24 Januari 2010

MEMANG KURANG AJAR!!!!

Assalamualaikum.....

SEBAGAI ANAK JOHOR, SAYA TURUT SAMA MENGUTUK KEBIADABAN BLOGGERS ADUKATARUNA TENTANG KEMANGKATAN ALMARHUM SULTAN JOHOR. DIHARAP PIHAK2 BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA BLOGGERS KURANG AJAR INI...


SAYA JUGA TELAH MENGHAPUSKAN LINK BLOG SI KURANG AJAR NI DI BLOG SAYA.


YANG PASTI TIADA MAAF BAGIMU! HUKUMAN SETIMPAL HARUS DIBERI KEPADA ORANG KURANG AJAR MACAMNI!


ALFATIHAH BUAT ALMARHUM....


BELAJAR JADI ORANG!!!!

23 Januari 2010

Daulat Tuanku....

Assalamualaikum.....



Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar Johor Baharu di sini hari ini diyakini dapat memerintah dengan baik.

Ini berdasarkan reputasi baik Baginda yang rapat dengan rakyat jelata di Johor melalui aktiviti-aktiviti bersama rakyat yang dianjurkannya. Antara yang dekat dihati rakyat Johor adalah Program Jelajah Kembara Mahkota Johor.

Adalah diharap Baginda akan dapat mentadbir negeri ini dengan baik dan akan terus rapat dengan rakyat jelata.

Tahniah Tuanku diatas pemasyhuran sebagai Sultan Johor ke 5.



JOHOR BARU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail secara rasmi telah diisytiharkan sebagai Sultan Johor.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada jam 10.21 pagi tadi di Istana Besar.

"Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama," katanya.

Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.

Tunku Ibrahim Ismail, yang berbaju Melayu putih, juga melafazkan sumpah bagi menghormati dan memelihara agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang teguh kepada Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-undang negeri Johor.

Istiadat angkat sumpah disaksikan Sultanah Zanariah, isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan kesemua anakanda serta adinda baginda.

Turut hadir Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadot, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta anggota Exco kerajaan negeri Johor.

Pemasyhuran Tunku Ibrahim adalah bagi mewarisi takhta Johor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada pukul 7.15 malam semalam di Hospital Pakar Puteri di sini.

Istiadat itu diadakan sebelum pemakaman ayahanda baginda di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Petang semalam, Tunku Ibrahim Ismail dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Iskandar dimasukkan ke hospital itu kerana gering.

Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Baginda pernah dilantik Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Baginda menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baru.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim Ismail yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei.

Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta. - BERNAMA

Salam Takziah

Assalamualaikum.....


Salam Takziah buat Kerabat DiRaja Johor Darul Takzim diatas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Sebagai anak kelahiran Johor saya turut sama bersedih atas kemangkatan Almarhum.

Malah turut juga rasa bersalah kerana kemangkatan Almarhum baru saya ketahui jam 2 petang tadi. Ini kerana sejak dua hari ini saya berada dalam keadaan tidak sihat. Hanya berbaring dikatil & tidur. Saya tidak menonton tv ataupun melihat internet.

Sudahlah lama saya tidak balik ke negeri tanah tumpah darah saya, ini Raja Negeri saya mangkat pun agak lewat saya mengetahuinya.

Saya hanya sempat melihat secara langsung majlis pemakaman Almarhum sejak 2 petang tadi. Sebagai Sultan yang dikenali sebagai Raja berjiwa rakyat, semoga Roh Almarhum ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Sewaktu majlis pemakaman tadi hati saya begitu berbangga pada cucunda Almarhum iaitu Tengku Ismail Ibrahim yang begitu bersusah payah membantu pemakaman Almarhum Nendanya dari mula hingga keakhir. Tengku Ismail kelihatan menyinsing seluarnya & dibasahi peluh kerana bersungguh2 menabur tanah ke pusara Nendanya. Tahniah kepada Kerabat Diraja ini yang memang dikenali sebagai Kerabat yang begitu dekat dengan rakyat.

