New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

18 Ogos 2011

Mengapa Kuih DoNuT Berlubang Di Tengah....


Assalamualaikum.....

Sempena ramadhan ni saya teringat beberapa tahun yang lepas saya bertungkus lumus membuat juadah kuih muih untuk berbuka puasa semasa ramadhan. Kuih muih yang saya buat ditempah oleh hotel2 berdekatan kediaman saya & saya juga letakkan kuih muih di 3, 4 kedai dibazar ramadhan Tanjong Tokong.

Setiap hari berjenis2 kuih yang saya buat sendirian dalam jumlah yang banyak, jumlah tersebut bertambah menjelang ramadhan. Setiap ramadhan saya hanya tidor selama 3 jam sahaja selepas subuh, bermula jam 9 pagi saya harus menyambung semula proses2 membuat kuih muih yang terhenti sebelum bersahur.

Proses membuat kuih muih mesti bermula selepas waktu berbuka. Bermula kekedai membeli bahan2 hinggalah proses membuatnya sepanjang malam hingga kepagi. Saya hanya berhenti sewaktu mahu menyediakan hidangan bersahur untuk keluarga, kemudian selepas solat subuh saya akan tidor sebentar tetapi mesti bangun & mulakan proses membuat kuih muih bermula jam 9 pagi.

Jikalau saya terlewat sedikit pastinya kerja2 takkan siap menjelang jam 3 petang untuk dihantar ke bazar & pastinya ketika agen hotel mahu mengambil kuih muih yang ditempah dirumah saya tak sempat siapkan, jadi saya kerja seperti lipas kudung. Penat tetapi amat menyeronokkan apabila memikirkn imbuhan yang akan saya dapat untuk belanja aidilfitri nanti.

Antara kuih muih yang saya buat beratus2 jumlahnya setiap jenis adalah karipap pusing, karipap sardin, spera gandum, roti roll sardin, sri ayu, cok badak, cok keria, pulut udang, pulut inti, lepat pisang, lepat ubi, buah melaka, kuih lapis, seri muka , pau & DoNuT....

Berbalik kepada tajuk post saya, rupa2nya pada zaman dahulu, kuih donut tidak berlubang ditengah2 seperti yang ada sekarang. Kuih donut di buat bulat & leper sahaja. Tetapi selalu terjadi dibahagian tengahnya akan menjadi sedikit liat.

Sehinggalah pada suatu hari dalam tahun 1874 ketika seorang ibu sedang membuat kuih donut, anaknya yang bernama Hanson Crockett Gregory asyik memerhatikan ibunya membuat donut di runah mereka di Rockport sebuah tempat terletak di Pekan Maine, Pantai Atlantik Amerika Syarikat.

Sama seperti kanak2 lain, Hanson bertanya kepada ibunya mengapa dibahagian tengah donut terasa liat untuk dimakan. Seperti kebanyakan ibu2 yang lain, ibunya bosan mahu menjawab pertanyaan Hanson.

Bila pertanyaannya tidak dijawab, Hanson mengambil beberapa biji donut yang telah dibentuk ibunya yang belum dimasak & membentuk lubang ditengah tiap tompokan kuih itu dengan garfu. Kemudian ibunya memasak kuih itu & didapati kuih2 yang berlubang itu lebih cepat masak berbanding kuih yang tidak berlubang. Rasanya lebih sedap serta mudah dikunyah sebab ia menjadi lembut.

Hari ini sebut sahaja donut, kanak2 pun tahu jenis kuihnya - bulat & berlubang ditengah.

Sekarang ini papan tanda khas telah dipasang dirumah tempat kelahiran Hanson Crockett Gregory sebagai memperingati peristiwa bila mana remaja itu memperkenalkan donut yang berlubang.

Ermmm terasa nak buat DoNuT lah pulak, nantilah tunggu Angah & adik2nya sampai sebelum aidilfitri, mungkin masih sempat beberapa hari berpuasa bersama mereka....





Tiada ulasan: