Assalamualaikum.....
" Assalamualaikum jun, apa kabar jun sekarang? Harapan akak semoga jun sihat sejahtera selalu bersama suami tercinta & anak2 tersayang. Harapan akak juga jun masih mengingati akak. Maklumlah dah lebih 3 tahun kita tidak berjumpa & bertanya khabar. Akak rasa seronok bila terjumpa blog jun dialam maya.
Tahniah jun, kerana akak tengok jun masih macam dulu. Riang gembira bersama suami & anak2. Akak tengok anak2 jun juga dah besar2 semuanya. Tak lama lagi sambut menantulah yer jun...
Jun, entah kenapa tiba2 akak terasa ingin bercerita sesuatu pada jun. Satu kisah yang sedang menghantui akak sekarang. Kebahagiaan akak bersama keluarga selama lebih 2o tahun ini mungkin bakal sampai ke penghujungnya jun....
Mungkin selama ini akak saja yang merasa bahagia dengan perkahwinan akak. Akak bersungguh2 menjaga, mempertahankan mahligai yang akak bina walau selalu dilanda badai. Akak tak kisah menjadi lilin menerangi orang2 sekeliling akak asalkan mereka sentiasa bahagia. Seperti dulu jun selalu kata, biar kita jadi lilin kak... Akak masih selalu ingat kata2 jun tu.
Dulu jun selalu kata, kita akan gembira bila dapat gembira & bahagiakan orang lain, tambahan lagi jika mereka itu keluarga terdekat kita. Jun kata hidup mati kita kerana mereka.
Tentunya jun tertanya2 kan, kenapa pula akak kata rumahtangga akak sudah sampai kepenghujung? Akak sendiri tak tahu, bagaimana caranya nak memulakan cerita.
Jun, ceritanya bermula sejak 10 tahun kebelakangan ini. Sejak 10 tahun ini entah kenapa, mahligai akak sentiasa melalui pasang surutnya. Seperti ada saja yang tidak kena pada kami walaupun dimata orang kami sentiasa ok. Sudah 2, 3 kali berlaku abang menjalin hubungan dengan perempuan lain. Ketika akak sarat mengandung 2 anak akak yang terakhir ini, ketika itulah akak diberitakan dengan kisah abang dan perempuan lain.
Sebagai isteri, pada mulanya tentulah akak berkecil hati. Mana ada isteri yang mahu suaminya dikongsikan jun. Walaupun dulu jun selalu kata tak salahnya kita berkongsi, jun selalu kata kita jangan tamak dengan kasih sayang sementara seorang suami. Jun kata kasih sayang, cinta abadi hanya hak milik Allah yang mesti kita serahkan.
Setelah akak fikir2kan semula akak terima berita itu dengan berlapang dada jun. Akak pasrah mungkin akak masih belum sempurna dimata abang. Mungkin apa yang akak korbankan selama ini demi abang masih belum cukup. Lagipun masa baru kahwin dulu akak ada kata pada abang, jika suatu hari nanti abang jumpa perempuan lain yang lebih sempurna, lebih baik dari akak, akak izinkan dia kahwin lagi. Seperti yang jun tahu, akak pernah risikkan 2 orang rakan sekerja abang untuk abang. Kerana akak rasa mereka sepadan dengan kejayaan yang ada pada abang. Tapi kedua2 teman itu menolak hasrat akak dengan baik. Mereka kata tak sanggup lukakan hati akak.
Peristiwa pertama berlaku sekitar 7 tahun lepas. Akak dapat kesan cinta barunya. Ketika akak percaya abang sedang bertungkus lumus belajar untuk menghadapi exam pengajiannya, akak serahkan sepenuh kepercayaan padanya tapi disebaliknya abang menjalin cinta dengan bekas anak muridnya. Akak dah mula perasan bila sikapnya jadi lain. Tak berenggang dengan telefon, bercakap senyap2 tak bagi kita dengar. Selalu keluar kemana2 tak pelawa akak ikut macam selalu. Masa tu ada 3,4 kali dia keluar malam sampai pukul 2,3 pagi baru balik rumah.