Sedangkan ada ahli2 keluarga dikalangan kita yang kematian ahli keluarga yang tidak mahu menguruskan jenazah orang2 terdekat kita. Saya pernah menyaksikan ketika kematian Mak Saudara di Kedah, ketika diminta salah seorang cucunya menyambut Allahyarham didalam liang, beliau berkata tidak mahu kerana takut seluar kotor & tak bawa seluar ganti.

Sedikit belasungkawa Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail :

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat pada hari jumaat pada usia 77 tahun, adalah seorang Raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor. Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya. Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan juruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885. Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas. Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama.

Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor. Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan. Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa. Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, Baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu. Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan Nenda Baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, Baginda dilantik Raja Muda Johor oleh Ayahanda Baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke empat dalam sejarah Johor moden pada 11 Mei 1981.


Sepanjang majlis pemakaman tanpa disedari airmata saya mengalir kepipi. Rupanya saya masih anak Johor.............


Alfatihah..



20 Januari 2010

Dapat Hadiah Pun Nak Nangis.....


Assalamualaikum.....

Tajuk : Cinta Kau dan Aku

Pengarang : Siti Rosmizah

Penerbit : Buku Prima Sdn BhdISBN : 978-967-5234-28-6

Mukasurat : 684 Halaman


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius."Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.

"Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya.

Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!.

Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya.

Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.


Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~


Sedikit sebanyak sinopsis kisah novel Cinta Kau Dan Aku. Merata kedai buku juga saya cari, akhirnya penemuan novel ini berakhir di Popular, TESCO.

Untuk bacaan sayakah novel cinta ini? Hakikatnya saya suka juga membaca novel2, sekarang ni selalunya kepunyaan anak2 saya. Saya tumpang membaca.

Tetapi pencarian saya kebeberapa kedai buku adalah khas saya beli novel ini untuk hadiah harijadi Kak Teh. Saya dapat tahu Kak Teh mahukan novel ini melalui blognya. Kemudian beberapa kali juga saya terdengar dia merengek2 menyebut2 tentang novel ini.

Lalu saya search di internet berkaitan novel ini. Saya rasa agak sesuai untuk remaja sepertinya membaca novel seperti ini. Tak ada salahnya novel Cinta Kau Dan Aku ini untuk pembacaan seorang remaja seperti Kak Teh.

Semasa menghantar Kak Uda & Kak Cik di SMKDHAK ahad lepas, saya meninjau2 di sekitar Komplek Kailan bersama Kak Uda & Kak Cik juga Kakak tetapi tak jumpa buku ni.

Kemudian dalam perjalanan balik saya singgah di TESCO, niat nak beli bekalan sarapan untuk Kakak. Tetapi masuk ke TESCO baru saya teringat ada Popular disini. Punya lama meninjau2 hingga saya hampir putus asa setelah bertanyakan seorang remaja dirak novel melayu tu, tiba2 remaja itu menghulurkan saya novel yang saya cari, rupanya berada dihadapan saya.

Sampai rumah saya letakkan novel tersebut diatas meja buku bilik Kak Teh bersama sekeping nota ringkas. Saja saya tak balut buku tu. Sedang memantau Kakak menyiapkan kerja sekolahnya diruang tamu, saya terdengar Kak Teh menjerit dari dalam bilik & berlari keluar sambil menangis lantas terus memeluk saya dengan erat.

Sambil saya kata pada Kak Teh " apalah Kak Teh ni, dapat hadiah pun nak nangis". Sambil tu juga Kakak merungut2 kat saya kenapa Mama tak balut hadiah Kak Teh tu! Kak Teh kata dia terkejut tengok bawah nota saya tu ada buku yang memang dia idam2kan.

Tak lama lepas tu saya berbual dengan Angah. Angah tanya saya pasal buku tu. Rupanya kat Angah pun Kak Teh merengek nak buku tu. Saya katakan pada Angah semoga Kak Teh lebih rajin belajar, lebih dengar cakap lepas ni. Angah spontan kata, dapat novel rajin belajar apa!

Saya kata kat Angah, memanglah buku tu hanya sekadar novel, bukan buku belajar. Tetapi disebalik hadiah tu saya berharap Kak Teh akan faham apa maksud saya disebalik hadiah kecil tu....

