Assalamualaikum....
Beberapa hari ni saya asyik menjelajah ke blog2 di alam maya. Sedang saya sibuk menjelajah saya di usik oleh kenangan mengusik jiwa.....
Saya terserempak dengan blog Nisa' Penang, satu badan yang bernaung di bawah Dewan Muslimat PAS.
Dianggotai oleh golongan muda muslimat, dimana saya pernah menerajuinya di Peringkat Nisa' Pulau Pinang sebagai Ketua Nisa'.
ermmm amat manis kenangan itu.... terlalu manis & terlalu indah yang saya lalui sepanjang menjadi pendokong Jemaah.
Masih saya ingat sewaktu kali pertama dilantik sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang sekaligus diamanahkan sebagai Ketua Nisa' Penang pada tahun 2000, tangan & kaki saya menggeletar. Saya amat takut tidak dapat memikul amanah yang diberi. Terima kasih pada Ustazah Rahmah, Kak Fadilah, Kak Maziah & Mak Teh Mariah yang memberi sepenuh kepercayaan pada saya menerajui Nisa' untuk beberapa tahun yang indah itu.
Belumpun sampai sebulan saya diamanahkan sebagai Ketua, Nisa' Pulau Pinang telah diarahkan oleh Nisa' Malaysia supaya menghantar sepasukan kontijen seramai 15 orang ke Program Jambori Pusat yang diadakan di Taman Templer Rawang.
Semasa saya mengambil alih jawatan, ahli Nisa' Penang tidaklah seramai mana. Nisa Penang masih belum begitu aktif.
Syukurlah dengan bantuan Dewan Muslimat Negeri, saya berjaya mengumpulkan jumlah peserta yang dikehendaki & segala persiapan. Kami sempat juga menyediakan uniform & tshirt yang lengkap ke Jambori tersebut. Dengan segala susah payah itu, walau dengan serba kekurangan Kontijen Negeri Pulau Pinang telah berjaya meraih Johan Keseluruhan sebagai Kontijen terbaik.
Manakan tidak, dalam pada semua kontijen negeri memasak dengan menggunakan dapur gas, Kontijen kami tetap setia menggunakan cara2 tradisional untuk memasak. Dalam keadaan yang hujan sepanjang Jambori berlangsung tukang masak kami setia menggunakan kayu api yang basah untuk memasak. Walaupun dalam keadaan begitu makanan tetap sedia terhidang apabila kami peserta lain balik ke khemah dari aktiviti yang diadakan. Kagum betul kami dengan kecekapan tukang masak kami. Terima kasih yang tak terhingga pada saudari Leila Rahim.
Pengalaman ketika itu juga yang tidak dapat saya lupakan ketika kami dikepung sekumpulan trak FRU di Taman Templer Rawang. Kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan. Saya, setiausaha saya Rafidah & Ketua Nisa' Johor telah bergerak secara Jungle Tracking ke tempat perkhemahan untuk memaklumkan kejadian diluar Taman tersebut.
Kami telah diikuti dari belakang oleh sekumpulan anggota FRU tersebut kerana merempuh masuk pintu pagar. Akhirnya mereka kepenatan mengekori kami dan hilang begitu sahaja.
Syukurlah, setelah diadakan perundingan oleh Dr Lo'Lo Hj Ghazali yang ketika itu menerajui Nisa' Pusat dan pihak berkaitan, kontijen saya dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan. Sekembalinya saya ke pintu masuk Taman Templer Rawang, rupanya banyak lagi kontijen dari Negeri2 lain yang tersadai di luar.
Bertitik tolak dari situlah Nisa Penang terus maju kedepan. Mendapat tempat ke 3 dalam Sayembara Nasyid Peringkat Nisa Pusat antaranya. Itupun kami kalah kepada adik2 dari Universiti.
Selain melibatkan diri secara aktif diperingkat pusat, Nisa Penang terus maju dengan mengadakan aktiviti2 peringkat negeri.
Antaranya yang masih menjadi acara tahunan adalah Jambori. Ulung kali Jambori Negeri Pulau Pinang diadakan pada Disember 2004 di Sungai Tukun Telok Bahang.
Serentak dengan itu juga kejadian Tsunami berlaku. Semua diluar Sungai Tukun, khususnya di Telok Bahang begitu risaukan keadaan kami didalam hutan sana. Sedangkan kami disana tidak tahu situasi yang berlaku begitu teruk.
Saya membawa lebih kurang 150 nyawa manusia kedalam hutan sana. Termasuk peserta, urusetia & keluarga. Saya sendiri membawa semua anak2&suami saya ke Jambori tersebut. Mujurlah keadaan kami baik2 sahaja. Memang kami diperlihatkan keadaan ombak yang memukul sungai kecil tempat kami berkhemah, tetapi kami mengandaikan itu air laut pasang.
Saya bersyukur, program kami bercorak Islamik. Cukup waktu solat, kami akan solat berjemaah. Sedangkan sejam sebelum kejadian tsunami itu berlaku ada 2, 3 kumpulan yang sedang mengadakan aktiviti kumpulan ditepi pantai. Tetapi kerana mahu peserta bersedia untuk solat zuhur, maka mereka dikerahkan menamatkan aktiviti mereka sebelum masuk waktu solat.
Ketika semua peserta menyiapkan diri untuk solat zuhur berjemaah itulah, kejadian tsunami berlaku. Kejadian yang amat dasyat rupanya. Petang itu ketika berjalan kaki keluar hutan, kami tidak habis2 mengucap syukur. Dengan keadaan yang begitu dasyat diluar sana, kami didalam hutan yang memang dekat dengan laut dilindungi oleh ALLAH. Kalau diikutkan logik akal manusia, tempat kami berkhemah itu lebih rendah dari jalan denai yang teruk diselaputi selut & kayu2 yang dihanyut, dipukul tsunami.
Alhamdulillah, pelapis yang menerajui Nisa' Penang sekarang tetap meneruskan aktiviti2 yang saya asaskan, malah mereka turut menambah & memperbanyakkan aktiviti2 Nisa' Penang.
Aktiviti akhir yang saya ikuti sebelum meletakkan jawatan sebagai Ketua Nisa Penang pada tahun 2007 ialah Nisa' Games yang diadakan di Stadium Kota Bharu, Kelantan.
Nisa' Malaysia ditukar namanya pada namanya sekarang ketika diambil alih oleh Puan Mastura Mohamad. Sebelum ini Nisa' dikenali dengan nama Unit Amal Nisa' Wal Banat dibawah kepimpinan Dr Lo'Lo Hj Ghazali. Dengan kepimpinan baru ini Nisa' di rebrandingkan dengan wajah baru, nafas baru.
Betullah kata pepatah, yang patah pastikan tumbuh... yang hilang pastikan berganti.
Selamat maju jaya kepada semua tenaga kerja Nisa' Pulau Pinang dibawah saudari Mazlina.
Selamat maju jaya juga kepada Nisa' Malaysia dibawah Kak Mas.
Walau jauh dimata namun Nisa' tetap sentiasa dihati................
saya menjadi pengurus bagi pasukamn bola jaring ketika Nisa' Games
bersama pemain2 bowling
Tiada ulasan:
Catat Ulasan