Melakukan perkara yang tak biasa kita lakukan akan membuatkan kita melalui pelbagai rasa. Macam2 perasaan yang akan bercampur baur dalam hati & perasaan apabila mahu menghadapinya. Mungkin bagi orang lain apa yang kita rasa adalah mudah & perkara biasa, tetapi lain orang lain rasanya.
Pada 18 okbober 2011 yang lalu, saya telah memberanikan diri memohon bantuan untuk status baru saya. MaMa tunggal! Dalam pelbagai rasa saya gagahkan kaki ke Pejabat JKM Daerah Kuala Muda. Melalui prosedur yang amat mudah saya diberikan temujanji untuk temuduga bantuan pada hari ini 14 november 2011.
Walaupun temujanji pada jam 11 pagi tapi seawal jam 10 saya sudah berada disana. Selepas mendapatkan surat sokongan dari majikan saya, saya terus ke Pejabat JKM. Wah! Ramainya rakyat yang memohon bantuan dari JKM! Penuh ruang pendaftaran dengan insan2 yang berbagai keadaan mengharapkan ihsan Kerajaan.
Ada golongan warga emas, OKU, kanak2 yang hadir bersama waris & tak kecuali "Janda2 Hangat" seperti saya. Hehehehe...
Selama ni kalau berurusan dengan sektor2 kerajaan, saya hanya banyak berurusan dengan Hospital Kerajaan. mendapatkan rawatan untuk diri sendiri, anak2 atau keluarga. Selalunya surat jaminan dari majikan suami akan mengiringi urusan kami, jadi saya tidak menghadapi banyak masalah dengan kakitangan bertugas. Walaupun berhadapan juga dengan pesakit lain yang menghadapi masalah layanan baik dari kakitangan bertugas.
Berbalik pada keadaan yang ramai di JKM sepanjang saya disana, secara jujur saya katakan kakitangan bertugas disana patut diberikan 5 bintang atas layanan & sifat baik, sabar mereka melayan para pemohon. Tidak satu pun ayat2 kurang manis yang saya dengar dari seluruh kakitangan beertugas.
Semua pemohon dilayan dengan baik & wajar. Walaupun ada pemohon2 yang seakan tidak faham degan kesibukan petugas. Semuanya mahu cepat & dilayan dahulu. Bagi saya, apabila kita mahukan sesuatu kita haruslah sabar menunggu.
Alhamdulillah, selepas meneliti semua dokumen yang saya sediakan lengkap saya dipanggil masuk ke bilik temuduga. Terima kasih pada "bekas suami" yang membantu saya menyediakan salinan surat beranak & kad pengenalan anak2. Berbagai soalan juga yang ditanya oleh penemuduga. Dari kisah saya dulu2 bersama keluarga hinggalah alam rumahtangga hinggalah punca & sebab saya menyandang status baru. Saya juga diberikan banyak nasihat2 menjalani hidup sebagai MaMa tunggal & juga rujukan untuk meminta apa2 bantuan dari Biro Guaman.
Terima kasih pada semua kakitangan JKM, semoga pemohonan bantuan saya diluluskan untuk kelangsungan hidup saya sebagai MaMa tunggal....
3 ulasan:
tahniah dan didoakan agar mendapat imbuhan itu. ibu_suri juga telah diluluskan imbuhan sebagai OKU.
rezeki itu untuk kalian maka kenapa perlu malu atau malas berusaha memilikinya.
moga akak berjaya dunia dan akhirat...amin
Saya jugak pernah melakar duka sebegitu tetapi dalam usia yg masih terlalu muda saya pantas mengorak langkah tanpa ingin menoleh kebelakang...
Garapan kisah sebegini hanya yang pernah melalui akan memahami betapa perit cerita dukanya.
titik itu bukan noktahnya. kuatkan semangat. insyaallah masa depan tak akan suram...
salam ukhwah...singgah dari blog kak cik.
Catat Ulasan