Mohamad A'dnin Firdaus digelar 'miracle baby' oleh para doktor, manakan tidak.. walaupun pintu kelahiran telah terbuka 7 cm tetapi saya masih tidak merasakan kesakitan melahirkan walaupun ubat bersalin telah dua kali dimasukkan kerana kandungan telah melebihi 10 hari.
Pada awalnya setelah dua kali ubat dimasukkan saya masih tidak merasa sakit, doktor menyarankan saya dibedah memandangkan tempoh kandungan yang telah melebihi 10 hari & baby yang melebihi berat 4kg. Mujurlah disaat2 akhir, saya mula merasa sakit & proses kelahiran dapat dijalankan secara normal seperti 6 anak saya yang lain. Walaupun lahirnya seberat 4.1 kg, Alhamdulillah saya tidak langsung menghadapi kesukaran semasa melahirkannya.
Disaat berhadapan dengan keadaan itu, saya mula sedar keajaiban Allah. Saya hanya mengetahui Mohamad A'dnin berada dalam rahim saya setelah nyawanya berdenyut selama 5 bulan. Saya melalui datang bulan seperti biasa selama 5 bulan dia berada dalam rahim saya. Yang peliknya saya tidak merasa langsung keberadaannya dalam rahim saya. Tiada denyutan jantungnya, juga tiada langsung gerakannya seperti saya alami semasa mengandungkan 6 anak saya yang lain.
Walaupun menghadapi berbagai dugaan yang hampir membuat saya berputus asa, tetapi Mohamad A'dnin saya kandungkan dengan penuh kasih sayang sehingga saat dia dilahirkan.
Saya cuma rasa amat bersalah sehingga sekarang kerana dia satu2nya anak saya yang tidak menikmati keenakkan susu saya sendiri. Sejak dari Hospital dia seakan menolak setiap kali saya cuba menyusukannya. Pernah saya hampir putus asa & bertengkar dengan jururawat kerana jururawat sibuk mengajar saya bagaimana cara menyusukan bayi dengan betul, kononnya mereka sangka saya tidak pandai menyusukan bayi, sedangkan saya sudah punya 6 anak sebelum ini yang semuanya menyusu badan.
Ketika itu selama seminggu, sejak dia dilahirkan saya amat sedih & asyik memikirkan mungkin dia juga merasa perasaan saya, penerimaan saya diawal mengetahui kewujudannya dahulu. Mungkin kerana itu dia juga menolak susu saya, mengurangkan kesakitan saya dalam proses melahirkannya, menjadi anak yang baik yang senang dijaga. Dia seolah mahu saya merasakan kehadirannya tidak langsung membebankan&menyukarkan saya.
Sekarang setelah 3 tahun kelahirannya, Mohamad A'dnin Firdaus menjadi penyeri dalam keluarga kami. Keletahnya, kenakalannya pasti akan menggamit riang dalam jiwa saya, babanya, kakak2nya & satu2nya abang kesayangannya.
Selamat Ulangtahun Kelahiran sayang, sesungguhnya kelahiranmu membuatkan mama menjadi semakin tabah dalam menghadapi hari2 mendatang.
Semoga membesar menjadi anak yang baik, berguna pada agama, ibu bapa, bangsa & negara.
1 ulasan:
masa kecik ikut muka mak. dah besar sikit ni agaknya ikut muka bapa dia...
Catat Ulasan