New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

24 Februari 2009

Taman Tema Air The Carnivall Sg Petani

Assalamualaikum....


Pada 22 febuari 2009 yang baru ni, saya sekeluarga menghabiskan cuti hujung minggu di Taman Tema Air The Carnivall Sg Petani, Kedah. Dengan melanggan akhbar harian Metro saya berpeluang mengumpul keratan di akhbar tersebut untuk menebus tiket percuma. Ini kali kedua saya ke Taman Tema tersebut, itu pun sebab tiket free, kalau membeli tiket jenuh juga. Bayangkan bayaran masuk berharga RM28, kali ler dengan 9 ahli keluarga saya.... Wah! beratus juga....


Tetapi dengan tawaran yang diberi Metro ini, saya cuma mengumpul 20 keratan dan saya dapat menebus lapan tiket yang pada asalnya berharga RM224 dengan hanya mengeluarkan modal membeli tambahan metro sebanyak RM24 sahaja. Jimatkan! Harapan saya yang kurang mampu ini agar aktiviti memberi tiket percuma ni akan diteruskan dimasa2 akan datang.


Asalnya kami hanya pergi lapan orang sahaja, tolak Nin masuk tak perlu tiket saya ada lebihan satu tiket, dalam berkira2 nak ajak saper p, tetiba tata yang dok nun jauh di UPSI nak balik hujung minggu tu. Saya antara percaya dengan tidak, camna nak balik bukan cuti pun. Tapi dia kata rindukan rumah nak balik sat. Jadi saya betul2 gembira, tak sangka kami dapat bersantai di sana lengkap sekeluarga.....

aksi2 kenangan di Taman Tema


di pintu masuk Taman Tema

seronoknya dapat bersantai dihujung minggu bersama seluruh keluarga saya

kakak & nin tak sabar2 nak terjun ke air, apa2 hal pun ambik gambar dulu sayang...

nin agak takut2 sikit kali ni, mungkin pengalaman di Taman Belia aritu...

kakak memang dari kecil tak takut dengan air, suka kalau dibawa ketempat2 macam ni


nasib baiklah ada baba yang turut sama melayan budak2 berdua ni



masing2 dah kesejukan tapi masih nak dok dalam air



kakak tetap mantain berposing dalam apa keadaan pun

kak uda, kak tih, kak cik & nin di the river ( saya round sekali jer river ni, tak tahan...panas )


kak uda melongsor papan gelongsor advanture betul.... ( saya pernah cuba sekali dulu, pastu tak berani dah )

angah & kakak baru lepas turun dari gelongsor tu. Kakak tak takut langsung, selamba jer muka dia. Sempat ajak angah naik lagi berulangkali. Berani betul anak dara bongsu saya ni...


dah hampir waktu nak balik, depa dok bilas badan dari air klorin tu...



keluar dari The Carnivall, masing2 perut dah kelaparan ( di dalam tu makanan mahal gila, beli makanan lapik perut jer ). Kebetulan bila keluar hujan, so dalam van pun jadi lah makan bekal yang saya bawa, nasi putih, ayam pencen masak ungkep & tempe goreng cecah sambal kicap.... macam dok dalam caravan pulak.

Thanks PCM 857

2 ulasan:

Luth Textile berkata...

tudia untie..
syoknya.. saya pon baru sekali je pegi sana..
member belanja..

best gak.. tp kecik ja..
longkang air dia tu sempit..
1 lg yang tak best, pelampung depa tak sewa.. sapa cepat dia dapat..


ehem, ramai geng.. hiihihi

MaMa MoDeN berkata...

to luth, oklah mama moden pun baru p dua kali di The Carnivall tu. Tapi kali ni sonok p semua dpt ikut. The Lost World of Tambun pun kami dah p dua kali. sana lebih luas, besar tempat dia. dua2 tmpat tu ada yg best ada yg tak best, ikut citarasa org la kan.... bila2 blh lah bloggers penang buat ptemuan famili kat tampat2 macam tu... boleh ker?