New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

04 Mei 2009

Alahai! Anak Bujangku.....

Assalamualaikum.....



Tarikh : 10 April 2009

Jam : 9 mlm hingga 12 tghmalam

Tempat : Dewan Orang Ramai, Jalan Patani

Tujuan : Dengar Ceramah Abang Mat Sabu

Sampai rumah lebih kurang jam 12.30 malam. Saya mandi, siapkan diri apa yang patut..... jeng, jeng, jeng....

Nak tido ler, apa lagi.............
11 April, lebih kurang jam 1.30 pagi telefon bimbit saya berbunyi. Aik! siapa pulak tel pagi2 ni............

Walau tertera nombor tanpa nama saya jawab juga. Saya tak pernah tak jawab panggilan, walaupun dari nombor tanpa nama. Kecuali tengah merajuk... hehehehe.


Saya : Assalamualaikum
Sana : Waalaikumsalam, makcik saya Abd Rahman, kawan Afnan...

Saya : Hah! ada apa?

Hati dah rasa tak sedap.... Bulu roma dah meremang semacam......

Sana : Nak bagitau, ermmmm........ Afnan xcident..

Saya : Hah!!!!! Dia camna?

Sana : Nan ada kat emergency Hospital Pulau Pinang.

Saya : Ok.. tanpa saya sempat ucap terima kasih sebab beritahu.


Ia, itulah yang berlaku hampir sebulan lepas. Anak bujang saya kemalangan motor sewaktu pulang dari tempat kerjanya di Pizza Hut. Tapi sebenarnya dari menghantar kawannya pulang.

Selepas menerima panggilan itu saya memang tak senang duduk. Terus bersiap dengan kadar segera walaupun Cik Abang saya maintain dipembaringan. Memang Cik Abang saya ni, kalau menerima berita kecemasan dia memang tenang. Pernah masa saya sakit nak bersalin anak ke 6 saya dia boleh kata "kita tunggu pejabat bukalah yer yang". Dan saya pun tetap setia menahan sehingga pejabat buka umtuk bersalin dan sempat pula kami meronda dulu kerana Cik Abang memandu ikut jalan jauh ke Hospital.

Saya terus menggesa Cik Abang saya cepat2 bersiap, kerana saya risaukan anak bujang saya tu. Saya memang tahu, kalau anak muda macam dia kemalangan malam2, hujung2 minggu ni pulak memang Hospital tak berapa layan. Depa mesti syak budak2 ni merempit. Kami tak lupa membawa GL...

Sampai di Hospital, kawan anak saya yang menelefon tadi menuju kearah saya sambil menghulur beg anak bujang saya. Beg itu tidak saya sambut, sebaliknya dia saya soal bertubi2 tentang kemalangan yang terjadi.

Dia tidak saya hiraukan lagi, beg yang dihulur juga tidak saya ambil, saya terus ke kaunter pendaftaran bahagian kecemasan. Mereka beritahu, anak saya berada didalam. Saya minta izin untuk masuk, suami & dua anak kecil saya masih belum sampai dari tempat parking.

Saya meluru kedalam bilik kecemasan. Memang keadaan saya amat cemas ketika itu. Semua tirai2 saya selak mencari anak saya. Mujurlah keadaan tidak begitu ramai ketika itu, dan kakitangan yang berada disitu tidak memarahi saya kerana menceroboh dari satu tirai ke satu tirai.

Akhirnya setelah ditanya & bertanya saya dimaklumkan anak saya berada di bilik x-ray. Saya bertambah cemas. Terus menuju kesana. Hampir 1/2 jam juga saya menunggu di ruang bilik x-ray yang sejuk itu.

Bila pintu dibuka, saya amat terkejut melihat keadaan anak bujang saya tu. Mukanya dipenuhi dengan darah. Luka meliputi hampir separuh mukanya. Dia berada dalam keadaan separuh sedar. Seluruh badannya menggigil. Bila saya memanggilnya, dia yang kalut bertanya pada saya. Dia dimana, pasal apa, kat mana ni & mengadu sakit......
Dia ditolak semula ke wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. Alhamdulillah, selain luka2 dibahagian muka & sedikit lututnya, tiada bahagian lain yang cedera. Tiada tulang2 yang patah. Bahagian kepalanya juga tiada pendarahan. Setelah luka2nya dicuci & dijahit sedikit dibahagian kening, dia ditahan selama dua hari di wad C 10 Hospital Pulau Pinang.

Sepanjang temubual dengan doktor di wad, banyak kali juga doktor bertanya dia merempit ker... Mungkin juga kerana ketika dibawa ke Hospital, dia berpakaian rasmi Pizza Hut maka dia dirawat dengan segera oleh pihak Hospital.

Sikap anak bujang saya ni, tidak ubah seperti Babanya.Tidak sanggup berkata tidak pada kawan2 yang meminta pertolongan. Hampir setiap malam sebaik habis waktu kerjanya sekitar jam 12 malam dia mempunyai tugas lain iaitu menghantar kawannya balik ke Jelutong. Sedangkan perjalanannya dari rumah ketempat kerja tak sampai pun 5 minit. Tetapi kerana menghantar kawan dahulu kadang2 hampir jam 1 pagi baru dia sampai kerumah.

Sejak dia bekerja sementara menunggu panggilan kemana2 ni, memang kami tak lena tidur sehingga dia sampai kerumah. Selalu bila dia bertanya kenapa mama tak tidur lagi bila dia balik, saya selalu katakan mama tak lena tidur selagi angah tak balik.

Akhirnya, apa yang saya risaukan terjadi juga malam tu. Dia dilanggar dengan sebuah kereta kancil. Kereta tu sepatutnya berhenti, tapi tak berhenti. Angah yang berada dijalan lurus yang tentunya menunggang dalan keadaan agak laju telah melambung dilanggar kereta itu. Mengikut cerita kawannya yang konvoi bersamanya malam tu menghantar kawan mereka memberitahu, setelah melambung dilanggar, angah tertiarap kejalan. Sebab tulah mukanya luka teruk. Angah sendiri tak ingat apa yang berlaku malam tu. Dia hanya sedar bila saya memanggilnya di Hospital malam tu.

Mujurlah kebetulan malam tu kawannya tu ikut sama menemani angah menghantar kawan dengan menunggang motor lain. Kalau tak, saya tak taulah.

Masa tu saya tak terpikirpun motor dimana, camna keadaanya hinggalah saya dihampiri seorang lelaki India memaklumkan motor Angah dah dibawa kekedainya dengan menghulurkan kad bisnes. Dia memaklumkan syarikat mereka akan uruskan semuanya dan meminta kami menghubunginya bila Angah dah keluar Hospital nanti untuk membuat laporan.

Setelah keluar Hospital saya lihat keadaan Angah agak teruk. Mukanya membengkak hingga menutup keseluruhan matanya. dahinya membenjol sebesar bola tenis. Saya agak kasihan melihat keadaannya. Tapi apa boleh buat, benda dah terjadi. Nak makan pun susah, setiap hari selama hampir seminggu saya buatkan dia bubur sehingga dia merungut tak kenyang makan bubur baru dia mula makan nasi. Semoga dia lebih berhati2 selepas ini.

Bila kami pergi ke bengkel untuk membuat report bersama kedai tersebut, saya melihat keadaan motor... Saya bersyukurlah dengan kecederaan yang Angah alami. Kalau melihat pada keadaan motor yang agak teruk, bersyukurlah dengan kecederaan dia yang tidak seteruk mana berbanding dengan kerosakan pada motor. Mujurlah dia tak apa2.

Sebab itulah bila menerima panggilan dari kampung tentang kematian sepupunya seminggu selepas Angah kemalangan tu, bulu roma saya tegak berdiri. Saya agak seram bila mengingatkan keadaan Angah ketika itu. Terus terang saya katakan padanya, kalau xcident mati terus macam sepupunya tu tak apa. Macamana kalau cedera teruk, patah2, atau jadi OKU. Saya cakapkan pada mereka, sementara mama ada ni mungkin mama boleh jaga, walaupun mama kalau boleh tak mahu jaga anak cacat. Kalau cacat sejak lahir tak apalah, ni mama lahirkan sihat elok2 tetiba jadi cacat macamtu. Kalau jadi OKU, mama tak ada... saper nak jaga nanti. Kadang2 sambil tersenyum dia membalas leteran saya dengan berkata bukan salah Angah. Kereta tu yang langgar dia. ialah, kalau dia terus pulang kerumah tanpa perlu menghantar kawan mungkin kejadian tu dapat dielakkan.....

