12 Januari 2010

Walau Bukan Yang Terbaik.....



Assalamualaikum.....


Walau siapapun ibu bapa kita, walau apapun mereka, walau bagaimanapun sikap mereka pada anak2 namun hakikat yang harus kita terima adalah mereka ibu bapa kita.


Ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Ibu yang telah melahirkan kita dengan bergadai nyawa. Ibu yang bertarung dengan segala susah payah sewaktu kita dilahirkan.


Bapa yang telah bertungkus lumus membanting tulang mencari rezeki menyara anak2 dari tapak kaki sebesar dua jari hinggalah dewasa.

Kalau sewaktu kecil, mereka menjaga kita tanpa mengeluh, memenuhi permintaan kita walau sekadarnya, mengapa bila kita sudah dewasa & ibu bapa telah meningkat usia kita memperlekah & menidakkan budi baik & jasanya yang mungkin tidak dapat kita balas walau sebesar hama.


Memang tidak dinafikan mungkin ibu bapa kita tidak sebaik, tidak sesempurna ibu bapa orang lain jika dilihat dari sudut pandangan ramai. Tetapi sebagai anak, haruslah kita terima hakikat merekalah ibu bapa terbaik yang kita ada.


Kedudukan mereka takkan dapat kita ganti dengan jutawan mana, ulama' mana pun. Mereka hanya mereka. Hanya mereka yang kita ada didunia mahupun diakhirat.


Kita harus terima mereka seadanya. Pedulikan pandangan orang lain tentang ibu bapa kita. Walau buruk, walau jahat, walau hina dina, walau merempat....


Hakikatnya mereka ibu bapa kita!




YaAllah, Ampunilah dosa ibu bapaku & kedua ibu bapa mertuaku...


6 ulasan:

  1. aminnnn....

    wah dah pasang langsir baru eiiii

    BalasPadam
  2. Salam cikgu shifu,
    Amin...

    hehehehe cantik tak langsir baru kita?...

    BalasPadam
  3. salam..menarik sungguh blog cikgu...Syukur Alhamdullillah jika cikgu masih ada ibu atau bapa..hargailah mereka ketika mereka masih ada..

    BalasPadam
  4. Salam GB Latifah,
    yer saya masih ada mak abah nun jauh di johor. Memang jarang2 dapat balik jumpa mereka, ni dah dekat 2 thn saya tak dapat balik.

    p/s: utk makluman GB, saya bukan cikgu. Hanya seorang surirumah yg menguruskan suami, anak2 & rumahtangga.

    BalasPadam
  5. Ye ke suri rumah sepenuh masa??
    blog yang puan buat sungguh menarik..bandingkan dgn blog saya...saya nasihatkan..balik lah selalu melawat kedua ibu bapa...duit boleh dicari..ibu bapa tidak dapat dicari ganti...hanya satu...

    BalasPadam
  6. salam GB Latifah,
    kadang2 berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Siapa yg tak mahu balik selalu jengok org tua, tetapi saya tak berdaya. Mungkin duit bukan masalahnya kot.. antah, susah nak cakap. saya hanya mampu berdoa mereka sejahtera & dibawah lindungan Allah sentiasa. Hanya doa yg mampu saya berikan dikejauhan ni.

    yer GB, saya memang suri rumah sepenuh masa yang tidak berpendidikan tinggi,cuma tahu menulis & membaca. sambil2 tu saya membantu mengasuh anak2 jiran utk menambah sedikit pendapatan membantu suami. Saya juga buat kuih muih untuk jualan.

    Saya bina blog ni dengan pelawaan anak sulung saya yang kini di UPSI, kemudian dia suruh saya belajar sendiri. Mungkin blog saya ni terhasil begini dgn belajar melalui pengalaman, ilmu yg tiada dimana2 pusat pendidikan.

    Blog GB pun ok (kan ada cikgu blog yg bagus mcm cikgu shifu :)).

    Apapun thanks GB sudi ziarah kembali blog Mama Moden ni. bangga juga saya punya pelawat yg berstatus Guru Besar. Semoga GB terus sukses didunia pendidikan.

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan