New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

28 Februari 2010

Adnin Masuk Wad Pediatrik HPP


Assalamualaikum.....

Saja nak kongsi dengan pembaca blog apa yang berlaku pada keluarga saya selama saya tidak berkesempatan nak update blog kesayangan saya ni.

Jom jelah layan gambar2 kat bawah ni.

Gambar buah hati saya sedang berehat di Wad Pediatrik C1 HPP. Setelah seminggu saya tinggalkan sebentar buah hati bongsu saya ini bersama Baba, Abang & Kakak2nya kerana saya mengambil kesempatan cuti tahun baru cina untuk pulang menziarahi Mak, Abah & keluarga di Johor.

Dalam perjalanan balik ke Penang, Tata mesej kata Adik demam. Sampai saja saya dirumah demamnya naik turun, akhirnya pagi Ahad saya kejarkan Adnin ke wad kecemasan HPP. Dengan kepanasan suhu badan mencecah 40, doktor mengarahkan Adnin dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.


Hari Pertama 21 febuari 2010


Masa ni pukul 10 pagi. Mata, mulut, mukanya merah menyala kerana kepanasan. Tupun semalaman saya berjaga untuk jerlum seluruh badannya.
Tengahari hari pertama Kak Cik & Kakak ikut serta ziarah Adnin

Kesian dia kesakitan tangannya dicucuk untuk diambil darah & dimasukkan air sebanyak 2 botol

Ada yang kata Adnin demam rindu sebab saya tinggalkan dia, balik kampung....

tapi masa hantar saya di bus stand haritu, dia tak nampak sedih pun. Salam, cium saya dengan muka happy. Angah nak balik U lagi dia sedih...

Masih keletihan, tidur je sepanjang hari

Dah petang, mula buka mata sikit. Tapi masih tak mahu makan & minum.

Susu pun minum separuh dari hari2 biasa

hahaha.. anak cyber. Tetap tak tinggal laptop dengan games kegemarannya. Tangan sebelah pun jadi....



Hari ke dua 22 febuari 2010

Masa ni dah sihat sikit, tapi masih masuk air botol ke 2. Dah mula merengek nak jalan2. Baba tolak ke kedai koperasi beli biskut & coklat
Masa ni dok ngan Baba, Alhamdulillah dah nak mula makan. Syukurlah sekolah Baba masih cuti hari Isnin. Hari selasa pula Baba ambil cuti. Dapatlah gilir2 jaga Adnin waktu siang. Saya pula bergilir malam. Kebetulan pula balik dari kampung saya memang tak berapa sihat.


Hari ke tiga 23 febuari 2010

Wah! Wah! Bergayanya dok makan kat meja bacaan tu...
Misi dah buka jarum, air dah tak masuk lagi... makin galaklak dia main games

Nyum..Nyum, makan lagi.

Alhamdulillah petang ni demam dah betul2 baik, doktor benarkan Adnin balik

7 ulasan:

ain fathihah berkata...

hahaha lawaklah adik
tengah sakit2 pun galak nak laptop dia jugak!

jAuh hAti berkata...

hoo,da hensem eyh si adik kecik nih..hero mama..hehe

limaumaniss berkata...

mcm adik saya...x boleh lepas mengadap game...hehehe...kat henfon pon jadilah....habis semua gajet2 saya jadi macam ps2....hehe.

MaMa MoDeN berkata...

salam ta,
baba ler tu rajin melayan, sian dia dok menung kat spital, siap bawakan laptop... tangan bercucuk jarum berbalut camna nak main.. tapi dah namanya Nin, gagah main tgn sebelah, ngan siku pun jadi!

MaMa MoDeN berkata...

salam amal,
hensem? hehehehe tengok ler anak saper...

nilah tinggal hero kecik mama kat umah, hero yg besar dah merantau jauh...

MaMa MoDeN berkata...

salam wanie,
adnin ni memang sakan ngan komputer & laptop.. merata games di tenet dia boleh cari main...

Insan Marhaen berkata...

anak adalah harta di dunia dan di akhirat. bagi ibu bapa yang bertanggungjawap pasti akan menjaganya sebaik mungkin. Demam anak, demamlah mereka...