Assalamualaikum.....
Merajuk selepas permintaannya untuk beristeri dua ditolak isterinya seorang lelaki di Ampang mengamuk & berkurung didalam rumah sebelum mengugut hendak meletupkan diri dengan tong gas didalam rumah apabila dipujuk oleh pihak keselamatan selama lima jam.
Apalah perangai lelaki macam tu. Malang betul isteri dia & bakal isterinya tu. Camna nak pikul tanggungjawab berat, sedangkan baru diduga camtu pun dah mengamuk sampai nak bunuh diri & menyusahkan orang lain.
Sebenarnya lelaki pun ada tahap menopous macam orang perempuan tetapi dikenali sebagai andropous. Bila umur seseorang lelaki meningkat 40 keatas, akan berlaku juga gejala2 kuat merajuk, sensitif, mahukan perhatian, manja berlebihan, susah nak faham apa kehendaknya yang bertukar2 dan lain2 lagi.
Cuma bagaimana cara lelaki itu menangani gejala itu, seperti gejala yang dialami oleh orang perempuan juga.
Tetapi sebagai orang Islam yang mengaku beriman, umur menuju warga emas adalah masa untuk mendekatkan diri pada Allah, memperbanyakkan amalan2 ibadah, melengkapkan apa yang kurang dalam diri untuk menuju alam yang kekal abadi.
Kalau nak guna pepatah orang putih " life before 40 ?" , untuk melakukan perkara2 mungkar, mencari isteri baru konon nak mengubah selera sedangkan rumah kata pergi, kubur kata mari, tu pepatah orang yang tak beriman.
Sepatutnya lelaki yang hilang iman, arah hidup ini, berpatah balik melihat anak2 yang sudah memberi menantu & cucu kepada mereka. Mereka patut melihat uban yang sudah memutih dikepala.
Curahkanlah sepenuh kasih sayang yang ada kepada isteri & anak2.
Saya rasa lelaki diatas mungkin mengalami gejala2 andropous kot...
Bagus juga kalau dia berjaya letupkan diri dengan tong gas tu, kurang sikit lelaki sewel yang sakit mental kat muka bumi ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan