New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

07 September 2009

Selamat Menjalani UPSR, Semoga Berjaya!

Assalamualaikum.....

Bermula esok 8 september 2009 hingga 10 september 2009, anak ke 5 saya, Kak Cik akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mohon doa dari para sahabat dialam maya mendoakan kesejahteraan Kak Cik menghadapi UPSR dengan tenang.




Pertahanan kamu perlu dikukuhkan 
Kekuatan diri perlu ditingkatkan 
Usaha semua perlu digandakan 
Senjata individu perlu ditajamkan 
Latihan perlu diperbanyakkan 

Ingat! 
Dari hari pertama kamu menjejak kaki ke alam persekolahan 
Kamu tidak dapat mengelak daripada peperangan 
Kamu tidak boleh berundur 
Kamu hanya boleh mara ke hadapan 



Sama ada kamu ditumpaskan 
Sama ada kamu menumpaskan 
Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-galanya 
Jika menumpaskan akan memperoleh segalanya 
Biar memperoleh daripada kehilangan 

Perjuangan belum tamat 
Lawan tetap lawan 
Berjuanglah sepenuh hati , sepenuh jiwa 
Kamu tidak boleh terkorban 
Hanya masa , usaha dan tenaga boleh dikorbankan 
Kamu tidak boleh menyerah kalah walau apa terjadi 
Biar putih tulang , Jangan putih mata 



Bawalah semangat dan keyakinan bersamamu
Bersatu menyerang peperiksaanmu
Biar kubu cita-cita yang kukuh dapat ditelusuri
Biar sekuat kubu itu dapat ditawan

Peperangan dengan peperiksaan mesti menang
Kalahkannya , Tumpaskannya
Kemenangan akan memberi kekuatan
Kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini

Sedarilah
Biar sekuat mana pertahanan , serangan dan kekuatan
Yang Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah pada Yang Maha Besar
Percayalah kamu akan dirahmati dilindungi

Semoga Berjaya Anakku....

4 ulasan:

maiyah berkata...

salam mama, sy doakan dia berjaya Insyaallah :)

kakcikseroja berkata...

ooooooo... kakcik ni sebaya dengan bangcik.. semoga anak2ku berjaya - di dunia dan juga di akhirat..

Tanpa Nama berkata...

salam,saya juga merupakan ank ke 5 daripada 7 orang adik beradik dan di rumah juga family memanggil 'kakchik'.semoga kakcik berjaya menghadapi UPSR..Amin.=)

Abdul Rahman Mohamed berkata...

Salam...semoga anak mama dan semua yang menjalani ujian UPSR tahun ini berjaya insyaAllah..amin..