New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

01 Julai 2009

Anakku, Teruslah Maju ke Hadapan...

Assalamualaikum.....


Masih ingat pada anak ke3 saya? klik Nurul Amirah Fatin


Alhamdulillah, penghijrahannya ke sekolah baru ini adalah pilihan yang tepat. Dia saya lihat begitu bersemangat di sekolah baru ini.




Semangat untuk kembali ke sekolah bila habis cuti hujung minggu, sentiasa sibuk dengan aktiviti2 di sekolah atau asrama.


Semakin rajin menelaah buku2 pelajaran. Bila balik kerumah cuti hujung minggu pasti ada buku yang dibawa balik berbanding dahulu. Alhamdulillah.


Baru2 ini kami sekeluarga berkesempatan memberi sokongan pada Kak Uda dalam pertandingan bahas yang disertainya.


Kami hanya berkesempatan memberi sokongan di peringkat akhir. Pertemuan diantara Sekolah Dato' Haji Abdul Kader & Sekolah Menengah Agama Nibong Tebal.


Beliau dan 4 orang lagi rakannya mewakili asrama Sekolah Dato' Haji Abdul Kader dalam pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang yang diadakan di Sekolah Menengah Seri Nibong, Nibong Tebal.


Sekolah Dato' Haji Abdul Kader muncul sebagai Naib Johan di malam tersebut. Jika sebelum ini penyertaan yang disertai sekolah tewas diawal pertandingan, dengan kemenangan sebagai Naib Johan pada tahun ini merupakan satu kebanggan kepada sekolah. Lepas ini tentu akan diletakkan harapan agar tahun hadapan akan menjadi lebih baik lagi.


Apa yang agak mengejutkan adalah, sekolah ini tidak pernah dapat bertahan lama dalam pertandingan sebelum ini. Diperingkat saringan sudah kecundang. Cikgu yang menguruskan group anak saya ini pun tidak membuat persediaan untuk mereka jika berjaya keperingkat seterusnya. Mereka hanya pergi sehelai sepinggang sedangkan pertandingan berlanjutan dari pagi hingga ke peringkat akhir jam 9 malam.


Mujurlah cikgu membawakan mereka peralatan siap diri setelah dimaklumkan mereka berjaya keperingkat seterusnya.


Pengetua Sekolah juga turut sama memberi sokongan diperingkat akhir mereka beraksi.


Entah kenapa tubuh badan saya seram sejuk, bulu roma tegak berdiri sewaktu menyaksikan Kak Uda menyampaikan perbahasan.


Agak menarik....owh tidak, memang menarik!


Dalam keadaan dia menyerlah diperingkat menengah ini, pencapaiannya harus saya banggakan. Tata kata Kak Uda tiada peluang sebelum ini untuk menunjukkan bakat. Dengan hanya baru baru 4 bulan dia menjejakkan kaki ke sekolah baru ini dia sudah dapat mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini.


Saya berharap dia akan terus sukses dalam aktivitinya dan juga dalam pelajarannya. Harap dia dapat membahagikan masa yang terbaik untuk setiap perkara.


Selamat Maju Jaya Anakku...



Kak Uda ketika beraksi dalam pertandingan bahas ASAT

bersama rakan2 bahas


2 ulasan:

maiyah berkata...

seronoknya kalau ada ank yg pandai, sejuk perut ibu mengandungkannya

Alzasha Illiyyin Zainal Alam berkata...

Berdoa moga lahir lagi berjuta bintang