 6 suami saya. Tak boleh jadi ni. Saya kena siapkan cepat, tetamu dah mula sampai. Akhirnya siap juga hidangan meja pengantin. Saya tak tunggu lama di khemah pengantin. Saya pun nak melaram juga... hehehehe
Hermmm bila dah pakai uniform boria ni, saya takkan bertungkus lumus buat kerja lagi. Saya nak maintain jer. Nanti nak ambil gambar dengan pengantin mana boleh comot2. Saya sekeluarga berpakaian sedondon biru. Walaupun kali ni masing2 nak pakaian yang berbeza, tetapi sebagai merai tema pilihan tuan rumah kami tetap berpakaian sedondon biru.
Majlis berakhir kira2 jam 6 petang. Balik dari menghantar Kak Tih ( Mak Chaq ) Kaka sulung suami saya & anak perempuannya Yusro di Airport saya turut sama menyinsing lengan & kain membasuh pinggan mangkuk hidangan rombongan pengantin tadi. Mujurlah pinggan mangkuk kenduri telah diselesaikan oleh pakatan. Walaupun cuma membasuh pinggan mangkuk rombongan pengantin, naik kematu juga punggung saya bersila. Habis basah lencun kain baju saya membasuh pinggan mangkuk, cawan yang bertimbun bertiga dengan Kak Salmah ( Makndak ) kakak ke 5 suami saya & Fadhilah anak saudara suami saya yang juga kakak pengantin perempuan. Terima kasih pada Fadhilah yang menghadiahkan keronsang mutiara dari Sabah untuk setiap mak saudaranya. Saya mak saudara ipar pun dapat, terima kasih ya... memang cantik!
Selesai mengemas apa yang patut, saya bersiap untuk balik ke Penang malam tu juga. Angah akan naik bas balik Terengganu malam esok. Rasa sayu juga meninggalkan saudara mara yang masih berkampung disini. Walau ada berbagai gossip yang timbul atau ditimbulkan, tetapi hakikatnya saya seronok berada dalam keluarga besar ini. Mungkin saya takkan dapat lagi laluinya bersama keluarga sendiri, tetapi adalah diharapkan saya dapat menumpang kasih di antara ipar2 duai, biras2, anak2 saudara serta cucu2 saudara dalam keluarga besar ini. Kak Wa ikut kami balik ke Penang. Hanim, suami & anak2nya bermalam di rumah tok mereka sementara menanti hari kenduri di rumah pengantin lelaki di Sungai Petani 26hb nanti.
##############################
25 september 2009 / 6 syawal 1430
Tiada aktiviti hari ni. Hanya merehatkan badan yang amat keletihan. Penat sangat. Malamnya saya, Baba, Tata, Kak Uda, Kakak & Nin menghantar Angah ke Stesen Bas Sungai Nibong. Suasana disayukan dengan rajuk Nin, berat membiarkan Angah kesayangannya pergi ke Terengganu.
Balik dari hantar Angah, teringat ada jemputan kenduri dari Imam Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong. Majlis perkahwinan anak perempuannya diadakan di Dewan Sri Penang. Mujurlah majlis bermula jam 5 ptg hingga 10 malam. Kami langsung ke DSP sebagai merai jemputan. Mujurlah pakai baju elok masa hantar Angah tu...
Malam ni saya tidur awal dari biasa. Pagi esok ada aktiviti menanti........
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
##############################
26 september 2009 / 7 syawal 1430
9 pagi bertolak ke rumah baru kami di Sungai Petani. Masih tiada apa2 dirumah baru ini. Tapi kami jadikan tempat persinggahan untuk bersiap ketempat kenduri pengantin lelaki nanti. Yang penting ada air & api. Kami akan renovate rumah ni sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Semoga kami dapat menjadikan rumah ini sebagai rumah idaman kami. Walaupun mungkin tidak sebesar & semewah rumah orang lain tetapi inilah dunia kami. Inilah syurga kami dihari tua nanti. Bukan senang kami mendapatkan rumah ini. Dengan keringat, dengan airmata.
Pukul 12 kami bersiap untuk turut serta rombongan dari Gunung Keriang. Kami bertemu di Plaza Tol Sungai Petani Selatan. 10 biji kereta semuanya. Sampai rumah pengantin, kami sungguh2 dirai. Tema rumah pengantin lelaki warna hijau. Kebanyakkan kami berpakaian hijau termasuk keluarga saya. Kami beredar dari rumah pengantin setelah menyerahkan pengantin perempuan sekitar jam 3 petang. Sebahagian ahli rombongan kami pelawa ke rumah baru kami untuk berhenti rehat & menunaikan solat. Jam 6 petang kami memulakan perjalanan ke destinasi masing2.
Hanim, suami & anak2nya bermalam di rumah pakcik mereka di Sungai Ara, manakala Kak Wa tetap setia bersama kami. Mereka sekeluarga akan pulang ke Hulu Yam pada hari isnin.
##############################
27 september 2009 / 8 syawal 1430
Harini masa untuk merehatkan diri. Sejak dari semalam pinggang saya sakit betul, macam nak tercabut. Masak pun dah petang tadi. Makan apa yang ada je dulu. Sambil2 kemas rumah, selesaikan kain baju yang bertimbun. Tak pernahnya surut kain baju kotor kat rumah saya ni.
Malam, lepas maghrib bergerak ke dua destinasi. Hantar Kak Uda balik asrama di Kepala Batas & hantar Tata naik keretapi di Butterworth. Hantar Kak Uda dulu. Selambanya je kena tahan dengan pak guard sebab hantar anak lepas pukul 6.30. Siap tunjukkan saya senarai peraturan balik asrama & waktu melawat. Walhal selama ni memang hantar malam pun. Ataupun selalunya mesti lewat. Jarang2 sekali hantar sebelum 6.30 petang. Tak pernah pun kena tahan atau kena lecture. Alih2 hari ni kena tahan, katanya tak benarkan kami masuk asrama. Dia suruh balik dulu, pagi2 esok hantar terus ke sekolah. Nak M_ _ P U _! Ingat dekat ker?
Angin juga saya kat pak guard tu. Kerex semacam jer pulak arini. Siap tanya, suami tak ada ke nak cakap! Sampai saya yang turun dari van! Lepas tu suami saya menonong je masuk kawasan asrama. Saya kata kalau dia marah nanti jawablah sendiri. Saya tengah hot tempere boleh pulak suami saya kata pak guard tu melawak. Yalah, bukan dia yang bersoal jawab dengan pak guard tu tadi... Nasib baik bila keluar tak kena tahan pulak! Hai, nasib baik hari raya lagi kalau tak... kalau saya tak bergaduh dengan pak guard tu memang orang lain le yang kena tadi!
Sementara menunggu train Tata pukul 11 malam, kami ziarah kawan di kuaters guru BM. Pukul 10.15 baru bertolak ke Butterworth.
Mungkin setakat inilah raya saya sekeluarga. Anak2 pun dah balik ke destinasi masing2. Sekolah bermula semula hari ini. Rumah dah mula terasa sunyi. Sehari dua lagi kami akan mula puasa 6.
Kepada semua pengunjung blog Mama Moden ni, Selamat Hari Raya sekali lagi saya ucapkan. Semoga raya tahun ini mendatangkan kenangan manis dalam hidup kita.
##############################