New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

18 April 2009

Untuk Yang Berkenaan Sahaja....

Assalamualaikum....


Kali ni saya nak sembang pasal politik sikit. Sekadar meluahkan apa yang saya rasa. Terpulanglah pada sesiapa yang rasa nak baca, baca ler. Sesiapa yang rasa luahan saya ni menyinggung hati berhentikan pembacaan anda.


Sesiapa yang pernah membaca blog mama moden ni tentu tau saya fahaman parti mana, walau saya tidak pernah meyatakan secara terang kerana menjaga hati kawan2 lain dari fahaman yang berlainan. Tapi saya penyokong, malah pernah menjadi pendokong diperingkat Cawangan, Kawasan & Negeri. Saya ahli yang tidak menyokong membabi buta. Dalam mesyuarat atau seminar apa2 saya tetap akan memberi respon jika ada yang tidak kena dalam pimpinan.


Percaya tak, saya pernah berhujah dengan YAB Menteri Besar Kedah berhubung perkara merokok & poligami dikalangan pimpinan & ahli2. Tapi masa tu beliau belum menjadi MB ler. Saya bangkang sikap beliau yang seolah2 menyokong ahli2 yang menghisap rokok ni. Begitu juga pada lelaki2 yang berpoligami dengan tidak mengikut sunah Nabi. Banyak perkara yang saya hujahkan ketika itu.


Begitu juga dalam perkara2 lain. Untuk apa kita menjadi penyokong jika sokong kita sokong yang membawa rebah.


Apa yang ingin saya katakan ialah berhubung dengan PRK Dun Penanti yang akan dihadapi tidak lama lagi. Bukan saya mempersoalkan ketelusan yang empunya diri meletak jawatan sebagai langkah mengambil tanggungjawab dengan tuduhan yang dikenakan pada beliau.


Apalah salahnya beliau menunggu sehingga PRU 13 nanti. Tak mengapa meletak jawatan sebagai Exco kerana hanya perlu diganti oleh Kerajaan Negeri sahaja, tetapi meletakkan jawatan sebagai ADUN banyak pengorbanan yang harus dilalui oleh semua pihak.


Banyak wang ringgit yang harus di keluarkan, bukan sahaja oleh Kerajaan tetapi petugas2 yang akan membantu PRK itu nanti. Banyak juga tenaga yang akan dicurahkan kearah itu. Tentunya seluruh Malaysia akan menumpukan seluruh tenaga di Penanti sepanjang PRK nanti.


Mungkin Pakatan Rakyat tidak bimbang dengan situasi sekarang. Memandangkan mood rakyat sekarang mungkin PRK kali ini juga Pakatan Rakyat akan menang besar. Tapi saya bimbang jika mood rakyat akan berubah sebagai tanda protes kerana punca PRK itu diadakan. Bukan kerana kematian tetapi kerana meletak jawatan kerana nak tumpu pada pelajaran, keluarga yg selama ini telah diabaikan & juga kerana hendak membersihkan nama.


Saya secara peribadi amat suka jika kerusi DUN Penanti ini diberikan kepada PAS. Kerana selama ini PAS lebih komited dalam Pakatan Rakyat. Berbanding dengan PKR yang telah menyebabkan Negeri Perak dibawah Pakatan Rakyat tumbang kerana 2 ADUN PKR yang telah menjadi katak.


Saya merasakan inilah masanya PAS membuktikan bahawa selama ini PAS tidak menjadi kuda tunggangan atau alat kepada yg lain. Banyak point yang boleh PAS gunakan untuk mendapatkan kerusi ini. Tetapi saya percaya bukan mudah pihak pimpinan untuk mendapatkan kerusi ini. Saya pernah menjadi sebahagian ahli mesyuarat untuk menetapkan kerusi Pilihanraya bersama parti gabungan ini. memang susah. Walaupun PAS cukup gerak kerja di peringkat cawangan2, ramai petugas berbanding PKR tetapi membuat pemilihan kerusi Pilihanraya dengan PKR memang bukan kerja mudah.


Tetapi seeloknya jika PKR betul2 ada semangat kawan bersama PAS tentulah kerusi Penanti ini tak perlu diminta. PKR sendiri dibawah pimpinan DSAI akan menyerahkan kerusi itu kepada PAS untuk meletakkan calon. Ada yang berkata jika Abang Mat Sabu diletakkan disitu tentulah YAB Ketua Menteri tidak akan bertangguh lagi meletakkan Abang Mat sebagai TKM 1 Pulau Pinang.


Saya berharap pimpinan2 PAS disemua peringkat akan lebih berkeras dengan PKR dan juga yg lain dalam Pakatan Rakyat ini. PAS tak kurang pimpinan yang lebih berkaliber. Jangan kerana DSAI kita menjadi terlalu taksub tanpa memikirkan kehendak akar umbi. Jangan ambil kesempatan pada sokongan rakyat pada Pakatan Rakyat. Jangan ambil mudah pada sokongan yang rakyat berikan. Tunjukkan bukti Pakatan mampu memerintah tanpa melayan hal2 remeh temeh.


Maaflah pada semua pihak jika saya agak keterlaluan sangat pada post kali ini. Kan saya dah kata saya tak menjadi penyokong yang akhirnya sokong itu membawa rebah...


Selamat Bertugas Lagi Pada Petugas2 di PRK Dun Penanti......














apapun yang kita sokong, jangan sampai sokong kita membawa rebah
matlamat tidak menghalalkan cara

2 ulasan:

Unknown berkata...

org yg letak jawatan tu kira disokong membawa rebah le tu gamaknye kan.... :)

Jebat berkata...

Saya ditemui dengan Ketua Pemuda PAS cwngan dlm dun penanti ni yg menyatakan kali ini mereka tidak mahu lagi berkempen dan memberi sokongan kepada PKR kerana permintaan mereka untuk meletakkan calon PAS tidak dipersetujui oleh Keadilan Negeri.
Nampaknya ramai dah mula beralih angin.