Assalamualaikum.....
Semalam Jumaat 8 januari 2010 genap seminggu Kakak memulakan sessi persekolahan tahun 1 di SKTT. Setakat ini tiada apa2 masalah yang berlaku. Segalanya berjalan lancar.
Walaupun sayu hati melihat Kakak ke sekolah menumpang Cikgu Mieja pergi & balik tetapi saya kena tabahkan hati. Saya kena terus berkeyakinan yang Kakak sudah pandai berdikari. Terima kasih yang amat sangat pada Cikgu Mieja kerana sanggup bersusah payah membawa Kakak bersama malah sanggup pula menghantar Kakak balik dulu bila Cikgu Mieja ada mesyuarat. Terima kasih Cikgu...
Kasihan saya melihat Kakak merengkek2 menarik beg sekolahnya. Ni baru awal sekolah, buku2 teks belum lagi dimasukkan ke begnya. Kakak hanya membawa buku2 tulis sahaja kesekolah selama seminggu ni.
Tetapi mula minggu depan Kakak akan mula ikut jadual yang telah Cikgu berikan. Berdayakah Kakak membawa beg yang sama besar dengan badannya tu!
Kakak juga menghadiri kelas KAFA pada waktu petang. Kadang2 bila balik dari KAFA Kakak akan tidur, kadang2 tidak. Jadi bila malam sesudah solat, mengaji, makan & membuat kerja sekolah Kakak akan terus tertidur keletihan. Mujurlah tiada masalah lagi untuk bangun pagi setakat ini.
Semoga Kakak akan terus tabah, bersemangat untuk meneruskan hari2 mendatang ni keseorangan di SKTT tanpa saudara, tanpa Babanya. Hanya pada teman2 cikgu2 di sekolah sajalah Kakak menumpang kasih, mengharapkan bantuan.
Teruskan semangatmu, Anakku!
Comelnya yang bergelar kakak ni ya...
BalasPadammudah2an doa ikhlas seorang ibu akan memantapkan langkah seorang anak untuk berjalan menimba ilmu dunia dan akhirat. Insya Allah.
BalasPadamSalam Insan Marhaen,
BalasPadamterima kasih...
kakak ni petah, ramah mulutnya bersembang walaupun dgn org yg baru dia kenal...
mulutnya akan bercakap tanpa henti, ada je yg dia nak cakapkan.
pernah kakak2 dia suruh dia berhenti cakap sat, cuma tahan tak sampai 5 minit... terkebil2 mata dia dlm tempoh tu sebab tak boleh bercakap...
Salam Kak Cik,
BalasPadamAmin.. I'ALLAH
dila,ritu smbg sat ngan dia kat tepon..tp teputus lak..huhu..mmg petah..mcm org besaq2 dia ckp..hehe..smuga bjaya dilah!
BalasPadamsalam amal,
BalasPadamkalau tak keletah & tak banyak mulut bukan adilah namanya amal oiii...
sejak balik ngan baba, sejak dok dibilik guru menunggu baba habis sekolah aritu lagilah pandai 'bergosip', maklumlah dok bilik guru. dgr cikgu2 bgosip apa2 kat bilik guru dia balik citer ngan mama...