Assalamualaikum.....
Bermadu?? Sekadar bermonolog di hening pagi....
Bermadu atau poligami adalah satu topik perbincangan yang tak pernah 'sejuk'. Dari zaman saya anak dara sehinggalah bergelar isteri. Yang menariknya hanya kaum adam sahaja yang begitu ghairah sekali untuk membincangkan topik ini.
Seorang Ustazah pernah dikecam, oleh kakak-kakak yang sudah berumah tangga kerana dengan terang-terangan menyatakan bahawa poligami bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Dek kerana kelantangan Ustazah itu bercakap tentang soal ini juga, telah menyebabkan Ustazah tersebut dilamar oleh beberapa 'Ustaz' untuk dijadikan sebagai isteri kedua.
Beliau juga pernah 'diserang' oleh isteri kepada salah seorang ustaz itu walau beliau tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menerima lamaran ustaz itu.
Pengalaman yang sangat menyedihkan dan menggerunkan. Bagi setiap perempuan yang telah bergelar isteri akan mengerti kenapa kebanyakan wanita begitu takut dengan poligami ini..
Diawal perkahwinan dulu saya pernah memberitahu suami, yang saya izinkan dia beristeri lain jika dia bertemu dengan insan lain yang lebih baik dari saya. Malah sampai sekarang pun saya masih menyatakan saya tidak ada masalah dengan poligami. Walaupun tidak mengharap perkara itu berlaku.
Kita faham, umumnya isteri-isteri takut suami menikah lagi kerana :-
1. Takut perhatian suaminya terhadap dirinya akan berkurang.
2. Berkurangnya keberadaan suami di rumah dan tidak adanya perhatianterhadap anak anak.
3. Perasaan takut disia siakan ketika suaminya menikah lagi.
Wahai sahabat muslimat sekalian hakikatnya penciptaan kita sebagai manusia, kita datang tanpa memiliki apa-apa begitu jua sewaktu kita akan kembali nanti, kita tidak akan membawa apa-apa, sekali pun suami yang kita terima dengan lafaz mulia kalimah nikah satu ketika dahulu.
Selepas akad nikah saya telah menyatakan kesanggupan untuk bermadu kepada suami, bukan bermakna saya tidak menyayangi suami jauh sekali tidak mencintai suami yang sanggup menerima diri ini seadanya walau penuh dengan segala kekurangan, tetapi kesanggupan saya itu bukti saya mencintai suami saya dan saya mempunyai sepenuh kepercayaan terhadap suami.
Saya yakin suami yang takut dengan azab Allah adalah suami yang tidak akan sesekali pun mensia-siakan isteri dan rumahtangga. Dan ini juga membuktikan betapa pada saya poligami bukan satu pengkhianatan terhadap rumahtangga jika dilaksanakan dengan penuh ikhlas&mengikut syariat.
Kenapa saya begitu mudah memberikan 'lampu hijau' kepada suami? Tidak mudah sebenarnya. Saya sentiasa sedar segala kekurangan diri. Diri saya bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan dirinya. Saya kurang segala2nya. Tatkala saya menyatakan kesanggupan, hati pula sedang hebat berperang meraih ketenangan, saya kira itu lumrah. Isteri mana yang tidak akan sedih apabila suami akan mencintai perempuan lain?
Tetapi segala perasaan negatif itu didamaikan oleh dalil-dalil berikut."Dan tidaklah patut bagi seorang Mukmin dan mukminah apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan satu perkara, lalu mereka memiliki pilihan lain dari urusan mereka. Barangsiapa yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul Nya, sungguh ia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata." (Al Ahzab : 36)"... Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sungguh ia telah mendapatkan keberuntungan yang besar." (Al Ahzab : 71)Dan bukankah hukum berpoligami ini datangnya dari Allah ? ;"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ."(An Nisaa : 3).
Sebenarnya pada poligami itu terdapat begitu banyak sekali hikmah, bayangkan andai semua muslimat itu redha dengan hukum poligami dan bayangkan jika semua lelaki itu benar-benar memahami aspirasi pernikahan dan hakikat kejadian manusia sebagai khalifah, juga yang mampu menginsafi akan adanya perhitungan atas setiap pergerakan dan perlakuan walau sekecil zarah cuma, saya yakin akan amanlah rumahtangga biar sekalipun suami itu isterinya 4.
Para suami yang ingin berpoligami juga usah lupa kepada hadits Rasulullah S.A.W ini, "Barangsiapa yang memiliki dua orang isteri lalu ia condong pada salah satunya, maka ia akan datang pada hari kiamat sedangkan bahunya senget."
Suami saya sering menduga saya, agar meminangkan wanita itu, wanita ini untuk dirinya. Malah sebenarnya saya pernah merisik2 2,3 orang kawan sepanjang 20 tahun ini. Kebetulan wanita itu sudah agak lewat usianya. Tetapi risikan saya ditolak dengan baik ketika itu, kata mereka, mereka tak tergamak melukakan hati wanita, seorang isteri & seorang ibu juga seorang kawan seperti saya, malah suami pun sering mengatakan dia hanya melawak saja. Katanya dirinya bukanlah lelaki yang layak untuk berpoligami. Bukan dibawah kemampuannya untuk menanggung lebih dari sebuah keluarga.
Seorang kawan dulu, masih saya ingat dia sanggup diceraikan suami jika suaminya mahu berpoligami. Saya mengandaikan... jika kita ada segelas air yang penuh, apalah salahnya jika kita biarkan air digelas kita separuh daripada kita mengosongkan terus gelas itu.
Kini, semakin usia menginjak tua, saya memang berharap kasih sayang, cinta suami hanya untuk saya & anak2. Entah mengapa diakhir2 ini mulut saya sudah tidak banyak memperkatakan soal poligami ini pada suami. Adakah saya semakin tamak dengan kasih sayang?? Adakah saya sudah memungkiri janji2 saya di awal pernikahan dahulu??
Saya hanya berharap menghabiskan hari2 yang mendatang ini bersama suami, anak2, menantu2 & cucu2 kami. Saya tidak mahu kebahagian yang ada ini direntap oleh tangan2 yang mungkin tidak dapat menerima kami seadanya.
Yang pasti, cinta kami semakin mekar walau usia perkahwinan telah semakin bertambah. Anak2 pun sudah semakin besar, mereka sudah pandai berdikari. Masa kami lebih banyak dihabiskan bersama. Kadang2 kami keluar bersama berdua sahaja yang mana diawal perkahwinan dulu tidak dapat kami lakukan kerana dikelilingi anak2 yang masih kecil.
Walau kadang2 berlaku pergaduhan kecil, bagi kami itu asam garam rumahtangga. Saya tidak mengharap kasih sayang suami terbahagi dengan insan lain, tetapi jika itu berlaku saya berharap saya bersedia dari segi fizikal & mental.
Dengan tidak menidakkan poligami, sekurang2nya saya boleh berfikir positif & I'ALLAH dapat redha jika itu berlaku. Mudah2an tidak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan