New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

05 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.....

Selamat Pengantin Baru buat 2 orang anak saudara suami saya yang melangsungkan walimah sempena syawal tahun ni. Harapan & doa semoga mereka akan hidup aman bahagia, sejahtera hingga keakhir hayat mereka.

Sewaktu saya berkahwin dengan Paksu mereka, kedua pengantin ni masih kecil2 lagi. Che Fadzlina & kembarnya Che Farhana baru sekitar 4 tahun manakala Fikri baru sekitar 2 tahun.

Punyalah manja mereka ni masa tu. Kuat menangis, selagi mak mereka tak datang ambil selagi tulah dok menangis menjerit2.

Tapi sekarang mereka masing2 dah jadi isteri&suami orang. Tapi masa mereka jadi pengantin haritu, saya masih terbayang&membayangkan mereka ni masih anak2 kecil yang suka menangis, manja & 'merap' kata orang utara.

Hai.. tu baru tengok anak2 saudara jadi pengantin, esok2 kalau anak2 sendiri jadi pengantin... macammanalah agaknya yer....

Semoga saya & suami akan bersedia melepaskan anak2 kami memulakan hidup baru bersama pasangan masing2 bila tiba masanya nanti. I'ALLAH.

Pengantin 1

Che Fadzlina bt Abu Bakar & pasangannya Mohd Zamir telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 september 2009 yang lalu. Kedua2 pasangan ini merupakan pasangan guru yang bertugas di Sarawak. Doa Maksu, Paksu & adik2 semoga Ina & Zamir akan tabah, sabar menghadapi suka duka dalam mahligai yang dibina.

Pengantin 2

Mohd Fikrinudin bin Mohd Daud Rusdi & pasangannya Yati telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 oktober 2009 yang baru lalu. Mohd Fikrinudin yang kami semua panggil Angah merupakan seorang anggota KAGAT di Kem di Gemas. Isterinya pula saya tak pasti berkerja dimana, tak sempat berkenalan sebab kami tak bermalam di rumah pengantin. Kami bertandang betul2 sebagai tetamu, lantaran beberapa sebab & masalah yang tidak dapat dielakkan untuk kami sama2 berkampung seperti kenduri2 yang lain.

Selamat Pengantin Baru kepada mereka.

Tiada ulasan: