New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

20 April 2009

Dari ALLAH Kita Datang, Kepada ALLAH Kita Kembali....

Assalamualaikum....




Sedang saya bersiap2 untuk menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan di Balik Pulau, HP saya berbunyi. Tertera nama biras saya, Bang Man ( suami Kak Salmah ).




Bang Man : Assalamualaikum




Saya : Waalaikumsalam




Bang Man : Paksu ada?




Saya : Ada, Bang Man nak cakap ngan Paksu ker?




Bang Man : Tak pa lah, nak bagitau anak Pak Tam, Fahmi xcident..... meninggal pagi tadi.




Dalam keadaan yang terkejut, maklumlah seminggu lepas saya dah terkejut menerima berita xcident ni. Tiba2 pagi ni saya menerima pula berita sedih bagi keluarga suami saya ni.




Saya terus maklumkan pada suami, dengan seberapa segera kami bersiap2 sebab cadang nak bawa Kak Uda yang berada di asrama balik sama menziarahi jenazah.




Selepas mendapat kelepasan Kak Uda keluar, kami meneruskan perjalanan. Kebetulan semalaman tu suami demam, so sayalah yg memandu meneruskan pengembaraan ke Alor Setar Kedah. ( to Cik Ain Fathihah & the geng, ni pengembaraan yang betul tau ).




Bukan saya tak mahu cepat sampai, sebab jenazah dijangka akan dikebumi selepas zohor. ( orang2 utara ni kata kebumi jenazah tu simpan jenazah, anak2 saya baru tau jer simpan tu maknanya kebumi jenazah. Macam saya ler dulu, apalah depa ni... nak simpan jenazah buat apa? Simpan kat mana? Kebumi jer lah jenazah tu, nak simpan2 pulak!)




Saya mahu cepat sampai, tapi bila pecut jer ke angka 100km cik abang dah warning, slow jer yang..... ermmm dalam mata lelap pun dia tau saya nak pecut.




So memandulah saya dalam kelajuan 80/90 km jer. Akhirnya jam 12 kami sampai ke Kampung. Rumah peninggalan Allahyarham mertua saya yang sekarang didiami oleh abang ipar saya sekeluarga yang kehilangan anak ke 3 mereka pagi tadi.




Agak ramai saudara mara yang sudah sampai. Kami terus kedalam melihat jenazah. Melihat keadaannya hati jadi sayu. Serta merta tersentap hati bila mengenang kejadian seminggu lepas. Mujur tak ada apa2. Agak teruk kejadian yang menimpa jenazah. Cedera teruk di bahagian tengkuk dikatakan menjadi punca kematian Allahyarham. Yang amat menyayukan hati kelihatan darah mengalir seperti airmata melalui matanya.




Dari cerita yang didengar, Allahyarham dalam perjalanan balik menghantar kawannya di Pulau Pinang. Kejadian berlaku di Jalan Yan, Sungai Daun. Ketika kejadian jam 3 pagi itu Allahyarham terbabas & berlanggar dengan sebatang tiang. Allahyarham dijumpai dan dibawa ke Hospital Yan. Namun ALLAH lebih menyayanginya bila Allahyarham meninggal pada jam 6 pagi.




Allahyarham Mohd Fahminuddin meninggal pada 19 April 2009, beberapa hari sebelum menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 18 pada 23 April ini. Allahyarham anak kepada Abang Ipar saya Mohd Daud Rusdi bin Hassan & isterinya Fauziah bt Ahmad. Allahyarham anak ke 3 dari 5 orang adik beradik.




Buat Abang Die, Kak Fauziah & anak2 Fathi, Fikri, Fathul & Siti Fadwa salam takziah diucapkan. Semoga tabah menerima dugaan yang amat berat ini. Tiada siapa menyangka anak yang kita bela sedari kecil dengan penuh kasih sayang akan pergi mengejut seperti ini, meninggalkan kita terlebih dahulu.




Alfatihah buat Allahyarham Mohd Fahminuddin, semoga berada dikalangan orang2 mukmin.




Alfatihah..............






Tiada ulasan: