New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

22 Mei 2011

Mak Yah... Merinding Bulu Romaku!!!

Assalamualaikum....

Hari ini bertugas di counter free gift. Sesiapa pun yang bertugas disini masalah utama yang pasti akan dihadapi adalah mengantuk. Kadangkala dilanda tsunami keboringan menunggu pelanggan menuntut hadiah atau pelanggan menyimpan topi kaledar & barang2 yang tak boleh dibawa masuk ke econsave. ( kalaulah boleh on9 kat sini...hehehe)

Bermacam2 kerenah pelanggan yang akan dihadapi disini, tiada bezanya ketika bertugas dikaunter bayaran. Cuma keadaan disini agak memberi kita banyak ruang berehat. Tak kelam kabut sangat seperti dikaunter bayaran.

Selepas jam 9 malam, mata akan asyik mengerling jam ditangan. Mengira detik demi detik berlalu menanti waktu balik. Semakin hampir nak balik semakin rasa tak sabar, semua rasa seharian mula terasa. Penat, letih & sebagainya mula terasa. Bukan saja saya tetapi yang pasti seluruh staff turut merasainya.

Tiba2 pintu masuk econsave yang betul2 berhadapan dengan tempat saya bertugas dikejutkan dengan suara riuh seorang makcik yang beria2 menolak pintu pusing hanya untuk masuk saja untuk cuba keluar. Memang tak boleh keluar melalui pintu masuk kerana pintu itu hanya dicipta untuk masuk sahaja. Bila diminta keluar ikut pintu keluar berhampiran kaunter cashier makcik tu beria2 memberitahu beg duitnya hilang & mahu keluar mencari suaminya untuk membayar harga barang2 yang telah discan di kaunter cashier.

Makcik tu terus menghilang setelah pergi melalui pintu keluar. Kemudian datang semula kearah saya bersama suaminya & memberitahu sedikit kejadian yang berlaku padanya. Katanya ketika dia mahu membayar tiba2 beg yang dipegangnya telah terbuka, bila dilihat dompet berisi duit & beg IC telah hilang. Dia merasakan ada orang buka begnya sewaktu dia beratur menimbang barang. Makcik & suaminya masuk semula kedalam untuk membayar harga barang2 yang telah dibeli.

Tiba2 saya didatangi seorang supervisor canfood & salah seorang deparment head bertanya kes tersebut. Saya melaporkan kepada mereka seperti apa yang makcik tersebut beritahu. Sekejapan mereka menghilang kemudian salah seorang dari mereka datang sambil membawa sekeping beg kecil berisi IC & beberapa keping kertas yang berselerak sambil memberitahu dah jumpa. Beg kecil tersebut dijumpai dilorong biskut diletakkan dicelah2 barang. Pengumuman dibuat meminta Puan Kamariah datang kekaunter free gift.

Tidak lama kemudian makcik & suaminya datang dengan harapan barang2 mereka telah dijumpai. Tetapi memang menghampakan kerana beg yang berisi duit tiada, yang ada hanya beg IC sahaja. Kami semua terkedu bila makcik memberitahu jumlah wang yang ada berjumlah RM3000. Semuanya hasil makcik berniaga nasi lemak & juadah makan tengahari di Pekan Kecil Kuala Ketil.

Rekod maklumat lebih terperinci diambil dari makcik. Dari mula dia masuk ke econsave, tempat2 yang dia pergi hinggalah kekaunter bayaran. Kemudian mereka bergegas ke pejabat melihat CCTV. Hampir sejam juga orang2 penting tersebut melihat CCTV.

Apa yang makcik buat selama sejam tu bersama saya?.. Hahahahahha sudah tentulah saya tukang jadi pelayan makcik bercakap. Macam2 juga yang makcik ceritakan, yang peliknya riak muka dia nampak begitu tenang, tak seperti orang sedang kehilangan jumlah wang yang banyak. KAlau saya mau saya meraung disitu.

Makcik, yang setelah begitu mesra beliau meminta saya memanggilnya Mak Yah. Mak Yah kata tak pernah terjadi dia kehilangan wang tunai yang banyak semasa membeli belah disini. Memang Mak Yah regular customer, selalu juga saya melihat dia. Mak Yah kata pernah dia bawa duit sampai RM10,000. Adoi!!! Saya kata, kenapa Mak Yah bawa duit banyak2, kenapa tak simpan di bank. Nak guna baru ambik.

Mak Yah kata dia tak percaya dah kat bank. Bank dot dot dot yang dia simpan duit selama ni telah mencuri RM10,000 duit simpanannya. Kerani yang buat kad yang punya angkara telah mengklon kadnya & mengambil duitnya sedikit demi sedikit. Mak Yah siap cakap, memang tak selamat orang tu, sampai sekarang lumpuh sebab Mak Yah.

Saya Terkejut. Melihat saya yang memang agak terkejut Mak Yah kata, dia pergi jumpa seorang yang pandai melihat siapa yang curi duitnya. Bila pihak tu kata orang bank yang buat kad, Mak Yah terus bertanya dengan orang bank, tetapi kerani tu tak mengaku sampai 3 kali Mak Yah tanya. Akhirnya Mak Yah kata kalau tak mau mengaku baik, seminggu dari sekarang hang akan lumpuh seumur hidup. Akhirnya benar sampai sekarang makhluk Allah tu lumpuh kata Mak Yah.

Mak Yah kata kali ni pun kalau dia nak dia akan buat orang yg curi duitnya lumpuh, niaya titik peluh orang. Sambil tu sempat Mak Yah kata kat saya, "hang ni pun p berubat. Jangan dok biaq diri tu, sampai bila nak biaq!! Mai ikut Mak Yah p berubat...." Saya yang masih terpaku dengan kata2 Mak Yah pada saya, serta merta meremang bulu roma & segala bulu lagi. Tegak merinding & seram semacam. Mak Yah siap tulis alamat rumah, kedai & no telifonnya pada saya. Hakikatnya ini bukan kali pertama orang yang tidak pun saya kenal, berkata macamtu pada saya. Saya bukan tak mau percaya, tetapi takut nak percaya.

Setelah hampir sejam, mereka yang melihat CCTV keluar. Memberitahu Mak Yah ciri2 suspek. Memang tak terduga, seorang perempuan berbadan agak besar memakai jubah & bertudung labuh adalah suspek yang disyaki. Walaupun mukanya tidak berapa jelas, tetapi melalui CCTV kelihatan dia sentiasa berdekatan dengan Mak Yah sehinggalah tempat terakhir beg berisi IC kelihatan suspek buang di tempat ianya ditemui. Mak Yah juga memberitahu, dia perasan perempuan tersebut menyinggungnya tetapi Mak Yah memang tak perasan ketika itu atau bila begnya diambil.

Ketika diminta membuat repot Mak Yah dengan selamba berkata dia tak mau buang masa. Buat repot selori pun belum tentu duitnya dapat semula. Mak Yah kata taulah nanti dia nak ajar perempuan tu. Sambil menghulurkan tangan bersalam dengan saya Mak Yah sekali lagi berpesan jangan lupa hubungi Mak Yah...

Oh! Mak Yah, Mak Yah memang merindingkan bulu roma saya hingga sekarang....




5 ulasan:

Makbonda berkata...

Assalamualaikum Jun,

Itu satu perangkap khurafat dik,jangan dilayan. :(

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Pada saya Puan boleh cuba berubat dengan perubatan Islam seperti Darul Shifa', tetapi bukan 'Mak Yah'. Cara yang dilakukan oleh Mak Yah sangat meragukan/khurafat.

Dalam dunia yang serba moden ini, gangguan makhluk halus memang ada cuma kita kena pandai menyelesaikannya dengan cara yang sewajarnya, berasaskan al-Qur'an dan al-Hadith.

Wallahu A'lam

Tanpa Nama berkata...

Hisshhh mama ... bukan lagi merinding malah boleh dibuat tocang bulu roma ku ... bukan disebabkan 'statement' Mak Yah tapi bab CCTV tu yang buat akak 'gigil'. Sebab, kerap kali juga ia memaparkan adengan yang kita 'tak nak lihat' tapi 'terlihat'.

Kejadian benar awal tahun ini di antara anak bujang akak, teman sekerja dan CCTV tempat kerja mereka. Sebelum menamatkan operasi malam tu, anak akak bersendirian meninjau keadaan di sebelah belakang sementara kawannya memantau dari CCTV di bilik kawalan. Tiba-tiba, kawannya ternampak seorang anak kecil memakai pelampung sedang berenang-renang seorang diri di dalam kolam betul-betul di hadapan anak akak sedang berdiri ketika itu. Apa lagilah, cepat-cepat dia bagitau melalui 'walkie-talkie' tentang budak tu, tapi anak akak kata, mana ada sesiapa sedang mandi.

Dipendekkan cerita, seminggu dua jugaklah kawan anak aku tu 'hilang' semangat.


Sari..

MaMa MoDeN berkata...

salam
I'ALlah stakat ni masih belum ada hati nak p mana2... biarlah buruk baik batul atau tidak Allah yg tentukan....malas nak pikir

MaMa MoDeN berkata...

salam Sari,
ialahlah mcm2 tafsiran yg boleh buat kita merinding bulu roma... ramai yg kata kes ni ada kejadian ngan pkara mistik. pernah tjd di sini kes pukau juga oleh suspek perempuan ttpi telah bjaya ditangkas lama dah senyap xder kejadian ni, tapi sejak dua menjak ni jd semula... rupanya sebelum kes mak yah tu dah ada 3,4 kes customer ngadu dompet hilang masa nak bayar...