New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

28 Februari 2009

Kasih Sayang Antara Keluarga Dan .....


Assalamualaikum....


Seorang kawan datang berkunjung dan menceritakan kisah seorang anak jiran lama saya yang juga kenalan saya. Anak jiran saya ni namanya Linda, beliau berkahwin semasa saya masih menetap di Telok Bahang. sekarang rasanya dah lebih tujuh tahun.

Linda berkahwin dengan seorang posmen yang jodoh mereka ditentukan oleh telangkai ( orang tengah ). Mungkin juga bakal suami Linda disukai juga oleh Linda, mak ayah & keluarganya. Pada awalnya suami Linda dikenali & disenangi kerana seorang kaki masjid yang rajin ke surau & majlis2 pengajian.

Selepas mereka bertunang jiran saya ni memang sungguh berbangga bercerita pada saya tentang bakal menantunya. Jiran saya ni amat baik orangnya. Suaminya orang tabligh yang berdakwah kesana kemari. Semasa saya melahirkan anak ke lima saya jiran saya ni banyak juga membantu menyediakan makanan orang bersalin untuk saya & setiap hari melawat saya. Semasa saya kemabukkan yang amat teruk semasa mengandungkan anak ke enam saya jiran saya ini juga amat mengambil berat ketika mendengar saya kemuntahan teruk dibilik air.


Berbalik kepada cerita anak jiran saya ini, tidak lama selepas mereka berkahwin saya terdengar cerita2 yang kurang enak berkaitan suami Linda. Samada dari mak ayah Linda dan juga orang2 sekeliling. Dikatakan suaminya seorang yang begitu zuhud kononnya. Tak mau dok ngan orang tua satu hal, menyewa rumah sendiri dengan tak mahu kerusi meja, katil tv dan sebagainya yang dikatakan menjadi habuan dunia. Tapi yang peliknya bagi saya kenapa dia naik moto, kekadang naik kereta?? Kenapa tak naik unta kalau konon nak hidup ikut cara Nabi?


Satu hal lagi yang sering di ceritakan pada saya oleh jiran saya tadi ialah suami Linda ni tak benarkan Linda balik kerumah orang tuanya. Mak, ayah & adik beradiknya juga tidak dibenarkan menziarahinya. ADA KA LAKI CAMTU!!!!


Bayangkanlah Linda ni anak sulung yang juga perempuan tunggal dari 3 adik beradik. Hubungan mereka saya lihat amat rapat. Mereka kelihatan mesra sesama adik beradik. Memang saya seronok melihat mereka ketika menjadi jiran mereka dahulu. Suami Linda juga dikatakan cemburu & marah jika melihat Linda berbual mesra bersama dua adik lelakinya. GILA PUNYA LAKI!!

Sehingga saya berpindah mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, kemudian agak lama saya tidak mendengar cerita mereka.


Hinggalah baru2 ini seorang kawan dari Telok Bahang bertandang kerumah, tetiba dalam perbualan kami terkeluar cerita Linda dan suaminya serta anak mereka. Saya begitu terkejut dengan cerita yang saya dengar. Linda kini digantung tak bertali. Kemuncak konflik mereka bila suaminya dan adik Linda bergaduh besar hingga membabitkan polis. Adik Linda yang kecil bertandang kerumah Linda, sambil menunggu abang iparnya balik mereka berbual2 hajat hati meneman kakaknya sementara suaminya balik.


Rupanya niat baik adik Linda tadi telah menimbulkan kemarahan suami Linda, katanya dengan nada cemburu kerana melihat adik kandung isterinya berada dirumahnya ketika ketiadaannya. Lagi sekali GILA PUNYA LAKI!!


Berikutan dari itu Linda telah dikurung oleh suaminya dalam jangka masa yang agak lama. Kemuncak dari itu Linda berjaya menghubungi adiknya dan minta tolong dilepaskan dari kurungan dan pulang kerumah mak ayahnya.


Dengan kemarahan yang amat sangat suaminya datang ke Telok Bahang dengan hajat membawa pulang Linda tapi rupanya Linda telah nekad tak mahu kembali kepada suaminya lagi. Katanya terjadi pergaduhan ketika itu hingga anak mereka tercedera dan membabitkan polis.


Linda kata kat suami dia, suami dimana2, bila2, sesiapapun dia boleh cari tapi mak ayah keluarga hanya satu jer dalam dunia. ermmm kalau ikut hukum memang Linda hak milik suami dia tapi kalau dah macam tu keadaannya saya rasa memang patut keputusan yang Linda ambil tu. tapi saya masih tak faham kenapa mereka masih dalam keadaan begitu, khabarnya dah dua tahun Linda berada dirumah mak ayah dia. Dalam bahasa masyarakat kita digantung tak bertali. Rasanya banyak saluran yang boleh Linda gunakan untuk penyelasaian masalah.


Inilah yang amat saya takutkan jika satu hari nanti bila anak2 saya berkahwin dan punya kehidupan sendiri. Kita takkan tahu siapa yang bakal hadir dalam hidup mereka. Siapa yang bakal menempuhi hidup bersama mereka. Saya amat bimbang jika kehadiran orang lain bergelar suami atau isteri akan mengubah perasaan, kasih sayang, kemesraan mereka pada ibu bapa dan adik beradik mereka.


Saya merasa lebih amat bimbang jika akan terjadi kejadian mengadu domba tentang keluarga oleh pasangan masing2. Dan amat bimbang jika kegiatan mengadu domba akan termakan dalam fikiran pasangan masing2. Ialah saya tak harap semua itu berlaku, tapi siapalah yang boleh menjangka & menelah masa depan kan.... Lihatlah suami Linda tadi, siapa sangka jodoh yang dijumpai dimasjid, lelaki yang hidup matinya di masjid boleh berkelakuan begitu pada isteri & keluarganya.....


Pengalaman saya semasa baru berkahwin dan menjadi menantu & ipar duai yang bukan pilihan banyak mengajar saya erti bersabar. Seingat saya, saya tak pernah mengadu apa2 yang tak elok pada suami. Jika terlihat oleh suami saya menangis kerana memendam rasa saya hanya berkata tak ada apa2. Suami walaupun mungkin tahu apa sebabnya tidak pula menambil tindakan menyebelahi saya.Suami juga tidak kelihatan menyebelahi keluarganya jika mereka mengadu apa2 pasal saya. Paling tidak suami berkata pada saya bersabarlah, dan memang itulah yang saya lakukan.


Saya bersyukur sebenarnya menjadi isteri ketika itu. 4 jun 1989, jika sekaranglah saya menjadi isteri dan berhadapan dengan situasi itu tentu rumahtangga saya takkan bertahan selama ini. Kerana sekarang ini dan sejak lima enam tahun kebelakangan ini saya sudah tidak hanya menjadi pendengar & penerima dalam setiap perbincangan adik beradik suami saya. Saya sudah boleh berhujah, memintas, membangkang dalam perkara2 yang tidak saya setuju. maklumlah dah jadi orang yang disayangi, heheheh dah jadi berani sikit. Malah kadang2 saya yang lebih banyak bersuara dari suami dalam perbincangan mereka.... bayangkanlah jika ketika itu saya seperti sekarang, dahlah orang tak suka pastu berani cakap banyak pulak. Terima kasih pada kakak2 ipar, abang ipar & biras2 saya juga yang paling saya sayang anak2 saudara suami saya. kerana akhirnya saya diterima dalam keluarga mereka. Dan yang bestnya pendapat & pandangan saya juga diambil kira. Dan yang pastinya dengan kelantangan suara saya sekarang saya takkan di sipi2kan lagi...... ermmmm kesabaran itu banyak nikmatnya. Setiap yang ALLAH tentukan untuk kita ada hikmah yang tersembunyi.

Sekarang saya cuma mengharap masa depan saya bersama anak2 akan terus baik dan terjalin mesra. Berulangkali saya tegaskan harapan saya janganlah ada tangan2 rakus yang akan memintas kasih sayang kami. Yang pasti siapapun yang anak2 saya pilih sebagai teman hidup akan tetap juga menjadi pilihan saya dan tentunya mereka akan saya sayang sebagai anak sendiri.

saya & keluarga bersama sebahagiaan dari keluarga besar suami saya


ini juga sebahagiaan dari mereka


ini antara sebahagiaan dari kakak ipar saya


ini pula sebahagiaan dari anak2 saudara suami saya, saya bersyukur kerana saya sekarang antara tempat mereka mencurah masalah dan perasaan. Maksu sayang kalian semua



2 ulasan:

neem berkata...

salam..

mama..

agak2nya bila ain pula nak kawen?


heheh

MaMa MoDeN berkata...

ermmm
terserah pd ain bila dia bsedia nak pikul tjawab sebagai isteri&ibu. tp ain ada kata lpas study dia nak keje dulu....
mama harap lepas ni dia dpt bantu adik2 plak dlm pengajian....