New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

15 Julai 2009

Akhirnya.....

Assalamualaikum.....

Akhirnya, runtuh juga rumahtangga yang dibina sejak sekian lama.

Terlerai juga ikatan yang dijalin dengan penuh kasih sayang, cinta berahi yang suci selama ini. 

Dengan talak 1 yang dilafazkan oleh sang suami, jatuhlah talak keatas sang isteri.

Tiadalah lagi perkongsian susah senang, suka duka, gelak tawa, ria tangis yang dilalui selama ini.

Tiadalah lagi teman dipembaringan dikala gelap malam menjelma.

Tiadalah lagi tempat untuk anak2 menumpang kasih.

Sudah pasti selepas ini sang ibulah yang akan menjadi ayah & juga menjadi ibu.

Jika itu sudah disuratkan, hanya doa semoga kedua2 pihak akan tetap berbaik demi anak2.

Walaupun perceraian itu halal namun ianya dibenci Allah. Tetapi mungkin itu jalan terakhir untuk menyelesaikan kekusutan yang membelit. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Jika benar keruntuhan ini angkara orang ketiga, berhatilah2.

Kita takkan bahagia jika bahagia itu dibina atas penderitaan orang lain.

baca lagi


4 ulasan:

maiyah berkata...

inilah dunia sekarang.. seorang ustaz

Shifu67 berkata...

khabarnya.... betul ke tidak aku tak tau...

bini dia tu dulu, sanggup minta cerai pasal nak kawin dgn ustaz rock tu... bekas laki dia balik kelantan bawa hati... khabarnya la, aku dengar2 jauh je kekawan pompuan yg sok sek sok kat meja sebelah dlm kantin.... hehehe

sekarang ni dia pula kena cerai... walaupun talak 1 tapi dah 2 kali janda le

MaMa MoDeN berkata...

salam puan maiyah,
ustaz pun manusia biasakan bukan maksum...

sesiapa pun akan hanyut jika berada dialam fantasi...

mama sedih sebab pernah bbrapa kali bjumpa dgn ustaz akil ni diceramah2 dulu. dia dok ceramah maizawati tu dok bjual kitab2, cd2 laki dia smbil ditemani anak kecil. bahagia jer tgk masa tu...

kdg2 manusia ni lebih baik susah dr senang skit mula lupa dunia, lupa anak bini....

mama pun kdg2 bimbang juga, ialah suami semakin tinggi berada dipuncak... mama ni sgalanya kurang.

apapun redha jerlah jika satu hari suami dah beralih arah atau bjumpa cinta yg staraf dgnnya. cuma harap dia tak lupa anak2...

harap2 kbahgiaan yg ada ni bkekalan, jika ditakdirkan bkongsi kasih pun biarlah kasih yg ikhlas & diredhai ALLAH... Wallahualam

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu,
kan mama selalu kata kita takkan bahgia jika mbina bahgia diatas derita org lain, tak kiralah dipihak lelaki atau prempuan.

apapun yg penting pranan suami amat penting dlm mdidik isteri, anak2 & rtangga.

Kalau tak, buat apa ALLAH kurniakan 9 akal 1 nafsu kat org lelaki bbanding 9 nafsu tp hnya 1 akal kat org pmpuan.

gunakanlah sbaik2nya akal tu. jgn pula nafsu yg 1 tu diguna smaksima yg mungkin utk pkara2 lara sperti dganda 100 plak, sdgkan akal yg 9 tu tak digunakan, mcm letak kat tmpurung lutut... betul tak cikgu?