New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

06 Oktober 2009

Tolong Doakan... Semoga Dia Sembuh Semula!

Assalamualaikum.....

Hari ni emosi saya benar2 terusik dengan satu tragedi yang begitu menyayat hati saya sepanjang hari ini. Walaupun apa yang terjadi padanya bukanlah ada kaitan sangat dengan saya, dia bukan anak saya. Hanya anak saudara pada suami saya... tetapi naluri keibuan saya benar2 tergugat dengan apa yang menimpanya!

Biar saya namakannya Dik Un. Anak kepada abang ipar saya, iaitu abang kepada suami saya. Usia Dik Un baru 16 tahun. Sebaya anak ke 3 saya Kak Uda. Sejak kecil diantara adik beradiknya seramai 5 orang Dik Un agak rapat dengan keluarga saya berbanding adik beradiknya yang lain.

Dik Un anak ke 4 dari 5 saudara. Seorang darinya yang melangsungkan perkahwinan pada 3 oktober baru ni. Dan seorang darinya yang pernah saya catatkan pemergiaannya mengadap Ilahi dalam post saya yang terdahulu. klik sini

Hermmm... macamana ya, saya nak mulakan cerita ini.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya diceriterakan, diwar2kan tentang keadaan Dik Un. Mereka kata Dik Un sakitlah, Dik Un jadi tak betullah, Dik Un buat perangailah, Dik Un kena sampuklah & macam2 lagi.

Tapi saya tak nampak dimana sakitnya dia. Setiap kali berjumpa keadaannya biasa aja. Mereka kata kalau Dik Un dalam keadaan normal Dik Un akan jadi pemalu & tak banyak bercakap. Sebaliknya kalau Dik Un dalam keadaan tak normal dia akan jadi sebaliknya. Tapi bagi kami Dik Un, sikapnya pada saya sekeluarga tidak pernah kami merasakan Dik Un berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Dia akan bersembang & tidak malu2 dengan kami. Memang kadang2 sejak dari dulu saya perhatikan Dik Un pendiam sikit.

Sehinggalah sejak dua menjak ni selalu terdengar cakap2 orang mengenainya disemua tempat. Sewaktu keluarga berkumpul samada pada hari raya, kenduri kendara waima sewaktu ada kematian. Kadang2 saya mendengar orang bercakap2 hatta saudara2 terdekatnya mengenai Dik Un ketika Dik Un berada berhampiran mereka. Begitu lantang mereka bercerita sesama sendiri Dik Un sakitlah, Dik Un jadi tak betullah, Dik Un buat perangailah... bla bla bla bla...

Dipendekkan cerita kemuncaknya terjadi pada hari kenduri abang Dik Un baru2 ni. Belumpun panas punggung saya duduk di kerusi khemah kenduri malah belumpun nasi kenduri masuk kemulut, seorang mak saudara Dik Un datang memberitahu " tu jadi pulak tu budak tu! Tu buat hal pulak dah! 2, 3 hari tak balik tidoq di rumah! ".

Sedangkan baru beberapa minit Dik Un datang menyapa kami dalam keadaan biasa walaupun saya melihat mukanya yang seperti sedikit keletihan, seperti kurang tidur. Tapi saya diamkan tanpa bertanya, kerana kebetulan malam kenduri tu saya diberitahu oleh Kak Uda yang agak selalu berhubung dengan Dik Un berada di Pendang bersama kawan2nya. Saya ada memberitahu Kak Uda supaya suruh Dik Un balik, rupanya Dik Un tak balik kerumah malam tu. Malah Dik Un cepat2 bangun apabila melihat mak saudaranya datang kearah kami sedang berbual.

Sehinggalah pada jam 10 pagi tadi, Dik Un mengetuk pintu rumah saya dengan mengatakan dia nak bercuti selama seminggu di Penang. Cadangnya menginap dirumah Paksunya. Saya tak terkata apa, hanya terkejut dia bermotosikal dari Alor Setar ke Penang. Seingat saya Dik Un hanya bertandang kerumah saya ni ketika usianya sekitar 10 tahun bersama mama&babanya. Pelik juga Dik Un ingat arah rumah saya ni.

Saya maklumkan kehadirannya pada suami. Tidak lama kemudian saya dihubungi suami memberitahu, baba Dik Un telefon bertanya samada Dik Un ada dirumah saya. Babanya suruh kami simpan kunci motor. Babanya minta kami bawa Dik Un ke Hospital untuk diberi suntikan ubat penenang. Babanya beritahu saya Dik Un ada penyakit yang dinamakan biofolia. Saya agak terkejut, nak buat apa bagi dia ubat penenang? Dia dalam keadaan elok je. Saya kata apa2 hal tunggu hingga babanya datang. Tak berani nak buat apa2 kat anak orang.

Tak lama kemudian babanya telefon saya memberitahu dia dah telefon polis minta polis bawa ke balai atau hospital. Saya kata kalau nak bawa polis bagai kerumah saya biarlah Dik Un disini. Biar dia tenang dulu kalau betul dia dalam keadaan sakit & tertekan. Sebab dia nampak ceria je bercerita itu ini kepada saya sepanjang pagi. Sesekali meluahkan perasaan yang dia tertekan dengan sikap baba, mama & adik beradiknya yang asyik menekannya. Ketika mengikut paksunya mengambil Kak Teh dari sekolah pun dia menangis2 meluahkan rasa hati pada paksunya.Dia memang dalam keadaan agak tertekan pada keluarganya.

Tidak lama kemudian mereka telefon kata dalam perjalanan ke Penang untuk bawa Dik Un balik. Mereka minta saya melayan & melengah2kan supaya Dik Un jangan keluar rumah. Tapi apalah daya kami menahannya. Dik Un berkeras mahukan kunci motor, nak keluar jumpa kawan katanya. Kami serahkan dalam keadaan yang serba salah. Bimbang juga kalau betul dia sakit, buatnya dia mengamuk.. naya juga. Tapi dia janji dengan saya sungguh2, dia akan balik semula kerumah saya.

Sebaik sahaja mereka sampai dari Alor Setar, Dik Un dah keluar. Dia mesej bagitau saya mengatakan dia berada di Batu Feringghi, nak mandi laut. Mereka bergegas mendapatkan Dik Un tanpa menunggu saya & suami. Saya memang takk sedap hati. Saya telefon minta suami yang berada di kelas KAFA segera balik. Saya nak turut mereka di tepi pantai. Saya dapat mengagak mereka takkan berjaya pujuk dia.

Tekaan saya tepat. Sebaik kami sampai di pantai Dik Un bergegas mendapatkan kami dengan mengatakan dia mahu ikut kami balik rumah. Dia tak mahu ikut mereka balik kampung. Macam2 yang dia luahkan, yang membuat saya hampir2 menitiskan airmata.

Mereka minta kami lengah2kan dia. Rupanya mereka sudahpun memanggil pihak polis untuk membawa Dik Un ke Hospital. Mengapa perlukan polis? Sedangkan Dik Un dah berjanji nak ke Hospital asalkan bersama saya & paksunya. Ketika Dik Un sedang mandi tulah abangnya datang bersama polis seramai 8 orang. Ketika itu airmata saya tak mampu ditahan2 lagi. Bersama dengan hujan renyai, ombak yang begitu kuat menghempas pantai saya menangis kesayuan ketika menyaksikan Dik Un bersoal jawab dengan polis2 tu, sedangkan baba & abangnya yang beria2 mahukan polis terlibat hanya melihat dari jauh.

Walaupun berjaya dipujuk oleh polis tu, akhiranya Dik Un tetap tak mahu naik kereta mereka. Dia berkeras mahu ke hospital bersama kami. Ketika itu suasana memang agak tegang. Saya dah dapat agak kalau situasi ini berterusan mesti pihak polis tu akan gunakan kekerasan pada Dik Un. Saya amat takut & tak sanggup kalau Dik Un dipasung menggunakan baju pasung tu.

Saya & suami cepat2 meminta pada mereka supaya Dik Un bersama dengan kami, naik van kami ke hospital. Sambil menangis teresak2&merungut2 dia naik ke van kami tanpa paksaan. Naluri keibuan saya tak dapat ditahan2 lagi. Dik Un saya peluk seerat2nya. Sambil saya ikut menangis bersamanya saya minta dia beristighfar bersama saya. Saya minta dia ingatkan Allah. 

Walaupun sepanjang perjalanan ke GH dia merungut2 marahkan keluarganya akhirnya sampai juga kami ke GH. Setelah mendapatkan rawatan & suntikan, sepatutnya Dik Un kena tahan diwad untuk rawatan lanjut, tapi babanya minta dilanjutkan ke hospital Alor Setar. 

Berlaku lagi kejadian yang tidak diingini di hadapan kaunter kecemasan. Dia berkeras tak mahu balik bersama babanya. Dalam keadaan dia dah mula lali dengan ubat penenang pun dia masih berkeras. Dia tetap nak ikut kami balik kerumah. Saya lihat keadaan sudah tidak terkawal. Orang sudah mula berkerumun. Saya bertindak sendiri dengan memimpin tangan Dik Un terus ke van sambil berkata " jom! jom! ikut maksu balik. Saper nak ikut, ikut! ".

Rupanya mereka tak sabar menunggu ubat itu bertindak. Masuk saja ke van, belumpun keluar dari pagar hospital dia dah terlena nyenyak sampai kerumah saya. Mereka pindahkan dia dari van ke kereta dalam keadaan dia sedang tidur.  

Sebentar tadi sepupu suami yang sama2 ikut ke Penang untuk membawa dia balik memberitahu sebaik sedar dari tidur dia terus bertanyakan saya & suruh mereka suruh paksu datang ambil dia. Berita terbaru, Dik Un ditahan diwad. Semua keluarga disuruh balik. Dik Un berada dalam pengawasan doktor. Pada mulanya dia berkeras tak mahu, tapi bila diberitahu esok paksu&maksu nak datang tengok dia baru dia nak masuk wad.

Saya diberitahu doktor bertanya pada waris siapa paksu&maksu yang Dik Un dok sebut2. Sepupu beritahu sementara ni keluarganya tak dibenarkan melawat. Dik Un berada dalam pengawasan doktor & akan diberi ubat penenang lagi untuk sementara ni.

Dari cerita babanya di hospital tadi, ini kali ke3 Dik Un jadi camni. Katanya dia mengamuk jika kemahuannya tidak dituruti.

Bagi saya mungkin benar dia berpenyakit. Tapi penyakitnya tu sudah tentu berpunca dari tekanan. Tekanan perasaan, tekanan mental.

Kita yang sihat pun kalau hari2 orang mengatakan kita sakit, kita tak sihat pasti akhirnya kita akan sakit. Inikan pula orang yang disahkan doktor berpenyakit. Kalau hari2 dok dengar orang mengatakan itu ini dihadapannya tentu dia akan tertekan. Saya rasa kemuncak tekanannya adalah kerana kenduri kendara dirumahnya baru2 ini. Bila orang sibuk, ramai bertandang kerumah & mengata tentangnta tentu dia tertekan.

Saya rasa eloklak doktor menjauhkan sementara Dik Un dari keluarganya. Biar dia tenang berehat di hospital. 

Kepada sahabat2 saya dialam cyber, jika sudi tolonglah doakan kesejahteraan anak saudara suami saya ni. Dia masih muda, masih panjang perjalanan hidupnya.

Dik Un, maksu juga akan sentiasa doakan Dik Un cepat sembuh. I'ALLAH pintu rumah maksu sentiasa terbuka. Walaupun risau juga dengan keadaan Dik Un tadi, tapi maksu percaya hanya kasih sayang yang boleh melembutkan hati Dik Un.

Dik Un bertopi, bergambar bersama anak saya Angah & seorang lagi sepupu mereka di hari kenduri di Gunung Keriang baru ni

2 ulasan:

ain fathihah fhm berkata...

ya Allah, ma..

menanges tata baca psl dik un ni

huhu

moga dia cepat sihat

MaMa MoDeN berkata...

salam ta,
memang sedih ta..
mama masih risau tentang dik un.
klu lah mama tak jaga Darin, mmg mama dah balik tgk dia.

tgk hujung minggu ni, igt nak ajak baba balik sat tgk dia..