Assalamualaikum.....
Kelmarin 10 Januari 2010 sudah 20 tahun Ayahanda Mertua saya meninggalkan alam fana ini. Ayah meninggal ketika berusia 71 tahun kerana sakit tua.
Ketika saya mula masuk dalam keluarga besar ini pada tahun 1989, Ayah sudah pun berada dalam keadaan uzur. Kakinya lumpuh, sudah tidak boleh bercakap. Masanya hanya habis di tempat tidur. Menguruskan kebersihan diri, makan & minumnya perlu diuruskan oleh isteri & anak menantu.
Ketika saya berkahwin dengan suami & suami meneruskan pengajian di Maktab Perguruan, saya tinggal di kampung suami bersama Mak & Ayah Mertua saya yang sedang uzur ini. Suami hanya balik 2 minggu sekali. Tiada siapa lagi yang tinggal dirumah besar ini. Apabila Mak ke sawah, saya yang akan mengurus mandi, berak kencing & makan minum ayah.
Walaupun saya hanya sempat mengenali Ayah sekitar 7 bulan sahaja tetapi sesungguhnya Ayah banyak menenangkan saya ketika saya berada dalam kesedihan kerana tidak disukai Mak Mertua ketika itu.
Walaupun tanpa mendengar suaranya tetapi saya faham Ayah sentiasa meminta saya bersabar setiap kali Mak meleteri saya. Ketika Mak meleteri saya sambil saya menyuapkan nasi kemulutnya, Ayah akan menggosok2 belakang saya sambil kadang2 airmatanya mengalir & mulutnya terkumat kamit sambil mengangguk2 kepala. Saya tahu Ayah sedang menyabarkan saya.
Pernah juga ketika saya menyiapkan Ayah selepas mandi, ketika makan, sesekali Ayah akan menyentuh perut saya dari masa kesemasa sebaik tahu saya hamil. Ayah meninggal ketika anak sulung saya berusia 7 bulan dalam kandungan. Dalam ramai2 cucu2nya hanya anak dari anak bongsunya sahaja Ayah tidak sempat melihat.
Dalam perkenalan sesingkat itu, saya pasti Ayah seorang yang penyayang & baik hati. Semoga Ayah tenang bersemadi dialam sana. Semoga dengan segala kebaikan yang Ayah lakukan di dunia ini, Ayah mendapat balasan yang baik. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Alfatihah.....
Al-fatihah...
BalasPadammoga di tempatkan di kalangan org2 soleh..
sedih baca entry akak ni..
Salam siti,
BalasPadamAlfatihah.. Amin
Allahyarham dulu imam di kg masjid tu. Kg tu kampung famili depa. Allahyarham bhubungan baik dgn masyarakat setempat. Semoga dgn title & amal baik yg Allahyarham lakukan didunia semasa hayatnya, semoga Allahyarham perolehi balasan baik & setimpal dari Allah..
al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadamSayu saya membaca n3 nih, dgn masa yg singkat tu, tentu nya banyak di pelajari...kesabaran, kasih sayang dan dpt mencurahkan bakti kpd ayah yg dah tidak bermaya..Alhamdullillah....syabas adik ku..Moga arwah di pelihara Allah.
BalasPadamsalam maiyah,
BalasPadamAlfatihah. Amin
Salam untie,
BalasPadamAlhamdulillah walau hanya merasa sebentar kasih seorang ayah mertua wlu dalam keadaannya yg tak berdaya tetapi saya masih terasa kasih sayangnya hingga kini.
Alfatihah...