New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

28 September 2011

Selamat Ulangtahun Sayang....

Assalamualaikum.....

Seawal jam 6.15 pagi tadi, sebelum ke tempat kerja saya beranikan diri menelifon hanya untuk mengucapkan selamat ulangtahun pada sikecil saya itu. Sebaik panggilan dijawab saya terus minta bercakap dengan sikecil itu jika dia sudah bangun. Alhamdulillah, baru bangun katanya.

" selamat hari jadi dik, hari ni bday adik tau... esok kita jumpa... kita g kuala lumpur yer. Nanti mama beli kek bday kat adik yer"...

Hanya ermmm ermmm ermmm saja jawapan dia bernada sayu. Pelan je menjawab, mungkin masih mamai baru bangun tidor untuk kesekolah.

Hari ini 28 september 2011 genap 5 tahun usia sibujang kecil saya itu. Hari demi hari setiap kali berjumpa, saya lihat dia semakin bijak membawa diri. Dalam kemanjaannya banyak sikap berdikari, buat sendiri yang saya lihat dalam dirinya.

Dalam keadaan sekarang saya serahkan nasib anak2 saya dibawah Lindungan Allah. Semoga si kecil Mohd Adnin Firdaus bin Mohd Roshidan berada dalam keadaan sihat & selamat dibawah LindunganNya, walau jauh dari saya mama yang mengandung & melahirkannya.




Lagi kisah tentang Mohd Adnin Firdaus

kisah 1
kisah 2
kisah 3
kisah 4
kisah 5
kisah 6
kisah 7

3 ulasan:

insan_marhaen berkata...

IM pun selalu terkenang masa-masa anak IM masih kecil.

Terasa masa cepat sungguh berlalu...

hrusli61 berkata...

Selamat Hari Jadi untuk adik dari Pak Rusli.

Saya pun ada anak bungsu (insyaAllah) Muhammad Sobri bin rusli 16 tahun tapi tak boleh jumpa selalu. Kadang-kadang 1 bulan tidak boleh jumpa kerana pondok tempat dia ditempatkan peraturannya begitu.

Bagaimana keadaan dia di situ?
Selalu dan terlalu rindu padanya.
Semoga Allah memberkati usaha kita.

MaMa MoDeN berkata...

salam
bagi pihak adik
terima kasih pkcik IM & pkcik rusli..
mama rindukan adik, walaupun baru bsama nya 2,3 hari ni...