Apapun kejadian tu telah berlaku. Angah semakin sihat sekarang. Luka2 semua dah sembuh. Kaki dia yang sakit pun dah boleh lurus & jalan dengan betul semula. Cuti dia selama 18 hari dah habis 28 April aritu, tapi dia minta cuti lagi kat Pizza Hut seminggu lagi. Dia masih pening2 katanya.

Sejak kejadian menimpa dia, saya jadi fobia dengan kemalangan motor ni. Baru ni seorang anak murid suami saya, umurnya 12 tahun kemalangan naik motor. Bapa yang sayangkan anak2nya, umur baru 12 tahun, perempuan pulak tu di belikannya motor. Apalagi anak yang memang hidup tanpa kawalan ibu bapa kerana ibu bapanya telah berpisah menggunakan kemudahan tersebut untu merempit kesana kemari. Akhirnya dia dilanggar sebuah pajero semasa menunggang motor dengan seorang kawan menunggangnya. Kakinya hancur dan anak kecil itu meninggal setelah 10 jam bertarung nyawa di Hospital. Rakan yang menunggang juga turut terkorban. Tapi walaupun dari cerita2 yang saya dengar semasa menziarahi jenazahnya, anak kecil ini semasa hidupnya agak liar, mungkin kerana tiada kawalan dari ibu bapanya. Dia pun selalu dimaki hamun, disumpah seranah oleh masyarakat setempat kerana merempit dikawasan2 kampung kediamannya tetapi ALLAH itu MAHA BESAR, sewaktu hidupnya tidak tentu arah begitu, tetapi ALLAH membalasnya dengan kebaikan. Wajahnya putih berseri & tersenyum di pembaringan. Saya percaya dia pergi menghadap Ilahi dalam keadaan suci bersih tanpa sebarang dosa kerana dengan umurnya yang belum baligh dah pasti syurgalah tempatnya. Ada hikmah ALLAH mencabut nyawanya. Walaupun kehilangan satu2nya anak mereka, ibu bapa mereka seharusnya mengambil iktibar. Semoga anak kecil ini dapat membantu mak ayah mereka di Padang Masyar nanti.


Yang pasti, bila PEX 3990 dah keluar dari workshop nanti, saya takkan benarkan anak2 saya yang tak berlesen ni menunggangnya walaupun kekedai berhampiran rumah. Saya tak mahu anak2 saya mati katak dijalanan.....


kawan2 ditempat kerja menziarahi angah di rumah

masa ni muka angah masih membengkak



keadaan motor yang rosak keseluruhan dibahagian hadapan


angah diurut seorang saudara ketika pulang menziarahi jenazah Allahyarham Fahmi yang meninggal juga kerana kemalangan motor


keadaan angah beransur pulih



3 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Syukur angah selamat. Memang pening ada anak tengah membesar. Saya pun macm tu juga. Anak baru lepas SPM kalau naik motor ada saja berita nanti. Jatuh la. Bila dia naik motor saya yang risau. Sabor ajalah

hentian berkata...

anak sulongku pun sama. Bersekolah di SRA islah, Tikam batu. Tapi tau-tau dapat berita kemalangan di Jitra. Pengsan dan mulut berbuih. Kata yang memberitahu anakku cuma ada harapan 50-50.

Ibu_suri tanya semasa aku memandu ke Jitra;

" Along teruk ke bang? "

" Dak aih... sikit jer. Kita p tengok dulu. "

Aku memandu kereta dengan tenang dan sederhana. Tetapi dalam hatiku Tuhan saja yang tahu bila terkenangkan perkataan 50-50.

Aduh... yang bagitahu tu pun, awat habaq macam tuh. Rasa nak luruh jantung!

MaMa MoDeN berkata...

salam to sudara budiman:

kdg2 anak2 ni tanpa mereka sedari tindakan mereka tu telah mbimbangkan ibu bapa.

sbgai ibu bapa tugas kita sering mengingatkan mereka, I'ALLAH buruk baik akan ditanggung bsama.

salam to insan marhaen :

macamna dgn keadaan anak saudara sekarang? semoga keadaannya pulih semula.

peranan pnyampai maklumat pun pentingkan, kena tau caranya.

kalau tak kena cara silap2 kita yg otw nak p lawat, kita yg dapat bencana.

sbagai ibu bapa kita takkan berenti risaukan anak2 walau apapun status mereka nanti. agaknya begitulah keadaan ibu bapa kita, tapi kita sebagai anak......... ntahlah