New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

03 Februari 2010

Perginya Seorang Mujahadah... Salam Takziah

Assalamualaikum.....


Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamah adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS Pusat, Negeri, Tumpat dan Pasir Puteh.

Sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing. Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid.

Secara peribadi, saya pernah menjadi pendokong & memikul amanah dibawah kepimpinan Allahyarhamah. Allahyarhamah seorang pemimpin yang amat baik tingkahlaku & peribadinya.

Kami memanggilnya Mak Som. Allahyarhamah lebih bersikap keibuan, lemah lembut dalam memimpin.

Kenangan bersama Allahyarhamah yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika Allahyarhamah berkunjung ke Pulau Pinang & menginap di rumah tamu USM. Ketika saya bersama anak saya ingin bersama beberapa AJK Muslimat Pulau Pinang meraikan Allahyarhamah, saya sesat mencari rumah tamu yang didiami.

Berpusing2 saya disitu beberapa kali, hingga Kak Maziah meminta saya menunggu di jalan masuk. Saya yang kebingungan terus saja berpatah balik mengikut jalan one way. Apatah lagi pak guard di pindok pengawal terus mengekori kereta saya & teruk juga saya dileterkan pak guard tu. Seram sejuk juga saya kerana marah betul pak guard tu. Macam2 yang disoalnya kepada saya. Mujurlah Kak Maziah cepat sampai ditempat saya menunggu & memberi penjelasan kepada pak guard.

Alfatihah buat Allahyarhamah Mak Som....'



1 ulasan:

ONE ZABA berkata...

salam takziah buat keluarganya...al-fatihah