New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

25 Oktober 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 18...


Assalamualaikum...

Untuk hidup segala harus dilakukan
Untuk hidup harus fikirkan yang terbaik
Untuk hidup harus selalu mencuba sabar
Untuk hidup cari kebahagian yang pastinya sulit untuk dicapai
Untuk hidup harus terus mencuba merubah apa yang ada
Untuk hidup harus selalu tersenyum
Untuk hidup kadangkala harus mengalah
Untuk hidup kadangkala perlu menangis
Untuk hidup kadangkala perlu ketawa
Untuk hidup perlu berjalan & berlari
Kerana hidup ini membuatkan kita terus berfikir apa akan jadi jika kita hanya berdiam diri

Sayangku Permata Hati....
Jika aku jadi airmata
Ingin aku selalu menemanimu saat kau bersedih
Aku tak mahu kau jatuh ke bumi
Aku ingin terus jadi bahagian terpenting dalam hidupmu jika kau jadi airmata
Takkan ku biarkan airmata ini menangis
Kerana aku tidak mahu kehilanganmu
Takkan ku biarkan kau pergi dari hidupku
Kerana sayangku permata hati..
Kaulah segalanya bagiku...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Permata Hatiku
NURUL AMIRAH FATIN BINTI MOHD ROSHIDAN
25 OKTOBER 1993 - 25 OKTOBER 2011
Kini usiamu melangkah setahun lagi. Semoga ketabahan, kekuatan terus menjadi milikmu dalam meneruskan hari2 mendatang....



DuLu.... Masa kecik2, comel....



SeKaRaNG.... Dah besar, masih tetap comel.....


18 Oktober 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat.....Semoga Ada Rezeki Anak2ku!

Assalamualaikum.....

JKM... atau nama penuhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, satu Institusi yang ditugaskan membantu rakyat yang dalam kesusahan dari kalangan OKU, Mama Tunggal, Anak Yatim, Rakyat Miskin & sebagainya yang dirasakan layak. Saya kurang arif sebenarnya hal2 berkaitan JKM ini.

Sejak dahulu dari zaman anak2 masih kecil, kami sekeluarga tidaklah semewah mana, hidup dengan apa adanya. Kami cuba mendidik anak2 hidup dengan berjimat cermat. Makan minum, pakai mengikut kemampuan tunggak keluarga yang sendiri mencari rezeki. Jika adapun bantuan dari saya sebagai sayap kanan & kiri ketika itu tidaklah sebesar mana, cukuplah cuma sekadar lepas belanja dapur.

Maka untuk berurusan dengan JKM ini adalah sesuatu yang jauh kebarangkaliannya. Malah semua anak2 saya tidak pernah mendapat bantuan makanan tambahan atau apa2 saja bantuan yang diberi kepada kanak2 lain semasa disekolah. Malah saya merasakan jika anak2 saya dapatpun, saya amat rasakan tidak layak. Semua itu perlu dipulangkan pada yang lebih berhak, yang lebih memerlukan.

Maka dengan itu, sejak hampir setahun bergelar mama tunggal ini, saya masih kekok mahu berurusan di JKM berkaitan status saya. Nasihat dari rakan taulan agar ke JKM mendaftar sebagai mama tunggal, mohon bantuan & sebagainya saya asyik berlengah2 lantaran tak biasa berurusan di Institusi ini.

Hinggalah petang tadi, sebaik tamat shif kerja pagi saya jam 3 petang tadi, saya bergegas melangkahkan kaki ke Pejabat JKM Daerah Kuala Muda. Hanya mengikut panduan kawan dimana letaknya Pejabat JKM, saya terus kesana.

Hampir sampai ke Pejabat JKM, hujan turun mencurah2. Basah jugalah ketika kaki saya melangkah ke ruang pejabat. Sungguh cantik pejabat JKM ni. Terbuka je pintu auto tu, terpapar 3 lelaki gagah macho yang mana salah seorangnya bermisai tebal diruang pertanyaan. Agak tergugat keimanan saya.

Dalam serba kepayahan saya mengutarakan permasalahan yang mahu saya mohon dari JKM. Sebenarnya tak sampai pun 15 minit prosedur mengisi borang bantuan Mama Tunggal, tetapi kerana abang macho bermisai tebal tu perbincangan menjadi 1/2 jam. Lelaki!!! Pantang dengar status Miss J, mulalah naik tocang, terjongket2 misai yang tebal tu. hehehehe, sorry abang misai!

Apapun terima kasihlah abang misai, memudahkan urusan saya. Semoga tarikh temuduga pada 14 november nanti memberi berita baik buat saya & anak2. Jika ada rezeki anak2, adalah habuannya nanti. Sempat saya menyiapkan segala dokumen2 yang mereka mahukan.

Taklah susah sangat nak berurusan. Setahun saya rugikan bantuan yang sepatutnya saya & anak2 dapat. I'Allah... semoga Allah permudahkan.




Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Daerah Kuala Muda


08 Oktober 2011

Bajet 2012


Assalamualaikum....


BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.
* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.
* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada 2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.
* Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300 juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusan perbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah.
* Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatus konglomerat global.
* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016.
* Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.
* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.
* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.
* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.
* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012.
* Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.
* RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
* RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskan konsep "Management Buyout".
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).
* Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
* Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. -BERNAMA

28 September 2011

Selamat Ulangtahun Sayang....

Assalamualaikum.....

Seawal jam 6.15 pagi tadi, sebelum ke tempat kerja saya beranikan diri menelifon hanya untuk mengucapkan selamat ulangtahun pada sikecil saya itu. Sebaik panggilan dijawab saya terus minta bercakap dengan sikecil itu jika dia sudah bangun. Alhamdulillah, baru bangun katanya.

" selamat hari jadi dik, hari ni bday adik tau... esok kita jumpa... kita g kuala lumpur yer. Nanti mama beli kek bday kat adik yer"...

Hanya ermmm ermmm ermmm saja jawapan dia bernada sayu. Pelan je menjawab, mungkin masih mamai baru bangun tidor untuk kesekolah.

Hari ini 28 september 2011 genap 5 tahun usia sibujang kecil saya itu. Hari demi hari setiap kali berjumpa, saya lihat dia semakin bijak membawa diri. Dalam kemanjaannya banyak sikap berdikari, buat sendiri yang saya lihat dalam dirinya.

Dalam keadaan sekarang saya serahkan nasib anak2 saya dibawah Lindungan Allah. Semoga si kecil Mohd Adnin Firdaus bin Mohd Roshidan berada dalam keadaan sihat & selamat dibawah LindunganNya, walau jauh dari saya mama yang mengandung & melahirkannya.




Lagi kisah tentang Mohd Adnin Firdaus

kisah 1
kisah 2
kisah 3
kisah 4
kisah 5
kisah 6
kisah 7

16 September 2011

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum.....


11 September 2011

Selamat Berjaya.....Anak2 UPSR


Assalamualaikum.....

2001..... 10 tahun yang lalu anak sulung saya Nurul Ain Fathihah binti Mohd Roshidan melalui tangga pertama peringkat pelajarannya di sekolah rendah melalui UPSR. Walaupun 2 tahun sebelum itu pada tahun 1999 beliau telah menduduki peperiksaan penting untuk melayakkan dirinya terus melompat dari tahun 3 terus ketahun 5 tanpa perlu menduduki tahun 4. Alhamdulillah hasil dorongan Babanya yang banyak memberi perangsang & semangat beliau sendiri yang ketika itu tekun menghadiri tuisen & membuat latihan latih tubi untuk PTS, akhirnya beliau berjaya lulus dalam peperiksaan itu.

Dari tahun 3 beliau terus lompat ke tahun 5. Memang pada peringkat awal berada di tahun 5, beliau menghadapi kesukaran mengikuti subjek yang diajar guru. Daripada sejak tahun 1 hingga tahun 3, semua subjek beliau score A hinggalah pada awal2 berada ditahun 5 itu ada subjek yang beliau gagal.

Saya pernah berbincang dengan guru2 & guru besar sekolah ketika itu, ada guru yang meminta beliau cuba bertahan lagi, ada juga guru yang mencadangkan beliau turun semula ke tahun 4. Entah bagaimana akhirnya dari masa kesemasa prestasinya meningkat semula hinggalah beliau mendapat 4 A 1 B dalam UPSR. Semasa beliau menalifon saya memberitahu keputusan itu memang saya gembira hingga menangis. Beliau sememangnya agak cemerlang dalam pelajaran sejak dari peringkat awal hingga sekarang.

Sebagai anak sulung kami memang berharap beliau menjadi contoh tauladan buat adik2 dalam pelajaran, pembakar semangat untuk adik2 terus maju dalam pelajaran. Doa saya hingga akhirnya, beliau akan terus gagah maju dalam semua lapangannya dimasa depan.

2003..... 8 tahun yang lalu anak kedua saya Mohd Afnan Fathurrahman bin Mohd Roshidan melalui tangga pertama menduduki peperiksaan awal peringkat rendah dalam UPSR. Anak kedua saya ini, mungkin agaknya beliau anak lelaki, beliau tidak berapa rajin mengulangkaji pelajaran bila nak periksa seperti kakaknya.

Semasa awal2 berada ditahun 1 hingga 3, beliau dikelilingi kawan2 perempuan. 3,4 orang kawan2 perempuannya sanggup menunggu beliau didepan pintu untuk sama2 kesekolah. Ketika itu tempat 1 hingga 3 memang berada dalam tangan beliau.

Hinggalah memasuki tahun 4, beliau tidak lagi berkawan sangat dengan budak2 perempuan. Ramai sudah kawan2nya lelaki. Ketika ini pelajarannya sedikit menurun. Banyak main dari membaca buku & mengulangkaji.

Saat2 hampir menduduki UPSR, barulah saya lihat beliau tekun mengulangkaji pelajaran. Anak bujang bertuah saya ni, sejak sebelum & selepas menduduki UPSR beliau yakin akan mencapai 5A dalam UPSR.

Hinggalah semasa saya menemaninya mengambil result UPSR ketika saya sedang sarat mengandung anak ke 6, beliau mendapat 2 A 3 B sahaja waktu itu. Memang nampak wajah kecewa beliau waktu itu, saya apatah lagi sebab hingga akhir beliau yakin dapat markah penuh. Apapun saya katakan padanya, syukurlah setakat itu saja rezeki kita.

Doa saya, walaupun beliau agak sederhana dalam pelajaran, saya selalu mendoakan agar perjalanan hidupnya juga dipermudahkan. Buat anak bujang saya ini, saya sudah & akan selalu memaafkan segala salah silapnya pada saya. Saya halalkan segala air susu saya yang diteguknya. Andainya terjadi apa2 pada saya atau beliau sebagai anak, saya berdoa syurgalah tempatnya.

2005..... Anak ke tiga saya Nurul Amirah Fatin binti Mohd Roshidan juga telah menduduki tangga pertama peperiksaannya dalam UPSR. Anak ketiga saya ni sememangnya menghadapi masalah yang amat banyak dalam pelajaran diperingkat awal sekolah rendahnya. Masuk tahun 1, beliau belum boleh membaca dengan baik. Apatah lagi mengira. Sifatnya yang amat manja sebab agak lama tidak beradik amat menyusahkan proses pembelajaran padanya diperingkat awal.

Semasa ditahun 4, beliau masih belum boleh mengira & membuat matematik dengan baik. Hinggalah ditahun 6, masih banyak subjek yg kurang memuaskan. Khususnya matematik, peringkat percubaan masih gagal untuk subjek itu. Hinggalah akhirnya tugas memberi latihan latih tubi, Baba mereka serahkan pada kakak beliau.

Sehinggalah sewaktu menemaninya mengambil keputusan itu, hati saya memang berdebar2. Saya hanya mengharapkan beliau lulus untuk subjek matematik. Tak dapat A pun takapalah. Tetapi apabila masuk ke pejabat sekolah, melihat cikgu matematiknya tersenyum manis pada kami hati saya sedikit lega. Bertambah2 lega perasaan itu apabila melihat result 2 A 3 B tertera di slip. Syukur, saya puas hati dengan keputusan itu jika melihat pada susur galur kesederhanaannya dalam pelajaran.

Buat beliau saya doakan yang terbaik untuknya dalam melalui liku2 hidup perjalanan masa depan. Beliau seorang anak yang baik, tidak banyak membantah samada beliau salah atau betul.

2008..... Anak ke empat saya Nurul Adeebah Farzana binti Mohd Roshidan, menduduki UPSR. Juga melalui detik2 awal peperiksaan pentingnya. Beliau agak kasar sejak kecil hingga sekarang. Perwatakannya lebih seperti anak lelaki. Sejak angahnya masuk asrama, banyak kerja2 rumah yang memerlukan tenaga lelaki, beliau boleh diharapan. Dari kerja2 memikul atau memanjat.

Dalam pelajaran, beliau agak berpotensi. Sebelum masuk tahun 1 sudah boleh membaca dengan baik. Selalu bila subjek bahasa arab, ustazah meminta beliau membacanya kepada rakan2 sekelas.

Sehinggalah ketika baru berpindah kesekolah baru, beliau dijadikan contoh. Ada ibu bapa yang tak puas hati sebab beliau telah mengambil tempat no 1 dalam kelas yang dulunya dimonopoli anak2 mereka. Sehingga melangkah ketahun yang lebih tinggi, pelajarannya sedikit menurun.

Apapun saya hanya mendoakan yang terbaik. Hasil usahanya beliau mendapat 3 A 2 B dalam UPSR. Saya mendoakan yang terbaik buat beliau hingga akhirnya. Walau hakikatnya beliau nampak agak kasar, tegas tetapi saya tahu beliau punya hati yang lembut & mudah terusik jika tidak kena dengan caranya.

2009..... Anak ke lima saya Nurul Atiqah Farhani binti Mohd Roshidan melalui detik2 awal yang pernah kakak2 & abangnya lalui. Beliau juga agak sederhana dalam pelajaran malah tidak keterlaluan saya katakan agak lemah. Masuk tahun 1 masih belum boleh membaca. Pertuturannya juga agak pelat membuatkan proses pembelajaran agak sukar.

Turun naik dalam pelajaran peringkat sekolah rendah. Hinggalah beliau mendapat 3 A 2 B dalam UPSRnya. Satu keputusan yang saya juga tak jangka. Ketika menemaninya mengambil result, beliau menangis teresak2 dengan keputusan itu. Sampai sekarang saya tak pasti, airmata itu airmata gembira atau sedih. Bersyukurlah dengan keputusan itu, saya katakan padanya sebanyak mana usaha, sebanyak itulah yang kita akan dapat.

Pada simanja saya ini, saya mendoakan yang terbaik buat beliau. Sejak beberapa bulan ini beliaulah menjadi peneman saya setiap hujung minggu. Walaupun hanya 2 minggu sekali, saya gembira dengan kepulangannya bersama saya. Kerana beliaulah banyak perkara & keputusan penting yang mau saya ambil, beliau yang saya fikirkan dulu kerana sekarang masanya banyak bersama saya.

Dengan berakhirnya 5 permata hati saya mengambil UPSR sejak tahun 2001 hingga 2009, berakhirlah debaran hati menemani anak2 mengambil UPSR. Jarak yang jauh antara anak ke lima & keenam saya Nurul Adilah Farihah binti Mohd Roshidan yang hanya akan menduduki UPSR pada tahun 2015 nanti. Manakala Mohd Adnin Firdaus bin Mohd Roshidan akan menduduki UPSR pada 2019 nanti.

Kepada anak2 sahabat, rakan taulan saudara mara yang akan menduduki UPSR esok, saya ucapkan selamat berjaya. Buatlah solat hajat & berdoa ketika anak2 menduduki peperiksaan mereka. Pastikan jadual periksa mereka, ketika mereka sedang menjawab soalan, ada kesempatan kita berdoa buat mereka agar tenang menjawab soalan...



10 September 2011

"LoViNG CouPLe"....

Assalamualaikum.....



Kita selalu melihat pasangan suami isteri atau kekasih yang kelihatan begitu romantik. Begitu serasi pada pandangan mata kita. Kadang2 kita akan seronok, malah mungkin timbul perasaan cemburu pada pasangan itu.

Hati akan berkata 'ish, lovingnya mereka tu... ish, bahagianya mereka tu... ish, aman bahagianya mereka tu... ish, mesti hidup meraka aman bahagia, takde gaduh2!'...

Pada pandangan orang lain pada kita juga begitu. Ialah selalunya kita hanya pandang secara luaran, apa yang berlaku disebalik pandangan kita hanya mereka yang mengetahui.

Baru2 ni saya bersembang dengan seorang kawan, katanya dia dalam proses nak berpisah dengan suaminya. Sudah tentu saya terkejut, seperti pandangan orang lain secara luaran, saya juga menyangka & melabelkan pasangan ini 'LoViNG CouPLe'.. Selalu saya lihat keintiman mereka berdua, seronok melihat kebahagiaan mereka. Bila mendengar berita sedih itu sudah tentu saya terkejut.

Sepanjang 21 tahun 9 bulan saya diberi peluang bergelar seorang isteri, sejak dahulu selalu kami digelarkan kawan2, saudara mara sebagai pasangan yang romantik. 'LoViNG CouPLe'. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kami selalu dijadikan pasangan contoh, malah tidak terlalu sombong kalau saya katakan juga keluarga kami selalu dijadikan keluarga contoh yang bahagia walau hidup dalam serba kekurangan. Syukur, sememangnya itulah yang saya rasa selama puluhan tahun ini.

Pernah semasa baru2 segala kemelut berlaku, salah seorang anak saya mengatakan pada kami, mengapa baru sekarang merasa tak bahagia. Dia mengatakan kami tipu, mereka adik beradik, kami berpura2 bahagia selama ini.

Bagi saya, tiada soal berpura2 selama ini. Saya memang bahagia. Apa yang saya pamerkan, apa yang saya lakukan bersama pasangan saya sebelum ini, itu adalah realitinya. Biasalah krisis & bertengkar dalam rumahtangga perkara biasa. Tapi takkan kita nak bertengkar depan orang kan.

Semasa situasi kami tenang, kami memang happy. Kemana2 kami bersama2. Apa saja kami lakukan bersama dalam suka mahupun duka. Dalam susah mahupun senang. Tetapi bila perang berlaku sama ada dingin atau panas, hanya kami yang tahu.

Ketika sedang berada dalam krisis, tetamu datang bertandang... perlukah dipamerkan kami sedang bertengkar??? Perlukah menunjukkan muka masam mencuka, muncung panjang macam cencurut depan tetamu??? Atau perlukah kami menghalau tetamu dengan mengatakan kami sedang berperang???... Malah kadangkala kerana tetamu yang bertandang itu, segala krisis yang kami tengkarkan akan berakhir macam tu je setelah sama2 bersembang dengan tetamu.

Begitu juga dengan anak2. Sedang marah macam manapun, tengah mengamuk macam mana pun, tengah boikot tak mau bercakap pun tapi bila melibatkan anak2, segala mogok & boikot akan berakhir dengan sendiri.

Saya mengaku saya memang bercakap kasar. Suara saya memang kuat bagaikan halilintar. Saya tak pandai berpura2 bercakap lemah lembut atau sopan santun. Apa yang saya luahkan itulah saya yang sebenarnya. Saya jenis kalau marahkan sesuatu atau apa saja, saya akan luahkan semahu2nya sehingga puas. Tapi bila semuanya sudah terang lagi bersuluh saya akan tamatkan disitu saja, tiada lagi nak sambung2.

Sebab itulah apabila semua ini terjadi dalam apa yang kami bina selama puluhan tahun, begitu ramai rakan taulan saudara mara yang amat terkejut!!! Mereka sama sekali tidak menduga sehingga begini jadinya. Kalau mereka menyangka begitu apatah lagi saya kan!!! Tapi hakikatnya ini semua adalah benar2 kejadian, bukan cobaan!!!

Kesimpulannya apapun kita dilabelkan oleh masyarakat sekeliling, cubaan tetap cubaan, dugaan tetap dugaan. hidup ini ibarat roda, berputar mengikut paksinya. Hidup & ketentuan kita telah ditakdir & dijalurkan...

Kepada pasangan yang masih still romantis, LoViNG CuoPLe.. teruskan keintiman kalian....

Masa saya sudah berlalu... Saya sudah melakukan yang terbaik yang saya mampu setakat kemampuan saya. Kini saya hanya menunggu janji Allah yang tentunya pasti!!!...

Jika ada peluang kali kedua buat saya merasai nikmat kasih sayang itu, nikmat disayangi & dikasihi saya pasrah....


05 September 2011

Ramadhan & Syawal Selepas 22 tahun...Sekadar Catatan!!!


Assalamualaikum....

1 ramadhan hingga 29 ramadhan / 1 ogos hingga 29 ogos

Ramadhan saya lalui dengan serba kesederhanaan sama seperti tahun2 sebelum ini. Selalunya kami bersahur & berbuka dengan apa adanya. Memasak untuk bersahur & berbuka sudah menjadi rutin harian sepanjang ramadhan, cuma sekali sekala mengubah selera di bazar ramadhan atau berbuka diluar sekeluarga.

Cuma tahun ini buat kali pertama saya menjalani ibadah puasa sendirian. Tahun lepas ada juga dua sikecil itu menemani saya. Hari pertama berpuasa sememangnya semangat saya hilang, namun airmata yang saya tahan gugur juga ketika saya sujud ketika solat subuh. Saya berharap biarlah airmata yang gugur itu airmata ketabahan buat peneman saya menjalani ibadah puasa selama sebulan.

Sepanjang ramadhan sempat saya bersahur & berbuka selama 3 hari bersama anak2 Kak Teh, Kakak & Adik Adnin ketika mereka saya bawa balik ke TSI. Sekali saya meluangkan masa ke Penang untuk berbuka puasa bersama Kak Uda, Kak Teh, Kakak & Adik Adnin. Sempat juga Tata belanja saya berbuka puasa diluar sekali. Bersama Angah sempat juga saya berpuasa bersama ketika dia pulang untuk berhari raya. Dengan Kak Cik sememangnyalah sepanjang ramadhan ni dia jadi peneman setia saya setiap hujung minggu apabila dia pulang bercuti dari asrama.

Walaupun banyak waktu yang saya sendirian, namun saya bersyukur masih ada kesempatan bersama anak2. Saya perlu berlapang dada dengan keadaan ini. Ini takdir yang telah ditentu & dijalurkan, ini juga hakikat yang perlu saya terima atas kata putus yang saya ambil. Saya tak boleh banyak mengeluh dengan keadaan ini.

26 ramadhan / 26 ogos

Kata putus diambil, anak2 beraya bersama baba mereka terlebih dahulu. Walaupun saya menyangkakan anak2 akan diberi peluang beraya bersama saya kerana telah sepenuh masa mereka bersama Baba mereka, lagi pula saya menyangka mereka akan balik beraya ke kampung menziarahi saudara mara baru mereka. Namun kata2nya tidak balik kampung, hanya mahu beraya bersama anak2 membuatkan saya mengalah melepaskan anak2 beraya bersama Baba mereka dahulu. Saya akan beraya sendirian di TSI ini menanti anak2 yang dijanjikan akan dihantar pada 2hb nanti.

Sejak keputusan itu diambil, keluarga saya di Johor menggesa saya balik beraya bersama mereka. Bila difikirkan betul juga, walau tanpa suami & anak2, saya masih ada mak abah & adik beradik.

2 hari tiada kata putus yang diambil, sehinggalah pagi ahad baru saya melangkah kaki mencari tiket balik beraya di Johor dengan apa adanya. Tiket terus memang dah tiada, mujurlah adik saya Johan di KL masih belum balik kampung. Dia akan tunggu saya di KL & kami akan balik bersama.

28 ramadhan / 28 ogos

Jam 3 petang saya memulakan perjalanan dengan bas ke KL. Berbuka dalam bas dengan sebotol air mineral & sekeping sandwich benar2 menyayukan hati saya. Jam 9 malam saya tiba di KL. Adik Johan ambil saya di Hentian Duta, kami meneruskan perjalanan ke Jementah, Segamat Johor. Sempat lagi kami singgah di Nilai, niat hati nak beli kuih raya buat ole2 di kampung, tapi tiada apa yang boleh dibeli disini. Semua peniaga sudah membungkus barang2 jualan.

29 ramadhan / 29 ogos

Kami sampai di kampung lebih kurang jam 1.30 pagi. Lepak2, sembang2 lebih kurang sementara menanti waktu sahur. Alhamdulillah dapat juga sahur hari terakhir ramadhan bersama keluarga.

Adik Johan bersama Mak & Abah kepasar membeli barang nak masak raya. Saya & Adik Alia, anak Atam ditugaskan ke kampung Bukit Keledang mengambil daging yang telah dipesan pada keluarga Pok Teh yang menyembelih lembu untuk dijual raya. Wah! Kebas juga punggung saya membonceng Adik Lia dengan motor masuk ke kampung pendalaman tu.

Hanya itu sajalah tugas saya dalam penyediaan masak hidangan raya. Selebihnya saya tak ada mood langsung nak membantu mak memasak. Adik ipar saya Suryani yang membantu mak mertua dia masak. Wah! Banyak betul masa senggang saya pada aidilfitri tahun ni. Saya sempat lagi merayau kesana kesini pada petang menjelang raya. Sempat lagi ke salon dengan Suryani, gebang2 dirumah atam & ateh. Dan aktiviti yang paling best dibuat adalah tidor... Ish!!! Melampau betul.

Petangnya saya, Atam, Pok Teh & anak2nya Abang Alan & Adik Alia sempat lagi ke Segamat mencari kuih raya. Ronda2 sekitar bazar yang besar tu. Memilih kuih2 yang sedap & murah. Akhirnya dapatlah juga kami apa yang dimahukan. Berkongsi2 membelinya dengan Atam & Pok Teh.





Selama 21 tahun ni saya tak pernah punya waktu senggang menjelang syawal. Seminggu sebelum raya saya dah mula sibuk mengemas rumah & membuat kuih raya. Kesibukan semakin terasa sehari menjelang syawal. Kadang2 saya & anak2 tak tidor pada malam raya, sambil2 memasak kami bersembang hingga kepagi. Lebih2 lagi setelah anak2 saya merantau menuntut ilmu. Peluang bercuti selalunya kami gunakan untuk borak2 bermacam hal.

1 syawal / 30 ogos

Sayup2 kedengaran azan subuh berkumandang disurau berhampiran. Pada mulanya saya macam tak bersemangat nak bangun, menghadapi pagi syawal. Tapi selepas solat subuh saya kuatkan semangat. Bersiap lebih kurang, tiada baju raya baru yang saya sarungkan kebadan pada tahun ini. Saya bersiap dengan apa adanya. Semalam telah berbincang dengan abah & adik beradik, tahun ni nak solat s unat aidilfitri di surau berdekatan Taman Pelangi ni saja. Saya, Atam & anak2nya Abang Alan & Adik Alia sepakat nak berjalan kaki ke surau. Abah Adik Johan bawa naik keretanya. Ternyata di Surau ni lebih ramai kaum muslimat jika nak dibandingkan dengan di Masjid. Tahun lepas saya bersolat di Masjid, kaum muslimat tidak ramai seperti di Surau ini.

Sepanjang mendengar takbir, mendengar khutbah raya, hati saya semakin terasa sayu. Hati meruntun2 jauh melayang mengingatkan permata2 hati saya nun jauh di Pulau Mutiara. Bagaimanalah agaknya mereka menyambut kali pertama aidilfitri ini tanpa saya. ( walaupun akhirnya saya terkejut dengan pengisahan pagi syawal mereka ).

Balik saja dari solat sunat aidilfitri, kami bersarapan. Pagi tadi sekadar menjamah sahaja kerana solat diadakan seawal jam 8 pagi. Sementara menunggu Ateh sampai untuk sama2 bersalaman raya, kami sarapan dengan apa yang ada.

Seperti biasa, sejak saya masih kecil dahulu, pagi raya saya ber sama keluarga di Johor, kami akan bersalam2an bersama seluruh ahli keluarga. Inilah amalan yang saya amalkan selama 21 tahun membina keluarga bersama suami & anak2. Tidak pernah ada satu tahun pun aktiviti ini yang tidak berlaku di pagi syawal walau dimana kami beraya. Memang amat terkejut pada tahun ini suasana itu tidak berlaku lagi dalam keluarga itu. Tak mengapalah, mungkin lain keluarga lain pula caranya menyambut pagi syawal.

Bermula dengan mak memohon ampun & maaf pada abah, acik pula memulai kami adik beradik mengucup tangan mak abah memohon maaf. Diikuti Ateh, Atam, saya & Adik Johan serta anak2 saudara yang lain. Terasa juga ketiadaan Adik Nanie yang tahun ini beraya bersama suami & madunya di Batu Pahat. Saya doakan dia bergembira pada syawal tahun ini. Alhamdulillah dapat juga saya mengucup tangan mak abah memohon ampun dipagi syawal disaat tangan saya tidak dapat dikucup mereka di pagi mulia ini. Tangisan yang saya tahan sejak solat subuh, sejak mendengar takbir & khutbah raya pagi tadi akhirnya terhambur juga ketika aktiviti bersalaman ini berlangsung.





Menjelang tengahari, saya bercadang mengikut Adik Johan sekeluarga bersama Mak Abah ke kampung Muar & Tangkak menziarahi saudara mara. Walau pada awalnya sudah terasa berat hati nak melangkah pergi, tapi saya tolak ketepi semua tu. Hinggalah semasa abah menutup pintu pagar saya segera berlari masuk kedalam mengambil beg laptop saya & terus bagitau abah tak mau ikut mereka beraya. Saya kata nak berehat aje dirumah Atam. Abah terkejut juga tapi mereka hormati permintaan saya.

Bukan saya tak bersedia dengan soalan2 yang pastinya saudara mara bertanya " mana suami & anak2?".. Saya sudah cukup bersedia dengan jawapan bagi soalan2 cepumas itu. Tetapi saya tak mau soalan2 & jawapan2 yang dikeluarkan nanti akan lebih mengingatkan saya pada permata2 hati saya.

Akhirnya selepas bertandang ke rumah Kak Long beramai2, kembali ke rumah Atam sepanjang petang saya habiskan masa dengan tidor.

Malamnya saya dapat berita dari anak2 yang Baba mereka yang sejak awal memaklumkan pada saya tidak akan balik beraya ke kampung isterinya di Perlis, tiba2 nak balik kekampung pada raya kedua. Sudah tentulah anak2 saya tak mau ikut, mereka mahu bersama saya di TSI. Tetapi saya masih di kampung, mana mungkin saya boleh segera kembali ke TSI dengan segera. Kalaulah dia memaklumkan akan balik beraya di kampung isterinya seawal itu, sudah tentulah saya tidak akan beraya di kampung sejauh ini. Saya akan menanti anak2 saya di TSI.

2 syawal / 31 ogos

Jam 10 pagi saya ditemani Atam, Acik & Pok Teh segera ke Segamat untuk mencari tiket seawal yang mungkin balik ke Sungai Petani. Sudah tentulah malam baru ada. Cadangnya mahu ambik tiket siang ke KL, kemudian dari KL ke SP tetapi adik beradik kata baik ambik tiket terus, susah nanti bertukar2 bas. Hati saya mahu segera pulang menanti kehadiran anak2. Pada mulanya ada sedikit rasa geram, ralat dengan keadaan ini. Saya seboleh mungkin mahu memudahkan keadaan, tetapi mengapa masih juga mahu mengkelam kabutkan keadaan yang memang boleh dipermudahkan sedari awal lagi.

Jam 8.30 malam saya bertolak balik dari Segamat ke Sungai Petani. Terima kasih pada Adik Johan sekeluarga & Adik Nanie yang menghantar saya ke bus stand.

3 syawal / 1 september

Jam 6 pagi saya tiba di Sungai Petani. Angah bergerak dari Penang & mengambil saya di Plus Tol SP Selatan. Tibanya saya dirumah Angah memaklumkan mereka sudah pulang ke kampung isteri Baba mereka membawa Kakak & Adik. Tata, Kak Teh, Kak Cik ke Pendang beraya kerumah Makcik mereka. Kak Uda ada masjlis aidilfitri bersama student MMBB di Bandar Baharu. Angah kata nanti siang mereka balik SP, Kakak & Adik pula akan dihantar oleh Baba mereka dari Perlis.

Saya tak mahu kata apa lagi. Selepas solat subuh saya tidor menanti hari siang. Saya tak mahu menyaratkan fikiran saya dengan bermacam2 andaian.

Ketika sedang lena tidor, saya dikejutkan dengan kehadiran 3 anak2 dara anggun saya berbaju kurung dihadapan saya. Saya dakap mereka sambil mengucapkan salam aidilfitri. Mereka dihantar oleh sepupu mereka. Setelah berborak lebih kurang, Tata kembali ke Kedah, kampung Baba mereka. Katanya nak beraya disana menziarahi saudara mara. Menjelang jam 3 petang barulah permata hati yang saya tunggu2 sampai. Kakak & Adik sampai dari Perlis.

Menjelang petang, kasihan saya lihat Angah, Kak Teh, Kak Cik, Kakak & Adik duduk2 saja dirumah pada hari raya ni. Saya suarakan mereka bermain bowling di centre square. Ermmm semua seronok & setuju nak kesana. Selepas asar , lebih kurang jam 6 petang kami bergerak ke CS dengan 2 biji motor. Sementara menunggu maghrib Angah bawa adik2nya bermain games.

Selesai solat maghrib, kami bermain bowling. Seronok juga berbowling di hari raya. Melayan kerenah anak2, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan melihat mereka ketawa ria.

Habis games kami p lepak2 di KFC pulak. Sekarang ni setiap kali berjumpa Kakak & Adik, mesti diaorang merengek nak makan KFC. Katanya lama tak makan. Kami bergerak balik kerumah jam 10 malam.

4 syawal / 2 september

Saya ada jemputan majlis walimah anak angkat di Telok Bahang hari ini. MAjlis bermula jam 5 petang hingga 12 malam. Saya memang bercadang nak hadir, disamping tu nak beraya kerumah kawan2 yang sudah saya anggap bagaikan saudara selama kami menetap di Telok BAhang. Malah selepas berhijrah dari sini pun, setiap kali raya kami pasti akan beraya kerumah mereka.

Tapi dengan anak2 ada bersama saya, kenderaan pulak takde macam manalah saya nak kesana. Ada kawan berjanji nak pinjamkan kereta, tapi maklumlah raya2 ni mesti semua orang nak pakai kereta. Saya berpakat dengan Angah nak ke Penang dengan motor je. Nasib baik Angah sporting, dia kata ok je. Selepas bersiap2 kami bergerak ke Penang lebih kurang jam 4 petang. Saya membawa Adik& Kak Cik bersama saya. Angah pula bawa Kakak & Kak Teh dengan RXZ nya. Kami konvoi bersama2 secara santai. Saya hanya mahu raya saya bersama anak2 amat bermakna & akan menjadi kenangan indah buat kami, walau hanya dengan apa adanya.

Kami tiba di KIP jam 6 petang. Atas pelawaan anak2 saya masuk juga kerumah itu, rumah yang pernah saya huni suatu ketika dulu. Seperti tiada persiapan raya dirumah ini. Saya betul2 menjadi tetamu sekarang, anak2 ambilkan saya minuman & kuih raya. Walaupun hati berat nak masuk ketika tuan rumah tiada, tapi saya turutkan kemahuan anak2.

Kak Uda pun nak join ke Telok Bahang, masalahnya Kak Uda masih belum ada lesen untuk bawa motor ke Telok Bahang. Dalam dok bincang2, Kak Uda pelawa kawannya ikut sama kami beraya ke Telok Bahang. KAwan tu ada kereta, sporting pula so kami beraya bersama2.

Sempat beraya ke rumah kawan yang saya sudah anggap saudara yang anak2 saya panggil Pak Ngah. Bersembang lebih kurang, kami menuju ke dewan tempat majlis walimah diadakan. Ramai juga kenalan lama yang kami jumpa disini. Kemudian kami beraya pula ke rumah seorang lagi kawan yg bagaikan saudara pada kami sekeluarga. Anak2 saya panggil mereka abah & umi.

Jam 11 malam kami bertolak balik KIP, kerana malam ni juga kami akan balik ke SP. Angah dengan RXZ nya, saya pula satu kereta dengan kawan Kak Uda. Badan memang letih & penat, nanti nak menunggang motor pula ke SP. Sampai di KIP, saya bergegas naik rumah untuk bersiap. tengok2 Angah dah sedap landing dengan seluar pendek mengadap laptop. Aik!! tak mau balik ke?.. Angah kata penat nak balik SP malam ni, dia ajak saya tidor di KIP. Adoi!! dalam hati saya tak mau, bertandang ketika tuan rumah tiada pun sudah cukup buat saya rasa bersalah, apatah lagi tido disini. Tapi anak2 memujuk saya agar tidor juga, pagi2 esok baru balik SP. Dengan berat hati saya tidor juga memenuhi permintaan anak2. Harap2nya saya tidak disalahkan kerana ketidakwajaran ini.

5 syawal / 3 september

Jam 8 pagi kami bergerak balik ke SP. Konvoi dengan 2 biji motor. Semoga anak2 terima keadaan bersama saya ini dengan apa adanya. Saya tak mampu lagi memberi mereka lebih daripada ini. Sampai saja di SP, Angah bergegas pula mahu ke MMBB, ada majlis hari raya. Saya rehat bersama anak2 yang lain, bersembang & berborak.

6 syawal / 4 september

Saya menyediakan menu lontong untuk hidangan anak2 saya hari ni. Niat hati nak buat masa semua ada, tapi tak semuanya lengkap bersama saya. Jadi saya buat dengan apa adanya saja. Permintaan Kak Cik yang lebihnya mahu saya buatkan lontong untuk dibawa ke asrama untuk menjamu kawan2.

Hari ini anak2 saya akan kembali ke Penang bersama Baba mereka semula. Jam 3 petang mereka sampai dari Perlis singgah ambil anak2 di TSI. Ciuman & lambaian mereka akan memberi makna saya akan sendirian semula untuk beberapa tempoh lagi. Apapun saya bersyukur, dapat bersama anak2 walaupun seketika.

Saya berharap anak2 gembira sepanjang bersama saya dalam masa yang singkat ini. Semoga kembalinya mereka kepangkuan Baba mereka, mereka akan meneruskan kehidupan dengan penuh ketabahan dari masa kesemasa.

Walaupun syawal masih panjang, tetapi aidilfitri buat saya sudah berakhir dengan kembalinya anak2 saya kedestinasi masing2.

Semoga detik2 pertama menyambut syawal dalam suasana yang amat berbeza buat saya & anak2 ini akan lebih memberi persediaan fizikal & mental buat kami ditahun2 akan datang. Semoga kami akan lebih bersedia melaluinya lagi nanti..

Wasalam
TSI Sg Petani
7 syawal / 5 september
Jam 3 petang




30 Ogos 2011

Salam Merdeka!!!


Assalamualaikum.....




Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!...


Salam Aidilfitri... MaaF ZaHiR & BaTiN....Semoga Alah Bisa Tegal Biasa!


Assalamualaikum.....

Tak tahu bagaimana mahu memulakan catatan ini. Padam tulis, padam tulis. Hati mahu melahirkan nukilan catatan, tetapi perasaan mengatakan tak perlu. Naluri mahu meluahkan apa yang dirasa, tetapi akal mengatakan biarkan.

Akhirnya saya mengikut apa saja yang rasa mahu. Saya melahirkan apa saja yang saya rasa. Saat ini saya benar2 sedang melalui saat2, pengalaman yang akan saya kenang sepanjang hidup saya.

Pertama kali sepanjang usia 21 tahun saya berkeluarga, saya menyambutnya kali ini tanpa sebuah keluarga itu. Menyesalkah saya!!! Ralatkah saya!!!

Tidak!!! Saya sama sekali tidak menyesal dengan keputusan yang saya ambil, cuma sebagai manusia biasa yang serba kekurangan, yang masih punya ingatan, ketika ini saya terkenangkan juga saat2 menghadapi syawal, kesibukan menjelang syawal, sibuknya saya sebagai seorang suri menyediakan kelengkapan aidilfitri.

Awal2 berkeluarga, kami tidak lepas pulang ke kampung bekas suami di Kedah. Amat jarang sekali saya menyambut syawal di negeri kelahiran saya, Johor. Seingat saya sepanjang 21 tahun perkahwinan, hanya 4 kali saya sekeluarga beraya di Johor. Kesibukan persiapan syawal di kampung sama saja dengan persediaan dirumah sendiri.

Menjadi satu keWAJIPan bagi kami beraya di Kedah bersama keluarga mertua. Bermula 2003, selepas bekas mertua meninggal dunia, barulah kami sekeluarga menyambut syawal di rumah kediaman sendiri. Selepas solat aidilfitri atau raya kedua baru kami pulang ke kampung bekas suami menziarahi saudara2 kandungnya.

Semakin anak2 membesar, mereka semakin ada agenda sendiri berhari raya. Kadang2 menetapkan temujanji beraya bersama rakan2, jadi agenda beraya di kampung semakin kurang apabila anak2 semakin membesar.

Namun begitu aktiviti beraya bersama masih tetap kami jalani sekeluarga. Menjelang syawal semua anak2 saya akan berganding bahu membantu saya mengemas rumah, menyediakan hidangan raya & sebagainya. Kadangkala bukan pulun sangat buat kerja, tetapi sekadar meriuhkan suasana meneman saya membuat persiapan sehingga selesai. Cuma apabila mereka semakin membesar, tugas2 mengemas memang saya serahkan kepada mereka bagaimana mahu mengemas & menyusun atur. Saya hanya menumpukan tugas2 memasak.

Menu utama keluarga kami, sudah tentulah hidangan tradisi lontong. Pernah ada tahun2 yang kami ubah menu lain, anak2 akan berkata macam tak raya kalau tak buat lontong di pagi raya... :)

Pada awal2 saya berstatus ibu tunggal, saya memang membayangkan tahun ini saya akan meraikan syawal bersama anak2. Saya menjangkakan baba mereka pastinya akan beraya dikampung isterinya, maklumlah dengan tiada lagi perkongsian pastinya mereka akan meraikan syawal berdua menziarahi sanak saudara baru bekas suami.

Tetapi menjelang ramadhan & semakin menghampiri syawal tiada tanda2 yang saya akan dapat meraikan syawal bersama anak2 saya. Saya menjangkakan dengan masa yang sepenuhnya baba mereka telah bersama mereka berbanding saya, sudah tentulah dihari2 begini baba mereka akan senang hati & berlapang dada menyerahkan anak2 beraya bersama saya.

Jumaat lepas, saya memohon benar2 memohon agar dia berlapang dada melepaskan & menghantar anak2 kepada saya menjelang syawal. Tetapi nadanya masih mahu beraya dengan anak2, selepas raya baru dia berjanji menghantar anak2 pada saya. Akhirnya saya minta biar anak2 yang buat keputusan nak beraya dimana. Ada yang memang benar2 mahu beraya bersama saya, ada yang mahu bersama baba mereka, ada yang tak tahu nak beraya dimana.

Akhirnya selepas solat asar di tempat kerja, saya terfikir yang memang saya harapkan sebelum ini. Kalaupun kami tidak dapat beraya sekeluarga bersama seperti 21 tahun ini, saya amat berharap anak2 kami, mereka 7 beradik dapat beraya bersama dipagi syawal. Saya tak mahu mereka terpisah2, sorang sana sorang sini. Lagipun saya tak mahu anak2 berada dalam keadaan serba salah. Saya tahu mereka sayang kami berdua.

Akhirnya kepada bekas suami saya putuskan tak apalah anak2 beraya dengan dia dulu. Kepada anak2 yang beria2 mahu beraya bersama saya, saya minta mereka beraya bersama baba mereka. Saya cuma mahu mereka bergembira bersama adik beradik, bersama baba & ibu mereka. Saya akan menanti kehadiran mereka selepas syawal nanti. Mengalah bukan bererti saya kalah. Saya cuma mahu meneruskan kehidupan ini dengan jiwa yang tenang, tidak serabut2.

Sepanjang jumaat & sabtu, apabila keluarga saya di Johor mengetahui saya akan beraya seorang di Sungai Petani, mereka meminta saya balik ke kampung. Sudah tentulah beraya di kampung saya tiada dalam agenda saya tahun ini. Selain tiada bajet, saya cuma mahu beraya bersama anak2.

Selama sehari semalam tu, adik beradik saya asyik mesej menghubungi saya agar beraya bersama mereka di kampung. Apahal pulak beraya sorang2 macam tiada keluarga.

Menjelang ahad, selepas solat subuh baru saya ambik keputusan untuk balik beraya dikampung dengan apa adanya. Saya berkata pada diri sendiri sekiranya tanganku tidak dapat dikucup oleh anak2 dipagi syawal, sekurang2nya masih ada tangan mak abah saya yang boleh saya kucup di pagi syawal nanti. Saya mudahkan jalan pemikiran saya. Saya tidak mahu memberatkan perasaan saya dengan perkara2 yang boleh dipermudahkan. Raya tidak penting, yang penting saya dapat bersama anak2 tak kiralah hari apa, pada waktu mana & bila.

Selama puluhan tahun amat payah untuk saya beraya bersama mak abah & adik beradik. Saya anggap inilah hikmah dari saya tidak dapat beraya bersama anak2, Allah mahukan saya meluangkan masa bersama mak abah yang sudah tua. Dengan kepulangan saya mungkin meriangkan sedikit hati mereka menyambut syawal, mudah2an.

Walau pada mulanya saya risau beraya disini, apa anggapan anak2 pada saya nanti. Mungkinkah mereka akan menyangkakan saya tidak peduli atau tidak kisah saya tidak beraya dengan mereka. Saya tidak mahu fikir & bayangkan apa yang anak2 mengandaikan saya. Saya serahkan semua andaian itu menjadi hak milik Allah. Tetapi saya tahu hanya Allah tahu, saya sudah berjuang & merayu agar dapat beraya bersama mereka tetapi baba mereka juga berkeras mahu beraya dulu dengan anak2. Tak mengapalah saya mengalah lagi.... saya dah letih bersoal jawab dengan dia!!!

Dikesempatan dinihari syawal ini, saya titipkan doa kerdil yang kudus, agar pengorbanan perasaan saya melepaskan anak2 beraya bersama baba mereka akan memberi kegembiraan & kebahagiaan buat anak2 saya. Semoga baba mereka benar2 dapat memastikan anak2 benar2 gembira & bahagia dengan suasana baru dalam hidup mereka dalam menyambut syawal. Semoga jika ada sedikit kegembiraan, kebahagiaan yang ada pada saya, saya mohon Allah serahkan rasa itu pada mereka 7 beradik.

Saya bukan mama yang sempurna buat mereka sejak dahulu hingga sekarang atau akan datang. Namun saya berharap sebagai insan, saya menjadi yang terbaik buat mereka dalam memudahkan sambutan syawal mereka bersama baba & ibu mereka.

Salam aidilfitri khas buat 7 permata2 hati saya, buat baba & ibu mereka... Semoga kegembiraan & kebahagiaan menjadi milik kalian.



kenangan ketika 'keluarga' itu masih ada




29 Ogos 2011

Hari Raya Aidilfitri Pada 30 ogos 2011


Assalamualaikum.....

Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu sebentar tadi mengumumkan bahawa 1 syawal jatuh pada 30 Ogos bersamaan dengan hari selasa.

Dengan itu umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa esok hari selepas menunaikan ibadah puasa selama 29 hari.




Salam aidilfiti buat semua umat Islam seluruh Malaysia khasnya & seluruh dunia amnya... Semoga tarbiyyah ramadhan dapat dilalui dengan cemerlang, semoga kehadiran syawal memberi kita sejuta keinsafan...


25 Ogos 2011

Selamat Hari WANITA.....



Assalamualaikum.....

Dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.





Saya bangga menjadi WANITA!!! Syukur, jika ada kelahiran semula & diberi pilihan mahu menjadi WANITA atau lelaki, saya akan tetap mahu menjadi WANITA....






Salam Aidilfitri... MaaF ZaHiR & BaTiN....


Assalamualaikum....



Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau





18 Ogos 2011

Pelik Tapi Benar...



Assalamualaikum....

Dulu kalau tengok gambar2 buah2an & sayur2an yang pelik dalam tv atau google pasti akan pelik & tertanya2, ish ada buah atau sayur2 pelik bentuknya macam ni. Tapi sejak kerja di Econsave lebih2 lagi sejak bertugas di frozen ni memang kenyataannya ada kejadian pelik2 semua sayur2 & buah2 ni.

Sambil2 menyusun, membungkus, mengikat barang untuk didsplay pada customer memang selalu terjumpa bentuk yang pelik2. Kadang2 terasa ajaibnya ciptaan Allah ni, kadangkala selalu juga jadi bahan ketawa bersama rakan2 sekerja.