New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 April 2009

Dedikasi Buat Suamiku.....

Assalamualaikum....






Alhamdulillah, akhirnya semuanya selesai dengan baik.

Seperti biasa, mengalah bukan beerti kalah.



Suamiku....

Suatu waktu dulu

Kau hadir dalam hidupku

Tanpa cinta, tanpa perasaan

Hanya kasih sayang abang & adik

Kau merubah hidupku yang dalam kegelapan

Kau merubah keadaanku yang dalam kejahilan

Kau merubah diriku kearah kebaikan

Kau ciptakan seorang insan baru


Suamiku

Aku bersyukur diketemukan denganmu

Akhirnya kasih sayang kita terikat dengan ikatan cinta

Cinta yang hadir tanpa diundang

Cinta yang hadir dengan takdirNya

Kita semai cinta itu dengan kasih sayang

Kita semai cinta yang berputik dengan segala cabaran

Kita semai cinta dengan segala duri & onar

Kita semai cinta dengan keringat & airmata

Kita semai cinta dengan gelak tawa & tangis

Meniarap menelan pasir

Menelantang menadah embun


Suamiku

Selama 20 tahun apa saja yang tidak kita lalui bersama

Hadirnya 7 cahaya dalam kehidupan kita

Membawa lebih sinar bahagia

Redup bundar mata mereka

Menjadi titik tolak apa saja yang berlaku

Buruk baik, cahaya itu yang harus kita dahulukan

Cahaya itu amanah yang harus kita jaga


Suamiku,

Sejak dulu, kini & selamanya

Hanya kau yang terbaik buatku

Kau yang pertama & terakhir

Kau tiada penggantinya

Di dunia mahupun diakhirat

Hidup matiku biarlah bersamamu

Jika ditakdirkan hidupku seribu tahun lagi

Biarlah hidup ku itu bersama mu

Dalam susah mahupun senang

Dalam duka mahupun suka

Dalam tawa mahupun tangis


Suamiku

Kasih sayangku usah diragu

Cinta ku hanya padamu

Segala seribu kebaikanmu

Pasti akan sentiasa menutup jika ada satu kesilapanmu

Dirimu kuterima seadanya

Buruk baik hanya kaulah suamiku


Salam sayang selalu dariku...................



4 ulasan:

Bonda berkata...

Salam.perkenalan sekali lagi...awak memang seorg yg tabah.(org yg tanpa nama)sudi2kan menjadi teman maya ct.

ARIFF BUDIMAN berkata...

Semoga Allah memberiksn kebahgiaan berkekalan sehingga di penghujung usia

insan marhaen berkata...

memang, mengalah bukan bererti kalah. di atas pun bukan bererti menang juga.

yang penting kita telah mengekalkan kedamaian.

insan yang paling hebat bukan yang kuat tenaganya tetapi yang kuat sabar dan semangat untuk hidup dalam damai.

kekadang terpaksa menjadi lilin. kekadang terpaksa menjadi tangan kiri.

syabas buat dirimu!

HagakureKira berkata...

AlhamdulilLah.. semuanya dah kembali normal :)