Assalamualaikum
Selamat Ulangtahun Kelahiran saya ucapkan kepada anak saudara saya yang jauh di Selatan Tanah Air. Puteri Nasreen bt Syukri Khan, nama diberi oleh ateh saya Hasnah & suaminya. Hari ini ulantahun ke tujuh Puteri Nasreen. Sekarang dia bersekolah di tahun satu Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, Jementah.
Puteri Nasreen dah membesar menjadi kanak2 yang cantik. Maklumlah anak kacukan melayu & pakistan, wajahnya seiras2 anak Bosnia.
Tetapi di sebalik kecantikannya sekarang Puteri Nasreen telah mengalami pengalaman yang bagi saya agak mengazabkan bagi dirinya serta mak & ayahnya. Saya tak berapa pasti tetapi kira2 dua bulan selepas kelahirannya Puteri Nasreen telah ditimpa dengan sejenis penyakit kulit diseluruh tubuh badannya, dari hujung rambut hingga kehujung kaki.
Badannya ditumbuhi kudis berkeping2 yang jika kita melihatnya memang amat kasihan, apatah lagi dengan usianya yang masih begitu kecil. Saya berpeluang menghadapinya ketika sakitnya begitu kritikal ketika saya pulang kekampung. Macam2 telahan yang dibuat orang berkaitan sakitnya. Puteri Nasreen asyik menangis, bertambah lagi bila cuaca panas & bila badannya berpeluh.
Selain berubat di Hospital, ateh saya juga mencuba dengan perubatan tradisonal. Ateh saya asyik tertanya2 ketika itu apa salah dan silapnya hingga anaknya diserang sakit begitu rupa.
Saya tak pasti pula bagaimana ateh saya berjaya mendapatkan ubat yang sesuai untuk anaknya. Saya hanya dimaklumkan Puteri Nasreen dah semakin sembuh ketika itu. Mungkin azab yang dilaluinya mengambil masa hampir setahun juga. Tapi sebahagian parutnya masih ada dibadannya.
Doa saya semoga Puteri Nasreen & adiknya Mohd Aniq Khan akan hidup bahagia bersama mak & ayahnya.
Puteri Nasreen bersama maknya di majlis kahwin adik saya di Kelantan, umur dia dalam 3 thn rasanya masa ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan