Assalamualaikum.....
Seminggu yang lalu, MaK bertanya senada, perlahan.... dicorong hp...
"Ko tak balik ke raya ni?"
Diam... tiada jawapan!
" Baliklah, dah lama tak jumpa... Dah lama MaK tak tengok budak2 tu"
Diam... tiada jawapan!
MaK... MaK...MaK...
Maafkan anakmu di kejauhan ini. Bukan tiada jawapan untuk soalan itu, tetapi anakmu ini tak tahu bagaimana nak menjawabnya.
Tiada janji pasti yang dapat diberikan pada DIA yang bernama MaK nun jauh di selatan tanah air seminggu lalu, hanya jawapan rutin saban tahun... "tak plan lagi MaK nak raya dimana".
I'Allah, jika ditakdirkan balik, anakmu ini akan sampai dibumi bertuah, jika tidak seperti biasa hanya salam maaf di talian telefon yang akan terjadi dipagi syawal.
Sudah 5 tahun tangan MaK & aBaH tidak saya hulurkan salam di pagi syawal. 2004 tahun terakhir saya meraikan syawal bersama MaK, aBaH & keluarga di kejauhan sana.
Syawal itulah dapat diraikan bersama keluarga di Johor kerana meraikan perkahwinan adik perempuan saya. Sekarang adik saya dah beranak 2! Syawal itu juga kali ke 3 saya meraikan syawal bersama keluarga di Johor selama 20 tahun bergelar isteri. Kali pertama ketika saya melahirkan anak sulung, kali ke 2 ketika menetap di Dengkil, Selangor kerana suami melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Maktab Perguruan Islam, Bangi.
3 kali... 3 kali.... hanya 3 kali itulah saya dapat meraikan syawal bersama MaK, bersama aBaH... bersama keluarga.
Selebihnya.... banyak dihabiskan bersama keluarga mertua.... setelah mertua tiada... bersama kakak2 ipar pula..
Tidak gembirakah saya?? Oh! tidak... Saya gembira meraikan syawal dimana saja, asal bersama suami & anak2 saya.
Cuma, perbualan bersama MaK & aBaH seminggu lalu menjadikan hati saya sayu. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati ayah. Hati meronta nak meraikan syawal tahun ni bersama mereka di selatan tanah air tetapi keupayaan saya terbatas.
Apatah lagi jika perlukan alasan & sebab untuk menziarahi mereka. Ditambah dengan berbagai program yang telah menanti di kampung utara tanah air, manakan mungkin syawal ini saya sekeluarga akan berada di selatan tanah air.
MaK, aBaH... raikanlah syawal ini seperti biasa bersama anak2mu yang lain, yang masih bersama kalian disana. Anakmu ini masih belum berupaya untuk balik merai syawal bersama kalian. Anakmu ini tidak akan lagi bersuara untuk merintih, merayu hanya untuk pulang menziarahi kalian. Biarlah masa & keadaan menentukan. Biarlah kepulangan anakmu ini atas kehendak yang ikhlas, bukan kerana sebab & alasan...
pedoman & iktibar sila baca disini
1 ulasan:
Gembirakanlah kedua ibubapa kita semasa mereka masih ada, jangan menyesal bila mereka pergi meninggalkan kita buat selamanya.
Saya telah tiada kesempatan itu, kedua ibubapa saya telah tiada. Yang tinggal hanya ibu mertua saya yang saya anggap seperti ibu saya sendiri.
Catat Ulasan