Sebagai seorang Mama yang serba kekurangan... dimata suami & anak2 apatah lagi dimata masyarakat, saya mengharapkan dengan memenuhi hajat & permintaannya Kak Teh akan dapat menilai kasih sayang seorang ibu. Begitu juga buat semua anak2 saya yang lain.....


18 Januari 2010

Alah Bisa Tegal Biasa....

Assalamualaikum.....

Pernahkah anda tiba2 tidak lagi merasa perasaan yang sama seperti anda alami sebelum ini. Misalnya, jika sebelum ini anda akan merasa marah, geram, benci, sakit hati, ingin menangis, bila mengalami perkara yang sama berulang2 kali. Malah anda akan masih merasai perasaan itu walau telah berulangkali mengalaminya.

Tiba2 satu ketika, bila perkara yang sama berlaku pada anda, anda mengetahui lagi perkara yang sama... jiwa & perasaan anda tidak lagi merasa perasaan itu. Hati anda jadi keras untuk merasa apa2 perasaan lagi.

Anda tidak lagi mempedulikan perkara itu. Anda tidak mahu lagi ambil tahu tentang apa yang berlaku. Hati anda menjadi kosong untuk merasa apa2 perasaan lagi.

Sekadar meluahkan lontaran perasaan pada sahabat dialam maya...

Adakah perasaan seperti ini satu perasaan yang positif atau negatif?

Adakah perasaan ini menuju kearah kebaikan atau keburukkan?


Atau adakah perasaan ini satu petanda............


16 Januari 2010

Teman 'Kawan Dan Lawan'

Assalamualaikum.....

Sekarang ni saya cuma ada seorang 'teman' untuk dijadikan kawan & lawan. 'teman' nilah suka duka saya. 'teman' nilah yang akan menjadi kawan saya & juga lawan saya berbicara dirumah ketika ini.

Ketika rumah dilanda kesunyian kerana 4 'teman' saya yang lain sudah berhijrah meneruskan pengajian di destinasi masing2, 'teman' yang seorang inilah yang menjadi buah hati saya dirumah.

'teman' inilah yang akan saya harapkan bantuan ketika menguruskan rumah. 'teman' inilah yang akan mendengar bicara ( boleh dikatakan leteran :) ) saya.

Alhamdullilah, dengan keberadaannya dirumah, saya masih punya 'teman'. Saya berharap kami akan menjalin hubungan baik yang berterusan.

Dikala seorang demi seorang 'teman' saya yang lain berhijrah meneruskan pengajian di destinasi masing2, mujurlah 'teman' ini masih sudi terus mengiringi perjalanan hidup saya bersama suami & 2 lagi 'teman' kecil saya dirumah kami.

Dan hari ini 16 januari 2010, 'teman' saya ini sudah berusia 14 tahun. 14 tahun yang lalu saya lahirkan 'teman' ke 4 saya ini di Hospital Seberang Jaya. Kandungan yang pada mulanya saya sangkakan lelaki, akhirnya lahir sebagai anak perempuan saya yang ke 3.

Nama yang dirancangkan untuk anak ke 4 saya ini, Mohd Adnin Firdaus terus tersimpan sehingga lahirnya anak ke 7 saya lelaki & nama itu menjadi miliknya sekarang.

Kandungan yang saya sangkakan lelaki ini, akhirnya kami namakan Nurul Adeebah Farzana kerana lahirnya kedunia sebagai anak perempuan saya.

Tetapi hakikatnya anak perempuan saya ini memang agak kasar & lasak perwatakannya. Ketika anak lelaki sulung saya, Angah tiada dirumah, tugas2 lasak memang diharapkan bantuan 'teman' saya ini. Memanjat, memikul dan sebagainya.

Kepada 'teman' saya ini, Nurul Adeebah Farzana... selamat ulangtahun kelahiran mama ucapkan. Semoga terus menjadi remaja yang berakhlak baik, solehah, hormati mama & baba, saudara2 kandungmu, guru2 & masyarakat sekeliling. Tiada hadiah berharga yang mampu mama berikan selain doa & restu yang berpanjangan semoga dirimu beroleh kejayaan sepanjang hidupmu...

Selamat Ulangtahun Kelahiran, sayang......




15 Januari 2010

Pengikut ke 100

Assalamualaikum.....

Hari ini, 15 januari 2010 pengikut Mama Moden sudah 100.

Terima kasih kepada semua teman dialam maya yang sudi menjadi pengikut Mama Moden.

Terima kasih juga kerana tidak jemu melawati blog Mama Moden yang serba kekurangan ni.

Semoga kita terus menjadi teman walau hanya dialam maya.


13 Januari 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum.....



Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 40, Semoga Terus Menjadi Sahabat Yang Baik


12 Januari 2010

Walau Bukan Yang Terbaik.....



Assalamualaikum.....


Walau siapapun ibu bapa kita, walau apapun mereka, walau bagaimanapun sikap mereka pada anak2 namun hakikat yang harus kita terima adalah mereka ibu bapa kita.


Ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Ibu yang telah melahirkan kita dengan bergadai nyawa. Ibu yang bertarung dengan segala susah payah sewaktu kita dilahirkan.


Bapa yang telah bertungkus lumus membanting tulang mencari rezeki menyara anak2 dari tapak kaki sebesar dua jari hinggalah dewasa.

Kalau sewaktu kecil, mereka menjaga kita tanpa mengeluh, memenuhi permintaan kita walau sekadarnya, mengapa bila kita sudah dewasa & ibu bapa telah meningkat usia kita memperlekah & menidakkan budi baik & jasanya yang mungkin tidak dapat kita balas walau sebesar hama.


Memang tidak dinafikan mungkin ibu bapa kita tidak sebaik, tidak sesempurna ibu bapa orang lain jika dilihat dari sudut pandangan ramai. Tetapi sebagai anak, haruslah kita terima hakikat merekalah ibu bapa terbaik yang kita ada.


Kedudukan mereka takkan dapat kita ganti dengan jutawan mana, ulama' mana pun. Mereka hanya mereka. Hanya mereka yang kita ada didunia mahupun diakhirat.


Kita harus terima mereka seadanya. Pedulikan pandangan orang lain tentang ibu bapa kita. Walau buruk, walau jahat, walau hina dina, walau merempat....


Hakikatnya mereka ibu bapa kita!




YaAllah, Ampunilah dosa ibu bapaku & kedua ibu bapa mertuaku...


11 Januari 2010

Semoga Allahyarham Damai di Sana

Assalamualaikum.....


Kelmarin 10 Januari 2010 sudah 20 tahun Ayahanda Mertua saya meninggalkan alam fana ini. Ayah meninggal ketika berusia 71 tahun kerana sakit tua.

Ketika saya mula masuk dalam keluarga besar ini pada tahun 1989, Ayah sudah pun berada dalam keadaan uzur. Kakinya lumpuh, sudah tidak boleh bercakap. Masanya hanya habis di tempat tidur. Menguruskan kebersihan diri, makan & minumnya perlu diuruskan oleh isteri & anak menantu.

Ketika saya berkahwin dengan suami & suami meneruskan pengajian di Maktab Perguruan, saya tinggal di kampung suami bersama Mak & Ayah Mertua saya yang sedang uzur ini. Suami hanya balik 2 minggu sekali. Tiada siapa lagi yang tinggal dirumah besar ini. Apabila Mak ke sawah, saya yang akan mengurus mandi, berak kencing & makan minum ayah.

Walaupun saya hanya sempat mengenali Ayah sekitar 7 bulan sahaja tetapi sesungguhnya Ayah banyak menenangkan saya ketika saya berada dalam kesedihan kerana tidak disukai Mak Mertua ketika itu.

Walaupun tanpa mendengar suaranya tetapi saya faham Ayah sentiasa meminta saya bersabar setiap kali Mak meleteri saya. Ketika Mak meleteri saya sambil saya menyuapkan nasi kemulutnya, Ayah akan menggosok2 belakang saya sambil kadang2 airmatanya mengalir & mulutnya terkumat kamit sambil mengangguk2 kepala. Saya tahu Ayah sedang menyabarkan saya.

Pernah juga ketika saya menyiapkan Ayah selepas mandi, ketika makan, sesekali Ayah akan menyentuh perut saya dari masa kesemasa sebaik tahu saya hamil. Ayah meninggal ketika anak sulung saya berusia 7 bulan dalam kandungan. Dalam ramai2 cucu2nya hanya anak dari anak bongsunya sahaja Ayah tidak sempat melihat.

Dalam perkenalan sesingkat itu, saya pasti Ayah seorang yang penyayang & baik hati. Semoga Ayah tenang bersemadi dialam sana. Semoga dengan segala kebaikan yang Ayah lakukan di dunia ini, Ayah mendapat balasan yang baik. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.


Alfatihah.....

09 Januari 2010

Semoga Terus Bersemangat Anakku.....

Assalamualaikum.....


Semalam Jumaat 8 januari 2010 genap seminggu Kakak memulakan sessi persekolahan tahun 1 di SKTT. Setakat ini tiada apa2 masalah yang berlaku. Segalanya berjalan lancar.


Walaupun sayu hati melihat Kakak ke sekolah menumpang Cikgu Mieja pergi & balik tetapi saya kena tabahkan hati. Saya kena terus berkeyakinan yang Kakak sudah pandai berdikari. Terima kasih yang amat sangat pada Cikgu Mieja kerana sanggup bersusah payah membawa Kakak bersama malah sanggup pula menghantar Kakak balik dulu bila Cikgu Mieja ada mesyuarat. Terima kasih Cikgu...


Kasihan saya melihat Kakak merengkek2 menarik beg sekolahnya. Ni baru awal sekolah, buku2 teks belum lagi dimasukkan ke begnya. Kakak hanya membawa buku2 tulis sahaja kesekolah selama seminggu ni.


Tetapi mula minggu depan Kakak akan mula ikut jadual yang telah Cikgu berikan. Berdayakah Kakak membawa beg yang sama besar dengan badannya tu!


Selama seminggu ni juga Kakak tiada masalah berjual beli dikantin. Kakak sudah cekap membeli.


Kakak juga menghadiri kelas KAFA pada waktu petang. Kadang2 bila balik dari KAFA Kakak akan tidur, kadang2 tidak. Jadi bila malam sesudah solat, mengaji, makan & membuat kerja sekolah Kakak akan terus tertidur keletihan. Mujurlah tiada masalah lagi untuk bangun pagi setakat ini.


Semoga Kakak akan terus tabah, bersemangat untuk meneruskan hari2 mendatang ni keseorangan di SKTT tanpa saudara, tanpa Babanya. Hanya pada teman2 cikgu2 di sekolah sajalah Kakak menumpang kasih, mengharapkan bantuan.


Teruskan semangatmu, Anakku!




08 Januari 2010

Pecutan Malam Jumaat.....


Assalamualaikum.....


20 tahun lalu, ketika sebelum berkahwin suami memilikinya. Hinggalah kami berkahwin & memiliki seorang anak, ianya masih milik kami. Tetapi lantaran menyambung pengajian di Maktab & susah lagi nak melaram dengannya setelah punya anak sorang, suami menolaknya & menukarnya dengan yang lebih kecil.


Setelah itu, kini sudah 20 tahun saya tidak menunggangnya. Cuma malam tadi, suami ajak saya memecut dengannya sambil pekena beriani di Tandori.


Sebenarnya ia hak milik Angah, cuma dibantu membelinya oleh Babanya. So, sementara masih di Penang ni saya berpeluang menunggangnya malam tadi. Tapi masih tak berani bawa. Walhal, 20 tahun dulu saya pernah membawanya ke KL. Pernah satu ketika saya memecut sehingga 120km, mujurlah suami menenangkannya supaya memperlahankan pecutan.


Bila membonceng RXZ Angah malam tadi saya terkenang nostalgia lama menunggang RXZ JBM 7494. Entah dimana ia berada sekarang...


