New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Disember 2008

Salam Tahniah

Assalamualaikum....


Salam tahniah pada tata yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester 1 di UPSI baru2 ni. Dengan gred yg dia perolehi dia berjaya mendapat gred dekan katanya. Tahniah dari saya, baba & adik2nya.

Sememangnya sedari peringkat sekolah rendah lagi anak dara sulung saya ini tidak mendatangkan kerisauan pada saya dari segi dia menelaah pelajaran. Dia sendiri pandai mengatur waktu belajarnya lebih2 lagi bila menjelang peperiksaan penting. Cuma kadangkala dia suka buat kerja di akhir waktu ( last minit kata org putih ).


Masih saya ingat ketika beliau di darjah empat tak salah saya, kerana leka dengan cuti persekolahan dia tidak menyiapkan kerja sekolah kononnya sempat buat last minit akhirnya dah lewat tengah malam kerjanya masih tak siap. Menangis2 dia takut dimarah cikgu.

Dia juga begitu tekun menghadiri kelas tuisen untuk ujian PTS sewaktu didarjah 3. Ujian ini melayakkan pelajar yg berjaya melompat ke darjah lima tanpa perlu melalui darjah empat. Dengan kerja kuat & gigihnya dia berjaya dalam ujian tersebut dimana dia satu2nya pelajar di Sekolah Kebangsaan Telok Bahang yang berjaya dalam ujian PTS. Dia pelajar pertama dan terakhir kerana dua tahun selepas itu ujian tersebut telah dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran. Walaupun pada peringkat awal dia hampir2 tidak dapat mengikuti pelajaran di darjah lima tapi akhirnya dia dapat mengikutinya dengan dorongan guru2.

Sebagai ibu saya berpuas hati dengan pencapaiaannya setakat ini. Bermula dengan UPSR, PMR, SPM, Matrik & sekarang di peringkat awal pengajiannya di UPSI semoga dia akan terus sukses dalam pelajaran, kerjaya & masa depannya. Saya amat teringin memasukkan keputusan peperiksaannya di semua peringkat di blog saya ni tapi saya perlu dapat keizinannya dia dulu.


tata & rakan2nya



Salam tahniah juga saya ucapkan pada kak uda yg mendapat keputusan PMR nya hari ini. Dengan keputusan 3 A 3 B 2 C 1 D yg diperolehinya saya harap dia berpuas hati dengan hasil usaha dia selama tiga tahun ini. Saya, babanya serta kak tih menemani kak uda mengambil slip peperiksaannya di Maktab Mahmud Bandar Baharu pada 30hb yg lalu. Terima kasih kepada guru2 di Maktab Mahmud Bandar Baharu yg telah mendidik & mengajar anak saya dengan bersungguh2 sepanjang tiga tahun ini.



Sesungguhnya anak dara saya yg seorang ini sedari kecil amat mendengar kata. Jika dimarah atau ditegur tidak pernah melawan sebaliknya hanya diam sahaja atau paling tidak dia menangis....


Saya hanya berharap dia akan berjaya di masa hadapan walaupun perjalanan akedemiknya agak perlahan. Tapi saya percaya jika dia bersungguh2 menelaah pelajaran dgn konsisten dia pasti akan lebih berjaya nanti, I'ALLAH.


Sepanjang perjalanan tadi kak uda kata dia agak berdebar2, tapi saya tak rasa berdebar sangat seperti tiga tahun lalu sewaktu menemaninya mengambil slip UPSR di Sek Keb Tanjong Tokong. Kerana percubaan UPSR nya, kak uda gagal dalam subjek matematik saya hanya berharap dia mendapat sekurang2nya C utk subjek itu.


Tapi ALHAMDULILLAH, berkat tuisen yg diberikan oleh tata sebulan sebelum UPSR sebenar dijalankan & juga tunjuk ajar guru2 di sekolah dia berjaya memperolehi gred B dlm matematik. Saya masih ingat sewaktu memasuki pejabat pada pagi itu guru matematiknya Cikgu Khoo Lee Shee memeluknya dan mengucapkan tahniah pada kak uda, saya hampir menitiskan airmata kerana dengan pelukan tersebut saya percaya dia tidak gagal dalam UPSR tersebut. Dan seperti hari itu saya bersyukur dengan keputusan 2 A 3 B yg diperolehinya maka saya juga bersyukur dengan keputusan PMR nya pada hari ini.






kak uda & rakan2 sekolah di Maktab Mahmud Bandar Baharu




Tiada ulasan: