New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

31 Mac 2013

Berdiri Atas Kaki Sendiri....

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik akhirnya hari ini sudah genap 2 tahun saya menjalani hidup sebagai MaMa Tunggal. Rasa terlalu cepat masa berjalan. Kaki saya melangkah terus kehadapan tanpa saya menoleh semula kebelakang. Berbagai rasa yang saya alami sepanjang tempoh 2 tahun ini.

Sebelum 31 mac 2011 yang lalu sering terdetik dalam fikiranhati saya bahawa saya takkan dapat melalui hidup sendirian tanpa 'DIA' sebagai suami saya. Ketakutan sering melanda diri bagaimanakah akan saya lalui hidup ini sendirian dengan berbagai dugaan & cabaran sebagai seorang JaNDa... title yg glomour tapi amat ditakuti o0leh semua wanita apatah lagi jika bercerai hidup.

Akhirnya 31 mac 2011 terjadi jua. Sebaik melangkah keluar dari kamar keramat itu saya terus melangkah tanpa berpaling lagi kebelakang. Jauh sekali untuk melalui semula alam rumahtangga yang pernah saya kecapi selama 21 tahun 9 bulan itu bersama 'DIA'.... Cukuplah sekali itu saya diberi peluang oleh Allah mengecapi bahagia bersama dalam suka mahupun duka, dalam tawa mahupun tangis. Kami telah melakukan yang terbaik untuk rumahtangga kami sepanjang tempoh itu. Ketika badai melanda kami juga telah mencuba sehabis baik demi menyelamatkan apa yang telah kami bina, namun apakan daya jodoh kami terhenti setakat tarikh itu sahaja. Itu takdir yang telah Allah tetapkan buat kami.

Detik ini, hari ini 31 mac 2013 saya masih sendiri melalui hidup ini. Kadangkala dikunjungi anak2 ketika waktu cuti persekolahan. Anak2 yang sudah dewasa yang telah pandai melangkah selalu menziarahi saya ketika mereka berkelapangan. Seperti biasa juga jika ada peruntukan kewangan & masa saya akan ke Penang menziarahi mereka.

Dengan keterbatasan waktu bersama anak2 kami gunakan dengan penuh kualiti agar masa yang suntuk itu dapat kami gunakan sebaik mungkin. Sesekali berkumpul kami masak2 bersama, makan2 bersama, sembang2 seakan tak mahu berhenti. Setiap anak yang mahu bercerita mahukan saya memandang kearah mereka. :) hehehehe bayangkan lajunya pergerakan kepala saya memandang 7 wajah permata hati saya....

Dalam bergelak ketawa tiba2 kami semua terhenti lantas salah seorang akan kata " dah lama kita tak ketawa camni!"....

Saya tau dalam riak tawa permata2 hati kami mereka rindukan suasana dahulu. Namun apakan daya kami tak mampu lagi penuhi keinginan mereka seperti dahulu. Apa yang kami cuba lakukan bahagiakan mereka semasa mereka bersama setiap seorang dari kami. Ketika berada disana mereka tentulah lagi lengkap keadaannya sebagai sebuah keluarga berbanding ketika bersama saya yang masih sendiri namun selagi kudrat masih ada saya akan cuba membahagiakan mereka dengan apa daya saya dengan apa adanya.

Alhamdulillah dari mata kasar saya nampak permata2 hati saya sudah dapat menerima keadaan ini. Itulah yang amat saya harapkan. Tiada apa yang mampu saya katakan pada mereka hanya perkataan maaf jika saya tak sempurna untuk membahagiakan hari2 mereka....

Detik ini, kaki saya akan terus melangkah... setapak demi setapak. Kadang2 saya berlari, kadang2 saya bertatih malah ada ketika saya bertongkat untuk terus melangkah. Kadang2 ketika melangkah kaki saya tersadung lalu saya rebah. Tapi kerana semangat yang masih ada saya bangkit kembali demi sebuah kehidupan. 

Terima kasih buat 7 permata2 hati saya, kaum keluarga... mak, abah, kakak2, adik2, anak2 saudara jauh & dekat. Kenalan2 rapat ataupun jauh dialam maya atau dialam nyata yang banyak membantu saya dalam menempuhi tempoh 2 tahun ini... Hanya doa yang berpanjangan agar kalian semua dilimpahi rahmat Ilahi....




semoga mereka dalam pemeliharaan Allah


2 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

As salam
Semoga semangat ini juga dapat saya pelajari dan mengambil iktibar. Moga saya juga sekuat Mama Moden

MaMa MoDeN berkata...

salam Saudara Budiman..
saya xkuat sbnarnya...cma blajar utk jd kuat!