Assalamualaikum.....
Hari : Menziarahi Jenazah
Masa : Hampir Maghrib
Lokasi : Kediaman Jenazah
Suspek : Pembaca Quran, Mami Jarum & Isteri Jenazah Serta Seorang Pemerhati
Ketika suasana yang sepatutnya pilu kerana tuan rumah dilanda musibah, insan tersayang pergi mengadap Ilahi....
Ketika suasana sepatutnya disulami dengan ayat2 suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada si mati....
Seorang " Mami Jarum " kelihatan riuh bercerita itu & ini.
Suaranya agak kuat, nadanya ceria bercerita seperti menghadiri kenduri kendara.
Kedengaran dialog seperti ini :
"Mami Jarum" sambil tercangak2 melihat seseorang sedang membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada simati sambil tersenyum simpul ala2 "Mami Jarum".
Sekali menoleh... menoleh lagi kepada si pembaca Al-Quran sambil berdialog...
Mami Jarum : Siapa ni dok baca Quran?
Isteri Jenazah : Adik si polan
Mami Jarum : Menikah dak lagi? ( Sambil juga tercangak2 menoleh sipembaca Quran ).
Isteri Jenazah : Menikah dahhhh... Anak 7 ( sambil menunjuk isteri pembaca Quran yang sedang memerhati )
Pemerhati : ??????? Apahal lah "Mami Jarum" ni... ( Dalam Hati ). Assalamualaikum Mami, ini rumah orang mati. Bukan tempat mencari jodoh untuk anak2 Mami atau anak2 buah Mami! Ada Faham???
Alfatihah buat Allahyarham, semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman.
1 ulasan:
salam mama.. selamba jer tegur biar tahu hormat majlis.
Catat Ulasan