Jun bayangkanlah, ketika itu akak sedang menangung azab mengandungkan anak kami abang pula boleh mencari2 cinta yang tak pasti. Akak merajuk juga, mujurlah ketika itu akak masih bersama jemaah kita. Pada merekalah akak mengadu masalah. Mujurlah kata2 nasihat dari mereka melapangkan semula dada akak. Akak nekad jumpa budak tu, rupanya budak tu hanya budak pengemas bilik ditempat abang menginap.
Masa tu akak betul2 kecewa jun, adakah perempuan seperti ini lebih baik dari akak! Lebih baik dari akak maksudnya mestilah yang berkerjaya & bertitle sekurangnya sama dengan abang. Tapi akak jumpa secara baik dengan budak tu. Akak cakap dengan dia elok2, kalau betul suka dengan abang akak akan jumpa mak ayah dia dan pinangkan dia untuk abang. Lebih mengecewakan akak budak tu kata dia selalu berjumpa dengan abang sepanjang mereka kenal tu.
Sejak itu, akak alami mimpi2 aneh ketika tidur. Akak seperti nampak bayangan2 hubungan mereka. Berkat munajat akak pada Allah juga akhirnya abang sendiri berterus terang pada akak tentang hubungannya. Lebih mengecewakan akak, abang mengaku hubungan mereka berlanjutan hingga kebilik, walaupun abang kata tiada apa2 berlaku antara mereka tetapi keadaan mereka ketika itu hingga mendatangkan kepuasan pada abang. Entah bagaimana akak tak tahu, tiba2 hal tu senyap macamtu je jun...
Apa yang akak kesal & kecewakan adalah insan yang telah membimbing akak menjadi seperti sekarang, kenal diri & kenal Tuhan boleh menjadi seperti itu. Abang yang telah mengajar akak menjadi insan yang lebih baik dari dulu tetapi dia pula menuju kearah yang tidak baik. Walaupun kejadian itu menggugat kepercayaan akak padanya, tetapi demi cinta, kasih sayang akak padanya akak terima dirinya seadanya. Lagipun demi anak2 akak....Akak terima salam maaf darinya walaupun ketika itu akak sudah minta dilepaskan. Tetapi rayuannya melemahkan hati akak. Akak melihat kebaikkannya selama ini bagi menutup kesilapannya itu.
Perkara itu berlalu begitu sahaja. Dan akhirnya akak anggap mungkin itu dugaan bagi mahligai kami. Abang kembali seperti keadaan biasanya hinggalah ketika akak mengandungkan anak bongsu kami akak melihat perubahannya semula. Akak melihat angaunya semula. Sah! Abang bermain cinta semula....
Bersesuaian dengan zaman serba canggih dengan dunia IT, kali ini cintanya dialam maya pula. Mengadap komputer & laptop hingga ketengah malam melarut hingga kepagi dengan cinta barunya dialam maya. Banyak kisah2nya dengan gadis2 sebaya anak sendiri jun, tapi ada seorang yang akak rasa serius. Tapi yang ini juga dapat akak kesan. Kali ini lebih dasyat jun, akak terbaca mesej2 cinta kasih sayang mereka di telefon. Memang romantik. Hati akak hancur luluh sekali lagi jun. Luka yang berparut terluka lagi. Kali ini tentunya lebih parah.
Begitu juga, kali ini akak juga serahkan pada Yang Maha Esa. Seperti kita diajar ketika menghadiri usrah2 jemaah, jika berlaku dugaan & musibah dalam kehidupan kita bermunajatlah pada Allah. Hanya Dia Yang Maha Mampu membantu kita. Kali ini juga akhirnya abang yang berteus terang pada akak bila dia tahu akak sudah mula mencium kecurangannya. Kali ini rasanya perasaan mereka lebih serius jun. Mereka sudah berjanji mahu memanjangkan hubungan mereka dengan ikatan.
Ya Allah.. ketika itu entah kenapa akak rasa tidak kuat. Pernah hingga dalam keadaan sarat mengandung ketika itu, akak bawa diri dengan meninggalkan anak yang kecil dirumah. Entah kenapa akak senekad itu. sedangkan ketika itu kandungan akak tidak kuat & bermasalah. Tetapi akak tidak kuat menghadapinya ketika itu. Yang paling akak geram ialah akak tidak dapat nak emmarahi abang setiap kali akak sedang marah dengan dia. Akak hanya mampu mendiamkan diri, mengurung diri dalam bilik.
Tapi entah kenapa jun, tiba2 dipertengahan perjalanan, akak terdengar2 anak2 akak memanggil2 akak. Akak nampak mereka melambai2kan tangan meminta akak jangan pergi meninggalkan mereka. Demi anak2 akhirnya akak berpatah balik. Ketika itu akak nekad menerima jika ini takdir untuk akak. Akak akan kuatkan hati demi anak2. Sejak itu akak jadi isteri yang beku hati & perasaannya bila terpaksa mendengar suami bersembang, bersms dengan nada manja & romantis dengan perempuan lain dihadapan akak.
Tapi jun tahu, setelah akak beria2 menerima cinta mereka, merestui cinta mereka akhirnya jun tahu apa kata mereka. Mereka kata tak mahu teruskan hubungan itu. Mereka kata tak mahu lukakan hati akak. Perempuan tu kata nak anggap macam abang & adik je. Setelah hati akak dilukai dengan begitu dasyat jun. Mereka minta pula akak restu hubungan mereka hanya sebagai abang adik. Bila akak kata, akak tak izinkan sebab mereka bukan muhrim. Akak nak mereka ada ikatan yang sah. Tapi sebaliknya ketika itu akak pula yang disalahkan kononnya meminta mereka buat perkara yang mereka tak mampu lakukan. Akak betul2 tak faham jun...
Sejak dari itu mereka berhubung dalam title abang adik kononnya tapi dengan banyak berahsia dengan akak. Seolah2 ketika itu akak pula yang macam ustazah menasihatkan mereka. Jun bayangkanlah, abang adik apanya jika berahsia2 dengan akak. Ketika itu akak betul2 makan hati jun. Hingga akak berdoa pada Allah syahidkanlah akak ketika melahirkan anak bongsu kami. Tapi rupanya doa akak tak dimakbulkan Allah. Allah masih mahu akak hidup demi anak2 akak barangkali. Seperti biasa juga akhirnya perkara tu berlalu macam tu je. Sampai sekarang akak tak pasti mereka masih berhubung atau tidak.
Sebenarnya ada kisah pula disebalik semua tu jun. Kepada setiap luka duka yang akak hadapi ada satu kekuatan dibelakang ketabahan&kesabaran akak. Selain kepada Allah akak mengadu, sebenarnya akak ada 'sahabat' yang bisa menenangkan jiwa akak yang sedang membara. 'Sahabat' yang wujud kehadirannya bersama jemaah kita ni jun. 'Sahabat' yang sering menyabarkan akak agar tabah menghadapi apa saja dugaan. 'Sahabat' yang sentiasa menyiram panas akak agar menjadi sejuk.
Demi Allah jun, tiada rasa apa akak pada 'sahabat' ini. Berjumpa & bertemu jauh sekali. Nauzibillah.. Sejahil2 akak, akak masih tahu hukum hakam & batas agama. 'Sahabat' ini hanya memotivate akak dialam maya saja. Sesekali menelefon bertanya khabar akak, suami & anak2. Kalau pun ada berjumpa satu ketika dulu jun semasa akak aktif dalam jemaah. Rasanya jun juga kenal dengan 'sahabat' kita ni.
Entah bagaimana, abang tahu tentang 'sahabat' akak ni. Mereka pernah bersembang dialam maya. Pada abang juga telah akak ceritakan pasal 'sahabat' ini. Ternyata EGO lelaki, walaupun tindakan mereka banyak melukakan hati kita tetapi akak pula yang disalahkan jun. Akak tidak dibenarkan berhubung dengan sahabat akak ni. Tetapi tiada kata muktamad yang diputuskan bagaimana, apa berlaku jika akak masih berhubung dengan 'sahabat' ini. Bagi akak tiada salahnya kan jun! Akak bukan buat salah pun.
Salahkah jika nasihat seorang 'sahabat' boleh menyejukkan hati yang sedang marah. Salahkah jika nasihat seorang 'sahabat' boleh membuatkan kita memaafkan kesalahan & kesilapan orang.
Tapi demi kasih sayang, cinta akak pada suami akak turutkan jun. Akak tak berhubung langsung dengan 'sahabat' ini. Emailnya tak berjawab. Mesejnya akak padamkan terus. Panggilan telefonnya akak biarkan. Semuanya demi suami tercinta. Suami yang telah berkali2 mengecewa & melukakan hati akak jun. Bukan setakat luka, tetapi telah pecah berderai.
Bukan kerana kisah2 cinta barunya jun, tetapi ada yang lebih melukakan hati akak. Jun tahu, walau telah sekian lama kami membina mahligai hingga dikurniakan anak2 pengikat kasih rupanya kasih sayang, cinta & pengorbanan akak masih belum mampu merawat kecewa hatinya pada cinta pertamanya dulu. Selama ini akak berkokok megah merasakan akaklah wanita yang telah mampu merawat luka kecewa hatinya. Tetapi rupanya akak silap. Abang mengatakan dia masih belum dapat melupakan kecewa cinta pertamanya. Setelah lebih 20 tahun jun, tiba2 akak dapat tahu tentang ini. Kalau jun, bagaimana agaknya rasa jun? Bukan saja akak kena menahan diri dari menerima lagaknya dengan cinta2 barunya, tetapi akak kena juga bertahan dengan kisah silamnya.
Dan sejak seminggu ni, akak mendapat email dari 'sahabat' tadi yang lebih mengecewakan hati akak jun. Sebab itulah diawal cerita tadi, akak mengatakan mahligai akak sudah sampai kepenghujungnya.
Bukan akak nak percaya cerita 'sahabat' itu, siapalah diakan berbanding suami akak sendiri. Suami yang terlalu baik bagi akak. Suami yang tiada penggantinya bagi akak. Dialah satu2 suami akak dunia & akhirat.
Menurut 'sahabat' akak tadi, suami akak merasakan akak ada perasaan pada 'sahabat' tadi. Suami akak mahu 'sahabat' tadi datang berjumpanya, tujuannya untuk menyerahkan akak pada 'sahabat' tadi. Akak dituduh dengan begitu rupa oleh suami yang akak sayang jun. Memanglah 20 tahun lebih membina mahligai dia masih belum faham hati akak. Suami akak minta 'sahabat' tadi datang memperisterikan akak jun. Suami akak mahu melepaskan akak pada 'sahabat' yang hanya kekal seorang sahabat. Memanglah dia tak sayangkan akak jun. Jika benar pun ada yang mahukan akak, tentulah sebagai suami dia akan pertahankan akak kan jun.. Dia sepatutnya pertahankan akak demi dirinya & anak2 kami, itu pun jika dia sayangkan akak.
Rupanya ada kisah disebalik tu jun. Kisah yang betul2 melukakan hati akak untuk yang entah berapa kalinya. Dia mahu melepaskan akak kerana mahu mencari isteri idamannya sebelum kami berkahwin dulu. Jun bayangkan, selama 20 tahun ini dialah yang akak agung2kan, dialah yang akak puja, dialah segala2nya bagi akak tiba2 dipihaknya akak bukan isteri idaman? Akak bukan pilihan hatinya yang sepatutnya menjadi isteri idamannya seperti akak yang sentiasa merasakan dialah yang terbaik.
Kalau begitulah pandangan & pendapat dia, akak pasrahlah jun. Buat apa akak tunggu lagi. Anak2 pun dah besar2. Dah senang dijaga. Biarlah dia mencari isteri yang diidam2kannya selama ini. Akak tak cukup baik, tak cukup sempurna pada matanya. Akak bukan yang terbaik. Kalau selama ini dia merasakan akak menyusahkan hidupnya, tidak padan dengan statusnya sekarang yang terlalu tinggi berbanding dengan akak, akak sudah tidak layak berada disampingnya dengan kejayaannya sekarang memang patutlah akak disingkirkan dari hidupnya.
Selama ini akak terima dia seadanya. Sanggup hidup susah senang bersama tapi rupanya pengorbanan akak tak bermakna apa2pun. Bila difikirkan apa lagi yang harus akak tunggukan. Selama inipun akak umpama melakut ditepi gantang. Biarlah akak pergi jun, pergi membawa diri. Mungkin sudah tiba masanya akak memikirkan tentang diri sendiri.
Akak pasrah jika ini akhirnya perjalanan hidup akak. Cuma akak perlu kuatkan hati hidup berjauhan dari anak2. Selama ini akak bersama anak sepenuh masa. Nampaknya akak kena kuatkan hati kehilangan anak2 akak yang selama ini akak lupakan segala duka kerana mereka. Akak serahkan apa2 saja keputusan pada suami akak. Dia yang berkuasa menentukan hala tuju hidup kami. Dengan apa yang akak tahu seminggu ini memang telah meranapkan hati & perasaan akak pada dia.
Setiap malam akak tak boleh tidur, wajahnya ketika tidur akak pandang dengan mendalam. Tetapi hanya pandangan kosong yang kelihatan. Akak mahu teruskan hidup bersamanya dengan penuh kasih sayang, cinta yang berbunga bukan dengan sekadar tanggungjawab saja.
Jun, betulkah tindakan akak ni? Akak tak perlu merayu lagikan. Akak tak mahu bazirkan masanya untuk mencari isteri idamannya. Biarlah anak2 kekal bersamanya. Akak tak mampu membesarkan mereka sendirian. Apalah yang ada pada akak berbanding jika mereka bersama ayah mereka.
Akak cuma berharap dia dapat buat keputusan yang cepat & tepat. Biarlah akak bawa diri betul2 kali ni jun. Kalau suami akak ingat 'sahabat' itu punca akak betul2 patah hati pada dia, suami akak silap. Tak mungkin akak bersama lelaki lain lagi. Dialah yang terbaik bagi akak walau mungkin dia tak hargainya.
Sekianlah jun, akak minta maaf jika mengganggu jun dengan kisah akak. Semoga jun akan terus bahagia bersama suami & anak2 ya... I'ALLAH jika ada kelapangan akak akan menghubungi jun lagi untuk kisah terkini akak.
Salam buat keluarga...
Email ini saya terima dari seorang kawan lama, Kak Siti. Sudah agak lama saya tidak berhubung dengannya. Sejak saya tidak aktif dalam jemaah. Membaca luahannya membuatkan airmata saya merambu2 keluar. Beginikah pengakhiran hidup seorang wanita, isteri & ibu?
Jika Kak Siti rasa tindakan yang akan diambil sudah muktamad, terpulanglah. Cinta tak boleh dipaksa. Saya dengar ceramah Dr MAZA baru ni bahawa jika bercerai suami isteri maka akan bergegar tiang arash tak ada dalam hadis pun katanya. Maha Besar Allah katanya, tiang arash akan bergegar hanya kerana perceraian hambaNya yang amat lemah ni.
Rumahtangga bukan neraka dunia hingga sekali kita masuk maka tiada jalan keluar. Jika masing2 merasakan sudah tiada terjalin kasih sayang, keberkatan didalamnya buat apa dipertahankan.
Buat Kak Siti, tiada apa yang mampu saya katakan. Hanya kata2 keramat, SABARLAH Kak Siti. Semoga Allah bersamamu...
10 ulasan:
emmm... sedih cerita ni... semoga dia tabah menghadapinya
errr... citer ni tak de kena mengena dgn kes 'bai'ah' tu kannn....
napa ye kak.. ada laki mcm ni?? tak faham lahh
Salam ziarah, jgn terkandas dalam perjuangan hidup. Ini kehidupan yg Allah dah tentukan utk adik. Membaca n3 nih akak tahu yg adik telah mempertahankan dan dah menang dlm peperangan dlm perkahwinan ini. Bisikkan iblis jgn lah di ikut, memang penceraian yg akan di raikan oleh iblis. Teruskan saja hidup dengan anak2. Maaf kalau kata2 akak menyinggung adik..tapi jgan lupa 'CINTA PD ALLAH YG KEKAL ABADI.. AKAK HARAP ADIK MENANG DLM PERJUANGAN..
salam cikgu shifu,
sama2 kita doakan dia tabah meghadapinya.
p/s : tak ada kena mengenapun, si polan yg bnama suami tu bukan YB atau calon YB...
knp buat kak siti camtu.. moga kak siti brsbr :(
salam siti,
entahlah siti, akak pun tak tahu dgn sikap insan bnama lelaki ni. jika ada pun salah & silap isteri dimana2 takkan dapat ditutup dgn keikhlasan isteri bertarung nyawa melahirkan anak2 mereka.
akak kdg2 tak habis fikir siti, kenapalah ego lelaki ni tinggi sangat! dia aje nak betul...
salam untie,
I'ALLAH smoga siapapun di alam ini yang mhadapi dugaan akan tabah mhadapinya dengan redho & percaya pada takdir ALLAH.
assalammualaikum mama,
pernah saya terbaca seorang isteri sanggup buat plastic surgery untuk suaminya, tapi akhirnya suaminya cari lain...
saya berpendapat, kita sekarang perlu perbetul niat, kita berkorban bukan kerana anak atau suami, tapi kerana hendak mencari redha Allah...
kalau berkorban kerana mereka, Allah pulangkan kita pada mereka,inilah yang terjadi rasanya pada k.Siti,
wallahualam...
doa saya moga K. siti, bertemu dengan ketenangan yang dicari..ameen
Kepada suami yg punya kesedaran betapa dalamnya pengorbanan si isteri utk seluruh kehidupannya bersamamu, jagalah hatimu..
jangan kau rosakkan pandangan wanita2 yg baik & ikhlas utk bina rumahtangga yg bahagia sepeninggalanmu ke tempat kerja..
jangan kau nilai mereka hanya setiap kali kau berada di rumah..
sesungguhnya wanita yg baik utk lelaki yg baik..
sedarkah isterimu telah cuba menjadi isteri yg terbaik buatmu?
apakah mereka sebagai isteri yg baik utk lelaki yg tak baik seperti mu sehingga dgn mudahnya kau meninggalkan mereka hanya kerana ingin mendampingi bakal isteri pilihanmu atas kehendak hatimu?
jangan kau dgn mudah melangkah pergi dari sisinya.
dia tak semudah engkau utk mencari pengganti bg dirimu.
jangan sekali kau berfikir..
bukan 2 kali..
bukan 10 kali..
tapi fikirlah beribu-ribu kali..
fikirkan tentang penerimaan anak2 tentang kebahagiaan keluarga yg mereka tinggal selama ini seperti mana isterimu fikir..
assalaamuálaikum
apa yg berlaku sama spt yg Jun alami?
Catat Ulasan