04 Januari 2010

Selamat Bertugas di Tempat Baru, Suamiku....

Assalamualaikum.....


Bermula hari ini, Suami saya akan memulakan tugasnya sebagai pendidik di sekolah baru. Berhijrah dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong yang telah 10 tahun dicurahkan khidmat baktinya ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (c) Convent, Dato Keramat.


Pertukaran yang begitu mengejutkan. Secara tiba2. Berita yang diketahui menjelang seminggu sekolah dibuka semula setelah bercuti selama sebulan.


Cikgu yang bertahun minta bertukar tidak lulus2, tiba2 Cikgu yang tidak minta bertukar telah ditukarkan. Mengikut kata Suami pertukaran ini berlaku untuk setiap 10 tahun. Entah saya tidak faham, kerana ada guru yang berada di SKTT ada yang lebih lama khidmatnya disitu daripada suami saya. Malah seorang guru yang berpindah balik ke kampungnya di Sarawak baru2 ini telah berkhidmat selama 18 tahun di SKTT. Entahlah....


Secara peribadi saya tidak pasti, adakah Suami kecewa dengan pertukaran ini kerana seperti biasa, tiada apa yang dikatakan dari mulutnya. Tetapi secara peribadi sebagai isteri saya turut sama merasa kecewa diraut wajah & matanya ketika mengemas barang2 kepunyaannya di bilik guru tempohari. Ingin bertanya tetapi keadaan tidak mengizinkan ketika ini. Nanti soalan tidak mendapat jawapan, lain pula jadinya. Biarlah....


Memanglah dimana2 pun sebagai guru, khidmat bakti kepada anak didik tiada bezanya. Sebagai guru jujur, ikhlas & redho mendidik anak bangsa mesti diutamakan.


Cuma, mengapa ya... saya pula yang beria2!


Kerana saya merasakan SKTT begitu sinonim dengan suami saya. Apa2 saja program di sekolah saya merasakan suami tidak pernah tidak terlibat secara "aktif". Pulun yop pulun! Kata orang Perak.


Baik didepan tabir atau dibelakang tabir. Sikit2 Ustaz Baba, sikit2 Ustaz Baba! Ustaz Baba itu, Ustaz Baba ini! Bersama guru2 lain. Hingga tidak keterlaluan saya mengatakan pernah semasa hari anugerah beberapa tahun yang lepas, suami saya terlibat menjaga satu peperiksaan. Apa yang terjadi pada majlis anugerah itu? Sound sistem, pembesar suara yang digunakan tidak berfungsi dengan baik. Suara cikgu pengacara majlis menjadi sekejap ada sekejap tiada, sekejap kecil sekejap besar. Ini kerana selalunya hal2 PA system ni adalah bidang tugas suami saya.


Ketidakadaan suami saya di SKTT sudah saya rasakan ketika hari orentasi tahun 1 baru2 ini. Tiada pentas indah berhiasan PA system yang sempurna di dewan taklimat seperti tahun2 yang lepas. Mungkin hanya satu kebetulan!


Sebagai guru data & setiausaha peperiksaan di sekolah ini selama hampir 10 tahun ini saya membantu suami menyediakan kad nama untuk murid2 UPSR. Selain itu saya mengintai2 juga betapa kalutnya dia menyiapkan data2 murid & guru untuk di keyin. Pernah juga saya membantu jika diminta. Jika tidak saya pun takkan menawar diri. Sebab susah & rumit juga kerjanya.


Jika ada apa2 saja majlis atau program, saya merasakan seolah hanya suami saya sahaja yang bertugas disekolah itu berikutan terlalu sibuknya keadaan dia. Seperti semua perkara dia yang uruskan, walhal mungkin tidak begitu kerana di SKTT begitu ramai guru yang berdedikasi yang turut sama bertungkus lumus melaksanakan tugas masing2.


Cuma saya mengandaikan begitulah sinonimnya suami saya dengan SKTT. Begitu rapat bagai isi dengan kuku. Bagai ombak & pantai. Seperti tidak boleh dipisahkan. Saya merasakan dia sanggup berkorban apa saja demi SKTT.


Tamat sekolah 1.05 minit tetapi suami saya tidak pernah sampai kerumah sebelum jam 2 atau 3 petang walaupun jarak kesekolah dari rumah tak sampai 5 minit perjalanan dengan kenderaan. Sampai dirumah waktu itu pun kerana bermula jam 3 hingga 5 petang dia mengajar kelas KAFA pula. Kalau lewat dari jam 3 tidak sampai kerumah bermakna dia akan terus ke kelas KAFA dari SKTT. Bila berlaku begitu bermakna bila balik jam 5 atau 6 petang nanti tak sempat buka baju buka seluar, sampai je depan pintu, ayat yang keluar dari mulut " lapar yang, lapar... nasi... nasi, lapar ".


Mana taknya, sampai seharian tak makan hanya kerana terlalu sayangkan SKTT. Terlalu taksub untuk menghabiskan kerja2 sampingan yang ada walaupun waktu persekolahan dah tamat.


Sebab itulah saya katakan diawal tadi, SKTT begitu sinonim dengan suami saya. banyak lagi kalau nak diceritakan. Tapi cukuplah setakat ini.


Apapun, saya berharap suami akan dapat menyesuaikan diri di sekolah baru ini. Murid2 baru, rakan2 sekerja baru, persekitaran baru juga suasana baru.


Selamat bertugas....


02 Januari 2010

Hari Orentasi Tahun 1 Kakak


Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, selesai sudah Kakak menjalani orentasi bagi dia mula belajar di tahun 1. Walaupun berhadapan dengan sedikit masalah berseorangan disekolah & juga masalah pergi & balik sekolah kerana Suami saya bertukar ke sekolah lain, saya  mengharapkan Kakak dapat berdikari menjaga diri sendiri sepanjang waktu persekolahan.

Anak2 saya sebelum ni selain yang sulung, mereka akan berteman semasa berada di tahun 1. Ada Kakak2 atau Abang yang membantu memantau mereka ketika berada dialam mula persekolahan tahun 1.

Dalam saya kesian Kakak bersekolah ditahun 1 tanpa saudara, tiba2 Babanya mula ditukarkan ke sekolah lain secara mengejut. Hingga anak saya bertanya, apa pula konflik kali ni hingga ditukarkan sekolah. Maklumlah Suami saya ni kuat melawan bila ada yang dia rasa tak kena dalam mesyuarat dan sebagainya.

Tetapi tadi sewaktu disekolah menemani Kakak, saya hanya mendengar keluh kesah rakan2 sekerja Suami yang merasa kehilangan. Tidak pula saya mendengar sok sek sok sek hal yang tidak elok mengenai pertukaran Suami. Ialah pertukaran yang mengejut secara tiba2. Tanpa keraian, tanpa ucapan selamat tinggal mungkin. Sedangkan guru2 yang bertukar awal aritu, telah diraikan di hotel. Suami saya kata pertukaran setiap 10 tahun katanya, entahlah saya kurang faham tentang hal2 macam ni.

Tetapi saya merasa sedikit terharu ketika sedang bersembang tentang kerisauan saya pasal Kakak yang akan keseorangan di sekolah, Ustazah Hamizah mengatakan supaya jangan risau. Ada ramai 'mama' Kakak diatas ( bilik guru ).

Saya & Suami juga sudah berbincang dengan Cikgu Mieja agar Kakak dapat menumpang pergi balik sekolah dengan Cikgu Mieja. Kebetulan pula Kakak akan mendapat Cikgu Mieja sebagai guru kelas kerana ujian yang diadakan tadi Kakak lulus & dapat berada di tahun 1 Arif, alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Ustazah Noridayu juga memberitahu supaya saya jangan bimbang tentang Kakak. Dia juga akan memantau Kakak di sekolah nanti. Dia juga akan membawa Kakak balik dari sekolah nanti jika Cikgu Mieja ada hal. Syukurlah. Terima kasih pada guru2 yang juga mantan rakan sekerja Suami saya.

Mungkin Kakak tidak akan menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah ini kerana dia telah menjalani Prasekolah selama dua tahun di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.

Jomlah tengok gambar Kakak berorentasi

Kakak bersemangat memulakan alam baru persekolahan sebenar setelah 2 tahun berada di Prasekolah disekolah yang sama


Saya juga sedikit teruja menghantar Kakak ke tahun 1, mungkin kerana sudah lama saya tidak menghantar anak ke tahun 1.

Kak Cik, kakak pada kakak sudah pun akan ke tingkatan 1 tahun ini. Maknanya sudah 6 tahun saya tidak menghantar anak ke tahun 1


Kakak ceria menjalani ujian penentuan kelas, 1 Arif & 1 Bistari

Kelas Arif khusus untuk murid2 yang sudah boleh menguasai 3M sementara Kelas Bistari untuk murid yang masih belum mampu menguasai 3M

Pada awalnya tadi Kakak ditempatkan di kelas 1 Bistari, tetapi sebaik ujian selesai dia telah ditempatkan di 1 Arif


Tuan Guru Besar & Guru2 PK sedang menyampaikan taklimat kepada ibu bapa & waris murid2 tahun 1 & Prasekolah dipengerusikan Ustazah Noridayu



ibu bapa yang sama2 teruja bila anak2 menjalani ujian, hingga ada yang mahu berdiri disebelah anak untuk membantu mereka menjawab soalan & kerja yang diberikan



01 Januari 2010

Kurangkan Gula Dalam Minuman, Lebihkan Manis Dalam Senyuman

Assalamualaikum....

Oi Oi Ya Oi!

Gula Naik Harga Hoi!

Hadiah Tahun Baru 2010

Bersedialah Rakyat 1 Malaysia Dengan Segala Lagi Kenaikan Selepas Ini...

Salam Takziah.. Jasamu Dikenang

Assalamualaikum.....

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat , yang meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini. 

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur. 

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur. 

"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini. 

Nur Jazlan berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar. 

Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari. 

Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984. 

Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dari 1988 sehingga 1999. 

Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

 P/S : Mama Moden pernah terserempak dengan Tok Mat di sebuah warung di stesen bas Segamat ketika kecil dulu. Masa tu Tok Mat selamba je sedang makan diwarung dengan ditemani 2,3 orang dimeja makan bersebelahan Mama. Tiada pun para pengawal yang mengiringinya. Susah nak jumpa dah pemimpin yang macam Allahyarham sekarang, kecuali bila nak Pilihanraya.

Semoga roh Allahyarham Tok Mat ditempatkan dikalangan orang2 beriman.


Alfatihah….



Mulakan Tahun Baru 2010 Dengan Semangat Baru

Assalamualaikum.....

  
Kita berada di ambang tahun baru 2010. Tahun 2009 telah ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah.

Saban tahun sambutan tahun baru menjadi satu agenda besar samada di peringkat negara ataupun masyarakat. Soalnya, apakah hukum menyambut tahun baru masihi?

HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;


a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat

c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.

Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.

Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat.

SAMBUTAN YANG POSITIF

Sebagaimana syarikat-syarikat dimestikan membuat penyata kewangan untuk setiap tahun kewangan masing-masing, penutup 2009 menjadi satu titik terbaik untuk kita muhasabah dan menganalisa pencapaian sebenar untuk sepanjang 2009.

Post-mortem diperlukan untuk mengetahui di mana kita berada dan ke mana tujuan kita seterusnya.

Saudara Amin Idris, dalam laman webnya Magnet Diri menyatakan beberapa langkah untuk membuat post-mortem seperti berikut;

a) Merujuk kembali kepada matlamat atau azam 2009

b) Merujuk perancangan untuk mencapai matlamat tersebut

c) Perancangan dilaksana

d) Perancangan tertangguh

e) Sebab tertangguh dan idea mengatasinya

Nah, setelah selesai membuat analisis, kita sudah bersedia untuk membuat matlamat 2010, beserta perancangannya.

Kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2010 nanti. Itu yang lebih penting berbanding berpusu-pusu menanti detik 2010 yang bercampur gaul dengan sambutan ala orang-orang barat.